Sunday, 25 January 2015
PENYAMPAI RADIO DAKWA ANAKNYA DI DERA DI PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK DI KELANA JAYA.
Seorang penyampai radio mendakwa anak lelakinya berusia setahun lapan bulan didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kelana Jaya tiga hari lalu.
Menurut Nazira Noran, 35, yang bertugas dengan Bernama Radio24, suaminya Muhammad Farid Samsuddin, 41, menyedari kesan gigitan dan cakaran pada lengan tangan kanan dan kiri, belakang badan serta dahi anaknya ketika menjemputnya dari taska itu pada petang Khamis.
“Kerana tidak berpuas hati, saya telah ke taska itu untuk mendapatkan pengesahan namun penyelianya memberi alasan ia luka lama.
“Namun setelah membuat pemeriksaan di sebuah pusat rawatan swasta, doktor mengesahkan ada kesan cakaran kuku saiz orang dewasa,” katanya.
Nazira berkata beliau kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada Jumaat.
“Saya membuat laporan polis pada pukul 12.30 pagi, 23 Januari di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya yang mana pegawai berkenaan memberitahu saya untuk membawa anak saya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan laporan perubatan penuh kerana hanya laporan perubatan hospital kerajaan boleh digunakan dalam kes berkenaan,” ujarnya.
“Ini kali pertama kejadian ini berlaku setelah lebih setahun anak saya ditempatkan di situ,” katanya.
Nazira berkata anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan buat masa ini anak bongsu daripada tiga beradik itu dijaganya sendiri susulan insiden berkenaan.
Kata Nazira, kesnya itu turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dia akan bertemu dengan pegawai Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
Nasihat utk TB: Sila buat sebesar2 poster @ sepanduk dan tulis apa yg nak ditulis mcm di atas tu. Gantung di halaman rumah dan di semua tiang lampu isyarat seluruh negara utk bacaan umum. Tulis kat blog ni perpuluh kali pun buat apa,org yg sama baca dan dah nak termuntah pun.
DeleteHa, hdup lagi rupanya penyakit TB ni.
ReplyDeleteIngatkan dah pergi Haaji..
Sekian,terima kasih.
ni apa yang kau merepek ni labu @TB
ReplyDeleteBuat la komen lain TB.
ReplyDeleteJangan la buat malu UMNO je.
Boy Putra
JKK Kg Bintang.
Udah udah la TB ayat yg sama je kau ni dh lama x mkn ubat aku ingat dh meluat aku tgk komen kau ni . BENGONG BETUL budak ni..
ReplyDeletepenyampai radio ngan pengasuh anak sama aje dua2 malas mengasuh anak, dua2 taik anak...
ReplyDeletebetol kau TB...aku sokong 1000%...teruskan perjuanganmu itu sampai akhir hayat demi menegakkan keadilan dan kebenaran, jangan gentar pada ugutan, jangan lemah pada cacian dan jangan malu pada sindiran.....ayuh teruskan perjuanganmu yg suci murni itu....
ReplyDeletekerana memang sahih penyakit kronisme,nepotisme dan korupsi itu telah amat membarah di dalam tubuh bukan setakat diri rakyat dan masyarakat,bahkan kerajaan 1malaysia ini...siapa hah yg berani nafikankenyataan ini...???
maka hendaknya kamu semua jangan hanya pandai mengutuk, mengejek dan mempersenda kan si tulang badak itu, tanpa pun kamu luang walau secebis masa bua t menghayati apa yg dia dia kemukakan...apa yg tersurat dan apa yg tersirat....
lalu siapakah yg tolol...siapa yg biol...dan siapa pula yg bahalol....?
ayuh semua kita bersama tb bergandingan bahu,berkerjasama 'membunuh' tiga penyakuit kronik tersebut...KRONISME, NEPOTISME dan KORUPSI....sebelum ianya membunuh dan menghancur lebur kan negara 1malsysia ini....