Sunday 24 November 2013

PENGAJARAN YANG PERLU DI HADAM OLEH PARA PENYOKONG DAN AHLI AHLI PAS SEMPENA MUKTAMAR PAS KE-59 KALI INI.



Pemilihan yang paling sengit dalam Muktamar PAS ke-59 sudah selesai dan terbukti perwakilan PAS tidak dipengaruhi kempen agresif yang meminta perwakilan membuang sesetengah pemimpin parti Islam itu dengan pelbagai label seperti "Syiah" atau "liberal."

Pemimpin yang diminta dikalahkan mendapat tempat baik manakala pihak yang dikira sebagai penyerang utama dalam menyerang sesetengah pimpinan ditolak oleh perwakilan.

Pemilihan kali ini juga membuktikan, politik adalah tentang pemilikan kuasa dan pihak yang bertanding akan berusaha mendapatkan kuasa dalam parti politik dan PAS tidak terkecuali dalam hal ini.

1) Sokongan Umno adalah racun.


Apabila musuh menyokong anda, tunggulah kejatuhan anda dalam PAS. Itulah yang berlaku apabila sesetengah pemimpin PAS disokong oleh musuh parti Melayu itu khasnya media mereka seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Sokongan Utusan Malaysia, pemimpin Umno atau bekas pemimpin yang sudah dipecat seperti Datuk Dr Hasan Ali memberi persepsi negatif kepada mereka.
Pendek kata, jaga-jagalah apabila dipuji oleh musuh anda, ia pasti memakan diri.

2) Jangan menyerang sesama sendiri.


Terbukti, pihak yang paling banyak menyerang sesama sendiri di dalam PAS ditolak oleh perwakilan.

Dua nama penting yang dilihat sangat vokal adalah ahli Majlis Syura, Zaharudin Mohamad dan ketua Ulama Pahang, Mokhtar Senik.

Zaharudin yang juga menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak awal lagi membuat serangan melalui tulisan dalam laman sosial Facebook ataupun majlis-majlis dalaman parti.

Mokhtar pula sangat vokal dalam kempennya untuk ulama sehingga memakan diri calon-calon pro ulama.

Kedua-duanya walaupun popular gagal untuk mendapat tempat dalam muktamar ini khasnya bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

3) Jangan berkempen terlalu berlebihan, makan diri.


Sejak awal, ahli-ahli PAS diberikan ingatan, sesiapa yang hendakkan jawatan tidak layak untuk jawatan itu.
Muktamar kali ini menyerlahkan hakikat itu.

Kempen yang terlalu berlebihan di kalangan penyokong ulama tidak membuahkan hasil untuk mereka.

Laman Facebook El Haraki merupakan contoh terbaik.

Kempennya yang melampau untuk ulama menyebabkan ramai tertanya-tanya, ulama ini gilakan jawatan ke?

Nampaknya kempen berlebihan ini memakan diri, umpama cerita beruang dengan tuannya.

4) Mereka yang bekerja pilihan perwakilan.


Contoh terbaik adalah Mazlan Aliman?

Siapa Mazlan? Pada muktamar lepas, dia mendapat tempat pertama dalam pemilihan AJK. Kali ini di tempat kedua.

Tiada apa yang hebat pada sosok tubuh peribadi presiden Anak, sebuah NGO yang memperjuangkan peneroka Felda ini.

Tetapi kerja kuat, fokus dalam gerak kerja walaupun belum berhasil yang dilihat oleh perwakilan PAS.

5 comments:

  1. Bnyk pgajaran yg pas perlu amek apabila tngk parti pas skrg..parti pas skrg dh x seteguh dlu dan agenda pas untk pjuangkan agama dh lari dari landasan..pas perlu lbh tegas n brani btndak bkn dduk diam n jd parti yg hnya pelengkap kpd pakatan..tmbahan pula pas hnya suara minoriti dlm pakatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai betina 2143 ni datang bulan ker? Nampak gaya cakap macam kecewa aje bila harapan berUG dengan Pas hancur berkecai. Hang berUG aje la dengan Soi Lek.

      Delete
  2. Pengajarak kepada Nik Amar:
    Kalu main bola jgn ikut taktik lama macam zaman Pele dulu. Kalu ikut taktik lama jangankan nak menang, nak dapat masuk suku akhir pun kompom tak dapat.
    Zaman sekarang orang main bola guna taktik total football. Pemain turun naik tak kira dia penyerang ker atau pertahanan ker. Semua boleh score gol. Elok la ustaz tukar taktik main cara total football kalau pasukan nak menang dan dapat piala.........

    (Jadi penyerang dalam pasukan pun tak guna ustaz kalau kerja berdiri mengangkang dan malas nak kejar bola...Lagi parah kalau ustaz bagi peluang kat musuh jaringkan gol. Lagi satu ustaz, kalu dah ada jawatan penjaga garisan, tak payah la ustaz nak jadi penyerang pasukan pulak....satu jawatan penjaga garisan tu dah cukup la ustaz...)

    ReplyDelete
  3. Apsal perwakilan tak angkat bekas MB selangor Muhammad Taib naik jadi Naib preshiden. Silap besar la. Dia dah masuk PAS rugi tak angkat dia.Perwakilan tak gunakan otak yg Allah berikan.

    ReplyDelete
  4. Mahfuz budak srp terkeluar ke? adoiiii. hancus. payah kita PKR. Yg bengap dh terkeluar. susah nak catur PAS nanti.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...