Kejayaan Mohamad Sabu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS digambarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sebagai kemenangan kepada PKR dan DAP, dalam usaha akhbar berbahasa Melayu itu untuk melemahkan sokongan orang-orang Melayu terhadap parti Islam itu.
Kolumnis Awang Selamat dalam tulisannya di edisi Ahad akhbar itu Mingguan Malaysia, secara sinisnya mengucapkan tahniah kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
“Pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR.
“Ketika keputusan belum diumumkan, seorang pemimpin kanan DAP dengan teruja menerusi laman sosial, mengucapkan syabas kepada beliau,” tulis Awang Selamat yang merupakan nama samaran kepada pasukan pengarang Utusan Malaysia hari ini dalam artikel bertajuk, “Tanda aras PAS” tanpa menamakan pemimpin DAP itu.
Menurut Awang Selamat lagi, ramai pemimpin PAS yang pro DAP seperti Mohamad berjaya menang atau mempertahankan jawatan mereka dalam Muktamar ke-59 itu.
“Selagi Mat Sabu membayangi kepimpinan PAS, selagi itu harapan DAP mekar,” tulisnya lagi.
“Semoga ahli-ahli PAS juga tanpa ragu boleh berbangga dengan keputusan itu.”
Menurut Awang Selamat, walaupun sebahagian perwakilan terkilan kerana imej Mohamad yang dilihat tidak sesuai sebagai pemimpin nombor dua dan pernah terbabit dalam isu moral, harapan mereka untuk melakukan pembetulan tidak menjadi kenyataan.
“Suatu hari kelak beliau bakal menerajui parti itu sebagai presiden pula. Sekali lagi, usah ragu kerana itulah tanda aras dalam PAS,” tulis Awang Selamat membuat spekulasi Mohamad mungkin akan menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu hari nanti.
“Dengan Presiden PAS, Hadi Awang yang dilihat suka mengambil jalan selamat menjaga kedudukannya dan Mat Sabu yang dibajai oleh DAP dan PKR, Awang tidak nampak kepimpinan PAS dapat dibersihkan daripada pengaruh sekutu pakatan.”
Menjelang Muktamar PAS ke-59, Umno, badan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian terus “berkempen” bagi memastikan golongan ulama memenangi jawatan yang mereka tandingi pada pemilihan kali ini.
Akan tetapi ini mengecewakan mereka apabila Mohamad dan 18 orang lagi golongan profesional berjaya mengekalkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat yang mereka sandang.
Dalam keputusan pemilihan PAS yang diumumkan oleh Asmuni Awi semalam, Mohamad mendapat 588 undi manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hanya mendapat 490 undi.
Ini menjadikan Mohamad menang dengan majoriti 98 undi.
Kalau tak soin bukan utusan
ReplyDeleteKalau tak fitnah bukan utusan,
Kalau tak tipu bukan utusan
WAHAI PENEGARANG, PEMBERITA, JURUTAIP, JURUCETAK, TYPESETTERS DARI A ke Z yang bersubat menghasilkan FITNAH, TIPU & DAKYAH.
Lihatlah wajah anak- anak mu, isteri mu, ibu bapa mu yang kamu beri makan dan berkongsi hasil pendapatan mu, YAKINLAH YAKINLAH YAKINLAH kamu sedang menyediakan mereka untuk menjadi BAHAN BAKAR API NERAKA...... tk kesihankah mereka yang tak berdosa ini? Sedang mereka tahu kamu melakukan kerja-kerja jijik yang menghasilkan hasil HARAM?
Muhasabahlah diri sahabat-sahabat.. AKU hanya melaksanakan kehendak Allah seperti tuntutan surah Al Asr, berpesan-pesan kejalan yang baik.
Aku tak mau dipersoal oelh Rrab ku dihari kebangkitan kelak.
hari tu tuan dia baru topup 40 juta. sikit hari lagi licin jugak la 40 juta tu.
DeleteSama je dgn tulisan dlm media PAS, PKR dan DAP. Semuanya spin. Yg tukang komen ke..tukang baca spin pun sama je dosanya.
DeleteBerpesan2 kunun. Ko tahu ke sape masuk neraka syurga. bangang punya melayu islam.
Peduli apa dgn utusan setan akhbar taik babi tu...hehe akhbar dah tak laku sehingga moiden mat sembab muka tempey cakap bhw utusan setan akhbar taik babi ni perlu berubah atau jika tidak bungkus je lagi baik. Tengoklah moiden mat sembab sendiri orang no 2 parti ubn ( united babi negara) melahirkan rasa tak senang dgn utusan setan bertaraf busuk macam taik babi. Hehe. Ini pulak utusan setan bertaraf busuk macam taik babi cuba nak mengajar pas? Tarak siapa nak peduli oooi. Ko jaga parti ko dulu laaa jangan menyibuk kat orang laaa bengap sial ko. Ko cuba tanya moiden ngan najiboltoya berapa ratus malah bilion rasuah duit dalm pau ko tu laaa....surat khabar haprak sampah lubang jamban. Koh koh koh kikiki
ReplyDeleteMemang tidak dinafikan pihak yang paling bersorak dengan kejayaan Mat Sabu sudah tentu DAP dan PKR... Kerana Mat Sabu diantara ahli PAS yang mampu membina ikatan persahabatan dengan lain-lain parti.
ReplyDeleteUntuk menumbangkan UMNO Baru dalam BN, PAS perlu ada kekuatan melalui sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama disamping bersekutu dengan parti DAP PKR yang mempunyai agenda sama iaitu mengalahkan BN dalam apa jua pilihanraya.
Oleh kerana itu perwakilan parti PAS telah memilih Mat Sabu sebagai wakil parti mereka dalam merealisaasi kan agenda dan halatuju Pakatan Rakyat.
Awang Selamat membuat kenyataan seperti diatas adalah tanda kegagalan beliau meracuni fikiran para perwakilan dalam memilih calon yang boleh melemahkan parti itu.
Seperti yang diketahui umum, jika parti PAS kuat dalam Pakatan Rakyat, UMNO Baru akan pupus dalam Barisan Nasional.
Yang paling berdukacita pengarang UTUSAN... Kah kah kah kah.. Jenis Melayu bangsat kaki bodek..
ReplyDeletemat sabu sudah menjadi pejuang pas yg unggul sebelum pas bergabung dgn dap lagi.mat sabu menjadi tenaga terkuat pas sebelum wujud parti pkr lagi...jadi alasan konkrit apa yg mengatakan mat sabu memberi keuntungan kpd dap @ pkr..mat sabu bkn ahli parlimen pun.jauh sekali sbg PM
ReplyDeletemat sabu yang sentiasa ditakuti pemimpin umno.. dulu masa DSAI dalam UMNO mat sabu menggelarnya aljuburi..
ReplyDelete1453...itu kisah lama. Kalau betul pun kini dia dah insaf dan tak mengulanginya.lagi. Hapus dah dosanya kalu Anwar telah memaafkannya. Cuma saudara dan rakan2 saudara yang terus memainkan fitnah itu hingga ke hari ini dan memberi pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya kepada seorang hamba Allah. Nasihat saya hentikanlah dan memohon maaf daripada manusia itu. Atau jika masih juga ingin mengkufuri perintah Allah yang disebut dalam kitab-Nya, Al-Quran, teruskanlah. Mungkin saudara dan rakan2 memang sengaja menempah tempat di neraka jahannam bersama orang2 kafir. Atau mungkin saudara dan rakan2 saudara tidak beriman/ percaya pada hari pembalasan.........
Delete00:09..yang duk fitnah najib tu tak pa kut.. biasalah agama PAS..
DeleteYANG PENTING MAT SABU MENANG! Lain2 tak penting.
ReplyDeleteSatu langkah lagi selepas Hj Hadi tiada.Semoga perancangan jemaah...niat yg ikhlas..wilayah jemaah akan bakal membesar di tanah ini.
Majlis dan doa di hari Asyura yg lepas dimakbulkan...
Segala pujian terhadap pemimpin imam melayu. Semoga Allah menagngkat jemaah kami suatu hari. Pujian ke atas ahlul bait ..ya hussien..
Tahnian Imamul Syeikh Mat Sabu.