Thursday, 21 November 2013
MAJLIS PERTUNJUKAN FESYEN ADALAH SEBAHAGIAN DARI PROGRAM ROSMAH MANSOR KE DOHA GUNA JET EKSEKUTIF KERAJAAN!!!!!
Majlis fesyen sebahagian dari program Rosmah guna jet
Kunjungan kontroversi Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar menggunakan jet dibiaya kerajaan mencetus heboh, namun laporan berita dan gambar di laman webnya menunjukkan rombongan isteri perdana menteri itu mengharungi empat hari yang sibuk.
Rosmah yang diiringi isteri para menteri, MP Pengerang Azalina Othman dan penasihat khas perdana menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengisi “lawatan kerja” ke Doha, Qatar dan juga Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 10 hingga 14 November dengan pertemuan demi pertemuan.
Ia termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Abdullah Bin Nasser Khalifa Al Thani pada 13 November untuk mengirm jemputan Datuk Seri Najib Razak untuk melawat Malaysia pada tahun depan.
Antara yang menyertai rombongan Rosmah ialah isteri kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, , isteri kepada Mentgeri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan isteri kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
Rosmah turut menghadiri persembahan fesyen amal dan menyertai majlis minum teh bersama isteri Sheikh Abdullah pada hari yang sama.
Tujuan utama kunjungan ke Timur Tengah itu adalah untuk menyampaikan ucaptama selama 25 minit di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 di Hotel St Regis di Doha pada 11 November.
Berikut adalah pencapaian Rosmah dalam kunjungan tersebut, yang disifatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai usaha yang sepatutnya “dibanggakan” oleh rakyat Malaysia.
10 November: Tiba di Doha
11 November, Doha: Menyampaikan ucaptama di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.
Bertemu PM Qatar Sheikh Abdullah di ISF Complex untuk menyampaikan jemputan Najib untuk melawat Malaysia pada tahun depan.
12 November: Mengunjungi Qatar Foundation untuk membincangkan kerjasama dengan program PERMATA (projek pendidikan awal kanak-kanak yang dinaungi Rosmah).
Menghadiri pameran fesyen amal untuk mempromosi fesyen Islam, dan turut menghadiri majlis minum teh bersama isteri PM Qatar Sheikha Alanoud Bint Abdalrahman Althani.
Nov 13, Dubai: Menghadap Wanita Pertama UAE Princess Haya Bint Al Hussein di Burj Khalifa di Dubai.
Nov 14: Menyaksikan majlis menandatangan memorandum persefahaman di antara Alliance International Investment (AII) untuk program Permata Pintar di Dubai. Universiti Kebangsaan Malaysia akan bekerjasama dengan AII untuk memperluaskan program ke bahagian lain di Timur Tengah.
14 November: Mengunjungi Bandar Kemanusiaan Antarabangsa di Dubai yang menempatkan kesemua kakitangan PBB yang mengusahakan bantuan kemanusiaan untuk mempelajari kerja-kerja bantuan, terutama untuk membantu wanita dan kanak-kanak.
Shahidan pada hari Isnin lalu disoal bertalu-talu oleh para MP yang meminta beliau menjelaskan mengapa kerajaan membiaya kunjungan Rosmah, termasuk penggunaan jet eksekutif.
Menteri tersebut berkata kunjungan berkenaan diluluskan oleh kabinet dan Rosmah mewakili Malaysia.
Buat masa ini masih belum dapat dipastikan sama ada pengiring Rosmah turut diterbangkan dengan jet dibiaya kerajaan atau sekiranya kunjungan mereka juga menggunakan wang rakyat.
Parlimen pada awal bulan ini diberitahu bahawa kerajaan menanggungh RM15 juta untuk bahan api dan RM160 juta untuk penyelenggaraan jet eksekutif.
Ini bukanlah kali pertama Rosmah “mewakili” Malaysia di persidangan antarabangsa, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau turut menggunakan jet dibiaya kerajaan dalam kunjungan tersebut.
Antara lainnya, beliau pernah menyampaikan ucaptama di pelbagai persidangan di Dubai, Doha dan Kazakhstan.
Azalina semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa Rosmah diundang ke Doha atas kapasiti peribadi dan penggunaan jet tersebut diluluskan dalam mesyuarat Kabinet yang fipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
apa penyakit yg kau idap omak kau..suka mengeluarkan satu2 isu atau cerita utk org ramai beri komen terutama pencacai pr mengutuk atau menghina mereka2 yg bukan ahlinya..celakalah hidup kau omak kau
ReplyDeleteHati-hati menyumpah tu, fikir habis-habis. Tinggi mana ilmu yg kau ada nak menilai. Nanti sumpah makan diri baru nak sedar, ketika itu dah terlambat
DeleteKalau orang buta mata, boleh hafal Al Quran.
DeleteTapi yang satu ni buta hati, tuli telinga.....
Tak boleh nak nilai buruk baik, sama macam pak dan perlis yang paling tegar ampu bodek.......
Rakyat patut tahu kemana duit cukai mereka pergi......
Kenapa pemimpin bermewah..... Rakyat pakai seliper sebelah...... Harap kamu ada akkal dan hati yang tak buta.
Maaf jika bunyi kasar......
anonymous 1454- inilah org yg hatinya keras jauh dr maaruf dan dkat pd kmungkaran...nilailah pmbaziran yg di buat....
DeleteAnon 14:54...CILAKA LAH KAMU BALIK...YA ALLAH HAPUSKAN LAH DAJAL DAJAL UMNO INI...Juga berikanlah mereka ini hidayat utk kembali ke pangkal jalan....
ReplyDeleteMana tau dengan aktifnya Mak Mah kita ni akan berduyun pelabor datang ke Malaysia. Mana pernah ada bini PeeeEm mencari pelabor dan mencanangkan nama negara sebagai syurga pelabor.
ReplyDeleteMacai babi negara sentiasa memberi perhatian dalam blog ni..kalo tak caya, macai2 bangang ni la yg pertama akan komen.
ReplyDeletekesian.. kesian... sebelum mengutuk sesame sndiri lebih baik cermin diri, cukup ke solat.. awal waktuke.. aurat jaga dengan rapike... isteri n anak2 kalian mcm mn... kerana mulut2 mcm ni la binasa manusia.
ReplyDelete