Tuesday, 27 January 2015
PILIHAN RAYA PBT ... KENYATAAN KETUA AMK PUSAT YANG BAKAL MEMBUAT DAP NAIK ANGIN SATU BADAN????????
DAP harus berfikir secara menyeluruh termasuk kesan negatif jika pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan di Pulau Pinang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perbincangan DAP dengan pihak berkepentingan perlu dilaksanakan sekiranya parti tersebut tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya terbabit.
“Kita tidak pernah menolak prinsip demokrasi di peringkat tempatan. Cuma saya minta DAP faham konteks Negara kita dari segi kaum dan sebagainya.
“Kita perlu fikir secara menyeluruh jika mahu melaksanakan pilihan raya itu.. Tentang bagaimana nak laksana pilihan raya itu, hal itu kita kena bincang panjang lebar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, jika DAP masih merancang untuk melaksanakan pilihan raya tersebut, parti itu perlu mencari jalan untuk mencapai persefahaman dan persepakatan yang diamal di Negara ini.
“DAP menghormati konsep persefahaman antara bangsa, kaum dan agama yang ada di Negara ini. Buat masa sekarang perbincangan dengan pelbagai pihak merupakan langkah tepat untuk merangka pilihan raya tersebut secara menyeluruh,” katanya lagi.
ULASAN OMAK KAU:-
Kenyataan Ketua AMK Pusat ini ada hubung kait dengan kenyataan terbuka, jujur, ikhlas dan tanpa berselindung dari Presiden PAS mengenai niat dan hasrat beriya-iya DAP mau mengadakan Pilhanraya PBT .
Paling sedihnya Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas telah pun membuat keputusan muktamad betapa Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh serta tidak mempunyai kuasa dalam perlembagaan untuk mengadakan suatu Pilihanraya peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tetapi nampaknya DAP bersifat degil keras kepala seolah-olah enggan terima keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan ini.
Dalam isu ini Omak Kau menyokong penuh pandangan dan pendapat Ketua AMK Pusat yang berbicara berpijak dibumi yang nyata bukan sekadar bersifat pelahap sokongan demi menuju kepuncak kuasa.
Kenyataan Dato' Seri Presiden PAS empat hari lalu mengenai hasrat dan rancangan DAP mau mengadakan Pilihanraya PBT seperti berikut:-
Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.
"Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.
"Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya.
Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.
Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.
Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.
Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.
"Bandar wajib diurus bukan saja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah mengalir ke dalam jasadnya.
"Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisme didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat.
Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara, manakala pendekatan komunis lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah.
"Dunia sudah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif," katanya.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, kerajaan pimpinan DAP itu tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.
Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.
Raus berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, pemansuhan pilihan raya PBT ialah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada majlis berkenaan terlebih dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ini bukti apa yg dikatakan tghh itu ada betulnya, cuma ia dinafikan oleh 'barua2' dap atas agenda tertentu. apa komen pakar2 spinner spt pak sheikh abuya albuaya alhusyeen, tulang bab!,greenboar dan rottweiler
ReplyDeletebetul itu akan untung apek dap aje, bila apek kuasai majis pbt ,orang melayu ada dekat pbt akan tendang keluar, ketika itu tak guna orang melayu akan menanggis pun tak guna , lagi pun apa faedah pilihan raya pbt itu hanya untuk akan apek dap dibandar aje sedangkan orang kampung pun tak dapat faedah dari pilihan raya pbt itu lagi pun. Manpu ke orang kampung buat pbt sedangkan orang kampung pun tak ada pendapatan tetap, bagi menbazir aje pilihanraya pbt itu
ReplyDeleteKat KL ni apa kurangnya orang atas kebanyakkannya melayu tapi kampung yamg hilang
DeleteMajlis pbt kata azan MESTI di diamkan...maka terdiamlah muslim dalam kawasan pbt tersebut...errmm
DeleteMESTI CINA DAP EXTREMIST NAK TUDUH NIK NAZMI UMNO
ReplyDeleteCINA DAP NAK KURANGKAN KUASA MELAYU OIII
CINA DAP DAH GILA KUASA
INGAT OOIII KERAJAAN MELAKA JATUH SEBAB KAUM PENDATANG SI KITUL & MANDELIAR BERSEKONGKOL DENGAN PORTUGIS
KORANG NAK KE KERAJAAN MALAYSIA DIJATUHKAN KAUM PENDATANG YANG DIBAWA BRITISH
KORANG NAK KE KERAJAAN MALAYSIA DIJATUHKAN KAUM PENDATANG YANG BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI
ADE OTAK FIKIR2KAN
Makin lama makin terserlah sikap jembalang dap, satu demi satu topeng menyamar kebaikan dia pakai dh terbuka ....memang cina2 ni x boleh dipercayai baik dap, mca atau gerakan ...binawe
ReplyDeleteBODOHNYA ORANG MELAYU YANG SOKONG DAP
ReplyDeleteAku percaya ramai yang keliru dengan kenyatan seperti.....
ReplyDeleteKita tidak pernah menolak prinsip demokrasi di peringkat tempatan. Cuma saya minta DAP faham konteks Negara kita dari segi kaum dan sebagainya.
“Kita perlu fikir secara menyeluruh jika mahu melaksanakan pilihan raya itu.. Tentang bagaimana nak laksana pilihan raya itu, hal itu kita kena bincang panjang lebar,”
Apa yang omakkau faham maksud kenyataan... Kita tidak pernah menolak prinsip demokrasi, “Kita perlu fikir secara menyeluruh,kita kena bincang panjang lebar,” ...?
Apakah kenyataan itu boleh dikatakan ada hubung kait dengan kenyataan terbuka, jujur, ikhlas dan tanpa berselindung dari Presiden PAS ?
Kesimpulan kenyataan diatas adalah keperluan mengadakan pertemuan diantara. Hadi Awang, Anwar Ibrahim, dan Lim Kit Siang duduk semeja dan berbincang masaalah yang dibangkitkan.
Dalam Malaysia sepatutnya ada tiga jenis pilihanraya iaitu pilihanraya parlimen, pilihanraya Dewan Undangan Negeri, dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kenapa pilihanraya parlimen dan DUN boleh diadakan sedangkan pilihanraya PBT tidak boleh diadakan ? Ianya tidak lain dan tidak bukan, adalah UMNO Baru tidak ada keyakinan boleh menang termasuk PAS. Punca mereka tidak boleh menang... kerana mereka bodoh. Untuk mendapatkan tempat mereka menggunakan rasuah. Itu sebabnya mereka mengharamkan pilihanraya tersebut.
Apabila Hadi Awang mengatakan pilihanraya PBT boleh mengundang malapetaka seperti rusuhan 13hb. May..... jelas sekali jiwa Hadi sudah jadi hantu UMNO Baru.
Berbeza jika Hadi Awang mengungkit kononnya pilihanraya PBT boleh menyebabkan melayu bangsa PAS boleh jadi kristian maka orang ramai perlu beri perhatian kerana PAS bukan perjuangkan bangsa melayu tapi agama islam.
Kalau PAS sudah mengutamakan bangsa melayu dari islam..... maka tiada bezanya antara PAS dan UMNO Baru.... sama-sama main taik.
Maka bersetuju juga pada apa jua yg datang dari kepimpinan yg mereka taasubkan...dibuang akalnya..dimatikan hati nuraninya..demikianlah kamu wahai manusia yg sombong lagi jahil...lantaran kejahilan..bersatunya manusia demi memelihara hak yg berhak kepada bangsanya..difahamkan sebagai "rasis" atau assobiah..dan terkeluar dari islam...marilah aku terangkan kepadamu wahai manusia yg bodoh ..bersatu demi memelihara hak yg berhak keatas bangsa sendiri dengan dipandu syariat tanpa menzalimi bangsa yg lain adalah terkandung dlm ajaran islam..belajarlah .. tahukan kamu ..golongan yg bersatu berasbabkan pada niat yg baik adalah termasuk dlm syariat islam...ada golongan manusia yg bersatu kerana cintanya kepada alam sekitar lalu mereka menubuhkan WWF..ada yg menubuhkan MERCY..ada juga yg menubuhkan PETA.. ada juga yg menubuhkan UMNO..di seluruh pelusuk dunia akan kamu dapati sekelompok manusia yg bersatu pada pelbagai asbab..maka jika bersatunya mereka atas niat dan usaha yg baik maka apa yg mereka kerjakan termasuk dlm suruhan Allahswt...itulah makna "bersatu kerana islam"... alangkah kejinya khawarij PAS yg memutarbelit pada golongan yg tidak mengetahui...difitnahkan sebahagian dari bangsanya sendiri yg bersatu dan menubuhkan UMNO...sebagai rasis atau assobiah..
Deletemengapa kamu wahai PAS tidak memfitnahkan manusia2 yg bersatu lalu menubuhkan pelbagai persatuan..pertubuhan..yg berjalan dengan pelbagai niat ...sebagaimana kamu fitnahkan asbab tertubuhnya UMNO...kamu mendakwa bezanya kamu adalah kerana kamu bersatu kerana islam lalu menubuhkan PAS..apakah kejadian manusia yg berbangsa2 merupakan sesuatu yg sia2 ?.. Dan mereka yg menyintai bangsanya merupakan rasis dan assobiah ?.. tahukah kamu bangsa melayu dikurniakan nikmat dan amanah pada tanah melayu ini..kamu perbodohkan sebahagian dari bangsamu sendiri ..sehingga mereka beranggapan mempertahan..memelihara hak yg berhak bangsa melayu atas tanah nenek moyangnya seolah2 bukan dari syariat islam..kerana kamu mabukkan kuasa ..hinanya jln yg kamu pilih ini wahai PAS
DeleteBangsa melayu satu2nya bangsa didunia pada waktu ini yg paling banyak mengorbankan haknya kepada bangsa lain yg ditakdirkan Allah swt menumpang bernaung didlmnya...maka tatkala bangsa yg menumpang itu semakin tamakkan habuan untuk survival bangsanya sendiri.maka hina dan aiblah pada mana2 bangsa melayu yg bersatu pada kehendak bangsa yg menumpang itu...election PBT adalah tanda jelas betapa buasnya mereka ...sebagaimana diluluskan pengurniaan tanah selama 999 tahun di perak dan selangor(cuma menunggu masa untuk dilaksanakan)...apakah bangsa melayu itu terlalu bodoh untuk menilai apa yg tersirat.. mungkin juga bangsa melayu itu telah mati sifat syukurnya
Delete