Friday 22 November 2013

KERAJAAN PR SELANGOR AKAN MERAIKAN 45 PASANGAN PENGANTIN BARU SEMPENA MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA BELIA 2013.



Seramai 45 pasangan pengantin bakal diraikan oleh Kerajaan Negeri dalam Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang bertempat di Stadium Melawati Shah Alam pada 30 November ini.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program berkenaan dianjurkan kerana Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meringankan beban di kalangan belia dan beliawanis negeri ini yang ingin berkahwin.

Katanya, program berkenaan diilhamkan bagi memberi memberi peluang kepada belia-belia yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga dan mengadakan majlis kenduri secara perdana dengan mengekalkan budaya dan adat istiadat kemelayuan yang dibenarkan syarak.

“Seramai 40 pasangan Melayu, empat pasangan berbangsa India serta satu pasangan berbangsa Cina daripada 23 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bakal diraikan dalam majlis ini,” katanya ketika sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini.

Katanya, program ini adalah kesinambungan daripada program seumpamanya yang sudah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2011 di Selangor.

“Program ini juga merupakan salah satu daripada siri Kempen Anti Zina yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,” katanya lagi.

Antara syarat penyertaan program ini adalah belia mesti lahir di Selangor, pendapatan bersih RM1,500 seorang, merupakan perkahwinan kali pertama, serta pasangan mesti berumur di bawah 35 tahun.

Dr Ahmad Yunus berkata, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exco negeri.

Selain itu, beliau berkata, seramai lima orang pasangan terpilih akan dinikahkan di program berkenaan.

Dalam majlis ini juga, akan berlangsung Majlis Penyerahan Inisatif Perkahwinan Belia kepada pasangan yang sudah membuat permohonan melalui Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN).

3 comments:

  1. Terima kasih MB dan Kerajaan PR Selangor kerana peeihatin terhadap pasangan islam yg kurang berkemanpuan untuk mendirikan rumahtangga. Teruskan usha ini YB MB setidak tidaknya dapat menghidarkan perlakuan maksiat yg berleluasa. Semua lelaki mahu mendirikan rumahtangga tetapi disebabkan kos perkahwinan senakin hari semakin meningkat ramai para lelaki terutama nya yg berpendapatan sekadar cukup makan mengabaikan perkahwinan. Maka terjadilah pelbagai maksiat yg tidak semistinya berlaku kerana nafsu. Begitu juga dengan kaum wanita. Dengan cara mengadakan perkahwinan beramai ramai sekurang kurangnya dapst juga meringankan kos perkahwinan. Bagi ansk2 muda Selangor berilah sokongan 200% kepada MB dan Kerajaan PR Selangor untuk meneruskan acara ini. Hidup Pakatan Rakyat. Dari Rakyat Untuk Rakyat. Jgn jadi kerajaan BN Dari Rakyat Untuk Individu memenuhkan saku mereka.

    ReplyDelete
  2. hidup MB PKR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebatlah isteri PM tu dapat pergi Qatar naik pesawat peribadi....hebat la dia tu sebab dapat tarik pelaborrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...