Wednesday, 7 January 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG UMNO/BN ..... TIMBALAN MENTERI KEWANGAN SAHKAN BAHAWA PREMIUM INSURANS DIKENAKAN GST.



Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas semua jenis bayaran premium kecuali insurans perlindungan hayat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong‎ berkata, GST ke atas premium insurans tidak menjadi isu kerana pengguna insurans sudah dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Bagi bayaran insurans premium, memang akan dikenakan cukai tetapi tidak kepada jenis insurans hayat, selain daripada itu memang pengguna akan dikenakan GST," kata Chua pada sidang media selepas menghadiri taklimat bersama sektor runcit di Petaling Jaya, hari ini.

"Dan pada masa sekarang, kalau saya tidak salah, insurans memang dikenakan cukai SST."

MALAYSIA BAKAL DI LANDA MUSIM SEJUK LUAR BIASA.



Selepas fenomena banjir besar melanda negara nampaknya satu lagi berita yang kurang baik diterima dimana rakyat Malaysia dinasihatkan supaya bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena ini dikatakan bakal dirasai oleh negeri-negeri disebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia yang baru saja menghadapi bencana banjir besar yang menyebabkan kerugian hampir Rm1 billion untuk negeri Kelantan sahaja.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin yang dipetik akhbar KOSMO!

BANJIR TERBURUK MELANDA NEGARA ... DUA RAKAMAN GAMBAR YANG MENCUIT MINDA DAN MENGGEGARKAN JIWA RAGA.


PENERBANGAN AIR ASIA DARI KUALA LUMPUR KE CHENNAI TERPAKSA MENDARAT DI COLOMBO SRI LANKA.



Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Chennai, Tamil Nadu adalah antara beberapa penerbangan yang ditunda dan dilencongkan ke bandar raya berdekatan kerana kabus tebal menyelubungi lapangan terbang di bandar raya selatan India itu semalam.

Semakan data penerbangan mendapati penerbangan AK11, yang sepatutnya mendarat di Chennai pada jam 7.25 pagi waktu tempatan dilencongkan ke Colombo, Sri Lanka.
  
Pesawat yang membawa 168 penumpang itu kemudian mendarat dengan selamat pada jam 11.15 pagi waktu tempatan apabila jarak penglihatan bertambah baik.

"Juruterbang pesawat sangat telus. Beliau berkata lapangan terbang Chennai tidak membenarkan penerbangan mendarat kerana jarak penglihatan cuma beberapa meter kerana kabus," kata Ketua Penyunting, Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama, M. Govind Nair, yang merupakan seorang daripada penumpang ketika dihubungi.
  
Beliau berkata di lapangan terbang Colombo, pesawat menunggu selama dua jam di landasan tetapi semua penumpang berada dalam keadaan ceria.
  
"Semua penumpang bertepuk tangan apabila juruterbang mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Chennai selepas melalui beberapa situasi yang bergelora," kata Govind.
  
"Keadaan kabus tebal yang jarang berlaku itu telah mencetuskan situasi kelam-kabut di lapangan terbang Chennai selama beberapa hari. Bukan penerbangan AirAsia sahaja yang terjejas.
  
Penerbangan yang ditunda atau dilencongkan ialah penerbangan yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari pukul 6 pagi hingga 8 pagi semalam, kata seorang pegawai yang berpusat di lapangan terbang Chennai.
  
Keadaan kabus tebal adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh lapangan terbang di utara India semasa musim sejuk tetapi tidak di bandar raya di selatan India.
  
Ketika ditanya mengapa penerbangan dilencongkan ke Colombo, pegawai itu berkata setiap lapangan terbang mempunyai ruang untuk menerima penerbangan yang dilencongkan dan biasanya lapangan terbang paling dekat akan dipilih.
  
"Ia merupakan amalan biasa dalam industri penerbangan," katanya kepada Bernama.
  
Laporan Times of India pada Isnin berkata jarak penglihatan mula merosot pada tengah malam Sabtu sehingga 50 meter dan sejak itu beberapa penerbangan yang dijadualkan mendarat dan berlepas dari Chennai telah terjejas.

Ia memetik seorang pegawai Pejabat Meteorologi sebagai berkata bahawa kabus jarang berlaku di Chennai tetapi ketumpatan air akibat tiupan angin dari utara dan tahap kelembapan udara yang tinggi menjejaskan jarak penglihatan selama kira-kira lima hari dalam setahun pada dua minggu pertama Januari.

Justeru, keadaan yang serupa kemungkinan akan berterusan selama beberapa hari lagi, kata beliau.
  
- Bernama

SURAT ZAHID HAMIDI KEPADA FBI MEMPERTAHANKAN RAJA JUDI ... PDRM TIDAK WAJAR DIHERET.



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.

“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber.

Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi semalam enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri.

Jangan diheret nama baik PDRM dalam isu jengkel ini.

Ahmad Zahid Hamidi jika ada harga diri dan memiliki prinsip serta maruah politik tinggi, sewajarnya letak jawatan segera kerana nama negara sudah teruk tercemar dimata dunia.

RAKAMAN KOMUNIKASI ANTARA QZ8501 DAN ATC JUANDA TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.


Sumber dalaman KompasTekno yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa rakaman tersebut adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada Ahad (28/12/2014).

KUALA LUMPUR
: KompasTekno pada Selasa mendedahkan salinan rakaman komunikasi antara Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Rakaman komunikasi itu memuatkan kebenaran ATC kepada pesawat itu untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura.

Pada awalnya, rakaman tersebut diperolehi oleh KompasTekno melalui laman Soundcloud oleh pengguna dengan identiti "digitizing" pada 3 Januari 2014, setelah Kementerian Perhubungan Indonesia membekukan kebenaran terbang AirAsia laluan Surabaya-Singapura.

Sumber dalaman KompasTekno yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa rakaman tersebut adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada Ahad (28/12/2014). Perkara tersebut disahkan berdasarkan lalu lintas pesawat lain yang dikawal pada pagi itu.

Fail tersebut dirakam dalam format UTC atau waktu Zulu (GMT +0) sehingga tarikh yang tercatat masih 27 Disember 2014 pukul 22.25 GMT, yang membawa maksud, Ahad 28 Disember 2014 pukul 05.25 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Dalam rakaman audio berdurasi sekitar 20 minit tersebut, pada minit ke-10 terdengar suara dari AirAsia QZ8501 (dengan callsign Wagon Air 8501) yang memberitahukan posisinya di ruang parkir A9, dengan pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie), jumlah penumpang, dan tujuan Singapura.

Percakapan tersebut kurang lebih seperti berikut:

AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."
Tower: "Wagon Air 8501 good mornig Juanda Tower, go ahead..."

AWQ8501: "Eight five zero one (registrasi) alpha x-ray charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."

Tower: "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra two...

Tidak lama kemudian, pada minit ke-4, QZ8501 meminta kebenaran dari ATC untuk menuju ke landasan pacu. ATC kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu.

Pada minit ke-07.07, ATC kemudian memberikan kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian  awal 24.000 kaki.

"Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero zero five," demikian kata petugas ATC yang bersuara wanita tersebut.

Rakaman komunikasi itu boleh didengar di sini.

Logiknya, jika ATC telah memberikan kebenaran, flight plan atau perancangan terbang tersebut telah dipersetujui dan flight plan hanya boleh dibuat dan dipersetujui sekiranya sudah ada kebenaran dan slot di kedua-dua lapangan terbang berlepas dan destinasi.

Secara prosedur, jika ATC telah memberikan kebenaran, tentunya AirAsia sudah memiliki kebenaran terbang, sebagaimana yang diungkapkan oleh pihak di Singapura sebagai negara dituju.

Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS) menerusi laman rasminya mengatakan bahawa AirAsia QZ8501 memiliki jadual penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad (28/12/2014).

Menurut CAAS, keizinan laluan Lapangan Terbang Juanda Surabaya di Indonesia ke Lapangan Terbang Changi di Singapura bagi pesawat AirAsia pada hari nahas tersebut merupakan kesepakatan kedua-dua negara.

CAAS menegaskan, persetujuan Indonesia-Singapura terhadap jadual penerbangan tersebut bermula sejak 26 Oktober 2014 sehingga 6 Mac 2015.

Perkara ini dibangkitkan apabila ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Juanda, Praminto Hadi sebelum ini menegaskan bahawa AirAsia tidak memiliki kebenaran terbang pada hari Ahad.

"AirAsia tidak mengajukan perubahan izin terbang dari Sabtu ke Minggu (ahad) kepada Dirjen Perhubungan Udara sehingga penerbangan Minggu ilegal (tidak dibenarkan)," ujar Praminto di Kompleks Mapolda Jawa Timur, pada Isnin.

QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang.

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Krunya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis.

Sehingga Selasa, 39 mayat telah berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

PERBANDINGAN KOLEKSI GAMBAR DSAI DENGAN NAJIB MELAWAT MANGSA BANJIR TERBURUK SEJARAH NEGARA TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.

Siang tadi melawat keadaan mangsa banjir di Temerloh & Bera.
Walaupun air di kebanyakan tempat telah surut, bantuan pasca banjir amat penting untuk pulihkan kehidupan mereka.
Sekadar menjemput rakyat yang berfikiran waras untuk melihat rangkuman gambar-gambar diatas sambil berfikir dan menilai.

Tujuan dimuat naik di blog ini agar kesan dan maklum balasnya wajar dikutip dan diterima dengan hati terbuka berlapang dada berdingin kepala sambil menolak jauh perbezaan fahaman politik taksub demi mencari pencerahan.

Selamat melihat, berfikir dan menilai.

Tuesday, 6 January 2015

EDISI MENUSUK KALBU ... KASIH IBU PADA ANAK SEPANJANG MASA DAN TIADA NILAINYA.


Rakaman gambar yang melakar seribu bahasa dan makna betapa kasih sayang ibu kepada anak tiada taranya walaupun hidup susah .. demi memastikan anak berada dalam keadaan selamat seorang ibu dirakam ketika menunggang motosikal mengikat anaknya ketubuhnya bagi memastikan anaknya lebih selamat sekiranya berlaku kejadian yang tidak di ingini.

AKHIRNYA SUDAH PECAH TEMBELANG ... PRESIDEN MIC DAN TIMBALANNYA SUDAH TIDAK BOLEH DUDUK SEMEJA DAN BERKERJASAMA.



Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam "terkejut" dengan keputusan presidennya Datuk Seri G Palanivel yang bertindak sendirian bertemu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula parti.

"Saya rasa terkejut dengan pendedahan bahawa presiden telah bertemu dengan ketua pengarah ROS bersama-sama dengan Senator V Subramaniam (lebih dikenali Barat Maniam) dan memajukan sepucuk surat mewakili MIC pada 24 Disember," katanya.

Subaramaniam sebelum ini banyak berdiam dan dilihat menyimpan kritikan terhadap bosnya – yang kini berdepan asakan dalaman parti.

Dalam mesyuarat tergempar MIC pada 18 Disember lalu, parti itu bersetuju bahawa Subramaniam mesti menemani Palanivel untuk bertemu ROS.

Bagaimanapun, Palanivel bertindak sendirian apabila menghubungi ROS, termasuk menulis surat kepada badan itu pada 2 Januari lalu untuk membuat rayuan memanjangkan tempoh pengendalian pemilihan semula.

Subramaniam juga berkata Palanivel tidak menjawab permintaannya untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa minggu ini.

ANGIN CUKUP KUAT BERTIUP KENCANG BAHAWA CALON UMNO/BN PARLIMEN PERMATANG PAUH PRU 13 LALU BAKAL MENGETUAI SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA (SKMM) YANG BAHARU.



Khidmat Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak disambung untuk penggal seterusnya dan Putrajaya dikatakan mahu menggantikannya dengan ahli politik Umno.

Kontrak pengerusi SKMM selama dua tahun itu berakhir pada 31 Disember lalu dan sumber memberitahu jawatan tersebut kini dipangku Tengku Zaib Raja Ahmad yang juga ketua pegawai Perkhidmatan dan Sokongan sementara calon baru dipilih.

"Kontrak pengerusi SKMM tidak disambung, jawatan tersebut dipangku oleh staf dalaman SKMM iaitu Tengku Zaib," kata sumber.

Sumber berkata, di antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi pengerusi baharu SKMM adalah ahli politik Umno Dr Mazlan Ismail yang bertanding melawan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Mazlan memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai  Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Coventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa Telekom Malaysia (TM).

Beliau berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai pengurus besar.

Sharil ditekan terutamanya daripada kumpulan sayap kanan dan sesetengah ketua bahagian Umno kerana tidak mahu mengawal Internet di Malaysia terutamanya yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Bagaimanapun, semakan di laman sesawang SKMM mendapati nama Sharil masih lagi berada dalam senarai sebagai pengerusi agensi kerajaan tersebut. Difahamkan, beliau sudah menerima nota terima kasih daripada kerajaan di atas perkhidmatannya.

Sharil yang mempunyai latar belakang pendidikan guaman mula menyertai SKMM pada 2000 sebelum meninggalkannya pada 2006 untuk menjadi pengarah eksekutif dan ketua strategi sebuah firma perunding kewangan BinaFikir.

Beliau menyertai kembali SKMM pada 2008 dan dijadikan pengerusi pada 2011. Rakan-rakan industri memberitahu Sharil dihormati di peringkat antarabangsa sebagai berpendirian tegas dan pengawal selia yang progresif.

Difahamkan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seharusnya sudah mengumumkan nama pengerusi baharu tetapi ia tertangguh kerana sibuk menangani isu banjir yang sedang melanda negeri di pantai timur.

SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).

Baru-baru ini SKMM dikritik hebat selepas menyaman stesen radio perniagaan BFM sebanyak RM10,000 kerana menyiarkan wawancara tentang kontroversi Allah bersama tokoh akademik Islam Iran-Amerika Syarikat Reza Aslan pada 21 Oktober 2013.

Dalam wawancara bersama BFM tahun lalu, Reza mengkritik Malaysia kerana menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober, 2013 sebagai "keputusan politik."

BFM pada ketika ini masih membuat rayuan berhubung saman itu.

GAMBAR MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPAKAIAN WANITA TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.



Cerita Dari sahabat saya yg menyalur bantuan di tanah Merah ditahan oleh pakcik ni.."Adik ada baju dok? Kesie Abe baju xdok, slmt ada gok baju ore tino Abe.." Kesian Sangat..  curahan hati seorang rakan fb dalam inbox Omak Kau.

ZAHID BOLEH DIDAKWA KERANA UTUS SURAT SOKONGAN RAJA JUDI KEPADA FBI KATA PEGUAM.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh didakwa berhubung dakwaan yang dibuatnya dalam surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat mengenai Paul Phua, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah LFL Eric Paulsen berkata hakikat bahawa Putrajaya telah menarik balik surat Zahid itu, menimbulkan keraguan sama ada Phua benar-benar telah membantu kerajaan dalam projek keselamatan, seperti didakwa oleh Zahid.

Menyifatkan surat itu sebagai "mengejutkan", Paulsen kata menteri berkenaan mesti mendedahkan apa projek-projek tersebut, atau beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

Katanya, jika kandungan surat itu tidak benar, maka terdapat prima facie terhadap menteri itu berkaitan penyalahgunaan kuasa dan mungkin, pelbagai kesalahan lain di bawah Bab XI Kanun Keseksaan - 'Keterangan Palsu dan Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam'.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Sabtu lalu, peguam Phua, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata Zahid telah menulis surat, yang diterbitkan oleh akhbar Hong Kong South China Morning Post, atas permintaan Shafee.

Zahid dilaporkan menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

Menteri itu juga dilaporkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

SEBUAH MASJID DI KAWASAN PARLIMEN GOMBAK JEMAAH SOLAT JUMAAT DEPAN IMAM.



Kejadian berlaku dikawasan parlimen Gombak, kawasan parlimen Dato' Menteri Besar Selangor merangkap abang kandung Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali, YAB Tuan Hj Azmin b Hj Ali dan DUN Batu Caves ADUNnya YB Amiruddin Shahri merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

BATU CAVES - Jika jemaah solat Jumaat 'melimpah' sehingga ke atas jalan mungkin satu situasi yang biasa dilihat, tetapi bagaimana pula jika jemaah terpaksa menunaikan solat di hadapan imam?

Ia kedengaran pelik namun realitinya itulah yang berlaku di Masjid Amaniah di sini pada setiap hari Jumaat. Seolah-olah juga sudah menjadi kebiasaan apabila jemaah berselerakan dan solat secara berkelompok sehingga ada di antara mereka tidak mengikut arah kiblat yang betul.

Malahan ada juga yang solat berkiblatkan ruang tandas juga di atas wakaf. Keadaan tersebut difahamkan telah berlarutan dalam tempoh yang lama dan sumber memaklumkan, kebanyakan jemaah bermasalah itu terdiri daripada warga Myanmar.

Salah seorang penduduk Taman Amaniah, Faiz Azwar, 63, berkata, keadaan tidak betul ini perlu ditegur kerana dikhuatiri dianggap bersubahat dan berkongsi dosa membiarkannya berlaku.

Menurutnya, alasan ruang masjid terhad tidak boleh dijadikan alasan membolehkan solat berkelompok itu berlaku.

“Mereka (warga Myanmar) mungkin menerima pendidikan agama yang tidak sempurna, tapi sebagai orang tempatan sepatutnya kita tegur. Tak boleh kata cukup asal solat. Pihak masjid mungkin boleh cari ikhtiar memikirkan kaedah bersesuaian termasuk pasang khemah di kawasan parkir dan letak notis kenderaan diletak luar pada hari tersebut supaya jemaah lebih tersusun,” katanya kepada Sinar Harian.

Beri hak pengurusan kepada kariah

Dalam pada itu, bekas jawatankuasa masjid, Mohd Fauzi Mohamad, 43, berkata, pihaknya mencadangkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerahkan kembali pengurusan masjid kepada kariah.

“Kariah lebih tahu masalah setempat dan keperluan, kelemahan pengurusan menyebabkan masalah kemudahan dan keselesaan jemaah terjejas serta tidak terkawal. Sejak 2011 sebanyak tiga kali pengurusan masjid ditukarkan menunjukkan kelemahan, sedangkan masa kita jaga dulu masjid ini antara terbaik dalam Selangor,” katanya.

Katanya, pihak masjid juga digesa menggunakan dana atau mengeluarkan peruntukan memasang papan tanda di beberapa kawasan sebagai mendidik masyarakat berkenaan solat jemaah.

Mohon pihak berwajib ambil perhatian

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Batu Caves, Khalid Mohd Noor pula berkata, beliau berharap agar pihak jabatan agama daerah dan negeri mengambil pendekatan serius menyelesaikan perkara tersebut dan melakukan siasatan.

“Saya terima banyak aduan dan keluhan daripada orang awam yang kemudiannya telah dipanjangkan kepada pihak masjid, tapi tidak ada tindakan dilakukan sehingga membuatkan kami kecewa.

“Pengurusan masjid seharusnya memikirkan cara dan membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk menyelesaikan isu kepadatan jemaah ini memandangkan kawasan semakin pesat,” katanya.

Pihak masjid sediakan khemah

Sementara itu, Bilal Kariah Masjid Amaniah, Mohd Fadzil Yatim berkata, pihak masjid telah menyediakan tambahan lima khemah untuk menampung jumlah kariah di situ.

“Ruang dalam masjid hanya mampu memuatkan antara 2,500 hingga 3,000 orang dalam satu masa saja sedangkan penduduk sekitar dan pekerja berhampiran melebihi angka tersebut.

“Kita dah buat pembesaran masjid dan pemasangan khemah tapi masih tidak cukup untuk menampungnya,”  katanya.

Katanya, jemaah secara dasarnya mempunyai pilihan tetapi lebih gemar memilih lokasi yang selesa dan mudah.

“Ada banyak ruang lagi yang boleh mereka penuhi tapi disebabkan sudah selesa di kawasan sama menyebabkan mereka solat di situ tanpa sedar telah melanggar syarat sah solat jemaah.

“Perkara tersebut akan diberi perhatian dan memikirkan langkah sesuai untuk mengatasinya,” katanya.

NAJIB TERKENA JANGKITAN E.COLI KETIKA MELAKUKAN LAWATAN KE KAWASAN YANG TERUK DILANDA BANJIR DAN DOKTOR MENASIHATI BELIAU AGAR BEREHAT.



Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak hari ini telah disahkan tidak sihat dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selepas dijangkiti virus E.Coli,

E.coli merupakan singkatan dari Escherichia coli yang yang dirujuk kepada sekelompok bakteria yang biasanya ditemui dalam makanan dan air.

Kebanyakan dari bakteria ini tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kerana ia melepaskan racun yang dinamakan Shiga sehingga membuat seseorang pesakit mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, muntah, keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan.

Virus ini dipercayai dijangkiti ketika Najib mengadakan lawatan ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

Perkara ini telah disahkan menerusi akaun Twitter rasmi pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

Sementara itu, Najib dalam akaun Twitter peribadinya memberitahu, akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

Mari kita doakan moga pemimpin negara kita segera sihat dan pulih seperti biasa
.

KISAH SEEKOR BABI HUTAN MENYERANG PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU) MENJADI BUAH MULUT KALANGAN WARGA CYBERJAYA.



Seekor babi hutan telah 'menyerang' perpustakaan Universiti Multimedia kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Kerana kekecohan yang terjadi, semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan itu diminta keluar bagi membenarkan pihak bomba menangkap haiwan liar tersebut.

Menurut Ketua Pustakawan MMU, Kamal Sujak, babi itu kecundang setelah bergelut dengan bomba selama dua jam di dalam perpustakaan terbabit.

"Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu.

"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.

Menurut Kamal lagi, ruang bacaan utama tetap akan dibuka seperti biasa
.

MENGAPA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN HJ AZMIN B HJ ALI TIDAK MENDEDAHKAN SIAPA PENERAJU BAHARU MENTERI BESAR INCOPORATED (MBI) SELANGOR.


Sebagai pemimpin yang sering melaungkan tatakelola kerajaan yang terbaik, telus, adil dancekap lagi bersih sui murni ... mengapa Dato' Menteri Besar Selangor yang juga merangkap abang kepada Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali, YAB Tuan Hj Azmin b Hj Ali tidak mendedahkan serta memberi tahu satu dunia siapakah peneraju baru termasuk ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Incoporated (MBI) Selangor yang baharu.

Berapakah gaji dan imbuhan setiap termasuk elaun setiap dari mereka perolehi.

Rakyat berhak tahu agar rakyat boleh menilai siapakah mereka ini yang diberi amanah dan tanggung jawab bagi mengemudi MBI yang dikatakan serta dicanang satu dunia jauh lebih hebat dari peneraju sebelumnya.

Mengapa perlu berahsia dan bersembunyi .. kalau sekadar pada permulaan ambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor bergambar sakan terjun terjahan ditempat pelupusan sampah, tahan dan panjat lori angkut sampah, terjun diparit tersumbat, sembur ridsect di bas sekolah, sembur racun perosak serangga di bendang dan cangkul, bersih dan gali longkang dengan berpakaian batik jawa bagi menampakkan seperti Presiden Jokowi secara "bersendirian", sambil yang lain perhatikan sahaja sudah memadai untuk memukau dan membuat rakyat terpesona, rasanya itu suatu langkah yang silap .. jauh lebih silap dan tempang dari Langkah Kajang.

Jika pengurusan baru MBI merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembayaran pampasan kepada bekas kakitangan dan orang kuat TSKI perlu terlebih dahulu mendedahkan siapakah peneraju-peneraju baru MBI yang telah menjalankan siasatan dan buat keputusan itu .. dari situ nanti bolehlah rakyat membuat penilaian sama ada ianya jujur atau sekadar memburu kesalahan dan membalas dendam kesumat.

Sebelum MBI mau bertindak lebih lanjut maka wajar didedahkan individu-individu yang dilantik oleh Hj Azmin Hj Ali mengemudi MBI .. adakah individu-individu berkenaan berkelayakan atau sekadar membayar upah sebagai memberi sokongan ketika berlaku pergolakan yang hampir memusnahkan kerajaan PR Selangor ekoran dari Langkah Kajang yang diakui secara terbuka, suatu langkah yang gagal dan makan diri serta menghakis sokongan dan kepercayaan rakyat tentang matlamat dan kemampuan Pakatan Rakyat kini.

Jika masih enggan dedahkan .. maka rakyat boleh buat tafsiran sendiri ... tiada paksaan dalam memberikan respon dan maklum balas, tetapi perlu ingat ... JANGAN BERBICARA TENTANG TATAKELOLA KERAJAAN YANG BAIK, TELUS, BERSIH LAGI ADIL JIKA ISU INI CUBA DIPERAMKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT DENGAN HANYA MENGHEBAHKAN PENGURUSAN MBI YANG BAHARU TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENGHANTAR SURAT KEPADA 8 INDIVIDU BERKENAAN AGAR SERAH KEMBALI WANG PAMPASAN YANG DIBERIKAN.

"DAPUR DARI SHAH ALAM UNTUK SEMUA" INISIATIF DARI DUN KOTA ANGGERIK UNTUK MERINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN.




"DAPUR DARI SHAH ALAM UNTUK SEMUA", Sukarelawan penuh dari Keadilan Cabang Shah Alam dengan kerjasama DUN Kota Anggerik telah bergerak ke Negeri Kelantan baru-baru ini untuk bersama-sama merasai keperitan mangsa-mangsa banjir.

Cetusan idea bantuan kemanusian dari YB Dr Hj Yaakob Sapari dan para sukarelawan ini memperlihatkan satu kerjasama yang baik diantara penduduk-penduduk setempat untuk bersama-sama menjayakan program seumpama ini demi meringankan bebas mangsa-mangsa banjir yang kita ketahui telah kehilangan hampir harta benda mereka akibat bencana banjir terburok yang melanda baru-baru ini.

Dalam temubual YB Yaakob bersama omak kau, beliau melapurkan telah menghantar 4 buah lori dengan membawa peralatan lengkap memasak, bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan, telor, beras dan beberapa lagi barangan asas untuk memasak berserta tukang masak dibawa khas dari Shah Alam.

Dalam kesempatan itu ADUN Kota Anggerik sempat melawat ke beberapa kawasan untuk memberikan sumbangan yang termampu dan sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir yang dilihat masih dalam keadaan buntu dan trauma.

Tahniah diucapkan dan terima kasih kerana sudi menjemput omak kau bersama-sama menyertai Misi Kemanusiaan bersama-sama Team Kota Anggerik. Syabas juga diucapkan kepada para petugas dan sukarelawan yang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat lelah dalam menjayakan misi kali ini. 


PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA .. IANYA TIDAK DAPAT DIJUAL BELI ... PENDERITAAN MENGINSAFKAN KITA .. IANYA MAMPU MENYEDARKAN SIAPA KITA. 

Monday, 5 January 2015

EDISI MACAM-MACAM ADA....KOLEJ MENAWARKAN KURSUS BELAJAR SELFIE DAN WEFIE PALING SEMPURNA.



Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie paling sempurna.

Pengajian yang dinamakan ‘The Art of Portraiture’ ini mensasarkan untuk memberi penekanan terhadap pemahaman kritis mengenai seni mengambil gambar sendiri.

Bertempat di Kolej City Lit, para penuntut akan menjalani kuliah sebanyak empat sesi dengan yuran pengajian sebanyak £132 (RM714).

Antara intipati yang bakal diketengahkan termasuklah pengunaan ruang persekitaran, signifikasi terperinci teknik pencahayaan serta cara bagaimana untuk melahirkan idea baharu bagi menjadikan fotografi lebih relevan dengan matlamat hidup.

Kedengaran agak dramatik bukan? Mungkin mata pelajaran berkenaan amat bersesuaian buat jurugambar atau mereka yang menjadikan fotografi sebagai sumber rezeki.

Ada ura-ura yang menyatakan bahawa salah satu sesi tersebut akan ‘mengajar’ cara-cara terbaik untuk membuat duck face dan kaedah yang betul semasa menguna batang selfie atau monopod.

Mahukah anda mendaftar? Tepuk dada tanya selera...tepuk tangan tanda gembira...

Friday, 2 January 2015

PANORAMA MENYAYAT HATI SELEPAS BANJIR SURUT DI MANEK URAI... ALLAHUAKBAR!!!!



KUALA KRAI: Pertama kali menjejak kaki ke Kampung Manek Urai Lama selepas menyeberangi jambatan merentangi Sungai Lebir, hati sesiapa sahaja menjadi luluh. 

Malah ada yang tidak dapat menahan perasaan. Tiba-tiba berjurai titisan jernih di pipi melihat kekuasaan Yang Maha Pencipta.

Semuanya sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Ketika melewati jambatan di Kampung Manek Urai Baru dari awal lagi sudah kelihatan kereta tertunggeng, terbalik dan terperusuk ke bawah lembah.

Pelbagai situasi yang tidak pernah disaksikan dapat dipertonton di kampung tersebut. Panoramanya hampir serupa dengan Acheh pada 2004. Cuma yang membezakan mangsa korban tidak ramai.

“Di Acheh tsunami ombak, di sini tsunami air sungai. Sama-sama kuat, sama-sama gagah. Biar apa pun kami bersyukur kerana tidak berlaku banyak kehilangan nyawa.

“Sepanjang tujuh malam kami berhempas pulas untuk menyelamatkan diri. Ada yang terpaksa dua kali berpindah selepas tempat pertama juga dinaiki air.

“Berteduh di tempat pemindahan dengan berhimpit-himpit dan berdepan dengan kekurangan makanan. Kami juga memasak nasi menggunakan air bah,” katanya seorang mangsa banjir di Kampung Manek Urai Lama.

Beliau berpindah ke Masjid Kampung Manek Urai Baru bersama keluarga dan penduduk lain. Hanya bukit di belakang masjid yang menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan lain semua tenggelam. Kampung Manek Urai Lama hanya tinggal Bukit Kajang. Dua kampung tenggelam sama sekali pada bah besar tersebut yang bermula 22 Disember.

Keadaan luar biasa yang berlaku di Manek Urai Lama mengundang ramai datang berbodong-bodong bagi melihat sendiri kesan tsunami air bah.

Kenderaan bertali arus biar pun terpaksa meredah selut yang agak tebal. Mereka tenggelam dalam kelu sambil merakam kesan bah besar yang tidak pernah disaksi sebelum ini.

“Orang tua yang meniti usia lebih 80 tahun di Kampung Chatang memberitahu tidak pernah melihat lagi bah besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Bah merah yang dikatakan paling besar dalam sejarah pun tidak sebesar bah yang berlaku kali ini. Dahulu bah merah air lambat surut, sekarang banjir surut lebih cepat,” kata Zakaria Ibrahim, 57.

Menjejaki Kampung Manek Urai memperlihatkan suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Ada sisa-sisa rumah terletak di pokok, rumah menghimpit antara satu sama lain dan pokok tumbang merentangi jalan.

Masjid Urai Lama juga dihimpit sebuah rumah. Apa yang tinggal sekarang hanya tapak rumah, tiang dan simen konkrit. Banyak tiang elektrik juga menyembah bumi.

Ada juga besi rumah yang belum siap bengkok seperti dibelok seseorang menggunakan jentera. Ada dinding konkrit rumah pecah dan terhumbang ke bawah.

Masih banyak lagi jalan di kampung itu yang tidak boleh dilalui, kesan-kesan runtuhan rumah berserempak di sana sini.

Sementara itu Pengarah Bilik Operasi Bencana Banjir Kuala Krai, Hilmi Abdullah menafikan dakwaan bekalan bantuan banjir melimpah ruah di Kuala Krai.

Katanya, dakwaan itu mungkin dibuat mereka yang tidak berada di lapangan dan tidak terlibat samada sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

“Permintaan barang keperluan asas terutamanya beras, sardin, gula, biskut dan pampers amat tinggi dan belum mencukupi. Bekalan air mineral dan minuman masih dapat menampung permintaan setakat ini,” katanya di sini.

Thursday, 1 January 2015

SAMBUTAN TAHUUN BARU 2015 DI CHINA BERTUKAR TRAJEDI, 35 ORANG TERBUNUH DAN 48 CEDERA



SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.

"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...