Tuesday 12 November 2013

UTUSAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MAT SABU TUMBANG DALAM PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS MENENTANG DATO' MOHD NIK AMAR!!!!



Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.

Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.

"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.

"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".


Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.


Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.


"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.


"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata  Zulkiflee.


Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.


Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.


Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.


Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.


Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.


"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.


Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.


Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.


Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.. MALAYSIAN INSIDER

23 comments:

  1. hidup mat sabu.. hidup.. takbir..

    ReplyDelete
  2. HIdup MAT sabuuu! Kami ahli PKR lebih suka mat sabu naik sampi pegang jadi presiden PAS. Lepas menang Timbalan Presiden..kasi jatuhkan si Hadi pulak. Dia rajin turun bersih..demo black 505 dan macam2 lagi demo jalanan. Kita perlukan org seperti Mat sabu demi politik jalanan dan ceramah sumpah seranahnya amat menggerunkan UMNO taik.
    Kami PKR dan jemaah akan sokong Mat Sabu.
    Pujian ke atas pemimpin ini dan ahlulbait..ya hussien!

    ReplyDelete
  3. hanya mat sabu dapat satukan PAS dan DAP.. kami mau mat sabu.. hidup mat sabu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni giler ke sakit ape

      Delete
    2. anon 13:15.. apa tak betul ka.. bukan kah DAP pun nak masuk PAS.. semua dah dapat hidayah.. takbir..

      Delete
    3. anon 13:22 kena virus lembu kat ijat,dpt hidayah pun jd mainan.klu soilek hina hudud,kecut telur.

      Delete
    4. yg paling amno takut ialah bila mat sabu menang timbalan.... tak jadi la plan nak join pas ngan amno!

      Delete
    5. yg paling umno takut ialah bila ahli umno jadi pandai...tak jadi la plan nak tibai byk lg harta negara!

      Delete
  4. Melayu hutan je yang baca akhbar yahudi ni..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup mat sabu.. hidup..

      Delete
    2. macai amno sokong mat sabu? nampak betol bodonya...

      Delete
  5. Melayu hutan ni tak tau ke umno barua british dah lama jual sgpore kat cina..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup mat sabu.. hidup mat sabu.. hidup..

      Delete
    2. virus lembu kak ijat ke macai

      Delete
    3. bukan virus lembu la, virus babi melekat kat macai turr

      Delete
  6. hidup mat sabu.. PAS cemerlang dibawah kepimpinan beliau.. hidup Mat Sabu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada udang sebalik batu. umno buat gitu sbb takut kat mat sabu. klu mat sabu jadi timbalan, tak ada peluang umno nak berbaik dan bersatu2 dgn pas. tu yg ko angkat mat sabu mcm utusan buat tu.

      tapi cara ko angkat tu sama dgn cara soilek kunyah sup babi...

      Delete
  7. yg dok kalut hidup mat sabu,hidup mat sabu nie aper hal.dia memang hidup ler wahai pencacai sekalian.yg dok jerit hidup,hidup nie mereka dr parti laknatullah jer.

    ReplyDelete
  8. harap mat sabu berjaya mempertahankan jawatan agar agenda perjuangan PAS dapat diteruskan..

    ReplyDelete
  9. Kami ahli pkr menyokong penuh Mat sabu naik sehingga pegang presiden. Amar ni anjing. Kat utusan pun dia boleh terima interview. sial.
    PR akan bertambah kuat dibawah Mat sabu.Hj hadi bakal tumbang. Teknik Mat Sabu begitu bijak dan cerdik. Perancangan Mat Sabu jatuhkan Hj hadi menjadi melalui pendedahannya kepada rakyat malaysia melalui akhbar mesir. Hj hadi salah seorang perancang keganasan. tahniah. Mat sabu. Kami pkr akan sokong anda. Mat sabu membawa perubahan lebih terbuka dalam PAS yg beku.

    ReplyDelete
  10. kenapa macai PR dalam ni marah pulak bila orang sokong mat sabu.. pelik sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko nak menyamar pon biar pandai...bodo punye macai umnongok...dah macam akbar utusang laa pulok reverse psiko konon...ptuiii

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...