Friday, 23 January 2015
ISU HANTAR SURAT KEPADA FBI ... KINI GILIRAN SYED HAMID ALBAR KANTOIKAN ZAHID HAMIDI.
Sebelum ini Dato' Seri Hishamuddin Hussein membuat pengakuan yang memberi malu kepada Zahid Hamidi betapa beliau tidak pernah mengutus surat kepada FBI dalam apa jua keadaan dan alasan .. kini peranan mengantoikan Zahid Hamidi diambil alih oleh seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar.
Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika beliau mengetuai kementerian berkenaan.
Syed Hamid bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun beliau tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.
"Surat kepada kerajaan asing itu perkara biasa, tetapi menulis surat kepada agensi saya tidak pernah buat, saya pembuat dasar.
"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," katanya, ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, beliau juga tidak mengingati sekiranya pernah melakukan tindakan sedemikian.
"Biasa kami tulis surat kepada kerajaan luar. Itu hak beliau sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya lagi, merujuk kepada isu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menulis surat kepada FBI berhubung status raja judi Paul Phua Wei Seng baru-baru ini.
Zahid pada minggu lalu berkata beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI dan ia pernah dilakukan menteri dalam negeri sebelum ini.
Bagaimanapun seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan minggu ini tidak pernah menulis surat kepada FBI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
TULIS SURAT KPD FBI ADALAH HAK ASASI & KEBEBASAN MANUSIA
ReplyDeleteANWAR PUN TULIS SURAT NAK COVER SKANDAL PAUL WOLFOWITZ & SHAH REZA
-SUARAM
hal anwar kenapa nak kait dengan hal zahid hamidi?
DeleteDh tulis tu dh lh, tp jgn lh libat kn org lain buat bende yg sama ... nape menteri2 ni susah sngat nk ngaku dn mohon maaf ... bila mcm tu rakyat nampak dh kuasa menteri ni mengatasi segala galanye ... lupa ke undi rakyat yg buat ko duduk kt kerusi tu ... or else u are nobody zahid, understand that ...hehehe
ReplyDeleteok dah 2 orang dah nafi tu, tapi ada ramai lagi bekas menteri tu,kita tunggu penafian mereka, yg tak nafi tu, itu lah hak zaid maksudkan.....
ReplyDeleteMantan2 menteri KDN cukuplah tu, Zahid dah tak larat terima malu. Kesianlah kat dia.
DeleteMenteri cap ayam siam....
ReplyDeleteMana pula cap ayam.siap. Zahid ini cap ayam.Indon. Dulu buat wawancara dgn TV Indon.siap cakap jawa dan loghat Indon lagi. Najib juga org Indon keturunan Bugis. Isteri dia orang Minagkabau juga Indon. Hishamuddin darah Turki. Shafei Afdal Sulu. Zahid Jawa juga Indon. Pak Mahyuddin Yassin je lah orang Melayu. Mahather mamak. Pak Lah Cina Kuantong. Tunku Deraman Siam. Tun Razak Bugis. Hussein Onn Turki. Mana dia menteri Melayu nya di Malaysia ini. Itu pun geng UMNO melolong ke hulu ke hilir jerik pekek HIDUP MELAYU. Melayu mana weh. Tak sedor sungguh lah Melayu UMNO ini.
ReplyDeleteIndonesia..wujud thn berapa?...sulu juga adalah satu dari kepulauan melayu...kenapa nak sempitkan fikiran anda dgn membeza2kan wilayah yg ditetapkan oleh bekas penjajah...indon ..ke ..sulu ke...diorang paham bahasa melayu...diorg rumpun melayu bangsa nusantara yanh luas. .kepala anda tgh senak dgn tomahan DAP dan kebanyakan org cina..bahawa melayu berasal dari indon yg hanya wujud pada thn 1945-1946..
DeleteBetullah apa yg dia cakap..kalau ko kata sulu tu melayu nusantara kenapa kita marah bila sulu mau ambik sabah..dulu bila indonesia nak wujudkan MAPHILINDO(gabungan Phlipine, Indonesia Dan Malaysia) pun melayu Malaysia tak nak masa tu..sedangkan itu nusantara melayu juga..mcm mamak asal india dan turki..apa yg melayunya kat situ..
DeleteBagus ejen DAP...pecah belahkan bangsa2 nusantara biar gaduh2..indon dgn indon nya..sulu dgn sulu nya..tak bersatu mcm bangsa cina dalam nya ada kaum wei, han dan belas2 lagi .kaum dgn berbeza2 bahasa...kepala senak agen cina DAP...yg untungnya bangsa pendatang...yg menyamakan kita rumpun melayu dgn diorg..senanglah nak hapus kan keistimewaan bangsa melayu islam ni..
DeleteMaphilindo tu sebuah pertubuhan..mcm ASEAN ...bukan nya nak gabung 3 negara...budussss
DeleteAnon 22:05..
ReplyDeleteKau baca sejarah versi utusan ka apa?
Melayu ini sampai ke Madagascar dan Hawaii. Orang Madagascar adalah kaum Dayak dari Kalimantan. Orang Champa tiada kena mengena dengan Melayu. Orang Batak dipercayai datang dari Burma, bahasa dia orang sama dengan Puak Shan di Burma.
Cuba kau pergi Indonesia.... Java, Kalimantan, Acheh, Padang, Sulawesi..Palembang, kau bilang sama dia orang yang mereka bangsa Melayu...mesti kau kena panggil bodoh
Orang Jawa bilang Melayu yang ada Sumatera dan Kalimantan adalah orang pelarian dari Melaka..bila Melaka kalah dengan Portugis, ramai yang lari ke Kalimantan dan Sumatera.. Dia anggap saki baki Melayu di Indonesia adalah pendatang haram...macam seperti orang Rohingya di Malaysia sekarang
Jawa adalah Majapahit...Jawa. Bahasa, adat dan tulisan Jawa langsung tak sama dengan Melayu. Majapahit dan Melaka bukan ngam...asyik nak berperang aja.
Bugis adalah bangsa Austronesia..bahasa, adat dan tulisan dia tak sama dengan Melayu...Dia percaya yang kononya dia datang dari langit...keturunan UFO bukan kayangan.
Kalimantan adalah bangsa Dayak..adat dan bahasa mereka tak sama dengan Melayu.Sama juga dengan Sulu...pernah tak kau dengar orang Sulu cakap Tausug atau Meranau..Langung tak ada bunyi Melayu...Bahasa dia ada unsur2 Melayu sebab dia masuk Islam. Yang kembangkan Islam adalah mubaligh dari Melaka.
Nusantara adalah idea Suharto dan Jose Rizal yang mahu berkabung sebagai satu Negara...bukan sebagai satu bangsa.
Bahasa Melayu ada unsur2 Sankrit dan Tamil...jadi bolehkah orang Tamil anggap kita sebagai Bangsa Tamil juga??? Cari jawapan
Pernah dengar malay archipelago tak? ...org melayu jawa..sulu apa2 pun bangsa nusantara ni...bahasa nya tak sama...dgn dialek masing2 ...mcm bangsa cina ...ko ingat org cakap kantonis boleh paham cakap org hokkien ke?...kenapa diorg semua mengaku bangsa cina...bahasa sankrit...tu..bahasa india atas...org tamil langsung tak di benar kan sebut pun perkataan sankrit tu...ko ni agen DAP mangkuk hayun ke...nak pecah2 kan bangsa melayu mcm org inggeris buat dulu...kedahan,kelantanese...dulu....
DeleteISU SURAT FBI, MALAYSIAKINI GUNAKAN "LEADING QUESTION" !
ReplyDelete1. Saya masih ingat ayat Zahid Hamidi "amalan mengeluarkan surat tapisan keselamatan adalah amalan biasa sebagai Menteri Dalam Negeri. Ia turut dikeluarkan oleh Menteri-Menteri Dalam negeri sebelum ini".
2. Tapi yang pelik Malaysiakini terjah Menteri lain seperti Hishamuddin dan Syed Hamid Albar dengan bertanya soalan "adakah Datuk Seri pernah menghantar surat kepada FBI?". Pastilah jawapannya TIDAK !
3. Sebab sewaktu Hishamuddin dan Syed Hamid Albar menjadi MDN, memang tidak ada kes Paul Phua yang melibatkan FBI malah tidak ada kes rakyat Malaysia yang terlibat dengan jenayah di US. Apakah tuntutan kepada menteri tersebut untuk mengutus surat kepada FBI ?
4. Soalan wartawan Malaysiakini sengaja memberi "leading question" supaya Hishamuddin dan Syed Hamid jawab TIDAK bagi menggambarkan Zahid bersalah. Tidak semestinya jawab TIDAK tersebut menandakan mereka tidak mengeluarkan surat vetting selama menjadi MDN. Itu memang tugas MDN.
5. Soalan yang sepatutnya jika Malaysiakini adalah saluran media yang berintegriti ialah "Pernahkah Datuk Seri mengeluarkan sebarang surat vetting (tapisan keselamatan) sebelum ini ?". Tapi Malaysiakini adalah portal yang berniat jahat. Walaupun Malaysiakini berusaha untuk menjatuhkan imej Zahid kononnya menyalahgunakan kuasa tetapi senario antarabangsa membantu Zahid Hamidi.
6. Kita lihat saja bagaimana Belanda dan Brazil membantah Indonesia yang menjatuhkan hukuman mati ke atas rakyatnya yang ditangkap mengedar dadah. Adakah pemimpin Belanda dan Brazil hidup atas duit dadah ??? Begitu juga Australia yang melakukan 50 kali rayuan terhadap Indonesia bagi melepaskan rakyatnya dari kes judi dan dadah. Mengapa rakyat di Belanda, Brazil dan Australia tidak mengkritik dan menfitnah pemimpin mereka mengikut nafsu persepsi ?
7. Bukti tindakan pemimpin-pemimpin antarabangsa ini menggambarkan tindakan Zahid adalah normal praktis yang tidak perlu dipertikaikan. Malah Zahid Hamidi bukan membela hanya mengeluarkan surat penjelasan status.
8. Akhir sekali semakin hari tembelang Malaysiakini semakin tampak jelas. Semakin mereka rosakkan imej Zahid semakin orang Melayu sedar bahawa pemimpin yang boleh menyebabkan Cina tunduk adalah Zahid Hamidi.