Tuesday, 27 January 2015
EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI .... RASUAH PUNCA BAU NAJIS BABI TIDAK SELESAI DI TG SEPAT, SEPANG, SELANGOR??????
Siapa menduga di kala negara menuju ke arah negara maju yang pesat membangun, penduduk di Sepang, Selangor atau lebih khusus bagi mereka yang tinggal di Tanjung Sepat berhadapan dengan masalah yang berlarutan hampir 60 tahun.
Masalah pencemaran bau dan air melibatkan najis babi ekoran wujudnya penternakan haram yang banyak di sekitar kawasan tersebut.
Tinjauan secara rambang mendapati penduduk di kawasan tersebut masih berhadapan masalah yang sama walaupun pentadbiran kerajaan negeri bertukar ganti.
Anak jati Kampung Ladang Tumbuk, Noredah Endut, melahirkan kekecewaan kerana tidak ada tindakan yang efektif diambil mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah ini.
Katanya, masalah ini gagal diselesaikan kerana adanya unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Bila kita cakap, bertahun-tahun tak ada tindakan yang diambil seolah-olah ada yang menghalang. Bila tak ada bukti kita memang tak boleh tuduh, tapi cuba fikir, kalau tak ada yang memberi dan tidak ada menerima, sudah pasti masalah ini boleh selesai.
“Tapi bila ada yang memberi dan ada yang menerima memang tidak selesai masalah. Kenapa sungai-sungai lain boleh selesai masalah, sungai di Batu Untung ini tidak boleh selesai masalah bertahun-tahun.
“Kita bukan pendatang tahu di sini, kita penduduk asal. Mak saya sendiri dah berumur 90 tahun dah,” katanya.
Tambah Noredah, sungai di bahagian tepi rumahnya terjejas teruk dengan hakisan najis babi.
Keadaan tebing tanah yang sekian hari sekian menipis menjadikan pemilik tanah itu enggan berputus asa untuk memperjuangkan keselesaaan penduduk setempat.
Malah katanya, masalah ini amat mudah diselesaikan sekiranya pihak kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa melaksanakan tugas sewajarnya.
“Masalah ini memang dah berlarutan 30 ke 40 tahun, tetapi tidak ada inisiatif nak selesaikan masalah ini. Kita minta bersihkan sungai, kalau sungai itu bersih dan tak ada najis-najis melalui longkang-longkang di sekeliling rumah kita. Kita nak sungai itu dibersihkan, itu sahaja yang kita minta. Kalau kita tengok sekarang, kita buat ujikaji, dan Jabatan Kimia lihat itu sudah pasti reject, sebab apa kita tengok dengan mata kasar pun tahu air itu tidak menepati nilai PH yang sepatutunya
“Tak kan nak jadi macam Cameron Highland pula macam ada yang mati baru tindakan nak diambil. Sebab pada saya penyelesaian sangat mudah, semak nilai PH sungai, bersihkan sungai macam sungai-sungai lain-lain. Kita selesaikan ini dulu, soal pembiakan babi itu boleh kita fikirkan kemudiannya, yang penting ini selesaikan dulu. Ini tidak ada tindakan langsung,” katanya kecewa.
Menurutnya lagi, penternak babi di sekitar kawasan terbabit yang gagal mengikut prosedur perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Ini termasuk bagi mereka yang melakukan operasi penternakan secara haram perlu diambil tindakan dengan menyita perniagaan terbabit.
“Kita ada bercakap juga dengan penternak, masalah dia di sini, penternak berlesen buat buang najis itu ikut prosedur, yang tak ikut prosedur adalah mereka yang tidak berlesen.
“Buat la macam Cameron Highland, mana yang haram itu kita ambil tindakan. Penguatkuasa ambil tindakan, keluarkan yang tidak berlesen,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, bagi Abd Samad Ahmad, 61, beliau mengakui dirinya seakan-akan sudah lali dengan bau busuk najis haiwan tersebut.
Malah beliau seakan-akan mati akal untuk berusaha mengatasi masalah berkenaan memandangkan perniagaan ternakan babi itu dijalankan di tanah milik penternak-penternak terbabit.
“Apa yang saya boleh buat. Saya dah biasa dah dengan bau ini, tapi bila anak-anak balik memang kuat lah bau. Kalau angin bertiup bawa memang berbau. Saya memang dah lama dah hidu bau ni. Kalau aduan pula, tak ada juga tindakan yang diambil.
“Kita nak cakap lebih-lebih pun tak berani, sebab itu hak dia (penternak babi), mereka buat atas tanah mereka. Tak pernah selesai masalah ini, dari dulu, bukan tak bercakap,” ujarnya ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Ladang Tumbuk.
Bagi Morsazila Sahar, 32, yang sudah lebih 20 tahun menetap di situ, beliau juga mempunyai pendirian yang sama dengan Abd Samad.
Sekiranya bau najis babi menerpa ruang rongga pernafasan beliau sekeluarga, pendekatan yang diambil adalah hanya duduk di dalam rumah.
“Bau ini ikut angin, kalau angin lalu memang bau kuat. Lori babi lalu memang akan ada bau kuat. Mengganggu juga bau itu sebenarnya. Kalau dah mula berbau itu, saya dan anak-anak duduk sajalah di dalam rumah, tak keluar. Kalau hujan lagi la, kuat baunya.
“Nak selesai pun, saya tak rasa boleh selesai pun,” katanya.
Masalah bau najis babi di kawasan tersebut bukanlah satu masalah baru, malah telah mendapat liputan meluas oleh media arus perdana dan juga media elektronik.
Mohon pihak SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang jalankan risikan dan siasatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Muga2 penyakit JE berlaku di tempat itu.
ReplyDeleteMana pemuda2 melayu kawasan tu...bingai ke isap dadah...pakat ramai2 ..bakar ldg babi tu ..apa susah...kalau tmpt aku laaaa..haish
DeleteSiapa yang meluluskan dan beri lesen, mesti pejabat daerah/majlis tempatan. sila pantau dan minta penternak ikut peraturan. Kalau kawasan itu tidak dibenarkan sila musnahkan atas kuasa yang ada. kalau tak boleh semak siapa dibelakang kes ini, menteri besar atau RM RM RM yang menjadikan pihak yang betanggung jawab terhalang untuk jalankan kuasanya, fikir-fikirkanlah
ReplyDeleteCina dap lh punye babi tu, pkr nk tegah tergugat lk kedudukan politik ... hehehe
ReplyDeleteXyah nak slh kan org la...melayu kat situ dah layu sgt ke...pkt ramai2 kasi roboh itu tmpt najis la...
DeleteSabar tuan tuan/puan puan sekelian.Kita ada MB yang paling rajin dalam dunia.nanti MB kita Mohd Azmin Hj Ali abang kpd UmiHapidda Hj Ali dn Azwan Hj Ali akan bereskan masalah tuan/puan sekelian.Tuan/Puan jg diberi peluang bergambar dgn MB dan binatang yg ada dlm kandang itu.Sekian Terima Kasih.
ReplyDeleteHehehe kenapa Azmin tak terjah tempat tu to long bersihkan kandang tu sikit sikit ambik gambar...basuh kain korek longkang boleh .yg ni takkan tak boleh jgn lah pilih pilih kerja.hati DAP kena jaga juga.
ReplyDeleteCALL JE AZMIN, NANTI AZMIN CUCI TAIK BABI TU
ReplyDeleteSIAP BAWA CAMERAMAN LAGI
KAH KAH KAH
Selangor maju menatang apa denggi kuat nk mampus....
ReplyDeleteMasalah babi sentiasa ada selagi ada bang cha ya nun alif tu
ReplyDelete