Wednesday, 27 November 2013

PERSATUAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) MERUNGUT TEMPAT LETAK KERETA YANG DIKHASKAN UNTUK MEREKA KENA REMBAT SELALU!!!



KUALA KANGSAR - Orang awam diminta lebih prihatin dan bertimbang rasa dengan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini untuk orang kurang upaya (OKU).

Presiden Persatuan OKU Sungai Siput dan Kuala Kangsar (Pokusk), Tang Ah Lik berkata, kemudahan yang disediakan itu bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan tugasan seharian mereka.

Justeru, sikap tidak prihatin segelintir orang awam bukan sahaja menyukarkan mereka malah mereka kadangkala terpaksa membatalkan niat untuk berurusan kerana perkara tersebut.

Tambah Ah Lik, antara kemudahan untuk OKU yang  sering digunakan orang awam adalah petak tempat letak kereta.

“Tempat parkir khas bukannya banyak disediakan untuk OKU, biasanya di satu kawasan itu ada dua atau tiga. Itu pun orang awam hendak ambil sedangkan banyak parkir lain.

“Bertimbang rasalah pada OKU kerana keadaan mereka yang serba kekurangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar petak parkir untuk OKU dibuat dengan saiz yang lebih besar berbanding tapak parkir biasa.

“Bila ada kereta lain parkir bersebelahan dengan  parkir khas untuk OKU, sukar  untuk golongan tersebut keluar dan masuk kereta kerana ruang yang sempit.

“Kami harap sangat agar tapak parkir ini diluaskan untuk memudahkan pergerakan golongan OKU,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Ah Lik memaklumkan dia ada mendengar rungutan daripada ahli persatuan yang mahukan perkhidmatan lebih baik disediakan untuk OKU khususnya ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Menurutnya, ada antara ahli terpaksa beratur panjang untuk membayar bil atau menjalankan urusan lain dan situasi itu sedikit sebanyak mengecewakan mereka.

“Kadangkala, ada orang awam tidak peka dengan keadaan mereka dan hanya membiarkan mereka beratur panjang bersama orang lain.

“OKU berharap agar layanan baik diberikan  kepada mereka kerana ia dapat memudahkan segala urusan harian,” katanya.

8 comments:

  1. Biasa la tu.barua ameno boleh parking kat mana2 je yang dorg suka.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. itu car park bapak dia punya tempat. bapak dia beli 2 tapak.....

    ReplyDelete
  3. Kenaikan Gaji Mendadak Untuk MB, Ahli DUN Selangor
    Oleh WANI MUTHIAH

    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speaker akan menerima kenaikan gaji yang mendadak berkuatkuasa 1 Januari 2014.

    Pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilakukan dan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membenarkan kelulusan kenaikan gaji itu.

    Gaji untuk ahli DUN akan naik dari RM6,000 kepada RM11,250, peningkatan sebanyak 87 peratus.

    Speaker yang menerima gaji RM6,109 akan menerima RM22,500 manakala Timbalan Speaker di mana gaji terkininya adalah RM3,327 akan menerima RM15,750.

    Gaji Menteri Besar meningkat sebanyak 106 peratus daripada gaji sedia ada iaitu RM14,175 kepada RM29,250.

    Gaji ahli Exco pula naik sebanyak 231 peratus dari RM6,109 kepada RM20,250.

    Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan gaji itu dilakukan tepat pada waktunya bersesuaian dengan peningkatan dari segi tanggungjawab di negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini untuk rakyat.. artikel yang baik untuk omakkau ketengahkan..

      Delete
    2. betul la omakkau,isu camni kena ketengahkan.ni isu rosmah naik jet kerajaan pun nak kecoh,x sampai 10 juta pun.kan macai kan?

      Delete
    3. penyeluk saku wang rakyat secara terhormat.

      Delete
  4. Selama ini ingatkan OKU tu Orang Kuat Umno, tu yg mereka perasan petak OKU tu untuk diorang

    ReplyDelete
  5. Biar la naik pun janji selangor bersih dari rasuah.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...