Saturday, 24 January 2015
VIDEO KLIP ZAMANI .. PENGARAH JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS) KATA DUA ANGGOTA POLIS DI GANTUNG TUGAS SEDANGKAN KETUA POLIS SELANGOR BERITAHU EMPAT ANGGOTA POLIS YANG DIKAITKAN TUKAR TUGAS BUAT KERJA PEJABAT.... YANG MANA SATU BETUL NI???????
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman beri kenyataan media bahawa dua anggota polis yang paksa Zamani Slam menyanyi gerimis mengundang dengan tangan bergari di gantung tugas sedangkan Ketua Polis Selangor pula cakap empat anggota polis yang dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran video klip itu di tukar tugas bahagian pejabat.
Yang mana satu betul dan tepat lagi sahih ni????????
Perkara semudah ini pun boleh memberikan dua kenyataan yang berbeza dan bercanggah.
Rakyat perlu tahu kebenaran.
SHAH ALAM - Empat anggota polis dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran klip video penyanyi terkenal, Zamani yang ditahan beberapa hari lalu berhubung kes dadah, telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kesemua mereka masih bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik tetapi tidak lagi terlibat dengan kerja berkaitan penyiasatan dan operasi.
"Mereka ditugaskan untuk kerja pejabat atau non-active task. Keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka hanya akan dibuat selepas selesai siasatan," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Abdul Samah berkata pihaknya masih menyiasat sekiranya ada lagi anggota yang terlibat dalam insiden yang mencuri perhatian ramai itu kerana klip video yang tersebar di laman sosial itu memaparkan penyanyi berkenaan disuruh menyanyi dengan tangannya bergari ketika dalam tahanan.
Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.
Abdul Samah berkata siasatan mengenai insiden itu tetap dijalankan walaupun Zamani dilapor telah mengeluarkan kenyataan memaafkan anggota yang melakukan kesalahan itu.
"Kita tidak akan melindungi mana-mana anggota kerana ini kesalahan serius yang bukan hanya memalukan individu berkenaan malah ia turut mencemarkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia," tegasnya.
Zamani dan seorang wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat pada Rabu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan tempoh reman empat hari terhadap mereka tidak disambung. - Bernama
PETALING JAYA: Dua anggota polis yang memaksa penyanyi kumpulan popular 90-an menyanyi ketika di lokap dan tangannya digari telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
"Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada jabatan untuk memindahkan anggota terbabit daripada tugas sehingga siasatan selesai.
"Kami bukan sahaja menyoal siasat mereka, tetapi juga penyelia mereka untuk mengetahui bagaimana kesilapan seumpama itu boleh berlaku dalam prosedur tugas polis.
"Kami menyiasat dari semua sudut," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Senior Deputi Komisioner Zubaidah menambah, pasukan itu tidak akan bertolak ansur terhadap perlakuan buruk itu termasuk menganiaya tahanan.
Malahan, katanya, tindakan yang dilakukan kedua-dua pegawai polis itu adalah sesuatu yang memalukan.Zamani, 43 ditahan pada Rabu kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di kediamannya di Taman Keramat, Ampang.
Penyanyi kumpulan Slam itu ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 32 tahun disyaki memiliki bungkusan mengandungi 1.2 gram heroin.
Menerusi video yang dipercayai dirakam sebaik Zamani ditahan itu menunjukkan dia menyanyikan lagu Gerimis Mengundang, salah satu lagu popular kumpulannya, sambil tangannya digari.
Rakaman video itu menjadi viral di media sosial dan mendorong pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
RAKYAT BERHAK MENDAPATKAN PENCERAHAN DAN KEBENARAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Mana2 pun xbetul.. Same je ngan umno dua2 taik hanjing.
ReplyDeletePolis pun dh pening lalat ... terlalu banyak kes dlm msia yg didakwa aman sentosa ..indah kabo dr rope kate org perok ... hehehe
ReplyDeletePolis banyok bebeno keroje nye...letih jaga puok Ungke Memerang National Organisation
ReplyDeletedua2 betol...! kalau bahlol sangat,ni aku nak jelaskan. yang kata dua orang kena gantung tugas tu betul,sebab dia tak kabor yg dua orang lagi , yg kena tukar tugas tu.dia hanya kabor yg dua orang ni je, yg dua orang lagi dia tak kabor..sebab dia tak ingat aka lupa maa...
ReplyDeleteyg kata 4 orang kena tukar tugas tu,gini lak citer nye. 2 orang ditukar tugas pi kepejabat dan 2 orang lak ditukar pi dok saja....( dok saja tu sama la ngan di gantung tugas) ahaa, sikarang ada faham...??? manyak sinang maa...
Kerana dua tiga org kepala biol, semua pegawai & anggota PDRM yg lain dapat tempias. Kesian kpd yg benar2 berkhidmat kerana Allah.
ReplyDeleteTak perlu war war kan pasal mamat ni kena nyanyi bergari dalam lokap polis kerana isu tersebut tiada membawa sebarang faedah pada politik,ekonomi dan rakyat msia... DSAI kena tumbuk,telanjang dan 1001 fitnah keaiban di hebah seantero dunia...setakat nyanyi tangan bergari apalah sangat keh keh keh
ReplyDeleteItu baru sebesar zarah..buli. Yg hari2 bulanan..jabatan lain punya kerja pun kata dia punya kerja, tanngung jawab sendiri di abaikan kerana dunia apa ke halnya. Mata liar cariPATI...untung dapat jackport....
ReplyDelete