Thursday, 14 November 2013

KERANA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO PUNYA PASAL ... 132,000 PELAJAR KITA TELAH DI SENARAI HITAMKAN PIHAK IMIGRESEN MALAYSIA DAN TIDAK BOLEH KELUAR NEGARA!!!!

Kerana para penyokong, pendokong dan ahli UMNO tegar masih lagi memebrikan undi dan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU 13 lalu maka kini seramai 132,000 bekas mahasiswa kita telah di senaraihitamkan oleh pihak Imigresen Malaysia.

Pakatan Rakyat berjanji mau menghapuskan PTPTN dan beri pendidikan percuma sampai keperingkat universiti para penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang tegar enggan... mereka sanggup melihat anak cucunya kena senarai hitam dari mendapatkan pendidikan percuma.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa seramai lebih 132,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini dalam senarai hitam pihak imegresen Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran ll, P.Kamalanathan ketika menjawab soalan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.

Terdahulu Khalid bertanyakan berapa jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN yang perlu dibayar oleh peminjam dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Menjawab soalan itu, Kamalanathan berkata, sehingga 30 September, seramai 1.32 juta peminjam perlu membuat pembayaran dengan nilai pinjaman sebanyak RM9.51 bilion.

Dari jumlah itu, 903,920 peminjam telah membuat bayaran dengan nilai RM4.82 bilion manaka sejumlah RM4.69 bilion lagi adalah jumlah pinjaman yang tertunggak.

Dari jumlah itu juga, sejumlah 435,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik.

Pada soalan tambahannya, Khalid meminta penjelasan timbalan menteri sama ada pihak PTPTN ada meneliti latar belakang peminjam yang disenarai hitam tersebut.

Katanya, tindakan tersebut penting bagi mengetahui punca dan masalah kenapa peminjam gagal membuat bayaran balik.

"Perlu teliti latar belakang mereka, sama ada mereka memang tak nak bayar atau kekangan masalah ekonomi," katanya.

Menjawab soalan itu, timbalan menteri berkata, PTPTN memberi tempoh 16 bulan kepada peminjam sebelum nama mereka disenarai hitam.

Dalam tempoh itu PTPTN ada menghantar surat makluman dan menghubungi pihak peminjam.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...