Friday, 12 July 2013

PRK DUN N01 KUALA BESUT....RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR YANG MENARIK SEPANJANG HARI PENAMAAN CALON PAS!!!!


BLOGGER UMNO TOTOK PUN SUDAH TIDAK PERCAYAKAN KEPIMPINAN NAJIB RAZAK... MAU DI GANTIKAN DENGAN MUHYIDDIN YASSIN!!!


Penolakkan kempimpinan Najib Razak dari kalangan UMNO kini sudah dilihat semakin parah dan terbuka.

Ini jelas dengan satu artikel dalam satu blog UMNO REFORM yang terang-terang melahirkan rasa betapa perlunya Najib Razak digantikan dengan Muhyiddin Yassin.

DIPERTURUNKAN APA YANG DITULIS OLEH BLOGGER TERSEBUT DEMI TATAPAN RAMAI.

Najib gagal? Itu yang dapat saya simpulkan bila berbual dengan rakan-rakan media alternatif UMNO. Benar ini adalah mereka dalam UMNO – penyokong UMNO – yang ditoreh – akan menitiskan darah UMNO – yang menyokong dan berada dalam sirkulasi UMNO. Berbual dengan mereka amat memeranjatkan saya. Saya pernah bercerita dengan beberapa mereka ini – sebarang kritikan terhadap UMNO pasti akan dibalas dengan tegas. Namun kali ini nada mereka berbeza – UMNO perlu berubah – bukan dalam nada lembut transformasi malah – UMNO perlu reformasi – nampak keras dan terpaksa dilakukan.

Apa pun sokongan mereka adalah pada UMNO, kata mereka dan ini mereka  tidak pernah berubah sehingga ke hari ini. Namun perbualan sebelum 1 Ramadhan itu amat mengejutkan saya, apabila mereka mengkritik kepimpinan Najib – benar – mereka merasakan Najib harus meninggalkan jawatan PM dan Presiden UMNO kerana kegagalan kepimpinan Najib dalam PRU 13 dan khususnya kegagalan BN dalam merampas semula Selangor. Bagi mereka – Najib bukan sahaja gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam PRU 13 tetapi Najib sudah gagal dalam program 1 Malaysia – gagal dalam urusan calon sewaktu PRU 13 dan lantikan yang tidak menepati slogan kepimpinan bukan sahaja bersih tetapi mesti kelihatan bersih dalam apa situasi sekali pun.

Mereka terus membidas Najib dengan mengatakan bahawa kekalahan PRU 13 adalah kerana usaha Najib keterlaluan untuk meletakkan orang dia di semua tempat termasuk bertanding PRU 13. Calon jangka menang yang kalah adalah orang kanan beliau sendiri, ujar seorang lagi pengamal media sosial yang juga mempunyai jawatan dalam Bahagian UMNO.

Adakah benar bahawa reformasi dalam UMNO hanya akan berlaku setelah Najib antara membetulkan keadaan atau meninggalkan dan memberi laluan pada Muhyiddin. Ini persoalannya? Setelah itu – persoalan kedua ialah – adakah setelah itu UMNO akan pulih atau hanya meniti untuk menghabiskan sisa-sisa pemerintahan dan legasi UMNO. Apa pun desakan untuk Najib  melepaskan jawatan sudah mula berlaku dan akan terus berlaku, tidak syak lagi.

PRK DUN N01 KUALA BESUT....MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU NIK AZIZ TURUT MENGIRINGGI CALON PAS!!!



Tuan Guru Mursyidul Am PAS, TGNA adalah antara ribuan penyokong dan pendokong PAS turut bersama memberi sokongan kepada calon Pas, Che Long ke pusat penamaan calon PRK DUN N01 Kuala Besut.

PRK DUN N 01 KUALA BESUT...SEKITAR PENAMAAN CALON PAS/PR!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Besut itu turut disertai Mursyidul Am PAS, TGNA, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Thursday, 11 July 2013

PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC)...JAWAPAN MENTERI DAN TIMBALAN DALAM NEGERI SEOLAH-OLAH MENGHINA KEWIBAWAAN 3 BEKAS KETUA HAKIM NEGARA!!!!!



Jawapan Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya di parlimen mengapa Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak masih enggan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) walaupun diasak dan didesak keras oleh rakyat termasuk para ahli parlimen Pakatan Rakyat dan NGO-NGO berdasarkan beberapa kematian dalam lokap atau dalam tahanan polis.

Jawapan yang mereka berikan ialah ianya suatu peraturan yang zalim dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Pergh!!!! Apakah kedua Menteri dan Timbalan Menteri ini sedar bahawa anggota Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (IPCMC) terdiri dari kalangan mereka yang pakar undang-undang dan perlembagaan yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Rayuan, Ketua Polis Negara, Presiden Majlis Peguam,Menteri Kabinet, Pengamal Undang-undang, aktivis-aktivis yang dihormati, Ketua Pengarang NSTP serta Menteri Kabinet.

1. Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, bekas Ketua Hakim Negara.

2. Tun Mohammad Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara.

3. Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara.

4. Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin, bekas Ketua Setiausaha Negara.

5. Tan Sri Lee Lam Thye, bekas Ahli Parlimen DAP.

6. Tan Sri Zaki Azmi (kini Tun), seorang peguam yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara.

7. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Presiden TI Malaysia dan pengarah di Sekretariat Komanwel di London.

8. (Tan Sri) Datuk Seri Lim Ah Lek, bekas Menteri Kabinet.

9. Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, ahli akademik dan bekas Nain Canselor UPSI.

10. Datin Paduka Zaleha Zahari, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia).

11. Datuk Dr Michael Yeoh (kini Tan Sri), pemikir sosial dan Strategi dan Kepimpinan Asia Institut (ASLI),

12. A. Kadir Jasin, Wartawan / blogger. bekas Ketua Pengarang NSTP

13. Datuk Kamilia Ibrahim, seorang peguam dan bekas Naib Ketua Wanita Malaysia.

14. Kuthubul Zaman Bukhari (kini Datuk), bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

15. Ivy Josiah, aktivis sosial dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

16. Datuk Dr Denison Jayasooria, ahli sains sosial dan Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Etnik, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Apakah nama-nama diatas tidak arif dan jahil undang-undang dan perlembagaan negara sebelum membuat cadangan betapa perlunya penubuhan IPCMC?

Mau seribu daya jika tidak mau jangan wujudkan alasan picisan yang menjadi bahan ketawa rakyat!!!!

TIGA ATLET SUKMA DITUDUH DI MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MEROGOL SEORANG PENGIRING PASUKAN BOLA BALING WILAYAH PERSEKUTUAN!!!



Tiga atlet Sukan Malaysia (Sukma) didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di atas dakwaan merogol seorang pengiring bagi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan yang berumur 20 tahun.

Mereka adalah Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, mohon dibicarakan terhadap pertuduhan itu terhadap mangsa di Perkampungan Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketiga-tiga didakwa di bilik mahkamah sesyen berbeza.

Adib, Megat Farzeril Faiz dan Mohammad Shaizzad dituduh merogol mangsa di bilik 128, Blok Enggang, Kolej Kedua di UPM di Serdang, diantara 4.00 pagi sehingga 4.10 pagi pada 4 Julai.

Ketiga-tiga dibicarakan di hadapan hakim Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Mamat dan Rozina Ayub.

Hakim melepaskan ketiga-tiga dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin serta mengarahkan mereka tidak menggangu mangsa atau saksi semasa perbicaraan yang juga merupakan rakan-rakan mangsa.

Ketiga-tiga tertuduh diarahkan oleh mahkamah untuk melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan.

Timbalan Pendakwaraya Tan Gin Han yang mendakwa ketiga-tiga tertuduh memohon dipindahkan kes Megat Farzeril Faiz dan Mohammad Shaizzad ke mahkamah hakim Yasmin untuk memohon dibicarakan serentak dengan Adib.

Permohonannya dibenarkan.

Sebutan kes ketiga-tiga tertuduh akan bermula pada 20 Ogos.

CALON PAS/PR PRK DUN KUALA BESUT TIDAK AKAN AMBIL ELAUN WAKIL RAKYAT SATU SEN PUN JIKA BELIAU MENANG!!!!!



Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berkata beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat. Ia akan dikembalikan kepada rakyat." ujar beliau.

Che Long memang terkenal dengan sifat dermawan dan rendah dirinya di kalangan penduduk Kuala Besut yang rata-ratanya menjadi pelanggan stor kayunya.

Memang tidak dinafikan beliau merupakan kontraktor yang berjaya sehingga mempunyai lesen kontraktor kelas A yang boleh mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit. Sikapnya yang mudah mesra, senang didekati disifatkan rakyat sebagai 'mudah kkkiro dan mudah bbaso".

Ketokohan dan populariti beliau menjadi kelebihan kepada PAS bagi mengulangi kejayaan seorang Taukeh Ikan, Abe Uji, Adun Manek Urai yang berjaya menewaskan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat pada PRK Manek Urai tidak lama dahulu.

Rata-rata rakyat Kuala Besut mengenali dan menyenangi sikap beliau.

Pilihanraya Kecil Kuala Besut diadakan berikutan pulangnya ke rahmatullah Adun sebelum ini Dr Abdul Rahman baru-baru ini. SPR menetapkan esok hari penamaan calon dan 24 Julai hari pengundian. Azlan akan ditentang oleh calon muda BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Pada PRU13 lalu, Dr Abd Rahman mengalahkan calon muslimat PAS, Napisah Ismail dengan majoriti lebih 2,000 undi.

PENDUDUK KAWASAN PARLIMEN NAJIB RAZAK MENGALAMI MASALAH GANGGUAN BEKALAN AIR YANG KRITIKAL SEJAK BEBERAPA BULAN LALU!!!!



PEKAN – Penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air sejak beberapa bulan lalu semakin kritikal sehingga mengganggu rutin harian.

Penduduk dari Felcra Sri  Makmur  Peringkat Satu, Zulkifli Mohd Nordin, 57, berkata, masalah gangguan bekalan air di kawasan itu telah dilaporkan kepada pihak berkaitan, namun masih tiada tindakan penyelesaian dilakukan.

Menurutnya, dia dan jiran terpaksa menadah air di dalam baldi dan tong bagi menampung kegunaan isi rumah berikutan masalah berkenaan.

“Ada masa penduduk dapat bekalan air namun tekanannya amat rendah dan dalam tempoh dua bulan ini keadaan semakin kritikal apabila penduduk mengadu tidak mendapat bekalan air yang cukup.

“Keadaan sukar ini semakin dirasai apatah lagi kini Ramadan,” katanya.

Katanya, mereka sukar menyediakan makanan untuk bersahur disebabkan bekalan air bersih yang tidak mencukupi.

DULU SEMASA BERKEMPEN NAK PIKAT RAKYAT KELANTAN AGAR BERI KEMENANGAN KEPADA BN AGAR MASALAH AIR DIKELANTAN DAPAT DISELESAIKAN, SEDANGKAN HAKIKATNYA KAWASAN PARLIMEN SENDIRI TIDAK MAMPU DISELESAIKAN.

KALAU KAWASAN PARLIMEN YANG DIWAKILINYA LEBIH 30 DEKAD MASALAH AIR PUN TIDAK MAMPU DISELESAIKAN...APA BARANG NAJIB MAMPU SELESAIKAN MASALAH YANG LEBIH BERAT.

INI DINAMAKAN CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR MACAM NAK RUNTUH LANGIT TAPI DEBU SEDIKIT PUN TIDAK NAMPAK.

Wednesday, 10 July 2013

PRK DUN N 01 KUALA BESUT....BANNER POTONG STIM SUDAH MULA DINAIKKAN DI KUALA BESUT!!!!


Kini sudah mula kedengaran dan rungutan betapa rakyat tempatan Kuala Besut naik mual dan muak dengan ungkapan I Love PM berwajahkan Najib Razak.

Banner I Lov PM berwajahkan Najib Razak kini sudah mula dipasang merata tempat di Kuala Besut sebagai tanda kononnya rakyat Kuala Besut cukup sayang dan kasihkan Najib Razak.

Wajah Najib Razak kini cuba sekali lagi dijaja dan dijual kepada penduduk Kuala Besut untuk meraih undi dan tarik simpati.

Hakikatnya penduduk Kuala Besut dah naik menyampah dengan banner sedemikian rupa dari apa risikan yang diterima.

Mereka mauka apa yang UMNO/BN telah lakukan demi kebaikkan penduduk Kuala Besut setelah diberi kemenangan dan mandat pada PRU 13 lalu dan bukannya kain rentang mengampu Najib Razak.

Penduduk Kuala Besut maukan nasib mereka dibela bukannya rentangan banner yang hipokrit yang tidak berpijak dibumi nyata.

Kuala Besut kawasan DUN luar bandar dan bukannya kawasan urban..Kalau kawasan urban bolehlah kain rentang maupun banner sedemikian boleh dianggap relevan.

Kalau berterusan UMNO/BN berkempen secara sebegini maka harapan DUN Terengganu menjadi 16-16 amatlah cerah sekali.

PERLANTIKAN GADIS MELAYU SEBAGAI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) YANG MEMBUAT PARA BLOGGER UMNO NAIK ANGIN SATU BADAN!!!


Seorang gadis Melayu ahli DAP dari Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam, yang dikenali dengan nama Sdri Nur, hari Isnin lepas telah dilantik secara rasmi sebagai salah seorang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyebabkan beberapa blogger pro UMNO naik angin satu badan dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang dibawah kepimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng cuba nak bersendiwara.

Perlantikkan Sdri Nur jelas membuktikan tiada diskriminasi kaum dalam pemilihan Ahli-ahli Majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dimana Yang DiPertuanya adalah seorang wanita Melayu YBhg
Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Perlantikkan Sdri Nur telah menutup ruang para juak-juak UMNO menjaja cerita yang Kerajaan PR Pulau Pinang anti Melayu.

PRK DUN N 01 KUALA BESUT....BEKAS ADO BESUT DOAKAN KEMENANGAN KEPADA CALON PAS/PR KERANA MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT!!!!


Bekas Penolong Pegawai Daerah atau Assistant District Officer (ADO) Penolong Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Besut yang hanya dikenali sebagai Faizul Abas dalam akaun Facebooknya telah menyatakan hasrat dan berdoa agar calon PAS/PR bagi PRK DUN N 01 Kuala Besut, Sdr Azlan Yusof @ Che Long yang merupakan Bendahari PAS Kawasan Besut, memperolehi kemenangan.

Menyifatkan perwatakan calon PAS/PR ini sebagai berperwartakan sederhana, mudah didekati dan dermawan serta mesra dengan penduduk kampong.

Bagi Omak Kau satu sifat peribadi yang memberi kelebihan kepada calon PAS/PR.

Diperturunkan ayat-ayat dari Mantan ADO Besut, Faizul Abas yang mengambarkan sifat calon dan hasrat beliau.

Faizul Abas

Azlan@Endut bin Yusof, calon yang diumumkan Presiden Pas untuk PrK N01 Kuala Besut semalam, saya kenali beliau pada tahun 2001 sewaktu bertugas sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) Pejabat Tanah Besut. Saya diperkenalkan kepada beliau oleh Pengurus Perusahaan Pasir beliau. Beliau merupakan seorang yang berperwatakan sederhana, mudah didekati dan dermawan. Saya difahamkan beliau juga mesra dengan orang kampung. Mungkin ini suatu kelebihan bagi beliau selaku calon PrK N01. Mudah-mudahan dengan keberkatan Ramadhan kali ini beliau dan PAS dianugerahkan KEMENANGAN insyaAllah. TAKBIR!!!

PASANGAN CINTAN 1 MINGGU YANG PALING POPULAR KINI SUDAH PUTUS APABILA VIDEO KLIP TERSEBAR LUAS!!!!


Akhirnya apabila video klip saya sayang awak sampai bila-bila selepas seminggu cercinta habis tersebar luas yang mengundang kritikan dan teguran pedas dari perlbagai pihak, kini pasangan lelaki yang dikenali sebagai Huzairie Yahya atau nama glamernya Ery telah membuat keputusan drastik untuk memutuskan perhubungan dengan tukang buat video klip Puteri Awani Ahmad.

Beliau dalam laman sosial FBnya mezahirkan rasa kesal serta meletakkan segala kesalahan kebahu dan kepala Puteri Awani Ahmad... Sila baca pengakuan beliau diatas.

Secara peribadi Omak Kau cukup bersimpati dengan nasib dan dugaan yang sedang dihadapi Puteri Awani Ahmad yang baru nak berjinak-jinak dengan suasana kasih sayang.

Anggaplah ada hikmahnya disebalik kejadian ini.. Tumpukan sepenuh waktu muda ini dalam pelajaran memandangkan adik Puteri Awani dikatakan seorang bpelajar yang cemerlang bergiat aktif sebagai pedebat sekolahnya.

Pengalaman kadangkala terpaksa ditimba melalui cara yang pahit dan perit lagi memedihkan.

All the best to you adik PUTERI AWANI AHMAD... Jangan ulangi kesilapan yang sama...Semoga pengalaman pahit ini akan mempercepatkan kematangan adik untuk menghadapi masa-masa mencabar mendatang... Be cool and stay calm.

Tuesday, 9 July 2013

PRK DUN N 01 KUALA BESUT... PAS PILIH SEORANG AHLI PERNIAGAAN, AZLAN YUSOF @ CHE LONG SEBAGAI CALON PAKATAN RAKYAT!!!!



PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.

Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenarai pendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.

UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN SIARKAN KISAH INI!!!...MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP/PR PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG, MENERIMA ANUGERAH BEST CITIES!!!


Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Sdr Lim Guan Eng, hari ini telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly.

Anugerah tersebut bersama sijil diterima oleh Yang DiPertua MPPP sendiri, YBhg
Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Penganugerahan ini sebagai tanda pernghormatan yang cukup tinggi pentadbiran MPPP untuk menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai salah satu bandaraya yang terbaik didunia.

PERKASA SUDAH KELUARKAN UGUTAN PELURU KAPOR!!!!...AKAN TOLAK UMNO/BN JIKA TERUS ABAIKAN MELAYU!!!!!


CAKAP PERKASA BOLEH DIPERCAYAI KE?...UGUTAN PERKASA BOLEH PAKAI KE?....SUARA PERKASA POWER GILA KE?....SEMUA ORANG MELAYU AKAN DENGAR SERUAN PERKASA KE?.... AGAK-AGAK UMNO AKAN KETAR KEPALA LUTUT KE BILA DENGAR UGUTAN PERKASA NI?...GERTAK PERKASA INI ADA IMPAK KE DALAM POLITIK NEGARA?

Perkasa ugut tolak UMNO/BN jika terus abai Melayu


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali  menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".

"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.

"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.

Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.

"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.

Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.

"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.

"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.

Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan UMNO/BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.

"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya."


JANGAN PERKASA LUPA... KESABARAN RAKYAT KEPADA PERKASA PUN ADA HADNYA!!!!

PERKASA KINI UMPAMA MELUKUT TEPI LONGKANG..... SEGALA UGUTAN UMNO DAH TAK PANDANG.

PERKASA KINI UMPAMA NGO YANG SUDAH BANKRAP PERJUANGAN DAN MUFLIS ISU.

SEGALA PEKIKKAN PERKASA UMPAMA ANJING MENYALAK GUNUNG KINABALU...BUNYI CUKUP BISING TAPI SEDIKIT PUN TIADA SIAPA NAK AMBIL TAHU.

LANGKAH PERTAMA YANG AJAR PERKASA LAKUKAN IALAH JIKA BETULL NAK UGUT GERTAK UMNO IALAH DENGAN PASTIKAN SEMUA AHLI PERKASA KELUAR UMNO DALAM KADAR SERTA MERTA!!!!.

KALAU TIDAK..LEBIH BAIK TUTUP MULUT JANGAN BIKIN TAMBAH MALU DAN LUKA PARAHKAN IMEJ DAN INTEGRITI PERKASA YANG SEKIAN TERUK!!!!

KETUA UMNO BAHAGIAN YANG BERAGAMA KRISTIAN, DATUK JOHN AMBROSE, MAU AHLI PARTI UMNO DIBENARKAN BERTANDING MEREBUT JAWATAN SEBAGAI TANDA PENGIKTIRAFAN PARTI KEPADA AKAR UMBI!!!!!



Pembaharuan Pemilihan UMNO Bukti Pengiktirafan Parti Kepada Akar Umbi



KUALA LUMPUR, 9  Julai – Pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dilaksanakan dalam pemilihan UMNO tahun ini adalah satu penghargaan daripada pemimpin parti atas kesetiaan anggotanya bersama-sama UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.

Jelas beliau, sebagai parti yang mendapat sokongan daripada masyarakat keseluruhan maka sewajarnya tanggungjawab dalam menentukan pucuk pimpinan juga dikembalikan kepada anggotanya.

“Inilah yang direalitikan oleh UMNO apabila pemimpin atasannya berani membuat perubahan dan bersedia melakukan pembaharuan sebagai satu manifestasi bagi memastikan kesinambungan UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, sememangnya bukan mudah untuk sebuah parti yang besar dengan ahli lebih tiga juta akan mengadakan pemilihan dengan melibatkan ahli-ahlinya di akar umbi namun UMNO berani berdepan cabaran ini.

“Belum ada mana-mana parti politik pun di negara kita yang berani berdepan dengan risiko sedemikian malahan dengan anggota perwakilan yang terhad pun sudah ada insiden pergaduhan dalam dewan sebagaimana yang berlaku dalam PKR di Sabah.

“Dengan kematangan UMNO dan persediaan yang rapi maka tentunya setiap tindakan telahpun dinilai dan diteliti sebagaimana Presiden parti bersedia untuk berdepan dengan anggota perwakilan yang ramai dalam pemilihan terbesar UMNO.”

Persidangan tahunan cawangan UMNO akan bermula pada 15 Julai sehingga 31 Ogos ini yang kemudiannya akan disusuli oleh persidangan peringkat bahagian UMNO.

“Sebagai ahli parti tentunya saya menyokong penuh kepimpinan dan patuh kepada Perlembagaan parti yang memberi laluan kepada mana-mana anggotanya untuk bertanding dan terlibat secara langsung pemilihan ini.”

Pada 2009, pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh para perwakilan dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO Khas.

TSMY AKUI SECARA TERBUKA JIKA UMNO MASIH KEKAL DENGAN CARA BERPOLITIK SEPERTI HARI INI...BAKAL TUMBANG PADA PRU 14 NANTI KERANA SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI!!!!


TSMY AKUI CARA UMNO BERPOLITIK SUDAH LAPOK PUPUS TARIKH...TIDAK LAGI RELEVAN.

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli Umno perlu melakukan perubahan yang lebih komprehensif jika mahu parti itu terus relevan dan kekal berkuasa pada masa depan.

Menurut Muhyiddin, walau apa jua keputusan pengundi dalam pilihan raya umum lepas, ahli Umno tidak boleh berputus asa dan perlu terus kuat semangat dan kental menghadapi persekitaran politik kini yang disifatkan lebih mencabar.

"Bila saya turun di sesetengah tempat, ahli kini kurang bersemangat...apabila ditanya mereka menyatakan keadaan ekosistem politik sudah berubah dan bimbang akan kalah.

"Penting dalam situasi sekarang, walau apa keputusan yang dibuat pengundi kita harus menghadapinya.

"Namun jika (anggota) Umno mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan Umno cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri Umno Bahagian Pagoh di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perubahan itu amat penting kerana jika tidak Umno tidak akan mampu bertahan dan persoalan sama Umno relevan atau tidak akan terus berbangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyeru pemimpin Umno supaya berada di barisan hadapan dalam memperjuang isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata, ada pihak melihat Umno terutama sayap Wanita dan Pemuda banyak berdiam diri apabila isu tentang hak Melayu dan Bumiputrra diperdebatkan.

"Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru semua anggota Umno supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam.

MASALAH BESARNYA PENYAKIT UMNO IALAH.. OLD HABITS DIE HARD!!!!

JANGAN MIMPI RAKAMAN GAMBAR INI AKAN DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!!...PERJUMPAAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, AHMAD MASLAN DENGAN PENDUDUK PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU, LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!!!


Semalam Ketua Penerangan UMNO, Malaysia, merangkap Timbalan Menteri Kewangan,  Datuk Ahmad Maslan telah melakukan lawatan dan tinjauan di Pulau Perhentian, Terengganu yang difahamkan sebahagian dari kawasan dalam DUN N01 Kuala Besut yang bakal menyaksikan suatu Pihanraya Kecil yang pertama selepas PRU 13.

Lawatan untuk melihat segala persiapan jentera UMNO/BN di pulau tersebut dalam menghadapi PRK DUN Kuala Besut.

Apa yang menyedihkan sekali ialah beliau langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Kalau diikutkan kepada sejarah PRU 13 yang baru berlangsung didapati penduduk Pulau Perhentian memberikan undi yang agak padu pada UMNO/BN, namun jika diambil kira sambutan yang diberikan penduduk disitu semalam menampakkan sokongan sudah mula merudum dan menguncup serta bakal berpindah.

Risikan dapati para penduduk merasa kecewa dan marah apabila segala janji-janji yang ditaburkan semasa PRU 13 masih tidak ditunaikan oleh UMNO/BN.

Sebab itu tidak menghairankan apabila Ketua Bahagian UMNO Besut merangkap Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh merayu kepada PAS agar memberikan kemenangan percuma walaupun beliau bercakap besar berdegar-degar UMNO mampu menang dengan majoriti melebehi 4,000 undi.

Harapan untuk menjadikan kedudukkan menjadi 16-16 amatlah cerah sekali!!!!!

Monday, 8 July 2013

BEKAS BOS NSTP AKUI SECARA TERBUKA, MEDIA ARUS PERDANA AKAN HANYA BEBAS JIKA UMNO/BN TUMPAS PILIHANRAYA!!!!!



Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.

"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.

"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.

"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.

"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.

"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.

Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.

Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman-laman berita alternatif lain.

Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar sedunia.

KAJI SELIDIK PASCA PRU 13 YANG TIDAK DISIARKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA YANG TOLAK TEORI TSUNAMI CINA!!!!.....UMNO/BN SEKADAR MEMPEROLEHI 54% UNDI MELAYU, 13% UNDI CINA DAN 44% UNDI INDIA!!!!!



UMNO/Barisan Nasional menerima kurang undi dalam PRU 13 daripada orang Melayu, Cina dan India dibandingkan daripada lima tahun yang lalu,  sekali gus menidakkan teori Tsunami Cina yang dicetuskan oleh Najib Razak yang mengakibatkan pencapaian UMNO/BN pada PRU 13 jauh lebih teruk dari PRU 12 semasa pimipinan Pak Lah.


Pada tahun 2013, UMNO/BN memperoleh 54 peratus undi Melayu, berbanding dengan 58 peratus pada tahun 2008, 13 peratus undi Cina, berbanding dengan 35 peratus pada tahun 2008 dan 44 peratus undi India, berbanding dengan 47 peratus
lima tahun lalu.

Angka-angka ini telah dibentangkan di seminar selepas pilihan raya oleh Rita Sim dariCentre for Strategic Engagement (CENSE)


Statistik telah diambil dari kaji selidik yang dijalankan seminggu selepas pilihan raya.
Beberapa responden 1,300 telah mengambil bahagian dalam kajian ini melalui temu bual telefon dan sesi muka-ke-muka.

Beliau berkata bahawa kebanyakan daripada mereka yang ditinjau juga merasakan bahawa ia adalah satu tsunami Malaysia yang ditentukan keputusan PRU 13, dengan lebih 65.8 daripada responden Melayu mengatakan bahawa ia adalah seorang rakyat Malaysia, dan bukannya TSUNAMI CINA, frasa yang digunakan oleh Najib yang amat kecewa pada
awal pagi 6 Mei 2013 selepas semua keputusan telah masuk dari SPR.

Bahawa frasa pembakar ini telah dijadikan satu tongkat dan senjata untuk Najib dan para ahli politik UMNO untuk menjelaskan mengapa Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan bahagian mereka daripada kerusi parlimen dan memenangi undi popular untuk kali pertama.
Ia juga telah digunakan oleh Utusan Malaysia dan para penulis blog pro-UMNO untuk menjalankan kempen untuk memburukkan imej Cina.

Sim berjenaka bahawa hanya orang yang percaya teori tentang tsunami Cina  ialah pemimpin UMNO yang kalah kecundang.


Beliau berkata demikian pada seminar yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa.


Beliau berkata bahawa pengundi Cina di Malaysia telah menjadi lebih berani dalam pilihan politik mereka dan dilihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai platform terbaik untuk bangsa mereka.


"Orang Cina telah melampaui faktor 'takut'.
Mereka kini tidak lagi takut, "kata Sim.

Beliau berkata walaupun MCA sepatutnya untuk mewakili pengundi Cina, masyarakat mempunyai persepsi yang berbeza tentang parti komponen BN.


"Ramai di kalangan masyarakat Cina merasakan bahawa MCA sehaluan dengan UMNO," katanya.


Seorang penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Denison Jayasooria mempunyai pandangan yang sedikit berbeza pada undi Cina.


Beliau berkata masyarakat Cina beralih kepada pembangkang kerana mereka mendapati ahli-ahli politik Melayu dalam Pakatan Rakyat yang mampu memimpin negara.


"Kali ini orang Cina telah menemui pemimpin-pemimpin alternatif dari masyarakat Melayu yang boleh membawa negara ini," katanya.


Walau bagaimanapun, Jayasooria menyarankan supaya orang ramai tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada pengundi Cina tetapi untuk melihat ke dalam corak kepimpinan di kalangan ahli-ahli politik Melayu yang baru, terutamanya dari PR.


"Apa yang kita perlu melihat adalah anjakan paradigma etnik dari orang bukan Melayu yang bergerak ke arah satu set baru pemimpin-pemimpin Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu boleh menjadi orang-orang yang adil dan teliti dalam memimpin negara, "kata Jayasooria.

EDISI KANTOI TERBURAI TERBARAI LONDEH!!!!!..MAJLIS PERBANDARAN KAJANG BUKA KHEMAH-KHEMAH YANG DIPACAKKAN DIKATAKAN BAZAAR RAMADHAN YANG TIDAK PERNAH WUJUD!!!!

Kini sudah menjadi seolah-olah satu trend untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan membabitkan Bazaar Ramadhan yang tidak benar didirikan.

Terbaru berlaku di Kampung Sungai Ramal Dalam, berhadapan dengan Taman Permainan Kanak-kanak Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Cara pihak yang membuat fitnah ialah dengan memacakkan beberapa buah khemah disatu lokasi tanpa keizinan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Lepas itu terus memaklumkan PBT berkenaan dengan harapan para pegawai penguat kuasa PBT akan merobohkannya.... rakam kejadian itu dan hebohkan dalam blog dan internet kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi para peniaga Melayu/Islam yang cuba mencari nafkah sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan meniup sentimen perkauman yang menebal.

Cuba perhatikan betul-betul rakaman diatas..Semasa para pegawai penguat kuasa MPKj membuat operasi langsung tidak ada seorang pun yang mengaku peniaga berada disitu.

Secara logiknya jika ada PBT menjalankan operasi sudah pasti tuan punya gerai akan berada ditempat kejadian membuat bantahan atau paling tidak membuat pemantauan.

Inilah dinamakan fitnah bodoh!!!!

INI LAH BUAH YANG DIKATAKAN MAMPU MENYEMBUH SEMUA PENYAKIT KRONIK???????


Heboh diperkatakan kononnya buah diatas mampu untuk mengubati segala macam penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, buasir, gout, barah payu dara dan sakit jantung.

Nama Tempatan : Terung Susu Kambing...Nama Saintifik : Solanum Mammosum.

Kegunaan/Khasiat : Buah yang masak dicelur dan dimakan sebagai ulam.
Air rebusan buah diminum untuk merawat sakit darah tinggi, kencing manis, buasir, gout dan barah payu dara.

Buah dikisar dan jusnya diminum untuk merawat sakit jantung.

Setakat ini belum ada laporan kajian secara sanitifik mengesahkan bahawa buah terung susu kambing ini mampu mengubati segala penyakit kronik sepertimana pengakuan pihak tertentu.

Kalaulah benar ianya mampu melakukan seperti dikatakan, sudah pasti seluruh hospital didunia akan memberikan semua para pesakitnya buah terung susu kambing...murah tapi cukup efektif..sejenis buah boleh menghapuskan segala penyakit.

Paling baiknya... buah ini boleh ditanam dibelakang rumah kerana amat sesuai dengan iklim negara kita.

Tapi peliknya tiada kedengaran pun sampai kehari ini dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ubat-ubatan penyakit kronik disemua farmasi hospital kerajaan sedang menghadapi kekurangan stok ubat-ubat penyakit kronik tahap kronik juga.

Kalau minum air rebusan boleh mengubati penyakit jantung maka tidak perlu lagi Institut Jantung Negara wujud.

Hentikan buat hebahan yang tidak masuk akal.

BERITA BARU TERIMA!!!!..SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID MATI KENA 4 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN DADA!!!!




Seorang guru yang hanya dikenali sebagai Cikgu Hashim yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan mati ditembak sebanyak 4 das pada bahagian dada didepan sekolah tersebut sebentar tadi..Dia meninggal dunia ditempat kejadian.

Dipercayai beliau ditembak dari jarak dekat ketika sedang meletakkan kereta Mercedes Benznya.

Pihak polis telah bergegas ketempat kejadian sebaik saja dimaklumkan.

Kini seluruh Bachok ditutup untuk tujuan pemeriksaan pihak polis.

Punca kejadian masih disiasat... Tidak menolak kemungkinan ianya bermotifkan dendam.

Laporan perkembangan akan menyusul.

Makluman Awal kes menarik berkait Tawang Rpt: 797/13, Tarikh: 8/7/13, Sek 302 KK.
1. Pengadu:
Majidi B. Noor
KP : 680906-03-5365..

2. Tempat kejadian:
Simpang Tiga Jln Beris Panchor Tawang ke Kota Bharu berhampiran Sek. Ren. Keb. Beris Pachor, Bachok, Kelantan.

3. Simati / Mangsa..Hashim B. Mat Zain, 700819-03-5365,
Umur...(43) Thn.
Kerja... Guru Penolong Kanan HEM Sek Ren Keb Beris Pachor, Lot 1531, Jalan Baru, Kg. Panjang, Bachok, Kn.

4. Ringkasan kes:

Pada 08/07/2013 jam l/krg 1340 hrs. Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan.

Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.

Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sbg gurut turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle, kontrak kantin sekolah dll .

Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dalam siasatan..

5. Tindakan polis.

- Forensik ke tempat kejadian untuk kesan bahan bukti.

- Anggota detektif daerah, D7, D8 dan D9 diarahkan mendapat maklumat kejadian.

- Mengesan dan mendapatkan maklumat daripada pelajar / guru sekolah rendah yg mungkin -ada menyaksikan kejadian ini...

- Mengadakan projek meeting utk. menyelaraskan tindakan...

KAFE YANG DIAJAK OLEH PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM), SUPAYA RAKYAT BOIKOT SUDAH MENDAPAT SIJIL HALAL DARI JAKIM!!!!



Oldtown White Coffee terima sijil halal

PETALING JAYA - Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa was-was kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata pengarah eksekutif Oldtown White Coffee Bhd Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan  Indonesia. - Bernama

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...