Saturday, 30 November 2013

KEPUTUSAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... SETIAP WAKIL RAKYAT KEADILAN AKAN SUMBANG 20% DARI JUMLAH KENAIKAN GAJI SETIAP BULAN KE TABUNG PENDIDIKAN ANAK SELANGOR!!!



KENYATAAN MEDIA
30 November 2013


WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN


Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.


Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.


Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.


Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.


Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.


Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

11 comments:

  1. Alaaaaa....... ala la la latok mau kasi kontol elaun2 juga meh?..... Ciuba la latok bagi itu tansli kalid jalang sengili, buat keputusang sengili. Kalu suma latuk seli mau kontol, lagi maik latuk sajia nyadi MB silango maaa.

    Wa ciakap bagi anua nyadi MB silango. tansli kalid nyadi penasihat PKR kasi silisai itu hat olang-olang lompat pati. Ini anua talak tau bikin keleja nyaga olang mau lompat pati munya. Itu anua kasi tulun pangkat, tansli kalid kasi naik pangkat maaa....

    (Hayaa keleja senggili tongang-langang, lagi mau kaciau olang lain punya keleja. Hayaa, tiew naseng cak boliau, ptuiiiii)

    ReplyDelete
  2. Apa lagi macai lembu mahu kata.kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Gaji punahsihat RM1 sebenarnyer adalah RM150,000 setahun!!!!!.....muahahahahaha dajjal mata satu dah lama kluor da!!!

    ReplyDelete
  4. aik....johor pun nak naik jugak?

    ReplyDelete
  5. Nak tengok menteri lembu sumbang macam ni tunggu kiamat dulu la.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamuallaikum ... jika sudah KIAMAT menjelang adakah saudara masih hidup dimuka bumi ini sebagai manusia?? Berkatalah menggunakan akal fikiran yang waras .... itupun jika saudara manusia yang berakal dan ISLAM

      Delete
  6. Pergh. Penangan Tan Sri Khalid. Merangkap melutut anuwar akur dgn tindakan bijaknya.Syabas MB. Aku dah ckp..dah. Anwar dan azmin tak layak tegur kebijaksanaan tadbir urus yg baik dari MB. Apatahlagi keduanya org yg diragui masalah moralnya. ada hati nak tegur gaji kt selangor naik.pirahh.
    Insyaallah Tan Sri Khalid menerajui PKR suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. anon 22:28.lepas kiamat dah tentu hidup sebagai manusia.bukan babi macam ko.kahkahkah

    ReplyDelete
  8. DSAI hanya menyatakan 'persetujuan' untuk mewujudkan dana dari sumbangan ADUN PKR (tidak merangkumi PAS, DAP atau BN), bukannya memberi arahan. Baca dan fahami artikel. Hujah yg lari drp maksud artikel adalah hanya prasangka buruk. Lainlah jika DSAI 'memberi arahan' supaya menubuhkan dana dibiayai dari potongan elaun bla..bla...bla... Jangan keliru

    ReplyDelete
  9. Satu lagi tindakan dan penyelesaian bijak pemimpin pakatan. Tahniah! Tengok keluar tv ke x

    ReplyDelete
  10. Apelah sangat sumbangan RM1000 atau 20% daripada gaji2 menteri2 yang dah dinaikkan sampai ke 373% tu... Cuba kira sikit, 373% - 20% = 313%... alahaii mcm taik gigi je sumbangan tu. 20% tu kononnye cukup untuk tutup mulut2 yg dok mempertikaikan isu kenaikan gaji menteri2 nie. Duit yg diorg dapat dengan kenaikan tu sepatutnya diagih2kan sepatutnya kepada rakyat yang sepatutnya menerima kalau betul menteri2 nak memperjuangkan hak rakyat. 20% masuk tabung untuk 'anak-anak' keadilan (sorry, maknanya yang bukan 'anak-anak' tak merasa la ye?) selebihnya masuk poket depa. perghhh bagus sungguh plan pak pak menteri pkr nie.

    Adil ke mcm nie?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...