Tuesday, 6 January 2015
MENGAPA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN HJ AZMIN B HJ ALI TIDAK MENDEDAHKAN SIAPA PENERAJU BAHARU MENTERI BESAR INCOPORATED (MBI) SELANGOR.
Sebagai pemimpin yang sering melaungkan tatakelola kerajaan yang terbaik, telus, adil dancekap lagi bersih sui murni ... mengapa Dato' Menteri Besar Selangor yang juga merangkap abang kepada Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali, YAB Tuan Hj Azmin b Hj Ali tidak mendedahkan serta memberi tahu satu dunia siapakah peneraju baru termasuk ahli Lembaga Pengarah Menteri Besar Incoporated (MBI) Selangor yang baharu.
Berapakah gaji dan imbuhan setiap termasuk elaun setiap dari mereka perolehi.
Rakyat berhak tahu agar rakyat boleh menilai siapakah mereka ini yang diberi amanah dan tanggung jawab bagi mengemudi MBI yang dikatakan serta dicanang satu dunia jauh lebih hebat dari peneraju sebelumnya.
Mengapa perlu berahsia dan bersembunyi .. kalau sekadar pada permulaan ambil alih pucuk kepimpinan Negeri Selangor bergambar sakan terjun terjahan ditempat pelupusan sampah, tahan dan panjat lori angkut sampah, terjun diparit tersumbat, sembur ridsect di bas sekolah, sembur racun perosak serangga di bendang dan cangkul, bersih dan gali longkang dengan berpakaian batik jawa bagi menampakkan seperti Presiden Jokowi secara "bersendirian", sambil yang lain perhatikan sahaja sudah memadai untuk memukau dan membuat rakyat terpesona, rasanya itu suatu langkah yang silap .. jauh lebih silap dan tempang dari Langkah Kajang.
Jika pengurusan baru MBI merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembayaran pampasan kepada bekas kakitangan dan orang kuat TSKI perlu terlebih dahulu mendedahkan siapakah peneraju-peneraju baru MBI yang telah menjalankan siasatan dan buat keputusan itu .. dari situ nanti bolehlah rakyat membuat penilaian sama ada ianya jujur atau sekadar memburu kesalahan dan membalas dendam kesumat.
Sebelum MBI mau bertindak lebih lanjut maka wajar didedahkan individu-individu yang dilantik oleh Hj Azmin Hj Ali mengemudi MBI .. adakah individu-individu berkenaan berkelayakan atau sekadar membayar upah sebagai memberi sokongan ketika berlaku pergolakan yang hampir memusnahkan kerajaan PR Selangor ekoran dari Langkah Kajang yang diakui secara terbuka, suatu langkah yang gagal dan makan diri serta menghakis sokongan dan kepercayaan rakyat tentang matlamat dan kemampuan Pakatan Rakyat kini.
Jika masih enggan dedahkan .. maka rakyat boleh buat tafsiran sendiri ... tiada paksaan dalam memberikan respon dan maklum balas, tetapi perlu ingat ... JANGAN BERBICARA TENTANG TATAKELOLA KERAJAAN YANG BAIK, TELUS, BERSIH LAGI ADIL JIKA ISU INI CUBA DIPERAMKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT DENGAN HANYA MENGHEBAHKAN PENGURUSAN MBI YANG BAHARU TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENGHANTAR SURAT KEPADA 8 INDIVIDU BERKENAAN AGAR SERAH KEMBALI WANG PAMPASAN YANG DIBERIKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Jgn jadi khinzir...khinzir walaupun masok tempat bersih tetap cari benda yg kotor.
ReplyDeleteOmak oh Omak ....
ReplyDeleteHang tu siapa????
Kalau dak tak suka, bagi minyak wangi pun baunya macam tahi jantan.
Kalau dah suka, bagi tahi pun dok ingat cokelat.
Tahniah Omak Kau sebab berjaya menjadi duri dalam daging PR dan sahabat baik BN. Awat Omak Kau tak daftar kat PERKASA?
Azmin nak lantik siminah gersang Faekah tu jadi CEO sekali lg sebab tu tak hebahkan nanti Omakkau jadi terkejut biawak pulak.
ReplyDeleteProjek Datum Jelatek dah start, habisla Keramat akan jadi Chinese mainstream district.
ReplyDelete