Thursday 22 January 2015

BERITA BERGAMBAR BETAPA MAWI TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN TERKINI INA NAIM DAN KELUARGA.



Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.

19 comments:

  1. Mawi ngan umno same je dua2 taik hanjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... umno mmg taik anjing. Hahaha

      Delete
  2. Kau tu pun taik anjing kurap jgk.. suka nk ckp orang.. bodoh..punya anon 09.47.

    ReplyDelete
  3. Mawi makin hancusss dpt kawin bekas bekas orang...manusia tak sedar diri...lelaki yg baik kawin prmpuan yg baik prmpuan yg baik kawin lelaki yg baik2.Tahniah ina Dan suami semuga anda bahagia hingha akhir hayat....Amin...

    ReplyDelete
  4. Allah ganti kehancuran hati Ina dgn yg lebih baik lagi. Suami educated. Bagi saya ina fikir 1000 x utk niat nak nyanyi lagi. Kalau wajah djaga dari d sambar api neraka inikan pulak suara. Suara itu aurat juga wahai Ina ku syg. Ikut kata suami. Bersyukurlah dpt suami soleh. Suami soleh adalah segala2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul!!! pakai purdah tp nyanyi... x de seorg pun asatizah2 menyanyi, mereka x pakai purdah... ironinya..

      Delete
  5. Dh ttup aurat molek2...naper nk nyanyi lagi??X ckup makan ker? X guna brhijab kl hati x btul2 bersih ..msh niat nk mnyanyi lg...suara kau pun bukannya sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat awak pun dah tunjukkan mcmana hati awak

      Delete
  6. Mawi pun x herannn...bini dia 1009 X lg cunnn...

    ReplyDelete
  7. Cun???? Bibir nipis macam nenek lampir...make up tebal mcm pengantin...bayangkan kalau dia tk make up..itu belum lg dah lunyai kena simpan kerabat....pompuan jahat utk laki jahat.

    ReplyDelete
  8. takyah nak nyayi2 lagi la weiiii, suara ko merdu sangat la ,mengalah kan katak panggil ujan....nanti penyayi lain takleh cari makan oooo. lebih baik ko gi surau ke, sejid ke , dengar orang ngajar,banyaklah juga pekdah nye...ngaji ugama biar betul2 faham. taklah bila cakap tu nampak jelas keliru...jahil tukey.... laki ko tu pun same aje,ingat sonang ke nak jadi suami soleh....takat suruh pakai purdah tu...jauh lagi la weiii. soleh ke suami kalo suruh bini nyayi depan lelaki ajnabi...?siap tolong tulis lagu pulak tu...jauh jauh.....jauh panggang dari api..

    penjagaan; aurat wanita muslim yg merdeka ialah SELURUH TUBUH, oleh kerana itu purdah itu wajib(bukan sunat) kiranya takde bende / cara lain nak tutup aurat melainkan dengan dia....

    ReplyDelete
  9. Bagus la Ina bertambah baik selangkah lagi.

    Omak pula bila nak "putus cinta" dengan Azmin?

    ReplyDelete
  10. susahnya nak sebut nama anak2 dia......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kau tak belajar bahasa arab daa...itu pasal susah mau sebut.

      Delete
    2. Apa class bahasa arab tu

      Delete
  11. Ina isteri org... mawi suami org... mohon tidak lukakan pasangan mereka.....��������

    ReplyDelete
  12. ina dgn ekin mcm langit dgn bumi, ekin gila glamor, kontrol suami, ina pula low profail, taat pd suami ... semenjak kawen mawi talak ong ....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...