KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 25 November 2013

BERITA YANG BAKAL BUAT NOH OMAR BERTAMBAH MEROYAN .... NEGERI SELANGOR DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT BAKAL MEMPUNYAI LEBIH 15 RIBU UNIT RUMAH MAMPU MILIK.



Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mempunyai sejumlah 15,251 unit rumah mampu milik yang boleh ditawarkan sehingga tahun 2021, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.
Iskandar ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini berkata, tiga projek perumahan mampu milik yang melibatkan 1,682 unit telah siap dibina oleh kerajaan negeri dan pemaju swasta.


"Manakala projek yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak tiga projek yang melibatkan 469 unit," katanya.


Manakala projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit berkeluasan di antara 700 hingga 800 kaki persegi dan dijual pada harga RM60,000 hingga RM90,000 seunit, dan  baki 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.


"LPHS telah menawarkan sebanyak 1,682 pembeli yang layak untuk membeli rumah mampu milik," katanya merujuk kepada Lembaga Perumahan hartanah Selangor, menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzuan.


Iskandar, yang juga Adun Cempaka berkata, projek rumah mampu milik yang masih boleh ditawarkan untuk pembeli adalah dianggarkan sebanyak 15,251 unit yang melibatkan 38 projek menjelang tahun 2021.


"LPHS hanya akan mula menawarkan kepada pembeli setelah sesuatu projek itu memperoleh Permit Iklan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 


"Peratusan tawaran kepada rumah mampu milik yang telah siap adalah 100%," katanya.


Ketika sesi sidang DUN sebelum ini, Iskandar berkata 1,028 unit rumah mampu milik di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelang 2014.


Lokasi rumah mampu milik berkenaan disasarkan kepada empat daerah lokasi dan bakal dibina pada 2014 iaitu di Gombak, Hulu Selangor, Klang dan Petaling.


“Di Gombak, sebanyak 418 unit pangsapuri di Kampung Seri Temenggung, 198 unit townhouse manakala di Hulu Selangor projek Antara Gapi sebanyak 80 pangsapuri, di Jalan Datuk Mat Sidin, Klang bakal dibina 210 unit pangsapuri manakala di Subang Bestari, Shah Alam dalam daerah Petaling sebanyak 122 unit pangsapuri.


“Bagi penggal 2015 hingga 2020 dirancang sebanyak 16,065 unit pangsapuri PKNS bakal dibina di daerah Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz ketika sidang DUN baru-baru ini.


Dalam perkembangan sama, Iskandar turut memaklumkan bahawa tanggung jawab membina rumah mampu milik ini juga diberikan kepada syarikat swasta iaitu sebanyak 944 unit pangsapuri menjadikan jumlah keseluruhan rumah kos rendah dibina pada 2015 hingga 2020 sebanyak 18,037 unit.


"Sebelum ini kerajaan negeri menetapkan polisi 20:10 dan terkini dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 13 November lalu untuk wajib buka tender kepada pemaju swasta untuk bina rumah mampu milik.


"Ramai pemaju yang hantar kertas dan cadangan dan telah diluluskan,” katanya.

15 comments:

  1. Haaaaa..... DBKL dan negeri2 di bawah BN. Apa lagi lawan le. Jangan tahu naik cukai pintu aje.

    Jangan tahu tambah hutang dengan kerajaan persekutuan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBKL Duduk Borak Kelentung Lebih macam menteri dia juga. Kat KL dah ada orang duduk bawah kolong, bawah jembatan dan dikaki lima bangunan milik orang bukan Melayu. MEREMPAT MELAYU HIDUP UMNO!!!

      Delete
  2. kat penang ader ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat penang LGC baru aje umum bulan lepas. Klu tengok kat utusan atau tv, berita macam ni memang tak akan keluar sebab menjatuhkan maruah bn. cer tengok kat harakah, keadilan atau roket. kat situ suma usaha PR untuk rakyat ada dicatatkan. Tak rugi baca kalu nak dapatkan maklumat jika sedara nak beli rumah baru sekiranya sedara layak. kalu asyik baca utusan dan tengok tv, sampai tua sedara tak akan mampu memiliki rumah sendri nanti......

      Delete
  3. Lagu : Impianku Menteri Besar
    lirik lagu ciptaan M. Sareep:

    musnahlah harapanku.....
    hancurlah impianku......
    hajat nan menggunung......
    berkecai bagai debu.......

    malam ku termimpi.....
    siang ku terganggu....
    impian tak terkesampaian.......
    hajat tak kesudahan......

    hancurlah harapan......
    musnahlah impian......
    tidurku tak lena.....
    igauan menggangguku.......

    makin ku kejar....
    makin menjauh.....
    setelah tersedar.....
    apalah dayaku.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagu daud kilau berkilau2
      Itu diaaaa...umno haprak...
      Itu dia mamat karela....
      Itu diaaa...najioltoya...
      Itu diaaa rosmoh bantot..
      He he ho ho hi hi keh keh..
      Lama sudah ku menanti...
      Namun sekarang telah terbukti..
      Mana dia mana dia...si keling tambi..
      Apa lagi wahai manusia apa lagi wahai bahlol....hek hek hek...
      Syukur laa syukur laaa lalala
      Minyak naik minyak turun jadi naik minyak...
      Cukai naik cukai turun laa lama2 boleh mampos...la la la
      Tapi sebengap melayu 47 peratus la la la...
      Melayu kena tipu yg senang orang atas la la la juta2 disamun la la
      Tapi berjuang tetap berjuang la la
      Biar kena tipu biar kena kencing la la
      Jahanam jahanam jahanam.

      Oleh
      Daud Kilau melilau.

      Delete
  4. rumah mampu milik tak lebih rm150k tapi kenapa pkns cakap harganye rm300k++..mane satu yang betul ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sekor lg macai. Ko tahu tak kategori rumah mampu milik ni mcm mane? Ko ingat pkns ni ngadap buat rumah mampu milik je ke? Lg pun mana ada harga mampu milik lebih drpd 100k. Kalo ko lapar sgt nak bolot rumah mampu milik, pegi ngadap SUK la..bkn pkns..macai bongok!

      Delete
    2. yang lu angin tak tentu pasal ni nape..gua tanye je sebab gua dah tepon pkns..klu lu bukan orang selangor lu senyap..BODOHH..

      Delete
  5. Baguslah wat bnyk2 ye kt slagor..tp penang bla pulak ye??mcm x nmpk perubahan pn..umah mampu milik dh bkurangan..rkyt mlysia mmng x mampu bli..rkyt asing ja rmai..

    ReplyDelete
  6. Yup kmpg2 kt penang dh tkr jd umah2 kondo..besar2 suma rm500 ribu ke atas..pnduduk kmpg dpt la pampasan x smpai sratus ribu..nk bli umah flat kt penang pn x mampu..last2 org2 kmpg beli umah kt kedah coz kt sna murah..ye penang maju tp jgn smpai maju dgn org luar je..mohon krajaan pakatan yg wat umah bnyk2 kt slagor tu wat kt penang gak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bodoh betol la ko ni. tak kan la kejaan selangor ko suruh buat rumah kat penang pulak...

      Delete
  7. rumah kat penang murah lah.. hanya setengah juta.. kata macai PR sambil mencari rumah disekitar Kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah mula zaman gerakan dulu. gerakan tu kan ke kawan baik umno....

      Delete
    2. kat putrajaya tempat pm umno duduk tu lagi murah. 1 juta aje sebijik. kerja dispes pun bole beli dah

      Delete