Saturday 10 October 2015

DUA SUSPEK CULIK BUDAK UMUR LIMA TAHUN DI KAJANG BERJAYA DITANGKAP POLIS



Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang, pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan dalam satu serbuan di Sungai Chua, pada jam 10.25 malam Jumaat.

Bagaimanapun, Abdul Samah enggan mengulas sama ada kedua-dua suspek itu adalah orang sama dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketika kanak-kanak lelaki itu dilarikan.

“Kami menahan dua suspek. Kami sedang menyiasat kes ini, itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,” katanya kepada The Star Online.

Difahamkan, kedua-dua lelaki yang ditahan polis itu didapati positif dadah.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, membantu menghantar pulang kanak-kanak yang dipercayai diculik dua lelaki pada pagi Jumaat, kepada keluarganya di Taman Cahaya, Kajang.

“Saya menjumpai kanak-kanak lelaki itu, ketika dia sedang berjalan di tepi jalan besar dan mengecam wajahnya menerusi video yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya kepada The Star Online.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard mengesahkan, kanak-kanak lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Dia ditemui dalam keadaan sihat dan selamat serta dibawa untuk pemeriksaan doktor,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, CCTV menunjukkan mangsa bersama ibunya dalam perjalanan ke tadika, sebelum didatangi seorang lelaki yang dipercayai bertanyakan arah jalan.

Tiba-tiba datang lagi seorang lelaki, sebelum kedua-dua lelaki terbabit bertindak melarikan kanak-kanak berkenaan, dengan menaiki sebuah kereta.

Ibu kanak-kanak itu cuba mengejar suspek, namun terjatuh dan cedera di kaki, sebelum kereta itu memecut laju.





5 comments:

  1. Berlaku di kajang....jijah wakil adun kajang...nak ucap tahniah pada pulis pun tak ada hati lansung.....jijah ooo jijah..dimana ko jijah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MURAHNYA MARUAH MELAYU DIMATA DAPigs!!!

      Itu je harga maruah orang Melayu yang dimaki secara terang - terangan orang dua orang budak DAPigs sebelum ini. Adakah dengan memberikan mereka RM 200, dah cukup untuk diorang tutup mulut?

      Mereka yang terlibat dalam kejadian itu bukan sahaja dihina oleh dua orang budak DAPigs tu. Tetapi mereka juga turut dimaki hamun secara terbuka dan digelar sebagai 'Anjing' dikhalayak ramai.

      Dengar kata, selepas kejadian tersebut berlaku, mereka yang terlibat telah membuat laporan Polis dan dua orang budak DAPigs tu telah ditahan. Tapi kemudian, laporan tersebut telah ditarik semula.

      Ada yang kata, laporan tersebut ditarik balik kerana mereka yang terlibat telah mendapat tekanan dari pihak atasan dan sebagai ganti, mereka diberikan ganjaran sebanyak RM 200 setiap seorang.

      Hebat kan? Begitu murahnya puak - puak DAPigs tu menilai harga diri dan maruah mereka yang menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas. Demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri, apa pun diorang sanggup buat. Termasuk memberikan ganjaran sedemikian!!!
      Georgetown: Tiga penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dimaki oleh pesalah trafik di Lebuh Campbell menerima insentif RM200 seorang.
      Ia bagi menghargai tindakan mereka yang menjalankan tugas dengan profesional walaupun berdepan dengan situasi tegang.
      Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, apa yang ditunjukkan penguatkuasa berkenaan menjadi contoh.
      “Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang dan kita tidak patut memarahi penguatkuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas.
      “Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.

      “Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa,” katanya pada sidang media di Komtar, lapor Harian Metro.

      Delete
    2. Macam lah kat tempat lain tiada jenayah? Nak kait kan Kajang dengan Wan Azizah. Tak faham kenapa yang busuk hati sangat. Tugas Adun ke jaga keselamatan rakyat? Bodo!

      Delete
  2. PELACUR PUN TAK MENGAKU BUAT KERJA HARAMJADAH!!!

    Kalau sapa nak terasa, itu dia punya pasal la. Tapi memang itu hakikatnya. Waima kita tanya siapa pun yang pernah lakukan kerja Haramjadah, diorang takkan mengaku. Termasuk la Pelacur.

    Jadi, apa nak heran kalau puak - puak Pengkhianat Amanah Negara tu nafi yang diorang hanya sekadar Boneka Kafir Harbi DAPigs? Mati hidup semula pun diorang takkan mengaku.

    Walaupun pada hakikatnya, ramai yang melabelkan puak - puak Pengkhianat tu sedemikian rupa, tapi sudah pasti diorang malu nak mengaku secara terbuka. Nak pulak depan orang ramai.

    Sebaliknya, sudah pasti diorang akan berikan pelbagai alasan seperti mana yang dibuat oleh salah seorang Pengkhianat ni dan mendakwa KONONnya diorang sekadar 'berkongsi prinsip' dengan DAPigs.
    “Ia adalah berkenaan dengan prinsip, kita boleh memiliki prinsip yang sama dan ia tidak menjadikan kita sebagai boneka. Penubuhan parti politik baru berdasarkan prinsip yang dibawa,” katanya.
    Realitinya, puak - puak Pengkhianat tu bukannya berkongsi prinsip. Sebaliknya mereka dilihat hanya sekadar memenuhi kehendak dan kemahuan puak - puak DAPigs tu nak merampas kuasa.

    Dek kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri, maka terpaksa la diorang tunduk dan patuh kepada kerakusan nafsu puak - puak DAPigs tu secara terang - terangan.

    Dan sebab itu jugak la diorang sanggup menjadi Pengkhianat kepada parti dan memungkiri akujanji serta sumpah Bai'ah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi wakil rakyat PAS sebelum ini.

    Itu pun masih lagi dikalangan diorang nak buat dakwaan KONONnya bukan diorang yang memungkiri janji. Sebaliknya, diorang mendakwa PAS yang telah mengambil tindakan sedemikian.
    “Tetapi sebaik sahaja Pas mungkir janji, tidak lagi berpegang kepada janji dalam kerjasama, mengkhianati parti komponen lain. Kami beralih daripada parti yang teruk kepada parti yang lebih teruk,” katanya.
    Nah! Secara tak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa sebelum diorang keluar dari PAS, parti tu pun memang dah sedia teruk dan bertambah teruk apabila memungkiri janji yang telah dibuat.

    Tapi jangan pulak diorang ingat, dengan menjadi Pengkhianat kepada parti tersebut akan membuatkan mereka dari kalangan Pengkhianat tu bertambah baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS kena tendang UMNO/BN bukan sebab khianat ke? Mendoakan kehancuran umat Islam...ludah ke langit, setepek kat muka balik.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...