Thursday, 29 January 2015
BUDAK MAUT JATUH DARI TINGKAT 6 FLAT PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR), KOTA DAMANSARA, SELANGOR, AKIBAT PAGAR REPUT.
PETALING JAYA - “Kuyit nak ikut kakak pergi sekolah,” kata kakak sulung Muhammad Hazriq Danish Ain Alden, 5, yang maut selepas terjatuh dari tingkat 6, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kota Damansara, petang semalam.
Menurut Nur Diyana Alden, 15, Hazriq merupakan adik bongsu daripada lima beradik, mesra dipanggil Kuyit, menunjukkan sikap yang amat berlainan sebelum dia ke sekolah pagi semalam.
“Kuyit berjalan ke bawah bersama ibu dan saya, kemudian salam serta cium tangan saya sebelum ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, awal pagi lagi dia sudah bangun dan bertanyakan kakak hendak pergi mana.
Diyana berkata, adiknya itu amat manja dengannya dan ahli keluarga yang lain.
“Biasanya kalau dilarang jangan bermain di luar, Kuyit tidak mendengar kata.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini, saya perasan tingkah lakunya berubah dan akan ikut apa yang disuruh,” katanya dengan nada sayu.
Menurut Diyana, sewaktu kejadian, dia baru pulang dari sekolah dan dimaklumkan insiden yang menimpa adiknya oleh jiran-jirannya.
“Kuyit memang suka bermain dengan rakan-rakannya di balkoni, walaupun ibu dan saya sudah tegah dia berkali-kali," katanya.
Sementara itu, ibunya, Norsahura Sahara Mohamad, 34, berkata, dia sempat makan bersama Hazriq lauk kegemarannya, ayam goreng, sebelum keluar bermain dengan rakan-rakannya.
“Saya sempat makan bersila dengannya, selepas itu dia minum sedikit air dan keluar bermain,” katanya.
Sahura, seorang suri rumah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum bergegas turun apabila dimaklumkan anaknya terjatuh.
Difahamkan, polis sedang menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan pengadang besi balkoni yang uzur.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku pada jam 3.18 petang.
“Mangsa sedang bermain di koridor sebelum terjatuh dari tingkat enam flat itu.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia,” katanya.
Sangka bungkusan sampah jatuh
"Saya ingatkan bunyi sampah jatuh, tetapi terkejut apabila pekerja penyelenggaraan bagi tahu budak terjatuh,” kata Zarina Johan, seorang pengawal keselamatan di Blok B, bangunan itu.
Menurutnya, dia hanya berada beberapa meter dari lokasi kejadian dan bergegas melihat kanak-kanak itu.
“Saya lihat kanak-kanak itu masih lagi bernyawa dan saya cuba mengecamnya.
“Secara kebetulan ada jiran turun dari lif memaklumkan siapa ibu bapa kanak-kanak itu. Saya terus menjerit memanggil ibunya dari bawah,” katanya.
Zarina berkata, sejurus turun, ibu kanak-kanak itu tersembam di sisi anaknya.
“Melihatkan keadaannya itu, saya papah dan cuba tenangkannya. Dia terus menangis sementara menunggu ambulan tiba,” katanya.
Zarina yang sudah lapan tahun tinggal di situ dan menjadi pengawal keselamatan dua bulan lalu berkata, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di kawasan itu.
“Sebelum ini ada kejadian kanak-kanak terjatuh, tetapi di blok lain,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Peguam PasMa bela sirul di pusat tahanan imigresen australia...peguam anwar bela sirul...10.feb kes liwat sepol...ada agenda rupanya...PasMa sempati dan kunjungi keluarga Sirul...ini bukan kebetulan...slogan apa nak jadi ...jadilah...ada makna tersirat...hebat bang non proksi yahudi nih....hebat lagi perancangan allah....insyallah...tunggu apa akan jadi nnti...azilah rakan sirul masih di Malaysia....tunggu kes makin menarik....
ReplyDeleteItu pun perancangan ALLAH juga... hehehehehe.
ReplyDeleteNasib baik budak Melayu yang mati senang suruh mak pak dia redho dg ketentuan Illahi, kalau budak cina yang mati sudah tentu berjuta2 disamannya.
ReplyDeleteYa betul...kalau bukan bangsa melayu...terutama cina atau india...sudah tentu barisan peguam dari bukan bangsa melayu beratur untuk meminta si penjaga saman pihak berkuasa.
ReplyDeleteHahaha.....
ReplyDeleteTak kira pagar atau grill semuanya boleh karat patah reput atau apa sj tetapi ibubapa tak boleh guna alasan ini sebab ibubapa sdr tak ambil berat akan anak mrk bila dah kena br berlaung mcm2 yg salah tetap mrk..... bukan mrk tak tahu tinggi!!!! Sesiapa pun boleh jatuh dan mati dari ketinggi ini. Byk sudah dgr di china pun byk yg jatuh atau tersangkut kat grill semuanya banggunan tinggi tetapi kenapa ibubapa tak ambil berat malah tingkap harus di ubah suai atau grill supaya lebih selamat!!!! Kerana tak syg anaklah semua ini terjadi walaupun guna pakai alasan apa sekali pun ibubapa yg salah.
Anon 12.07.. kena kt anak kau keluarga kau br tahu.. padan muka kau.. ckp byk plk.. xkan mak bapak nk kurung anak 24/7.. main dlm rmh je... mereka br lps mkn tengahari.. tentu ibunya perlu utk mengemas dapur.. dan arwah bermain dihdpan rmh sj.. benda dh jadi.. x pyh la ckp yg menyakitkan hati keluarga arwah adik tu..
ReplyDeleteanon 12.07 ni x penah dok umah flat kot..... berdoalah semoga anak2 awak terhindar dari kejadian begini...aamiin..
ReplyDelete