Monday, 26 January 2015
JANGAN CEMUH KERAJAAN SEKARANG KERANA APA YANG BERLAKU SEKARANG BERPUNCA DARIPADA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENCEMUH KETIKA BERKUASA KATA HISHAMUDDIN KEPADA MAHATHIR DAN DAIM.
KOTA KINABALU: “Saya tidak layak,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, untuk menasihati bekas pemimpin parti dan kerajaan yang kini sering mengkritik pentadbiran semasa di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Katanya, walaupun merupakan pemimpinan kanan UMNO dalam hierarki kerajaan, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan nasihat yang diibaratkannya sebagai guru.
Bagaimanapun tegas Menteri Pertahanan itu, banyak perkara yang berlaku dalam negara dan pentadbiran sekarang ini juga berpunca daripada keputusan-keputusan pemimpin terbabit suatu ketika dulu.
“Siapa saya untuk menasihati orang yang mengajar saya hingga menjadi Naib Presiden hari ini? Adakah saya yang layak menasihati mereka? (Sedangkan) saya adalah hasil daripada didikan mereka.
“Mereka (pemimpin terdahulu) perlu tahu apa yang diajar oleh mereka, nilai-nilai yang mereka amal dan ajar ketika mereka memimpin diwariskan, (pemimpin sekarang) mengamalkannya,” jelas Hishamuddin.
Sehubungan itu beliau berharap perkara itu disedari semua bekas pemimpin atau pegawai tinggi kerajaan yang kini mencemuh kerajaan, bahawa kebanyakan apa yang mereka kritik telah berakar umbi ketika mereka berkuasa.
“Tidak bolehlah kerana mereka tidak lagi memimpin sekarang, maka mereka perlu membangkitkan pelbagai masalah. Apa yang kita ada sekarang adalah warisan dan legasi daripada kepimpinan mereka sendiri,” tegasnya.
Hishamuddin menambah: “Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka.”
Kenyataan Naib Presiden UMNO ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang membuat beberapa kenyataan yang didakwa menyerang kepimpinan Najib.
Sebagai tindakan balas, media arus perdana dikatakan menggunakan pembangkang, terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang balik Dr Mahathir dan Daim.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kapal selam KD Tunku Abdul Rahman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang berlabuh di Teluk Sepanggar di Sabah, Hishammuddin menggesa semua bekas pemimpin negara untuk melihat gambaran yang lebih besar.
“Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Termasuk lh ko ... mcm baru semalam jd menteri ... kahkahkah
ReplyDeleteBila kita berkuasa perbetulkan lah mana-mana yg tak betul yg dibuat oleh pemimpin terdahulu.
DeleteKami bukan mintak nasihat, kami minta tindakan. nasihat hanya kata-kata. Tindakan itu perbuatan.
Salam reformasi untuk semua,
ReplyDeleteSebenarnya akar umbi sudah jelek dgan Anuar dan keluarga beliau. Kemarahan ahli akar umbi membawa penolakan total kepada Rafizi dan Nik Nadzmi dimana mereka dicop sebagai pembodek kelas pertama Clan Segam-Boot.
Ahli bawahan sudah benci dengan perangai Anuar, Bini dana Anak dia yang tidak peduli akan nasib rakyat marhaen khususnya mangsa banjir dan keluhan mereka yang berpendapatan rendah.
Saya amat berharap Sdr Anuar, Bini dia dan Anak dia dapat mengisi borang ahli UMNO secepat mungkin dan pada masa yang sama berhenti dari jadi ahli PKR.
Dengan pendek kata, kami sudah mual, jelak dan termuntah dengar retorik mamat Matang Pauh ini.
Kalau tak tau tulis, saya boleh isikan borang untuk Saudara Anuar. Good Bye and Farewell to Anuar the bad rubbish
Yang Benar dan Tulis Ikhlas bagi Reformist Selangor
Jeff Ulu Yam
Jeff ni Abang Jaafar dari ranting Ulu Yam ke? Kalau betul mesti Abang Jeff ingat saya Din dari Kalumpang, kita kempen kat PRU 2008 dgn PRK Hulu Selangor dulu. Naik LiteAce ramai2.
DeleteWehhh, Abang Jeff ni warrior reformasi 1998 dulu tapi sekarang dia marah sangat kat Anwar sebab De Facto sudah lupa keluhan rakyat Marhaen seperti pemandu teksi dan warga kilang
Urmm dua2 bingai!
DeleteDh merapu rapu dh ... masing2 nk tunjuk baik ... yg mendidik hamlau yg dididik melaun ...kahkahkah
ReplyDeleteHidup ketua pembagang baru.... saudara jef ulu yam... Mmg bernas kata2 anda.. mungkin saudara ini hebat mengarang buku2 bangang.. Mmg patut kita nyahkan saudara anuar ibrahim... kita gantikan dgn saudara jef yg bijak pandai utk memimpin negara..
ReplyDelete... anak anak lahir mesti ikut paras rupa mak bapak nenek moyang...janggal kalau ada makbapak nenek moyang marah anak@cucu yg paras rupa menyerupai meraka.ini contoh...contoh...
ReplyDeleteKerajaan yg x berkat macam ni la ...
ReplyDeletePenjelasan yang sangat merbahaya ... tiada tanda-tanda mahu berubah dari buruk kepada baik. Jangan salahkan pemimpin yang dah lepas sebab yang berkuasa pada hari ini ialah KAU. Jadi KAU diberi peluang untuk membuat perubahan tapi .... apa yang KAU buat? KAU tak buat apa-apa sebab KAU tak mampu berfikir lagi dan hanya menurut cita rasa pemimpin yang lepas. Apa-apa pun yang jadi sebegini sebab KAU adalah COW.
ReplyDeletekita lihat mana arah tuju pemimpin yg di pilih. ICara Islam atau bukan. Sebab kita akan di tanya di sana nanti, takut ade share. Macam Carlsberg di Shah Alam puak2 tu ade share. Saya dah jual lama share saya bila dapat tahu. Jadi, jadilah Muslim yg se jati jangan jadikan fulus waldunia almampus...segalanya. wallahuallam.
ReplyDeleteini bru btemu buku dgn ruas. masing2 brgask sma sndri. tiap kumpln ada peyokng sndiri. srponk tgok camni gajh sma gajh x tau spa kecundng. jgn peyokong lri lintg pukng jika ada tnda2 gajah nk tumbng.
ReplyDeleteSenapang gajah kn ade .... kihkihkih
DeleteHahaha.....
ReplyDeleteYg bijak di tindas dari pengang jawatan, yg kuat ampun ikut kata buat bodoh di beri jawatan maka mana ada bijak pandai dlm kerajaan hanya penipu satu alam pertahan kuasa mrk selama ini dan rakyat miskin yg bodoh sokong setingginya hanya dgn sedikit sederkah dan yg kaya pula sokong sepenuhnya dgn project besar2 dan inilah yg jadi pada negara selami ini. Akhirnya negara kehabisan masa wang pakar setia kerana di kebas samun rompak curi kianat penipu malah maruah di jual akhirnya negara pula nak di gadai!"""" Kenapa tak gadaikan harta penipu2 kalau setia pada negara???? Maka kalau dah penipu ckp apa pun penipu juga harta negara jadi harta mrk bila negara hadapi masalah ekonomi rakyat pula nak di gadaikan macammana negara ini tidak tergadai satu hari nanti........bodog bin bangang selamanya....
Bila projek sudah tak dappat, ada peluang balon sajalah
ReplyDeleteetan dan iblis dah bergaduh... setan kate iblib...iblis kate setan..
ReplyDeleteberantakanlah kalian sehingga masuk lubang kubur baru menyesal. gunalah masa yg berbaki sedikit lg utk fikir akhirat. mata yg ada menangislah ttg dosa yg lepas. hati yg keras itu jadilah lembut dgn memahami bahasa alam yg berlaku dan makna ayat quran. dunia yg dikejar itu ketahuilah itu bakal kau tinggalkan. amalan baik dan dosa itulah pengimbang kau dialam kubur,dimasyar dan dititian sirat. kemana arahmu wahai bernama manusia.
ReplyDeletedlm kubur tak dpt la lgi buat kerja menjubo, mkn rasuah dn mengelentong.
Delete