Saturday 23 November 2013

LAGI KISAH KEZALIMAN KERAJAAN PR SELANGOR YANG MENINDAS RAKYAT MISKIN ..... MEMBERIKAN BAS AWAM PERCUMA.


Tak habis-habis kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak menindas dan menzalimi rakyat Selangor ... kini giliran nak beri bas awam percuma pula... Tirulah macam kerajaan UMNO/BN .. semua perlu di bayar .. tiada istilah percuma dalam kamus kerajaan UMNO/BN.

Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.

Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.

“Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.

“Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan ‘FeederBus’ yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih,” kata Chang Kim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.

Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

“Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.

“Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50 dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya.

“Kesemua cadangan ini kita akan bincangkan,” kata Chang Kim.

Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.

Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).

27 comments:

  1. Selepas 5 tahun Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor sudah berjaya menyimpan RM2.712 billion, air percuma, bantuan 1000RM kpd pelajar2 melanjutkan ke IPT dan sekarang nak wat bas awam percuma pulak pada rakyat Sgor. MB Khalid ni memang tak ada otak la. Menteri kebinet BN hanya meluluskan jet mewah percuma kpd bini PM dan bini2 menteri utk lawatan peribadi. Tambang taxi akan dinaikan tahun depan oleh kerajaan BN, tarif letrik pun naik. Pendek kata BN ni memang bijaklah segala2nya naik dan tak ada istilah free dalam kamus BN.

    ReplyDelete
  2. salam...pertama diucapkan tahniah jika program ini menjadi kenyataan...cuma perlu dilaksana dgn telus...adalah lebih adil jika dikenakan bayaran paling minima 50 sen tanpa mengira jarak.sebagaimana bas mini suatu ketika dulu.sekurang2 boleh menampung kos.kedua...warga asing masih boleh menggunakan kemudahan ini.tetapi dikenakan bayaran rm1 @ rm2 tanpa mengira jarak..ini krn ada dikalangan mrk yg bekerja secara sah dan memacu ekonomi negeri.tapi perlu menunjuk pas pekerja semasa naik..

    ReplyDelete
  3. Mabuk ke khayal MB ni. Kalau macam ni tak teringin langsung nak naik bas tu. Mana ada kelas you... Aku buat koleksi tiket bas, ada le benda boleh buat ditunjukkan pada anak cucu nanti. Serupa macam naik teksi, baik naik teksi je lepas ni. Tak guna punya kerajaan Negeri Selangor potong stim aku nak kumpul tiket bas. Kalau ada sesiapa nak buat demonstrasi bantah aku mesti join ni. Kalau ada tiket tapi tak ada harga tambang pun tak teringin juga. Minta MB Selangor ni batalkan cadangan tu. Kalau tidak aku pindah ke negeri lain.

    ReplyDelete
  4. Kalo macai lembu rasa mb selangor zalim g pindah dok pekan..jadi penjilat anak badak boleh naik jet free.pasal kos tak payah risau.najib dah tambah hutang lagi 40 bilion.kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Saya sebagai seekor macai UMNO/BN yg berpendapatan RM2,500/- sebulan amat lah tidak bersetuju dengan cadangan MB Selangor menyediakan bas percuma. Mana tidaknya dah lah air free,wafi free,tadika free,banyak benda2 lain free dan ini nak bagi naik bas free pula. Mana boleh MB kalau camni gaji bulanan saya RM2,500/- tak luak lah. Saya sangat setuju bil api naik,minyak naik,barang keperluan naik sebab saya boleh bebelanja dengan wang gaji saya setiap bulan. Saya juga menyokong penuh supaya GST dilaksanakan kalau boleh esok laksanakan. Begitu juga kenderaan yg berusia 12th ketas patut sangat lah di screp boleh beli lain dan buat hutang baru lah gaji saya boleh dibelanjakan. Saya sebagai seekor macai sangat2 menyokong cara lerajaan BN mengurustadbir kewangan negara dan rakyat malaysia. Betol kata menteri tu tak mampu tinggal di Nalaysia boleh belah tggal dinegara lain. Sekian terima kasih.
    Yang Benar
    Macai Bodoh bin Bengong
    KP. 860823-14-5721(palsu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha macai mana da brani...tgh mnyorok...xda idea..mklom la otak lemvu...

      Delete
    2. hahaha terbaik boss..

      Delete
    3. Terbaek... Klu.macai umporno x faham jgk .. Mmg la bodoh tujuh keturunan...hu..hu..hu..

      Delete
  6. Memang indah dan nikmat dpt air percuma dan kini bas awam percuma. Namun sedihnya prinsip-prinsip agama khususnys akidah semakin tercabar khususnya drpd pihak yg bersekutu dengan DAP. Ya Allah jgn lah hijab mata dan hati kami dengan nikmat dunia dengan menjual kebahagian kami di akhirat. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akidah kita dh lama tercabar bwh bn.Kau buta ke?Kenal Chua Soi Lex?Apa yg dia x kata psl islam?Bersalam pun boleh jd isu.Umno boleh senyum lg.

      Delete
    2. Macai 16.31 .. Jnis yg ddk bawah mangkuk jamban.. Katak tu pn ok lg bwh tempurung.. Bodoh mengalahkan lembu... ni la yg macai bidoh yg dikara tun m.. Macai bodoh yg tinggal dlm umporno..

      Delete
    3. bukan la bro.tu macai berlagak suci tu.padahal dia tahu apa yang bn dah buat pada agama.

      Delete
  7. Dap buat akidah jadi rosak.cuma Mca je umat islam sejati.kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah......

    ReplyDelete
  8. Dap kafir.Mca islam tulen.kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.....

    ReplyDelete
  9. Saudaraku seIslam. Sejak mula layak mengundi pada tahun 1995, prinsip kebenaran berteraskan Islam sentiasa menjadi ikutan hati dan prinsip. Begitu cepat saudara menghukum sedangkan orang memberi pendapat itu lahir drpd hati yg ikhlas. Mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk dan keampunanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotak ko. Sini blog PKR weyyy. Kita org parti berbilang agama dan bangsa. budhha..jesus semua penganut pkr duk satu parti. Kami parti yg liberal dlm islam..jugak dlm agama lain. syohh.syohh. Pegi blog PAS ..ko bleh dakwah. PKR lain. Kami semua boleh ma.
      PKR semakin kuat dgn pelbagai agama yg bersatu. cina dan india yang hanya menyokong pkr shj adalah saudara kami sehidup semati sekubur.

      Delete
    2. elehhhhh....hoi 1916...kau mabok ganja ker apa ni?

      Delete
  10. DAP kasi tolak punggung mb bagi percuma semua kat rakyat selabgor. Tapi bab akidah..gereja..nama ALLAH yg boleh dishare ..rumah urut..mesin judi jgn kacau.kihkih.
    itu duit untung mau kasi derma sama semua masjid selangor.kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita bukan tak nak simpan banyak2. Kita nak pakai duit bagi bini kita belanja naik jet peribadi gi arab sana nu.... pah tu kita guna sikit bela lembu.

      Delete
  11. Habeh kerajaan BN kutip wang dari pembayar cukai judi ekor,judi genring;judi lumba kuda;cukai arak kow tak pertikai pun. Dasar macai tak sedar diri dan tak tau diuntong. Boleh belah kah wehhhhhh. Kalau dah macai sampai mampos pun tetap macai.

    ReplyDelete
  12. Hoi MB Selangor, yg kau macam nak perabih duit kerajaan negeri tu apa hal? Nanti lepas PRU 14 kami ambil semula Selangor, kalau duit dah tak banyak maka kami nak rembat apa pula? Masa tu kami pun tak buloq nak ambil Selangor.

    ReplyDelete
  13. Anoy 20.54 kow memang lemah ekonomi lah. Pendapatan negeri selangor adalah yg terbanyak dalam semua negeri di Malaysia ini. MB tu jenis yg tau urus ekonomi sebab itu dlm masa 5th boleh simpan risab kewangan Selangor sampai RM2.7 bilion. Masa BN perentah berpuloh tahun dulu cuma ada risab RM400 juta yg lain masuk bawah karpet. Disebabkan BN tadbir fedrel maka SPRM dan PDRM jadi tunggul kayu semua perasuah dlm BN kebal undang2 dan semua fail2 raauah yg dilakukan oleh pemimpin2 BN letak dalam bakul sampah tunggu masa untuk dimusnah. Bila BPR jadi SPRM rakyat dah nampak yg jadi mangsa ikan bilis jerong selamat. Anggota Polis ambil rasuah RM200/- kena hukum 2th penjaea dan denda RM20,000/- pemimpin ambil raauah RM12 bilion bebas.Fikir sensiri lah macai hoi. Kamu juga punya otak.Setahu aku Allah jadikan otak manusia ini unruk berfikir kenapa lah agaknya Allah jadikan otak macai ini tak boleh pakai lansung tak boleh menilai antara yg positif dan negatif. Insaf lah Anoy hoi dari menjadi macai seumur hidup. Kita skrg hidup dlm alam realiti bukan alam ilusi.

    ReplyDelete
  14. Kami sayang najib.kami sanggup berperang dengan pas asalkan rosmah terus dapat naik jet pergi Qatar

    ReplyDelete
  15. lucunya, kerajaan pusat dah lama buat, bas rapid penang percuma sekitar KL tu berlambak lambak.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...