Tuesday, 26 November 2013

MUHYIDDIN YASSIN TERUS MENJADI BISU ENGGAN ULAS PERTUKARAN CUTI NEGERI JOHOR.



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen mengenai pertukaran cuti mingguan Johor daripada Ahad kepada Jumaat di negeri itu.

"Ini, saya tidak mahu komen, kata beliau apabila diajukan soalan ketika sidang media selepas merasmikan penutupan latihan amal krisis siber negara 2013 (X-Maya 5) di Damansara hari ini.

Terdapat pihak melihat pengumuman Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari keputeraannya Sabtu lalu sebagai tamparan kepada Muhyiddin  yang bertanggungjawab mengubah cuti kepada Ahad 19 tahun lalu.

Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994 sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad di masa pentadbiran Muhyiddin.

Muhyiddin mentadbir negeri di Selatan semenanjung itu selama sembilan tahun bermula 1986 hingga 1995.

Ketika mengisytiharkan pertukaran terkini itu, Sultan Ibrahim bertitah, cuti pada Jumaat dikembalikan memandangkan ia penghulu segala hari dan supaya orang Islam dapat mengambil peluang memperbanyakkan ibadat.

Bagi  PAS, mereka melihat pertukaran ketika era Muhyiddin itu sebagai sejarah hitam atas nama ekonomi dan pelaburan asing.

"Pertukaran cuti tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam Johor. Ia turut diulas melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor.

"Bukan itu sahaja, wujud bantahan dan protes yang agak lama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik," TimbalanPpesuruhjaya PAS negeri Johor, Mazlan Aliman dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily sebelum ini.

Bagaimanapun, tambah Mazlan lagi, meskipun bantahan dan protes dilakukan rakyat, Muhyiddin dan kerajaan Johor ketika itu tetap berkeras.

MB SELANGOR KATA ISU AIR TERAWAT BERPUNCA DARI KERENAH TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)



SHAH ALAM  26 Nov - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi pendirian bahawa masalah bekalan air terawat di Selangor berpunca dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS).

Beliau berkata, kekurangan bekalan air terawat di Selangor adalah akibat kegagalan mengatasi ketirisan kira-kira 30 peratus daripada bekalan 4,635 juta liter sehari yang dikeluarkan .

"Inilah yang menyebabkan kita kekurangan air terawat, jawapannya kita mesti menyelesaikan masalah NRW (air tidak membawa hasil akibat ketirisan)," kata beliau menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Amiruddin ingin tahu sama ada bilangan loji air dan kapasitinya mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Selangor kini dan jangka panjang.

Menteri Besar berkata menurut perjanjian, pemegang konsesi Syabas sepatutnya menurunkan kadar NRW (non-revenue water) daripada 30 peratus kepada 19.9 peratus tetapi sekarang sebaliknya meningkat kepada 33 peratus.

Terdapat 34 loji rawatan di Selangor.

"Kesimpulannya: Kerajaan Negeri berpendapat Syabas dan syarikat induknya Puncak Niaga tak punya keupayaan dari segi pengurusan, kedua dari segi kekuatan modal untuk selesaikan perkara ini," kata Abdul Khalid.

Menjawab soalan tambahan Sulaiman Razak (BN-Permatang) bahawa pembekuan perbelanjaan modal (CAPEX) Syabas menyebabkan Syabas tidak dapat mampu menurunkan kadar NRW, Abdul Khalid berkata nampaknya "suara Permatang macam suara Syabas."

Beliau berkata Syabas dalam perjanjian mengatakan ia boleh menurunkan NRW dengan perbelanjaan RM784 juta tetapi capex sebenar Syabas ialah RM1.2 bilion untuk tujuan itu.

Abdul Khalid juga berkata CAPEX Syabas diperolehi daripada pinjaman kerajaan Persekutuan berjumlah lebih RM500 juta tanpa faedah selama lima tahun.

Bagaimanapun, Sulaiman bangkit dan mengulangi soalannya berhubung kesan pembekuan capex kepada usaha Syabas.

Beliau turut memaklumkan dewan bahawa pinjaman kepada Syabas hanya akan dibayar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut kemajuan kerja yang dilaksanakan Syabas.

Abdul Khalid pula berkata pada tahun 2006 lagi Kerajaan Persekutuan berpendapat Syabas tidak mempunyai keupayaan dalam mengurangkan NRW.

Beliau berkata terdapat krisis tender bagi pembekalan paip di mana Puncak Niaga didapati adalah pihak yang memasuki tender berkenaan, setelah semakan dilakukan.

"Kerajaan Negeri akan menyelesaikan perkara ini. Negeri dah bersetuju untuk ambil alih dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang siapa yang tidak memberikan kita menguasai aset air," katanya.

KECOH PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI DI LANTIK SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM!!!!

Rupa-rupanya Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang dijatuhkan hukuman penjara 1 hari dan denda RM20,000 kerana di dapati bersalah menghina Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kes saman malu DSAI terhadap Utusan telah dilantik secara senyap-senyap sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baru yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Beliau didapati bersalah kerana menghina Mahkamah kini UiTM pula dilihat sudah menghina kesucian Institusi UiTM dengan melantik Ibrahim Ali sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya.

LAGI FITNAH OLEH MACAI UMNO DI KESAN ... TUDUH TAZKIRAH INI BERLAKU DI SURAU-SURAU NEGERI YANG DI TADBIR PAKATAN RAKYAT.


Inilah tahap mentaliti dan pemikiran yang dimiliki oleh macai-macai totok UMNO .. nak berhujah secara ilmiah dan berhemah memang tidak mampu .... nak berdebat secara fakta tiada keupayaan langsung maka cara yang mudah dan mampu mereka lakukan ialah membuat fitnah jahat dan jijik tanpa ada perasaan malu dan takut pada dosa malahan amat berasa megah dan bangga.

Salah satu fitnah yang berjaya di kesan oleh Omak Kau ialah gambar kartun kononnya suasan ini berlaku di surau negeri yang di perintah Pakatan Rakyat.

Dicabar kemukan bukti dengan rakaman gambar .. taubat lahom tidak mampu ... oleh itu buat kartun untuk fitnah dan menipu.

FITNAH DAN TIPU AMAT CUKUP SINONIM DENGAN UMNO.

GAMBAR SEORANG LELAKI BUNUH DIRI PAKAI BAJU BN TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!


Kejadian dikatakan berlaku di Muar, Johor apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba menurunkan seorang mangsa gantung diri di atas pokok yang memakai baju BN.



PENYELUK SAKU YANG BAIK HATI ... SANGGUP SALIN SEMULA 1,000 NAMA DAN NOMBOR TELEFON DALAM SIM KAD DAN KIRIM SEMULA KEPADA MANGSANYA!!!


Bukan tujuan dan niat nak agungkan penjenayah yang melakukan seluk saku ... tetapi sekadar berkongsi maklumat betapa ada juga pencuri yang baik dan lembut hati

Seorang pencuri ‘baik hati’ di China telah menyalin 1000 senarai nombor telefon sebelum memberikan semula kepada pemilik iPhone yang dicurinya.

Senarai nombor telefon itu pula disalin dengan tangan, menggunakan 11 keping kertas!

Menurut maklumat di media tempatan, iPhone milik Zou Bin dicuri awal bulan ini ketika dia berkongsi teksi dengan seorang penyeluk saku. Waktu kejadian dia baru pulang dari pub dalam keadaan mabuk.

Selepas menyedari telefon bimbitnya hilang, Zou Bin menghantar mesej kepada nombornya berbunyi:

“Saya tahu kamu adalah lelaki yang duduk di sebelah saya dalam teksi. Ketahuilah, tak susah pun nak cari kamu”.

Dalam mesej dihantarnya, Zou Bin turut menyuruh pencuri tersebut supaya melihat senarai temannya dalam nombor telefon, merujuk kepada geng kongsi gelap yang menjadi kenalannya.

Pesanan diakhiri supaya telefon bimbitnya segera dipulangkan ke alamat yang disertakan.

Apa yang berlaku, beberapa hari kemudian Zou Bin menerima satu bungkusan yang dihantar ke rumahnya.

Walaupun tiada iPhone yang telah dicuri, ia berisi kad SIM dan kesemua senarai nombor telefon dalam telefon bimbitnya.


Realitinya .... tuan punya iPhone tidak kisah fonnya kena curi tapi paling di risauinya ialah, nombor-nombor fon yang terdapat dalam sim kadnya... Paling tidak pun kemarahan beliau kepada pencuri itu akhirnya akan menjadi kendur dan lebur juga.

NAK CARI DALAM UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN JUMPA .... BERSIMPATI DENGAN TUAN PUNYA PENYATA PTPTN INI!!!

Kalaulah benar apa yang di gambarkan di atas ini mengenai penyata PTPTN keatas seorang peminjam maka secara ikhlas dan jujur Omak Kau nyatakan ... cukup bersimpati dan menyedihkan.

Tidak tahu nak kata apa ... Lihat dan nilailah sendiri.

Perlunya pihak PTPTN keluarkan kenyatan mengenai penyata ini yang sudah pun berlegar ligat di alam maya.




CADANGAN YANG BAKAL MELONJAKKAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP UMNO/BN PADA PRU 14 NANTI ... TARIF ELEKTRIK PERLU DI NAIKKAN.


Kepada Pakatan Rakyat ini pesanan dari Omak Kau .... jangan buang masa berkempen hasut rakyat benci dan tolak UMNO/BN pada PRU 14 akan datang ... rakyat akan tetap sokong padu UMNO/BN punya ... rakyat di luar bandar, rancangan Felda dan kampong-kampong tradisional pasti gembira apabila diberitahu akan cadangan ini .. satu cadangan bagi mengukur pengorbanan rakyat kepada negara ...  salah satu cara nak uji kesabaran rakyat ... kaedah yang terbaik bagi mengajak rakyat bersyukur dengan UMNO/BN.

Biar rakyat pakai lilin asalkan Najib dan Rosmah hidup dalam penuh terang berderang bermandikan cahaya.

Perlu ingat ... tanpa UMNO rakyat kita masih duduk dalam hutan atas pokok pakai cawat daun.

We love UMNO!!!!!!... WE LOVE NAJIB ... WE LAGI LOVE ROSMAH... MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.


SAMA seperti barangan harian lain, tenaga elektrik juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan api.

Hakikat itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Corporation Datuk Abdul Razak Abdul Majid yang mengesahkan penilaian semula tarif elektrik di negara ini dijangka dibuat tahun depan selepas kali terakhir tarif itu dinaikkan pada 2011.

Beliau berkata, pengubahsuaian tarif itu akan dilakukan kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban subsidi semakin meningkat akibat kenaikan kos bahan api seperti gas yang digunakan untuk menjana elektrik.

Menurutnya, MyPower Corporation, unit khas ditubuhkan kerajaan bagi memperbaharui industri pembekalan tenaga elektrik telah membentangkan kajian tarif elektrik yang kini sedang menunggu kelulusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kenaikan yang dijangka dikenakan kepada pengguna jika kerajaan meluluskan penilaian semula tarif itu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid minggu lalu turut mengesahkan kajian tarif elektrik baharu dijangka disiapkan tahun depan.
Menurut Mahdzir, antara isu yang sedang ditimbangkan ialah kos sumber tenaga dan impak tarif baharu itu kepada pengguna.

“Laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kabinet untuk pertimbangan. Hanya selepas itu kita akan tahu jika tarif itu ditingkatkan atau sebaliknya,” tambah beliau seperti dilaporkan Bernama.



Negara perlukan IPP untuk bekalkan elektrik

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Malaysia kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga elektrik 20,000MW setiap hari dan permintaan pengguna industri, komersial dan pemilik rumah adalah 16,500MW setiap hari.

Menurutnya, permintaan itu dijangka mencecah 20,699 MW pada 2020.

“Kedua-dua pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) perlu penuhi kapasiti ini, kalau harapkan salah satu pihak sahaja memang tidak mencukupi,” katanya semasa ditemui dalam taklimat media, baru-baru ini.

Katanya, 50 peratus tenaga elektrik di Malaysia kini dibekalkan TNB dan 50 peratus lagi dibekalkan IPP.

Abdul Razak turut menyangkal dakwaan bahawa IPP mendapat keuntungan daripada subsidi bahan api oleh kerajaan, iaitu isu yang sering dimainkan di media sosial.

“Sebenarnya subsidi kerajaan itu adalah bagi gas milik Petronas yang dijual pada harga lebih rendah kepada TNB dan IPP berbanding harga pasaran dunia.

“IPP tidak dapat apa-apa keuntungan daripada subsidi bahan api itu kerana ianya terus disalurkan kepada pengguna melalui harga tarif elektrik yang rendah,” katanya.

Monday, 25 November 2013

GEMPAR PANAS!!!! .. PUTRAJAYA KELUARKAN ARAHAN MENGHARAMKAN SEBARANG AKTIVITI POLITIK DARI UMNO/BN SELANGOR, KELANTAN DAN PULAU PINANG DI SEKITAR PUTRAJAYA????



NOTIS PERINGATAN ...... DILARANG BAGI PENGHUNI MELIBATKAN DIRI DENGAN SEBARANG AKTIVITI POLITIK PIHAK PEMBANGKANG DI SEKITAR PUTRAJAYA ... MANA-MANA PENGHUNI YANG DILAPORKAN MENGINGKARI ARAHAN INI, PIHAK BPH BERHAK MENGENAKAN TINDAKAN TANPA MAKLUMAN BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG SEDIA ADA .... HARAP MAKLUM ...  BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH JABATAN PERDANA MENTERI.

Kalau di ikutkan secara rasional dan logik ikut hukum akal .. maka sudah pasti UMNO/BN dari Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang turut sama diharamkan mengadakan sebarang aktiviti politik di Putrajaya!!!!!

JOM TENGOK WAJAH AHLI-AHLI PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR YANG HADIR MESYUARAT AGUNG KHAS PERKASA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2013!!!


Bukan hendak mengata atau menghina tetapi ini adalah fakta gambar sebagai bukti berbicara.

Semalam 24hb November 2013 bersamaan hari Ahad jam 10.00 pagi bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur telah berlangsung satu Mesyuarat Agung Khas Perkasa Peringkat Wilayah Persekutuan 2013 yang dirasmikan oleh mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman yang kini sudah di angkat sebagai Ahli Dewan Tertinggi Malaysia oleh Ibrahim Ali.

Bila di lihat akan para ahli Perkasa Kuala Lumpur yang hadir semalam ... Omak Kau terperanjat sungguh .... rupa-rupanya ada kanak kecil sudah layak menjadi ahli Perkasa .. malahan diberi penghormatan lagi .. duduk dibarisan hadapan... ada tu terus tidur.

Kalau inilah rakyat yang mau mantan Pengerusi SPR bawa bersama-sama beliau untuk perjuangkan serta pertahankan kuasa Melayu .. Omak Kau rasa amatlah sedih dan malang sekali .. rakyat yang tidak boleh mengundi di heret dalam kancah politik .

KOMITMEN KERAJAAN PR SELANGOR YANG SUKAR UNTUK DITERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... 1 DUN 1 PUSAT DIALISIS RAKYAT.


Semua DUN termasuk DUN yang diwakili UMNO/BN .. tiada diskrimansi, politik dendam kesumat maupun polisi buli diamalkan oleh Kerajaan PR Selangor.

SHAH ALAM 25 NOV : Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memenuhi keperluan rakyat.

Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Daroyah Alwi, berkata satu bentuk kerjasama dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta bagi memenuhi hasrat itu.

Katanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincang dan mendapatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.

“Kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia penting kerana lesen yang sah diperlukan sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi.

“Ketika ini, kerajaan negeri berjaya mewujudkan empat PDR di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat, manakala sebuah lagi di Jalan Kebun sedang menunggu kelulusan kementerian.

“Jumlah mesin dialisis yang digunakan adalah 33 buah dan seramai 91 orang pesakit sedang menerima rawatan di seluruh PDR sedia ada,” katanya.

Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Razaly Hassan (PAS-Dusun Tua) berhubung usaha yang diambil untuk menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah Selangor.

Daroyah berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan bantuan kos rawatan untuk pesakit buah pinggang di pusat hemodialisis selain PDR kerana masih banyak DUN belum memiliki pusat dialisis sendiri.

Katanya, PDR mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengenakan sebarang bayaran sehingga kini.

“Perkhidmatan yang diberikan tanpa mengambil kira jantina, kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan individu berkenaan dalam masyarakat.

“Setiap rakyat Selangor berhak mendapatkan yang terbaik dan itu memang hasrat kerajaan negeri dan akan terus didukung untuk kebaikan setiap lapisan masyarakat,” katanya.

GEMPAR!!!! ... DAP ADALAH KOMUNIS!!!!!! ....TAPI UMNO-PARTI KOMUNIS CHINA ERATKAN HUBUNGAN !!!!!!.



HELO macai-macai UMNO .. Nah sekarang lihat dengan mata kepala sendiri ... SIAPA YANG ADA HUBUNGAN RAPAT DAN SANGAT INTIM DENGAN PARTI KOMUNIS!!!!!!!!!!

Gambar di sedut dari UMNO On line bukan dari Harakah Daily, Suara Keadilan maupun Roketkini.

Berita di ambil dari BERNAMA lagi tauuuuu...

Kalau masih tidak percaya .. pergi hantuk kepala kat didinng lepas tu cari lombong terus terjun.

Delegasi Parti Komunis China (CPC) mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
   
Delegasi itu, diketuai Sun Chulan, anggota Biro Politik, Jawatankuasa Pusat CPC, meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan Najib, yang merupakan Presiden Umno.
   
Sun yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin CPC diiringi, antara lain, Naib Menteri Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat CPC Zhou Li, Naib Datuk Bandar Tianjin Ren Xuefeng dan Duta Besar China di Malaysia Chai Xi.
   
Duta Khas Malaysia di China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, turut hadir pada pertemuan itu.
   
Delegasi itu yang tiba di sini semalam, berada di Malaysia sebagai sebahagian pertukaran lawatan antara Umno dan CPC. - Bernama

BILA MACAI UMNO BEREMOSI ENGGAN MENERIMA REALTI .... CAKAP IKUT SESUKA HATI ... INILAH PENYOKONG UMNO PUNYA KUALITI.


Inilah kualiti penyokong, pendokong dah ahli yang dikeluarkan oleh UMNO ..

Mencadangkan kepada Najib Razak agar kerajaan UMNO 1M'sia pimpinan beliau hanya memebrikan pekerjaan kepada ahli-ahli UMNO dan anak-anak mereka saja.

Pinjaman Tekun dan segala bentuk pinjaman termasuk biasiswa yang diberikana kepada ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di tarik balik dengan serta merta.

Omak Kau sedikit pun tidak menyalahkan mamat ini sebab bukankah mantan Presiden UMNO selama 22 tahun Tun Dr Mahathir b Moahamd sudah berkata ... UMNO kini dipimpin oleh mereka yang bodoh .. dan para penyokongnya pula adalah lebih bodoh .. Yang cerdik pandai dan berfikiran waras kini semuanya berada dalam Jemaah Pakatan Rakyat.

Peliknya mengapa dia tidak cadangkan hanya kutip cukai dari penyokong, pendokong dan ahli UMNO saja.

Bila berlaku kenaikkan harga petrol, diesel, gas masak, tarif elektrik/air, tol dan gula .. hanya penyokong, pendokong dah ahli UMNO tegar saja yang patut kena.

Yang bijak bersama PAS .. Yang pintar pilih KeADILan .. Yang cerdik sokong DAP.

SIJIL PENDAFTARAN OPERATOR KREN .... DUA INDIVIDU BERLAINAN PARAS RUPA TAPI MEMILIKI NOMBOR MYKAD SERUPA???????


Omak Kau menerima rakaman gambar foto kopi Sijil Pendaftaran Operator Kren yang di keluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Negeri Pulau Pinang bertarikh 30hb November 2006 kepada individu bernama Santhira A/L Veloo Muniandy No KP 710802 -07-5255 .

Peliknya individu berkenaan mempunyai raut wajah yang berlainan tetapi nombor MyKad serupa dan dapat Sijil Pendaftaran sebagai Operator Kren di keluarkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Negeri Pulau Pinang yang sama pada tarikh yang sama.

Tapi pada Sijil berkenaan ada sedikit perbezaan .. Yang mana satu asl;i dan palsu tidak pula di ketahui .. Yang pasti salah satu dari mereka memiliki MyKad palsu.

Perlu pihak berwajib ambil tindakan dengan pantas dan tegas..

BERITA YANG BAKAL BUAT NOH OMAR BERTAMBAH MEROYAN .... NEGERI SELANGOR DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT BAKAL MEMPUNYAI LEBIH 15 RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK.



Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mempunyai sejumlah 15,251 unit rumah mampu milik yang boleh ditawarkan sehingga tahun 2021, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.
Iskandar ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini berkata, tiga projek perumahan mampu milik yang melibatkan 1,682 unit telah siap dibina oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta.


"Manakala projek yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak tiga projek yang melibatkan 469 unit," katanya.


Manakala projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit berkeluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi dan dijual pada harga RM60,000 hingga RM90,000 seunit, dan  baki 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.


"LPHS telah menawarkan sebanyak 1,682 pembeli yang layak untuk membeli rumah mampu milik," katanya merujuk kepada Lembaga Perumahan hartanah Selangor, menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzuan.


Iskandar, yang juga Adun Cempaka berkata, projek rumah mampu milik yang masih boleh ditawarkan untuk pembeli adalah dianggarkan sebanyak 15,251 unit yang melibatkan 38 projek menjelang tahun 2021.


"LPHS hanya akan mula menawarkan kepada pembeli setelah sesuatu projek itu memperoleh Permit Iklan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 


"Peratusan tawaran kepada rumah mampu milik yang telah siap adalah 100%," katanya.


Ketika sesi sidang DUN sebelum ini, Iskandar berkata 1,028 unit rumah mampu milik di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelang 2014.


Lokasi rumah mampu milik berkenaan disasarkan kepada empat daerah lokasi dan bakal dibina pada 2014 iaitu di Gombak, Hulu Selangor, Klang dan Petaling.


“Di Gombak, sebanyak 418 unit pangsapuri di Kampung Seri Temenggung, 198 unit townhouse manakala di Hulu Selangor projek Antara Gapi sebanyak 80 pangsapuri, di Jalan Datuk Mat Sidin, Klang bakal dibina 210 unit pangsapuri manakala di Subang Bestari, Shah Alam dalam daerah Petaling sebanyak 122 unit pangsapuri.


“Bagi penggal 2015 hingga 2020 dirancang sebanyak 16,065 unit pangsapuri PKNS bakal dibina di daerah Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz ketika sidang DUN baru-baru ini.


Dalam perkembangan sama, Iskandar turut memaklumkan bahawa tanggung jawab membina rumah mampu milik ini juga diberikan kepada syarikat swasta iaitu sebanyak 944 unit pangsapuri menjadikan jumlah keseluruhan rumah kos rendah dibina pada 2015 hingga 2020 sebanyak 18,037 unit.


"Sebelum ini kerajaan negeri menetapkan polisi 20:10 dan terkini dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 13 November lalu untuk wajib buka tender kepada pemaju swasta untuk bina rumah mampu milik.


"Ramai pemaju yang hantar kertas dan cadangan dan telah diluluskan,” katanya.

KERETA RASMI "SULTAN" MELAKA INI TERSEBAR LUAS DAN LIGAT DI ALAM MAYA!!!!!


Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 .. bila pula negeri Melaka ada Sultan ....

Kini sudah mula tersebar luas di alam maya kononnya ada individu mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka Yang Berdaulat.

Apakah kereta Perodua Kenari ini kereta rasmi "Sultan" Melaka? ..

Perlunya pihak berwajib bertindak pantas dan tegas dalam membendung kegiatan mengaku Sultan Melaka ini demi keharmonian dan kemakmuran negara amnya dan Melaka khasnya.

Apa yang di khuatiri adanya pihak tertentu cuba mempersendakan institusi raja-raja Melayu yang dipertahan kukuh dan tegap oleh Pakatan Rakyat.

Sunday, 24 November 2013

MANTAN PENGERUSI SPR KINI TELAH DI LANTIK MENJADI AHLI DEWAN TERTINGGI PERKASA


Kini taraf mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid bin Abdul Rahman kini berada di bawah Presiden Perkasa Ibrahim Ali dan Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin.

Beliau kini sudah berjawatan sebagai Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.

Tugas pertama beliau setelah di angkat dan dinobatkan sebagai Ahli Dewan Tertinggi Perkasa ialah merasmikan Mesyuarat Agung Khas Perkasa Peringkat Wilayah Persekutuan 2013 hari ini 24hb November 2013 jam 10.00 pagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.

Tak mau nak ulas lebih panjang lebar tetapi sekadar mengajak rakyat cuitkan sedikit minda untuk berfikir dan menilai.

PINDAAN PERLEMBAGAAN PARTI KEADILAN RAKYAT DI LULUS SEBULAT SUARA.





Dalam tempoh kira-kira 4 jam, kesemua  usul pindaan Perlembagaan Parti KeADILan Rakyat yang dibentangkan dalam Kongres Nasional Khas 2013 perhimpunan hari ini diluluskan sebulat suara.

Pengundian dijalankan secara angkat tangan.


Usul-usul tersebut ialah:

Fasal 5.8.        Menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Fasal 5.14.        Mengiktiraf martabat dan  peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara

Fasal 21.7      Tiga (3) orang Naib Presiden yang dilantik mestilah sekurang-kurangnya satu daripada mereka adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Fasal 24.3     Pengerusi Majlis Pimpinan Sabah dan Sarawak juga akan secara langsungnya menjadi ahli Biro Politik. Maka kelangsungan keputusan dan hal ehwal di negeri Sabah dan Sarawak akan terus didengari oleh pimpinan tertinggi parti.

IKRAR PAS YANG PASTI BUAT UMNO MEROYAN GABAN ... PAS TIDAK AKAN KHIANATI TAHALUF SIYASI DAN AKAN KEKAL BERSAMA DENGAN PKR/DAP DALAM PAKATAN RAKYAT!!!!!!



PAS tidak akan khianat tahaluf siyasi, kata Majlis Syura Ulama

PAS hari ini tampil memberikan komitmen untuk tidak sesekali mengkhianati “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik yang dibentuk bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Setiausaha Majlis Syura Ulama itu menegaskan ketika memberi ucapan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam sebentar tadi.


"Tahaluf siyasi akan kita kekalkan. Insya-Allah, PAS tidak akan mengkhianati rakan PR," katanya di hadapan 1,129 perwakilan muktamar kali ini.


"Kita harap-harapkan anggota faham, dan jangan berlaku perkara tidak diingini. Ada ahli PAS keluar parti untuk bersama parti lain. Ia tidak diizinkan syarak," katanya lagi.


Katanya, sekiranya garis panduan yang ditetapkan Majlis Syura Ulama itu dipatuhi, sayap parti Islam berkenaan tidak sesekali akan berganjak daripada strategi berkenaan.

ADUHHHH!!!! MENGAPA BOLEH KELUARKAN KENYATAAN DAN KOMITMEN SEPERTI NI .... NANTI UMNO MEROYAN GILA TALAK TAHAP PALING GILA.


DAH PERANAN UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 BERSAMA-SAMA DENGAN HASAN ALI AQIDAH GAGAL NAK PECAH BELAHKAN KESATUAN PAKATAN RAKYAT ... TETIBA KELUAR PULA KENYATAAN KOMITMEN BEGINI RUPA.

PENGAJARAN YANG PERLU DI HADAM OLEH PARA PENYOKONG DAN AHLI AHLI PAS SEMPENA MUKTAMAR PAS KE-59 KALI INI.



Pemilihan yang paling sengit dalam Muktamar PAS ke-59 sudah selesai dan terbukti perwakilan PAS tidak dipengaruhi kempen agresif yang meminta perwakilan membuang sesetengah pemimpin parti Islam itu dengan pelbagai label seperti "Syiah" atau "liberal."

Pemimpin yang diminta dikalahkan mendapat tempat baik manakala pihak yang dikira sebagai penyerang utama dalam menyerang sesetengah pimpinan ditolak oleh perwakilan.

Pemilihan kali ini juga membuktikan, politik adalah tentang pemilikan kuasa dan pihak yang bertanding akan berusaha mendapatkan kuasa dalam parti politik dan PAS tidak terkecuali dalam hal ini.

1) Sokongan Umno adalah racun.


Apabila musuh menyokong anda, tunggulah kejatuhan anda dalam PAS. Itulah yang berlaku apabila sesetengah pemimpin PAS disokong oleh musuh parti Melayu itu khasnya media mereka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Sokongan Utusan Malaysia, pemimpin Umno atau bekas pemimpin yang sudah dipecat seperti Datuk Dr Hasan Ali memberi persepsi negatif kepada mereka.
Pendek kata, jaga-jagalah apabila dipuji oleh musuh anda, ia pasti memakan diri.

2) Jangan menyerang sesama sendiri.


Terbukti, pihak yang paling banyak menyerang sesama sendiri di dalam PAS ditolak oleh perwakilan.

Dua nama penting yang dilihat sangat vokal adalah ahli Majlis Syura, Zaharudin Mohamad dan ketua Ulama Pahang, Mokhtar Senik.

Zaharudin yang juga menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak awal lagi membuat serangan melalui tulisan dalam laman sosial Facebook ataupun majlis-majlis dalaman parti.

Mokhtar pula sangat vokal dalam kempennya untuk ulama sehingga memakan diri calon-calon pro ulama.

Kedua-duanya walaupun popular gagal untuk mendapat tempat dalam muktamar ini khasnya bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

3) Jangan berkempen terlalu berlebihan, makan diri.


Sejak awal, ahli-ahli PAS diberikan ingatan, sesiapa yang hendakkan jawatan tidak layak untuk jawatan itu.
Muktamar kali ini menyerlahkan hakikat itu.

Kempen yang terlalu berlebihan di kalangan penyokong ulama tidak membuahkan hasil untuk mereka.

Laman Facebook El Haraki merupakan contoh terbaik.

Kempennya yang melampau untuk ulama menyebabkan ramai tertanya-tanya, ulama ini gilakan jawatan ke?

Nampaknya kempen berlebihan ini memakan diri, umpama cerita beruang dengan tuannya.

4) Mereka yang bekerja pilihan perwakilan.


Contoh terbaik adalah Mazlan Aliman?

Siapa Mazlan? Pada muktamar lepas, dia mendapat tempat pertama dalam pemilihan AJK. Kali ini di tempat kedua.

Tiada apa yang hebat pada sosok tubuh peribadi presiden Anak, sebuah NGO yang memperjuangkan peneroka Felda ini.

Tetapi kerja kuat, fokus dalam gerak kerja walaupun belum berhasil yang dilihat oleh perwakilan PAS.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...