Friday, 30 January 2015
GAMBAR NAIB PRESIDEN MIC DENGAN PISTOL TERSELIT DI PINGGANG SELUARNYA KETIKA DI HALANG 20 GENGSTER MEMASUKI BANGUNAN MIC TERSEBAR LUAS DI LAMAN SOSIAL..
Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api terselit di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.
Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.
Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.
Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.
Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.
Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.
"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.
"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.
"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.
“Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa,” katanya.
Difahamkan pihak polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.
Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Hah! nasib x baik tertembak teloq sendiri ...hee
ReplyDeleteNurulhidayah...kenapa mahagru nih tak tikam senri? Tak dengrpun dalam rekod yg mngatakn dia nih orng kaya? Kaya nipu kot? Ko tak padan ngan betina main no ekor juga ke? Hentikanlah kerja2 dosa. Insaf2lah.
DeleteSebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
DeleteDulu ada orang kena tangkap sebab ada pistol terselit diluar zip keluar.
ReplyDeleteTak silap aku kat Pudu Raya.
Jgn marah melawak
walaupun kalimutu dah tak ada tapi anak didik dia ada merata2 kat 1maysia ni.... parti politik pun dah semakin brutal la karang ni... tak selamat... tak selamat...
ReplyDeleteUndang-undang senjatapi perlu diperketatkan. Tengok apa jadi kat US. Jadikan pengajaran. Malaysian promoting peace
ReplyDeleteHahaha.....
ReplyDeleteOrg india memang ganas dari dulu lagi malah kuat arak..... jadi tiada hairannya mrk suka kecoh dan buat bising melaung entah apa mrk katakan.
Melayu pula mula belajar ganas dan buat kecoh malah semakin berani.
Kalau tak boleh berbincang baik tak payah bincang sebab dua belah.pihak tidak bersetuju sama lain jadi keganasan akan belaku kalau masing2 tak nak bertolak ansur. Di mana kita lihat keganasan boleh selesai kan masalah!!!!""
Ganas taik hanjing.
Deletemacam filem tamil.la pulak politik malaysia ari ni. hahaha
ReplyDeleteSebab menteri lepas tu NFA la....wayang aje ni ...
ReplyDeleteDh main pistol2 lk org mic ni ... hebatlh tu ...hee
ReplyDeleteApa-ape pun MIC adalah guru kepada ameno dalam bab buat kecoh dari dulu, kini dan akan datang!!
ReplyDelete