Friday, 23 January 2015
RAKAMAN DATA AUTOMATIK PENYIARAN-PEMANTAUAN BEBAS (ADS-B) MENUNJUKKAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501 BERPUTAR SEBELUM TERHEMPAS KE LAUT.
JAKARTA: Data Automatik Penyiaran-Pemantauan Bebas (ADS-B) yang dirakam dari pesawat Airbus A320-300 AirAsia Indonesia QZ8501 menunjukkan pesawat berputar sebelum ia terhempas ke laut.
Data pemantauan diperoleh dari pesawat itu menunjukkan pada jam 6.17 waktu Indonesia Barat (WIB), di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut sehingga 270 darjah.
Ketika itu, ketinggian yang dicatatkan oleh pesawat QZ8501 adalah 37,600 kaki dan kemudian pesawat sekali lagi membelok ke kiri.
Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara.
Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per/minit.
Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia akan menentukan sama ada usaha pencarian mangsa nahas QZ8501 wajar diteruskan atau dihentikan, Selasa depan.
Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi berkata, ia akan ditentukan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung esok dan dijangka dihadiri anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
"Kita perlu bermesyuarat untuk berbincang sama ada SAR perlu diteruskan atau tidak selepas 27 Januari ini," katanya. - Kompastekno/Detik.news
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Semua ini kerja Yahudi Laknatullah
ReplyDelete