Thursday, 14 November 2013

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT!!!! ... INILAH WAJAH INDIVIDU YANG DIHARAPKAN OLEH UMNO UNTUK MERAMPAS SELANGOR DARI PAKATAN RAKYAT????



Individu berkenaan bukannya Presiden UMNO Najib Razak, atau Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin maupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar tetapi seorang bekas ahli PKR biasa yang hanya bertugas sebagai penjaga salah satu bilik gerakan PKR Cabang Pandan semasa PRU 13 lalu Aziz bin Jusoh.

Dia yang pakai baju biru pegang borang mohon masuk UMNO.... silap hari boleh jadi MB Selangor kalau betul lah dia mampu rampas Selangor dari tangan PR pada PRU 14 nanti.

Najib Razak selaku Presiden UMNO dengan segala kekuatan kewangan dan jentera serta kakitangan pun tidak mampu nak rampas Selangor dari tangan PR tetapi mamat ini cukup yakin betul!!!!.

Bukan nak menghina atau mengata tetapi berita ini keluar dari mulut Ahli Parlimen Pandan sendiri YB Rafizi Ramli bahawa Azizi Jusoh ini sekadar menjadi budak suruhan saja .. jadi tukang pasang bendera, pemandu kereta membawa pengundi dan jaga bilik gerakan.

Kalau taraf ini sudah mampu rampas Selangor dari Pakatan Rakyat ... taraf ada jawatan dalam PKR agaknya mampu rampas satu dunia.

Oleh itu tolong jangan ketawa kuat sangat ... jangan pandang dia tak de mata tau!!!!

AMPANG - Pengerusi Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pembubaran cabang PKR Pandan serta penutupan Bilik Gerakan Utama PKR yang telah beroperasi sejak 1999 sebagai satu kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Pandan.

Menurutnya,  selain itu penghijrahan 80 ahli PKR termasuk Abdul Aziz Jusoh yang dikatakan 'orang kuat' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu juga merupakan detik permulaan buat Umno Pandan untuk kembali mengukuhkan kedudukan politik di Selangor, khususnya di Parlimen Pandan.

“Kita perlu sedar, mereka masuk Umno dan membubarkan PKR Cabang Pandan ini bukan di dalam musim pilihanraya, sebaliknya berlaku selepas enam bulan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu,

“Jelas menunjukkan dalam tempoh enam bulan ini, bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan parti PKR, contohnya di Sabah, dua orang Adun PKR telah keluar dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN," katanya selepas menerima borang keahlian Mohd Aziz dan 80 bekas ahli PKR Pandan, malam kelmarin. 

Dalam pada itu, Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi yang langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Pandan sejak menang PRU lalu punca beliau keluar dan meninggalkan perjuangan sia-sia 16 tahunnya bersama PKR.

“Tindakan Rafizi yang turut mengaitkan saya dengan wang dan sogokan dari Umno untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

“Kini, selepas menyerahkan borang Umno, saya rasa bersyukur dan gembira kerana bebas dari rasa bebanan yang dipikul selama ini.

Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk Umno, khususnya dalam usaha merampas semula Selangor dari pakatan DAP-PKR-Pas Selangor,” katanya.

7 comments:

  1. KAH.KAH.KAH.KAH.KIH.KIH.KIH.KIH.KIH.HA.HA.HA.HA.HIHIHIHIHI....HOHOHOHOHOHO....WOOOOOOOOOOO.rasa nak terkencing ler.apa punya merapu dana meraban tebeng noh boya nie.Wooooooooooo.

    ReplyDelete
  2. yg syioknya tengok gambar ketiga minah, minaci dan amma dok tergelak kikkik melihat kebodohan bos umno yg diperbodohkan oleh seorang budak bodoh....maka benarlah kata cek det bahawa yg ada dlm umno memang bodo bodo belaka...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. 1. selagi PAS masih dalam ikatan PR bersama dengan PKR dan DAP, jangan haraplah noh nak rasa jadi MB selangor.

    2. tapi kalu orang PAS nak tengok noh jadi MB Selangor, mintaklah ketua ulamak PAS bawak PAS join UMNO.

    ReplyDelete
  4. "Bukan nak menghina atau mengata tetapi berita ini keluar dari mulut Ahli Parlimen Pandan sendiri YB Rafizi Ramli bahawa Azizi Jusoh ini sekadar menjadi budak suruhan saja .. jadi tukang pasang bendera, pemandu kereta membawa pengundi dan jaga bilik gerakan."

    yb jgn ckp mcm tu.
    adakah ini akhirnya jika kami ahli pkr tidak lagi diperlukan? menjadi bahan ejekan dari bekas kwn2 pr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkr buang ke dia yg keluar?msk umno xkan nak org puji pulak,gile ke macai ni.

      Delete
  5. Dalam Islam mudah ajer, sesiapa jadi pejuang Islam, mati dlm perjuangan maka mati syahid adlh ganjarannya. Ttp bagi sesiapa yg lari dr perjuangan, maka hukumannya adlh pancung krn telah mengkhianati perjuangan Islam...jadi, adkh kita nk puji seorg pengkhianat? Tp cai2 mana phm psl perjuangan ni..

    ReplyDelete
  6. korang x baca sejarah agaknya..perjalanan hidup kebanyakan menteri2 lembu BN ni serupa dgn Aziz Jusoh ni..tu sbab bila dh jd menteri x reti nak bt statement2 bijak..apatah lg bertutur dlm bahasa melayu dgn betul seperti si sami veloo

    x bole btpe dah dgn penyokong2 BN ni..menteri2 BN jelas2 sekor2 mcm anjing kurap lg hina, bukti2 rasuah dah jelas sejelas jelasnya terpampang tapi si penyokong BN yg benak hati dan bodoh sebodoh bodohnya manusia masih menyokong.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...