Saturday 30 November 2013

USTAZ KAZIM AKUI BELIAU MASIH AHLI PAS YANG SAH DAN BELUM PASTI MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.



Ustaz Mohamad Kazim Elias terus menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO apabila memberitahu bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan tersebut.

Malah, dalam sidang akhbarnya di sini malam tadi, penceramah  itu memberitahu bahawa beliau masih ahli PAS yang sah.

Katanya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat pelucutan keahlian dari parti tersebut.

Untuk rekod, beliau sebelum ini dilaporkan merupakan ahli PAS Kampung Manjoi dalam Parlimen Tambun, Perak.

“Saya berhajat nak jumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Keputusan terima atau tolak bergantung pada jaminan Perdana Menteri yang saya boleh terus berdakwah tanpa terikat,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mengumumkan bahawa Mohamad Kazim merupakan antara sembilan individu yang dilantik mengisi kerusi MT UMNO.

15 comments:

  1. Belah sane pun idak belah sini pun idak, jadi blah je la! Buat seghabut kepale mikiyonye, haisy! .. penin...penin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau nih ,,,,kah kah kah kah
      BOLEY BOLEY BOLEYY ,,,,BOLEY BLAHHHHH

      Delete
    2. AHLI PAS PON BOLE JADI MT UMNO........DAH NAK TERGOLEK DOG KOT UMNO NIH......

      Delete
  2. Hantam saja lah...ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hambik aje laa. kalu tak ambik kang, tak meraso nak kayo rayo......dakwah2 letak tepi aje la ustaz. Yang penting harta dan jawatan tu.... kang lambat orang lain sapu...

      Delete
  3. Kazim ko terima je buleh buat harta. Bila gi nak sapu. Masa ni le ko ada peluang sapu. Dulu ko kata bersumpah tak mau masuk umno ko kata laknat umno. Sekarang ko dah tobat. Maka masuk je pastu sapu projek buleh jadi kaya. Klu depa suruh kata kpd parti lawan hang kata laa apa peduli..hang dapat cium tangan rosmah bantut silap2 hang dapat peluk dia. Hang dapat pakai kereta besaq dapat tanah dapat saham dapat buat rumah banglo. Apa lagi ug hang mau..semua akan jadi kenyataan. Tengok macam firdaus bekas imam negara ..leni dah kaya raya duit berjuta2..gaji sebualan 25 ribu jadi macam2 ceo. Hang bila lagi...lagi pun hang buleh kawin satu lagi hang khabaq je hat mana hang mau..depa buleh carikan. Fikirlah wahai kazim.

    ReplyDelete
  4. kalo dakwah dr luar x menjadi...masuk dlm n dakwah..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk dalam insyaallah boleh kaya raya. ustaz sekarang bukan macam ustaz dulu2. ustaz dulu kita respek ilmunya. ustaz sekarang kita respek harta dan pangkatnya......bila dah berharta berpangkat, maka lupalah diri, hilanglah dakwah. maka berebut2lah mengejar kedudukan, tindas menindas....buktinya mashitta......mana pergi dakwahnya....... Nak berdakwah bukan umno tempatnya, apatah lagi MT. BIASALAH...USTAZ SEKARANG MENGEJAR HARTA, MENGEJAR PANGKAT DUNIA... TAK PERCAYA?? KITA DENGAR ALASAN LUCU YANG AKAN DIBERIKANNYA.....

      Delete
  5. saya pun sokong ustaz pergi kat UMNO.... senang cerita...jangan dok berkait dengan PAS lagi... rasanya ahli PAS pun tak mahu ahlinya yang tak tetap pendirian... BELUM PASTI TERIMA tu tandanya tak tetap pendirian...bukan sifat pejuang ....

    ReplyDelete
  6. Dulu makan dua-dua belah.
    Sekarang belah nun didenun dah offer yg lumayan.
    Kaye le kome. Nanti boleh jadi macam Hamid Othman dulu nu. Jadi orang beso gomen. Motoka beso. Gaji beso. Belage bahu dengan orang beso.
    Kentot pon beso gamoknye lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belasah aje la ustat. bukan senang nak kayo mcm ni....

      Delete
  7. salam semua..., teman secara peribadi kena menghormati keputusan yang bakal diambil oleh Ust. Kazim.. kemungkinan ini ujian untuk dia.., ujian yang bakal menentukan samada ustaz kazim mampu @ tidak menghadapi ujian dan cobaan yang menguji dengan tawaran-tawaran yang mampu membuatkan teman meleleh ayor lior... ate.. macam kata seorang ustaz dulu " kalau kita mahukan akhirat, dunia akan datang ke kaki kita " begitu lah bunyi ayatnya lebih korang ( ayat tu teman ubahsuai ikut citarasa teman heh heh heh )

    ReplyDelete
  8. ustaz kazim pon pandai gak berpolitik..heh heh heh ..takut kena kutuk lah tu..bergantung pd pm samada boleh berdakwah ke tak?? selama ni pon dakwah dia berat pd umnu!! terima je la jangan dok hipokrit!!

    ReplyDelete
  9. Sebagai orang yg benar benar berjuang atas nama Allah tolak aje apa saje jawatan yg akan menimbulkan sangsi serta bolih mengundang fitnah.

    ReplyDelete
  10. Teringat kata2 TGNA...klu nk basuh tong taik, kenelh basuh dr luar, bknnya masuk dlm tong taik...nnti dgn tukg basuh sekali jadi taik...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...