Tuesday 27 January 2015

PEMAIN BOLA SEPAK GERMANY PELUK AGAMA ISLAM DAN KELIHATAN SOLAT DALAM MASJID DENGAN BERTATOO DI LENGAN MENJADI PERBUALAN DI ALAM MAYA.



Pemain Bolasepak Jerman Danny Blum menunaikan solat di masjid setelah memeluk Islam. Tatoo di lengannya menjadi tanda tanya sesetengah pihak. Baca untuk fahami hukumnya.       

Dalam soal tatu, Pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Khalid Abdul Samad berkata mualaf bertatu sebelum memeluk Islam bukan suatu kesalahan di sisi Islam dan tidak wajar dihukum kerana mereka belum Islam ketika melakukan ‘dosa’ itu.

“Contoh, Saidina Umar pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup sebelum pengIslamannya. Selepas memeluk Islam, kesalahan itu tidak dihukum. Sama seperti isu mualaf bertatu ini,” katanya.

Mengikut Khalid, orang Islam sekalipun bukan mualaf yang bertatu tetapi menyesal dan bertaubat dari perbuatan itu tetapi tidak berupaya menghilangkannya dengan cara selamat, tetap boleh melakukan ibadat.

Ternyata, Islam itu agama yang mudah. Tidak memberatkan umatnya bersesuaian dengan fitrah manusia baik dalam hal aqidah, syariat, ibadah, muamalah, kehidupan mahupun hukuman.

Dalam erti kata lain, Islam bukan agama yang menyulitkan umatnya sepertimana firman Allah SWT
  
“.. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..” (surah al-Baqarah ayat 185)

Ini kerana Allah mengampun segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebelum Islamnya, yang demikian dapat dilihat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

    ...Sesungguhnya Islam menghapuskan kesalahan dan dosa seseorang itu sebelum Islam….(riwayat Muslim, no:121, jld:1, hlm:112)

Hadis ini memberi petunjuk sesungguhnya kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu sebelum menerima hidayah adalah dihapuskan serta merta dengan terlafaznya syahadah (pengakuan masuk Islam).

Namun demikian pandangan peribadi saya eloklah dibuang tatu yang ada di lengan kaki bagi mengelak fitnah dan buruk sangka. Tidak semua mengetahui yang saudara itu baru masuk Islam.

Pada masa yang sama sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.

Sebab apa tatu haram? Apa kesan dalam ibadah?

Sebenarnya, bila kita buat tatu dan kita cucuk jarum pada kulit untuk masukkan pewarna, darah akan bertakung di permukaan kulit kesan cucuk tadi. Jadi bila darah bertakung, hukumnya najis jadi solat tidak sah sebab hukum tanggung najis. Wudhuk tak sah, solat pun tidak sah.

Habis tu macam mana pula dengan jenazah yang dah meninggal dunia? Wajib hilangkan?

kita haram untuk hilangkan tatu pada badan jenazah tersebut kerana perbuatan tersebut dapat menyeksa lagi si mayat.

Orang yang bertatu juga tidak layak menjadi saksi atas apa jua perkara. Kerana sya rat nak jadi saksi ini salah satunya tidak fasiq iaitu melakukan dosa besar atau dosa kecil yang berterusan. Orang ini juga tidak layak menjadi wali nikah untuk anak dia atau sesiapa sahaja kerana dia tergolong dalam orang yang fasiq.

Merujuk kepada tatu yang terdapat di lengan kaki lelaki tersebut perlu dilihat kepada bentuk ukirannya.

Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang. Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.

Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain. Di dalam kepesatan teknologi perubatan ada di sana pencapaian teknologi perubatan yang tidak perlu menggunakan asid. Malahan tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan sinar infra merah seperti yang dinyatakan melalui petikan berikut: “Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal…”.

Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut. Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.

Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga. Untuk membuang tatu mesti mendapatkan bantuan nasihat daripada doktor dan jangan bertindak menjadi doktor kerana dikhuatiri akan timbul masalah yang lain pada kulit, ini sebab tisu kulit sangat sensitif.

11 comments:

  1. Apa masalahnye ....dulu dua bukan iskam sekarang dah islam...orang malaysia ini pun nsk diviralkan....mjngkin dia mazhab lain buksn mahzab syafee....itu pun nak dicanang ke hulu hilir...banyak isu dan benda lain la weeiiii......siotttt jer...ini puak pas la yg siotttt nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia saudara baru Islam sepatutnya syukur kita kegembiraan kerana seruan Islam sampai kepadanya...bukan berbicara soal tatu...itu terjadi kerana jahiliahnya akan tetapi wahyu Allah telah sampai dan Allah memilih beliau ke jalan agamaNya. Ingat hidayah itu milik Allah jangan smpai kamu kufur kerana cuba mempermain mainkan soal ini.

      Wahai omakkau jangan ingat kamu tu sempurna sangat pasal Islam kamu...lain kali bawa tajuk yg boleh membawa kepada kecintaan kepada Islam bukan buka aib orang

      Delete
  2. Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

    Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

    Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

    Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

    Haa haaa Haaa

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

    Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gile ke aper ko nie...?!

      Delete
    2. Dah berapa kali buntut kau Anwar lanyak? Macam org x siuman jer......Org macam kau pon ade d dunia nie......Bertaubat lar.......

      Delete
    3. lama2 kena bala lgi teruk la kt msia ni...belaja tinggi2 tp bodoh lg..akhir zaman dh ni...

      Delete
  3. Membuka luas pintu neraka ALLAH

    ReplyDelete
  4. Islam itu mudah.

    Jika Islam dan melakukan tatoo kekal atau bertatoo memang haram. Sebalik nya jika sebelum nya bukan Islam, melakukan tatoo kekal, kemudian memeluk Islam dan cuba sedaya upaya membuang tatoo tersebut, maka itu lah paling baik ( rujuk lah penjeladan dan keterangan )

    Jika beliau tidak berupaya atau dalam istilah cara moden tidak juga boleh membuang tatoo tersebut malah memudaratkan, Allah itu Maha Mengetahui. Maka seketul daging(qalbi-hati) dalam tubuh kita yang di lihat Allah itu lah yang paling utama. Akidah, Keimanan dan Syariat Nya yang di wakilkan kepada Rasulullah SAW.

    Islam itu Indah. InsyaAllah. Innalillah wa innahila irojiuun.

    ReplyDelete
  5. Kisah umar menanam anak perempuan adalah dtg dr syiah. Kisah yg palsu.

    ReplyDelete
  6. GERAKAN_REFORMASI 201829 January 2015 at 09:49

    Tolong jgn sebarkan hadis sedemikian...
    RUJUK - https://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/07/12/saidina-umar-tidak-pernah-menanam-anak-anak-perempuannya/

    ReplyDelete
  7. Kalau perkara begini menjadi kehairanan sudah pasti yang hairan tu Islam atas nama sahaja. Tak gheti hukum tak mahu ngaji. Kalau dah bodoh tanya ulamak dan jangan buat kecoh. Bab hukum syariat tanya pada yang berilmu bukan main merapu. Bodoh tak tentu hala. Benda macam ni dah berlaku zaman berzaman. Orang-orang bukan Islam bertatu kemudian masuk Islam tanpa buang tatu dah banyak. Cuma katak dalam tempurong je yang tercengang-cengang. Duduk terpersuk kat kampung ke kat flet ke tak campur orang, bila tengok benda begini jadi hairan. Apalah punya ngok. Aku dah lama (40 tahun dulu) jumpa saudara kita dari kaum Iban yang bertatu dan bukan Islam kemudian masuk Islam. Takkan nak siat kulit bertatu tu. Kalau bodoh baik mengaji!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...