Saturday 9 January 2016

PARTI AMANAH NEGARA (PAN) BAKAL MENJADI PELAPIK KAKI UNTUK PAKATAN HARAPAN??????


Baru-baru ini "Mursyidul Am" DAP Lim Kit Siang demi mau memikat dan mententeramkan perasaan dan penerimaan masyarakat Melayu kepada DAP telah memberi jaminan Melayu tidak perlu takut jika Pakatan Harapan memenangi pilihanraya yang akan datang.

Pakatan Harapan akan mentadbir negara mengikut apa yang dipandukan oleh Perlembagaan Negara dan menjaga setiap kepentingan agama dan bangsa di negara ini.

Dalam pilihanraya ke-13 yang lalu Pakatan Rakyat menjanjikan janji-janji yang sama tetapi akhirnya Pakatan Rakyat itu sendiri terkubur, jauh sekali untuk melaksanakan janji-janji itu.

Hujah dan pandangan logik cukup mudah bahawa selagi Pakatan Harapan tidak mempunyai satu parti yang mampu mengetuai, mengemudi dan memandu Pakatan, maka apa jua janji-janji itu elok kita akui ia merupakan mimpi di siang hari semata-mata. Kita tidak tahu siapa yang memimpin Pakatan Harapan ini. Adakah PKR? Atau DAP atau parti serpihan PAS Parti Amanah Negara (PAN)?

Sebusuk-busuk BN ianya amat jelas UMNO menjadi ketuanya, tetapi dalam Pakatan Harapan tidak ada satu parti pun yang boleh mengetuainya, setakat DAP membuat bising di Selangor untuk membuat tekanan dan pengaruhnya dan tidak pula membenarkan parti-parti lain untuk bersuara di Pulau Pinang.

Setakat ini Pakatan Harapan belum memerintah kerajaan Persekutuan lagi pun sudah nampak kekecohan, kelam kabut dan keadaan tidak sehaluan di antara satu parti dengan parti yang lain.

Bukannya rakyat tidak mahu memberi peluang kepada Pakatan Harapan memenangi pilihanraya kali ini tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan akan tersungkur dan terkubur dengan cepat jika mereka mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.

Sesungguhnya inilah dilemma yang jelas di kalangan rakyat sekarang.

DAP tidak akan mampu meyakinkan rakyat yang parti itu tidak akan berbuat bising dan menjadi buas jika ada kuasa selepas pilihanraya nanti.

Begitu baik PAS melayan kerenah dan kemahuan nafsu serakah politiknya , akhirnya PAS dianggap sebagai parti musuhnya semata-mata kerana mahukan gulungan yang kalah teruk dalam pemilihan parti PAS Muktamar ke-61 lalu untuk menjadi rakannya.

Tidak ada salahnya kumpulan ini menubuhkan apa-apa parti pun tetapi ia ditubuhkan selepas penajanya adalah dikalangan mereka yang tewas teruk dalam pemilihan parti PAS dan ditambah pula semasa DAP sedang menghimpit PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Asas waktu penubuhan parti ini tidak dapat memberikan nilai tambah kepada kewujudannya dan sebab kenapa parti itu wujud.

Harapan Lim Kit Siang itu rakyat anggapkan sebagai pungguk rindukan bulan sahaja atau bermimpi di siang hari. Walaupun DAP segar dan kuat mendaftarkan pengundi-pengundi di kawasan Shah Alam misalnya tetapi itu merupakan kawasan yang dipegang oleh rakan kongsinya Khalid Samad. Itu juga sudah menjadi persoalan oleh banyak pihak. Mengapa perlu menunjukkan kehadiran dikawasan yang kini diwakili rakan karib dalam Pakatan Harapan????

Bagi sesiapa yang mempunyai stamina, tenaga dan dana untuk dibazirkan sememangnya bolehlah meneruskan membina PAN ini .... tetapi bagi mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tenaga lagi dan dana pun tidak seberapa sangat maka elok fikirkan kembali niat untuk membina parti itu yang majoriti besar rakyat anggap sebagai tindakan yang membuang waktu, tenaga, stamina, dana dan masa kehidupan kita sahaja.

Akhirnya nanti PAN akan hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP.

Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan dan digula-gulakan sahaja semata-mata.

Jika umur kita panjang, sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti.

Inilah realiti yang harus kesemua para pendokong dan penyokong Pakatan Harapan kena terima dan hadapi nanti.

38 comments:

  1. HUH! BOLEH TAHAN "GELOJOH" DIORANG NI!!!

    Hahaha!!! Memang nampak sangat gelojohnya puak - puak parti "Periuk" tu. Nak pulak bila dijolok dengan jawatan. Lebih kurang sama 'gelojoh' je macam Si Mat Sabu tu rupanya perangai diorang ni.

    Kalau sebelum ini, sibuk sangat diorang kemaruk nak merebut jawatan sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang ditawarkan oleh Rejim Pakatan Selangor. Sampai sanggup diorang jilat ludah sendiri.

    Tak cukup setakat itu sahaja, malah diorang juga sanggup menghentam PAS demi semata - mata untuk mendapatkan jawatan tersebut biarpun diorang tak layan untuk mendapatkannya.

    Kali ini, puak - puak parti "Periuk" Si Mat Sabu tu tampil pulak dengan kenyataan KONONnya mereka sedia terima jawatan sebagai Exco Negeri Selangor jika Rejim Pakatan Selangor membuat tawaran.
    SHAH ALAM, 8 Januari - Walaupun baru ditubuhkan, Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menerima kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor, sekiranya mendapat tawaran semikian.

    “Kalau dia hendak bagi, kita terimalah,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, hari ini.


    Bagaimanapun, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berpendapat, ianya tidak perlu, kerana parti itu masih baru dan hanya mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
    Hah, Kan betul. Puak - puak parti "Periuk" yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu memang Gila Jawatan tak ingat dunia. Ini la yang orang tua kata, "diberi betis, naik ke peha pulak".

    Orang tak tawar pun diorang dah sibuk nak mintak. Sekarang ni, mungkin la diorang kata diorang tak nak dengan alasan diorang masih baru lagi seperti yang dinyatakan oleh Si Khalid Samad tu.

    Kalau nak diikutkan, memang la Si Khalid Samad tu kata tak perlu sebab dia tak boleh nak jadi Exco. Yang jadi Exco ni hanya dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri je. Dia Ahli Parlimen.

    Jadi, sebab itu la dia bagi alasan yang bertaraf longkang tu untuk mengaburi mata rakyat. Tapi cuba kalau diberikan tawaran? Mati pun diorang sanggup berperang demi merebut jawatan yang ditawarkan!!! Kalau tak percaya, cuba la Si Azmin tu bukak mulut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu dan Mujahid walaupun kelahiran Penang, tak peduli masalah rakyat marhaen Penang demi DAP tercinta


      http://www.ismaweb.net/2015/12/dap-mahu-halau-masyarakat-melayu-dari-pulau-pinang-pas/

      DAP mahu halau masyarakat Melayu dari Pulau Pinang: PAS
      KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan parti cauvinis dan rasis, DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan adalah untuk mengusir masyarakat Melayu dari Pulau Pinang.

      Mengulas perkara itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan kerajaan DAP itu seolah-olah mahu menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

      “Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki.

      “Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

      “Jika ia tidak dibendung, usaha perencanaan yang dibuat ini akan menghakis orang Islam dan Kampung Melayu daripada pulau, hanya seakan menyambung tindakan (Kerajaan BN dahulu) oleh kerajaan (DAP) sekarang,” katanya dalam satu kenyataan dalam web rasmi parti itu.

      Melahirkan kebimbangannya beliau mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membangunkan perumahan mewah di negeri itu.

      “Apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat.

      “Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” katanya.

      Jelas beliau, perkara yang sama juga berlaku kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam apabila dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran.

      “Hairannya, ia tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.

      “Apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman,” katanya lagi.

      Minggu lalu dilaporkan sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

      Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

      Delete
    2. PAN Imayam tak berminat menolong nelayan melayu di Penang kerana redha terhadap DAP dan bencikan melayu ah-lul Sunnah Wal Jamaah

      http://www.ismaweb.net/2015/12/lkim-pertahan-1700-nelayan-di-balik-pulau-tolak-cadangan-dap-untuk-tambakan-laut/

      LKIM pertahan 1,700 nelayan di Balik Pulau, tolak cadangan DAP untuk tambakan laut

      GEORGETOWN, Sabtu – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini memberi jaminan akan mempertahankan kawasan nelayan di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Kumbar daripada sebarang aktiviti tambakan laut.

      Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim, berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya semua cadangan projek penambakan laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di kawasan itu yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada nelayan di situ.

      Beliau berkata, cadangan kawasan tambakan laut itu meliputi kawasan seluas 809.73 hektar dan pembinaan tiga buah pulau buatan yang dipercayai akan merosakkan ekosistem sekali gus menjejaskan sumber pendapatan 1,700 nelayan dari kawasan Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Sungai Batu dan Permatang Damar Laut.

      “Rasionalnya (projek tambakan laut) saya lihat banyak menjurus kepada pengkorporatan dan pengkomersilan, tapi rasional untuk menjaga kebajikan golongan bawahan ini saya tidak nampak.

      “Ini saya lihat penting kerana sebagai pengerusi LKIM saya ingin memastikan sumber ikan sentiasa ada terutama sekali ikan segar. Yang paling penting kita nak kurangkan kebergantungan kepada import ikan kerana Balik Pulau ini antara tempat sumber ikan yang paling banyak khususnya di Pulau Pinang mahupun di kawasan Selat Melaka.

      “Jadi, janganlah musnahkan segala bentuk sumber ekonomi yang ada termasuk juga kehidupan nelayan yang telah menjadi warisan di kawasan ini sejak berkurun lamanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan nelayan-nelayan, di Dewan Nelayan Unit Sungai Batu, Teluk Kumbar dekat sini.

      Hadir sama Ahli Parlimen Balik Pulau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

      Katanya, kerajaan negeri seharusnya memikirkan nasib golongan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah dan bukan hanya memikirkan kepentingan ekonomi pelabur luar yang belum tentu dapat memberikan faedah kepada kerajaan negeri.

      Ditanya jika Kerajaan Pusat meluluskan projek tambakan laut yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu, Irmohizam berkata:

      “Kami tetap menolak projek ini dan pPada hemat saya yang paling penting sekali ialah suara rakyat di kawasan ini, sudah tentunya saya menyokong pandangan itu”.

      Sementara itu, Dr Hilmi berkata alasan kerajaan negeri mahu meneruskan projek tambakan laut itu hanya kerana mahu membina pengangkutan awam di kawasan itu adalah tidak boleh diterima dan tidak munasabah.

      “Kos pembinaan pengangkutan itu memang tidak akan mampu dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri, termasuk Pulau Pinang. Apabila siap dibina, nak selenggara pula memerlukan kos yang tinggi.

      “Memang di mana-mana di dunia pun pengangkutan awam tak boleh dibuat secara ini, memerlukan dana yang lain. Bukan dapatkan dana tempatan nak bina pengangkutan awam ini memang satu perkara yang tak logik, tak masuk akal,” katanya. – Bernama

      Delete
    3. DAP adalah parti pembenci agama Islam dan kaum melayu

      PAM.Imayam sanggup memjadi tali barut DAP d racist semata2 untuk.sedikit pangkat. Dasar Pengkhianat !!!

      Delete
    4. BELUM APA2 PAN IMAYAM SUDAH DITAKUTI.

      Kota Bharu - 4 januari. PAN jika masuk bertanding di Kelantan bakal menyaksikan senario politik yang berbeza dengan senario tahun 2013 yang lalu. Hal ini akan menyebabkan Pas dalam keadaan tertekan dan paling lemah. Senario ini akan menyebabkan Kelantan terlepas sama ada kepada Umno atau kepada Pan sendiri. Hal ini diakui sendiri oleh seorang pemimpin Pas cawangan di Tumpat yang enggan namanya disebutkan kerana bimbangn beliau dituduh bersekongkol dengan Pan.

      Pan jelasnya walaupun masih baru namun mempunyai jaringan yang cukup kuat di Kelantan. Kajian yg dijalankan tantang Pan di sini tidak boleh dipandang sebelah mata. Antara lima kajian parti politik dan agensi pilihanraya, kesemuanya menunjukkan hampir 40 hingga 50 peratus pengundi Pas akan berubah arah menyokong Pan. Di beberapa tempat di Kelantan, sokongan terbuka kepada Pan semakin nyata tetapi kebanyakan mereka menyembunyikan sokongan secara terang-terangan.

      Ditanya punca keadaan ini berlaku, beliau menambah bahawa pemimpin Pas gagal menangani banyak isu besar yang telah disebutkan oleh Hussam. Pemimpin sebaliknya mencipta satu lagi masalah apabila mereka mengadakan hubungan dengan Umno yang tidak diketahui faedahnya kepada Pas.

      Sikap pemimpin Pas yang suka menuding jari kepada Pan dan Dap berbanding berusaha menguatkan parti turut menyokong pendapat beliau. Beliau berpendapat, Pas seperti juga Umno sedang menuju zaman kegelapan.

      Delete
  2. http://www.ismaweb.net/2016/01/dap-perlu-buktikan-ia-tidak-bersalah/


    DAP Perlu Buktikan Ia Tidak Bersalah



    Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.

    DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk memenangi PRU13, bina kem tentera Israel sebagai ganjaran, dakwa Pengarah Penyelidikan PAS,” lapor The Rakyat Post semalam (BACA DI SINI). Dakwaan itu memulakan rempuhan kritikan terhadap Dr Mohd Zuhdi Marzuki, sedangkan beliau bukanlah orang yang membuat dakwaan itu.

    Inilah masalahnya apabila kebanyakan orang sekadar baca tajuk dan tak baca pun beritanya, berita diputarbelit dan apa yang dilaporkan sebenarnya tak pernah diutarakan.

    Saya cukup faham keadaan yang dialami Dr Zuhdi kerana saya juga mengalami perkara sama dan walaupun selepas tujuh setengah tahun, saya masih dituduh mengatakan sesuatu yang tidak pernah saya kata. Kemudian, apabila saya terangkan yang saya tak kata bahawa Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh, dia orang tuduh saya buat u-turn dan tarik balik kata-kata saya, walhal saya tak pernah cakap begitu pun.

    ReplyDelete
  3. SAMBUNGAN

    Anda boleh baca kenyataan penuh Dr Zuhdi (di bawah) yang diterbitkan Harakah dua hari lalu.

    Sebenarnya, Dr Zuhdi kata bahawa kenyataan Chong Zhemin dari DAP Perak tentang pengharaman kemasukan atlet lelaki/wanita Israel ke Malaysia tak seserius kenyataan Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, empat tahun lepas.

    Dr Zuhdi kemudian hanya menyebut apa yang didakwa Mohamed Razali. Dr Zuhdi kemudian menambah bahawa jika tuduhan Mohamed Razali itu benar, maka ia lebih serius daripada kenyataan Chong Zhemin. Kata Dr Zuhdi lagi, walaupun dah empat tahun, DAP tak pernah menafikan dakwaan Mohamed Razali.

    Dr Zuhdi menambah bahawa jika tuduhan itu palsu, DAP sepatutnya ambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali (kerana ia tuduhan yang sangat serius, seperti yang boleh anda baca di bawah). Kegagalan menafikan dakwaan ini membangkitkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.

    Itulah yang sebenarnya berlaku. Jadi, betulkah Dr Zuhdi buat tuduhan itu, seperti yang dilaporkan? Nampak sangat bahawa ini satu lagi serangan terhadap PAS dan bertujuan membuatkan orang PAS nampak macam badut bodoh.

    Satu-satunya jalan keluar untuk DAP adalah dakwa Mohamed Razali, malah mereka sepatutnya melakukannya empat tahun lalu. Lagipun, bukankah mereka mendesak perkara sama dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (iaitu kalau memang betul PM tak curi RM42 bilion wang 1MDB, maka samanlah orang yang menuduhnya mencuri)?

    Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.

    DAP mengatakan perkara yang sama tentang Najib, iaitu jika Najib tak bersalah, maka samanlah orang yang menuduh itu. Kalau dia tak saman, maka kita mesti anggap dia bersalah. Kalau ‘standard pembuktian’ yang dikenakan terhadap Najib dikenakan juga terhadap DAP, maka itu bermakna DAP juga bersalah.

    ReplyDelete
  4. SAMBUMGAN

    Najib diminta membuktikan dia tak bersalah, dan sehingga dan melainkan dia berbuat begitu, itu bermakna dia bersalah. Jadi, DAP juga mesti membuktikan mereka tak bersalah, dan sehingga dan melainkan mereka berbuat begitu, itu juga bermakna mereka bersalah.

    Penulis asal Raja Petra Kamarudin

    Penafian: Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

    ReplyDelete
  5. Dari artkel RAJA Petra jelaa menunjukan DAP anti Islam.tapi didokong oleh talibarut mereka PAN Imayam yg diketuai oleh Mat Sabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN Imayam pimpinan Mat Sabu bukan saja sanggup Jadi karpet lap kaki, malah sanggup jadi kertaa tisu untuk DAP beristinja.

      Kalau Jadi talibarut DAP yg anti Islam pum PAM Imayam sanggup, Jadi kertas tisu Jadi calit juboq DAP pun PAN Imayam sanggup

      Delete
  6. OOi mangkok omakau jangan gunalambang orang la kalau nak maki hamun, ini dah kira munafik. sedangkan nabi tak suruh buat macam ni bila nak berperang,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax kami tak pakai lambang PAN. Nanti orang ingat jual cable TV Uttar pradesh

      Delete
  7. DAP works for 3 C's

    for Circular
    for Chinese
    for Christianity

    ReplyDelete
  8. Apapun teman tetap menyokong PAN...idup omakkau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah kao ni penyokong Tart. Fraksi Syiah Dlm PAN dipanggil tart.

      Delete
    2. Saya dan keluarga menyokong yg terbaik iaitu PAKATAN HARAPAN yg terdiri drp PKR, Amanah dan Dap untuk mentadbir negara.

      Delete
  9. Parti hasad dengki, pas Terus terusan tak betul. Kan PKR lead. Bodoh piang. Masa kecik tak nak Mampus, dah nak Mampus menyusahkan orang pula. Kita mesti Terus menyokong UMNO Dan pada masa yang sama sokong PKR di selangor. Kan bangang tu. Tak de prinsip.

    ReplyDelete
  10. ARTIKEL SEBELUM NI TULIS PAN CUBA BULI PAS DAN UGUT PKR

    KALI NI KT PAN LAPIK KAKI PH

    BETUL2 ARTIKEL SAMPAH YG TKDE KREDIBILITI

    INI BLOG PROKSI ZUHDI PENGKHIANAT DLM PAS KOT

    HIHI ANYWAY TQ SEBAB BYK PROMOSI PAN

    PAN SEMAKIN DIKENALI MELALUI BLOG INI.. REVERSE SAIKOLOGI... MAKIN DICERCA MAKIN PAN DIKENALI DN DISOKONG

    HANCUR PUAK PARTI TELUR PENYU MERAH JAMBU

    ReplyDelete
  11. Ya, PAN jadi terkenal, kerana terwujud ketika DAP benci apabila HUDUD hendak diperkasa oleh golomgam istiqomah dalam PAS dan majoriti umat Islam. PAN jadi talian hayat untuk DAP. betul...betul...betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam la Umno islam yg dicium tapak kaki oleh hadi tu terima hudud....ptuiiii

      Delete
    2. Elehhhh.....duit cikgu yik ko rembat, duit balak ko sapu, mangsa banjir ko pandang sebelah mata, org fakir kat tumpat ko biar...ADA HATI NAK BUAT HUDUD! Setakat HUDUD PAS bole la.

      Delete
    3. HOI WALAON BANGANG...NAK HANTAR BILL HUDUD KELANTAN KAT PARLIMEN PUN KORANG TAK MAMPU, KORANG NAK BUAT HUDUD KAT KELANTAN??? WOIII KORANG JILAT KENENTIT LEMBU LAGI BAGUS LA

      Delete
    4. Korang jangan mimpi la boss korang nak hantar bil hudud. Diaorg hantar bil RUU pun umno dah reject.

      Kena kencing aje korang ni

      Delete
    5. Bila hantar bil RUU (bukan bil hudud) awal2 dah kena reject geng umno, Dap dan Amanah yg korang salahkan. Geng umno korang jilat.

      Kaki kencing betul la boss korang turrr

      Delete
    6. Korang patut syukur hudud tak dpt laksana. Kalu tak lebai2 yg cilok duit cikgu yik, sapu duit balak dan ahmad albab yg ambik duit derma dan hangkut reta sykt sarat hutang siang2 dah kena potong tangan.

      Delete
  12. Kes2 besar mcm ambik duit cikgu yik 14 juta, ambik duit balak berjuta2, ambik duit derma beribu2 juta, ambik duit syarikat tonggang-langgang, agak2 kalau pakai hukum hudud boleh lekat tak?? Ker boleh kawtim??

    ReplyDelete
  13. PAS SUDAH JADI LAPIK KAKI UMNO. UMNO JADI SPANDER PAS:

    Sapa yg tak tau masalah sokongan umno makin lumpuh sejak muhidin kena pecat? Sapa yg tak tau umno tengah lemas bila TDM hari2 godak najib. Sapa yg tak tau umno tengah terceret2 bila byk sangat pemimpin cawangan serbu najib.

    Justeru, najib umno yg tengah kelemasan amat memerlukan pengalas kaki untuk terus hidup. Pas melalui hadi datang tepat pada masa untuk jadi alas kaki umno. Sebagai balasan, umno sedekahkan spander pada Pas. Alas kaki diperlukan oleh umno dan spander diperlukan oleh pas.

    Jadi, lengkap la tu

    ReplyDelete
  14. topik lain komen lain pulak.

    Siapa2 yang komen lari dari topik adalah penghisap kontol.

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
  15. Jika anda butuh angka togel SGP/HK hasil ritual MBAH WASTUH hbg di no 0853 7778 4848 di jamin 100% tembus

    ReplyDelete
  16. Tak sangka Dap pun ada Mursyidul Am sama saperti Pas, gelaran yang di beri olih blogger Omakkau, syabas Omakkau yang menjadikan Dap dengan Pas sama taraf.

    ReplyDelete
  17. Kpd omakkau jgn terlalu sangat nak menghina n nak membuat racun fitnah dgn pakatan harapan nanti omakkau tahu bahawa calon pas akan banyak kehilangan wang deposit dlm pilihanraya negeri sarawak bulan mac ini nanti n barulah omakkau tahu bahawa parti pas semakin x di terima oleh rakyat sarawak krn rakyat sarawak sekarang x mahu pemimpin pas yg kebanyakan nya pemimpin lidah biawak yg x tahu menilai agama org lain n tggu lh nanti pengundi akan menghukumkn calon parti angkut sampah

    ReplyDelete
  18. Omak kau eko ni batu api kuek la..dah macam bligger umno pulak...malula oi anak neghori

    ReplyDelete
  19. Amat memalukan jika blogger yang menyanjung pas dan mengutuk pakatan harapan bersikap begini..akan membuat orang bertambah meluat..penyokong pas pun boleh malu jika begini akhlas omak kau begini

    ReplyDelete
  20. Anon 20:38 mohon jgn sentap...blog ni mmg sengaja dicipta begitu utk pencacai tahap low class minded bg komen...aku terhibur...terbaikk pncacai2 semua...muahahakaka...terutama pencacai PAN yg amat mnjijikkan...kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..memang ramai pencacai2 sedang berkarya disini...karya tahap sampah..
      hehehe

      Delete
  21. Blog tempat berhibur sambil menambah dosa.

    ReplyDelete
  22. Daripada membuang masa dan menambah dosa kerana bersama pan yg menjadi talibarut dap yg berkentingan utk dominasi satu kaum spt singapura melanyak islam dsn melayu maka lebih baiklah segelintir saki baki penyokong pan yg tersondol dgn penipuan pan dap tu tolong isteri gunakan pan utk memasak ada juga faedahnya. Takkan ahli pan yg tak sampai 500 org tu bengong sgt tak dpt menilai kerakusan pimpinan pan yg semakin jauh menyisihkan kepentingan islam dan melayu hya semata2 bernafsu ke putrajaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum yang punya room,Saya pendatang baru di room ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada KI KUNCORO meskipun ini lewat internet saya mau berterima kasih banyak karna berkat bantuan Angka togel 4D 1180 yang AKI berikan ternyata benar-benar tembus dan alhamdulillah AKI saya menang angka sebanyak Rp 290 juta dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karna saya pasang angka KI KUNCORO dari 5 bandar di sini,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang AKI berikan kalau ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur AKI sudah berapa banyak peramal di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan AKI kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini dan alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung AKI karna sudah 4 tahun di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga tidak perna pulang ke indonesia tapi karna bantuan AKI saya akan pulang ketemu ke dua orang tua saya itu semua berkat bantuan AKI jadi bagi teman-teman pencinta togel yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor : 0823 1332 9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI<<< Karna angka yang di berikan KI KUNCORO saya sudah buktikan dalam 5 putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewah dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma KI KUNCORO yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang....? DARI SAYA IBU LISA TKI DARI SINGAPURA.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...