Tuesday, 12 January 2016

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR MEMBUKTIKAN BETAPA PAS KOTA RAJA MEMANG SAH SUDAH LUMPUH GARA-GARA AHLI PARLIMENNYA SUDAH MELOMPAT MASUK PAN ... MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOTA RAJA TIDAK CUKUP KORUM, LENGANG, SUNYI, HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DAN KENA BOIKOT?????


Semalam 11hb Januari 2016 di perkarangan Markaz PAS Bukit Naga berlangsung Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan PAS Kawasan Kota Raja yang disempurnakan oleh YB. Dato' Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebanyak 32 cawangan menghantar wakil ke majlis ini.

Ingatkan benar sungguh apabila semasa pengumuman dibuat Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti mariah Mahmud dan beberapa pemimpin PAS Kota Raja membuat keputusan untuk meninggalkan PAS melompat masuk PAN maka PAS Kawasan Kota Raja sudah lumpuh terus.

Rupa-rupanya menjadi sebaliknya pula ... Bukan nya lumpuh tetapi semakin subur, mekar segar bugar dan bertambah kuat sokongan dan semangat para ahli dan pendokong PAS kawasan Kota Raja.

Pemimpin boleh datang dan pergi ... boleh setia kekal dan melompat ... yang pasti ialah PAS tetap kekal kukuh berdiri dan semakin kuat dan hebat dari hari ke hari. Itu pasti.

Beristiqamah sehingga kemenangan

Monday, 11 January 2016

KENA TEMBAK DENGAN PENGAWAL PERIBADI SEORANG DATUK KERANA MENYERANG DENGAN PARANG.



Seorang lelaki cedera setelah ditembak pengawal peribadi seorang Datuk di Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin, dekat sini dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi hari ini.

Utusan Online melaporkan penjenayah tersebut bersama seorang lagi rakannya difahamkan telah menyerang Datuk tersebut menggunakan parang.

Datuk tersebut dikatakan sedang menikmati bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan terbabit.

Menurut saksi kejadian, rakan kepada Datuk terbabit telah ditetak di bahagian bahu manakala seorang pekerja di gerai berkenaan yang berusia 17 tahun dipercayai terkena serpihan peluru.


“Dua penjenayah yang menaiki motosikal tiba-tiba menyerang dua individu yang sedang makan di gerai terbabit namun pegawai peribadi mangsa itu bertindak menembak penjenayah berkenaan.



“Salah seorang penjenayah itu terkena tembakan dan seorang lagi berjaya melarikan diri,” jelasnya.

Memetik laporan NST pula, pemilik warung tersebut, Wong Chun Hui, 50, turut berada di tempat kejadian ketika insiden berlaku.

"Lelaki itu cuba menetak Datuk terbabit tapi terkena rakan Datuk tersebut".

"Sebanyak tujuh ke lapan das tembakan dilepaskan".

KENYATAAN SUSULAN ISU AMK BERLUCAH BULI ANGGOTA AMK PUSAT WANITA DALAM GRUP WHATSAPP.



Kenyataan Media
11 Januari 2016

1. Merujuk kenyataan media saya pada 7 Januari 2016 yang menggesa parti termasuk presiden untuk campur tangan dalam pertembungan Chegubard – Azmin yang dilihat mampu memberi kesan pada tapak sokongan parti. Azmin dituduh chegubard menipu di media . Menipu di media bukan kes SPRM, maka dalam kenyataan media yang sama juga saya mencabar Azmin membersihkan nama dengan menyeret Chegubard ke mahkamah.

2. Namun kenyataan saya telah menyebabkan ramai kurang senang, mereka mengalihkan isu kepada rekod kehadiran saya. Tiba – tiba saya dipecat melalui kenyataan media, status fb dan twetter oleh Afif, Timbalan Ketua AMK. Alasannya kerana dia mengatakan saya dipecat kerana tiga kali tidak hadir mesyuarat sedangkan menurut undang – undang boleh dikenakan tindakan disiplin selepas 6 kali tidak datang mesyuarat.

3. Pemecatan saya dibuat tergesa gesa hanya kerana kenyataan saya. Itu saya amat yakin. Pemecatan saya selaku EXCO kalaupun kerana rekod kehadiran ia harus melalui proses yang betul bukan melalui sidang media oleh Timbalan. Persoalanya, di mana Ketua AMK ?

4. Umum mungkin terkejut dengan penyebaran print screen perbualan dari aplikasi whats app kumpulan AMK mengenai saya, tetapi saya tidak. Kerana inilah bentuk pemikiran mereka yang saya kenali menyebabkan saya menjarakkan diri. Yang didedahkan di media Cuma sedikit ada ada yang tidak terdedah lagi sebenarnya. Perkara ini sangat memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita. Adakah ini pemimpin muda parti progresif ? Perangai mereka lebih biadap dan jijik dari pemuda Umno.

5. Dalam kenyataan kepada media saya sangat lucu apabila mereka memusing fakta kononya nasihat berdasarkan agama. Jelas apabila sudah tersepit, alasan agama diperdagangkan. Malah tanpa berselindung timbalan Ketua AMK selangor di media menyatakan dia tak tahu siapa yang dedah print screen itu kerana banyak “kem” dalam AMK. Dengan kenyataan tersebut, dia sendiri telah mengesahkan bahawa AMK berpecah dan bergaduh sama sendiri. Lihat sahaja situasi sekarang. Di mana Ketua AMK? kenapa kenyataan dan keputusan semuanya dibuat Timbalan AMK pusat? Malah di negeri negeri termasuk Selangor, dimana pergi Ketua AMK Selangor? Kenapa keputusan dan kenyataan semua dilihat dibuat oleh para timbalan ? Adakah dalam parti ini, para Timbalan yang menguasai ?

6. Untuk pengetahuan umum, itulah antara sebab mengapa saya menjarakkan diri dari amk pusat kerana sikap bergaduh sesama sendiri dan mengampu yang sangat menebal. Saya tidak perlu komen banyak tetapi ia hakikat yang sudah pun menjadi rahsia terbuka dalam parti.

7. Kemudian, kononya ada amk yang menulis permohonan maaf dalam laman sosialnya. Soal saya, kamu malukan dan hina Halimah Nasoha, maka kamu wajib meminta maaf dengan Halimah Nasoha. Dan jika diteliti, dari print screen itu lebih teruk lagi salah seorang pimpinan amk menfitnah saya dengan menyatakan pendirian itu bukan pendirian rasmi amk tp hanya pendirian seorang kekasih gelap yang pertahankan kekasihnya dan tuduhan ini dibaca oleh ramai orang. Kamu parti yang melawan fitnah dan seumpamanya tetapi apabila gagal menjawab tuduhan, demi mengampu dan menjilat kamu sanggup hambur fitnah.

8. Perkembangan memalukan ini jelas menjejaskan imej parti. Berlaku biadap dan seksis, menyebut perkataan lucah, melakukan penghinaan terhadap wanita dan memfitnah menjadi mainan pimpinan AMK pusat ini harus diambil tindakan oleh parti. Presiden harus menyatakan sikap.

9. Atas semua perkara ini saya mengulang penegasan kenyataan saya 7 januari lepas di mana pendedahan chegubard dan pertembungan dia dan azmin perlu dihentikan dengan campur tangan serius pimpinan utama parti atau jika Azmin berani dan benar sila seret chegubard ke mahkamah.

Halimah Nasoha
Bekas EXCO Angkatan Muda KeAdilan yang di pecat melalui kenyataan Media.

ASALKAN BUKAN CALON DAP (ABCD) SUDAH MULA BERTAPAK KUAT DIMINDA DAN JIWA MASYARAKAT MELAYU/ISLAM KINI.



Institut Darul Ehsan (IDE) menyatakan kemarahan orang Melayu terhadap DAP berlipat kali ganda selepas perpecahan Pakatan Rakyat berdasarkan kajian yang dijalankan pada 13 hingga 15 November tahun lalu.

Majoriti masyarakat Melayu/Islam yang ditinjau bersetuju terhadap 3 perkara mengenai DAP iaitu parti ini hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina, anti Melayu dan anti Islam. Ini bukti mereka tidak menyalahkan DAP atas keadaan semasa dan ekonomi negara.

Satu-satu persepsi boleh dicipta melalui serangan musuh dan serangan terhadap musuh. Ada sebahagian persepsi terbina melalui tindakan sendiri.

Sebagaimana DAP menjauhkan rakyat bukan Islam daripada PAS melalui serangannya, musuh DAP turut melakukan perkara yang sama terhadap DAP.

Memang mudah untuk DAP untuk menyalahkan UMNO dan PAS atas kelahiran angin “asalkan bukan calon DAP” (ABCD).

Hakikatnya, ABCD ialah hasil daripada pendekatan politik DAP untuk bermusuh dengan PAS dan UMNO.

Cuma DAP tidak tersangka kempen bertubi-tubi mereka memburukkan PAS dan membantah perlaksanaan hukum jenayah syariah di 2015 meninggalkan kesan sampingan yang sebegitu mendalam dalam menyemai status DAP sebagai parti anti Islam.

Strategi politik mereka ini pada 2015 menjauhkan mereka daripada undi orang Melayu yang dikejar mereka selama ini.

Malah, usaha DAP untuk mengubah persepsi yang ia bukan sebuah parti Cina mahupun perkauman kini bukan sahaja terbantut bahkan sudah undur beberapa langkah ke belakang dengan suburnya persepsi di kalangan pengundi Melayu yang DAP hanya menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Persepsi ini dipercayai adalah dorongan di sebalik saranan terbuka seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) Johor agar DAP tidak meletakkan calon Melayu di Johor.

Cadangan tersebut juga memperlihatkan kegelisahaN dan kerisaun amat PAN. Sekiranya orang Melayu berpandangan begitu terhadap DAP, apa pula pandangan mereka terhadap PAN, yang masih sedang bergelut persepsi umum yang mereka adalah proksi dan kaldai tunggangan DAP?

Apapun, saranan pemimpin PAN Johor ini adalah bukti terbaik yang persepsi DAP tidak disukai di kalangan orang Melayu juga subur di kalangan Pakatan Harapan.

Bagaimana pula dengan PKR? Sudah tentu parti ini tidak mahu terpalit dengan persepsi orang Melayu terhadap DAP, tatkala sebahagian besar kerusi yang ditandingi mereka adalah di kerusi majoriti Melayu.

Akan tetapi, pada masa yang sama, parti ini juga tidak mahu orang bukan Melayu menjauhkan diri daripadanya kerana mereka mahu bersama PAS.

Dengan perjanjian Pakatan Harapan yang tidak lagi mengambil sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, semua sedar gabungan pembangkang ini akan diuji dengan kelantangan DAP memperjuangkan kes isu sensitif seperti perebutan hak penjagaan anak antara mualaf, kebebasan beragama dan juga pengumuman bersifat populis. Membantah membawa pertikaian terbuka, menerima pula terkena tempias angin ABCD.

Oleh itu, yang nyata, pada akhirnya, PKR dijangka hanya akan berusaha untuk memastikan tiada bertembungan 3 penjuru di mana-mana kerusinya sahaja. Parti rakan lain boleh bertempur semasa sendiri asalkan kerusi PKR dipertahankan untuk bertemu BN satu lawan satu.

Dengan maraknya angin ABCD di kalangan Melayu sementara Asal Bukan Umno (ABU) dan PAS pula ditiup di kalangan orang bukan Melayu, dijangka Pilihan Raya Umum ke-14 akan menyaksikan pertempuran politik terburuk berlaku di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

Bagi mereka yang beriman kepada persepsi dan sering menggunakannya sebagai hujah dan dalil dalam menuduh PAS ingin bersama UMNO, janganlah pula cepat mengata orang Melayu yang berpendapat sedemikian terhadap DAP adalah terdiri daripada golongan yang tidak bijak atau tidak cukup maklumat; sementara mulut mereka terus memuji-muji orang bukan Melayu bijak dan mendapat maklumat yang cukup ketika berpersepsi buruk terhadap PAS.

Bukankah politik itu persepsi? Atau kalian kini bersetuju ada keperluan untuk melanggar persepsi sangkaan mental?

JAMUAN PUNGUT DANA BERSAMA-SAMA DENGAN PRESIDEN PAN ANJURAN DAP PAYA JARAS MALAM TADI BUKTI KUKUH PADU LAGI SAHIH MASYARAKAT MELAYU MENYOKONG KUAT PAKATAN HARAPAN.



Sebelum ini Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu ada beritahu satu dunia bahawa PAN bahawa para ahli, penyokong dan pendokong UMNO dan PAS bakal beralih menyokong dan mendokong PAN.

Ternyata amat akan ramalannya itu tepat sungguh ... buktinya Majlis jamuan bersama-sama dengan Presiden PAN untuk  kutip dana anjuran DAP Paya Jaras di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor malam tadi 10hb Januari 2016 berjaya menghimpunkan masyarakat Melayu/Islam hadir sehingga tidak cukup kerusi dan meja.

Sambutan dan sokongan diberikan oleh masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan melalui PAN amat diluar jangkaan sama sekali.

Ingatkan masyarakat Melayu diluar bandar, kampong-kampong tradisi, rancang-rancangan Felda dan di desa-desa sahaja yang menyokong padu ketat PAN rupa-rupanya masyarakat Melayu warga bandar pun menyokong PAN jua.

Nampaknya tanggung jawab dan peranan yang diserahkan kepada PAN oleh Pakatan Harapan untuk meraih dan mendapatkan sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Harapan telah mencapai matlamat dan sasaran jauh lebih awal.

Tahniah PAN atas kejayaan luar biasa ini .. Tidak salah kata-kata Pengerusi PAN Kelantan dulu apabila wujud parti serpihan dari PAS maka parti induknya akan berkubur.

Tidak sia-sia dan membuang masa DAP memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada PAN untuk meraih sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan.

Harapan Pakatan Harapan untuk tawan Putarajaya sudah semakin cerah dan tinggi.

Kini patutlah sudah ada suara-suara menyindir kepada PAS oleh Majlis  Setiausaha Pakatan Harapan betapa Pakatan Harapan sudah tidak memerlukan lagi kerjasama dengan PAS untuk tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.  Kemampuan PAN sudah lebih dari mencukupi.

PUTRAJAYA MILIK PAKATAN HARAPAN TANPA PAS PADA PRU KE-14 NANTI!!!!!!

Sunday, 10 January 2016

PAS SELANGOR SAH SUDAH LUMPUH SEPERTI DIWAR-WARKAN OLEH PAN BARU-BARU INI ..... IJTIMA' PILIHANRAYA PAS NEGERI SELANGOR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG ... KENA BOIKOT DENGAN AHLI-AHLI PAS SELANGOR??????


Hari ini 10hb Januari 2016 di Stadium Tertutup MDKS Kuala Selangor, Selangor berlangsung acara Ijtima' Pilihanraya PAS Negeri Selangor.

Sebelum ini beberapa pemimpin PAN membuat kenyataan yang PAS Selangor kini sudah lumpuh apabila secara beramai-ramai pemimpin PAS diperingkat kawasan termasuk pemuda dan wanita meninggalkan PAS dan masuk PAN.

PAS sudah tidak relevan kata Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu ... PAS sudah ditolak rakyat sebab berfikiran sempit dan kebelakang.

Pergh!!! ... Ingatkan betul sungguh PAS sudah tidak relevan dan dah lumpuh.

Ini baru program peringkat negeri jer bukan pun nasional .. kalau peringkat nasional sendiri boleh bayangkan akan sambutan diberikan.

Saturday, 9 January 2016

EDISI BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA .... SAMBUTAN HI-TEA BERSAMA PRESIDEN PAN SEBAIK SAHAJA KEMBALI DARI MENGERJAKAN UMRAH.

Inilah khabarnya program bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Omak tidak kuasa nak kupas dan ulas dengan panjang lebar sekadar menjemput para penjenguk blog Omak Kau melihat dengan mata kepala sendiri akan sambutan diberikan oleh rakyat program Hi Tea bersama Mat Sabu.

Apakah PAN sudah bersedia dan dianggap sebagai pengganti PAS dalam gagasan pembangkang yang baharu?????

PARTI AMANAH NEGARA (PAN) BAKAL MENJADI PELAPIK KAKI UNTUK PAKATAN HARAPAN??????


Baru-baru ini "Mursyidul Am" DAP Lim Kit Siang demi mau memikat dan mententeramkan perasaan dan penerimaan masyarakat Melayu kepada DAP telah memberi jaminan Melayu tidak perlu takut jika Pakatan Harapan memenangi pilihanraya yang akan datang.

Pakatan Harapan akan mentadbir negara mengikut apa yang dipandukan oleh Perlembagaan Negara dan menjaga setiap kepentingan agama dan bangsa di negara ini.

Dalam pilihanraya ke-13 yang lalu Pakatan Rakyat menjanjikan janji-janji yang sama tetapi akhirnya Pakatan Rakyat itu sendiri terkubur, jauh sekali untuk melaksanakan janji-janji itu.

Hujah dan pandangan logik cukup mudah bahawa selagi Pakatan Harapan tidak mempunyai satu parti yang mampu mengetuai, mengemudi dan memandu Pakatan, maka apa jua janji-janji itu elok kita akui ia merupakan mimpi di siang hari semata-mata. Kita tidak tahu siapa yang memimpin Pakatan Harapan ini. Adakah PKR? Atau DAP atau parti serpihan PAS Parti Amanah Negara (PAN)?

Sebusuk-busuk BN ianya amat jelas UMNO menjadi ketuanya, tetapi dalam Pakatan Harapan tidak ada satu parti pun yang boleh mengetuainya, setakat DAP membuat bising di Selangor untuk membuat tekanan dan pengaruhnya dan tidak pula membenarkan parti-parti lain untuk bersuara di Pulau Pinang.

Setakat ini Pakatan Harapan belum memerintah kerajaan Persekutuan lagi pun sudah nampak kekecohan, kelam kabut dan keadaan tidak sehaluan di antara satu parti dengan parti yang lain.

Bukannya rakyat tidak mahu memberi peluang kepada Pakatan Harapan memenangi pilihanraya kali ini tetapi hakikatnya kerajaan Pakatan Harapan akan tersungkur dan terkubur dengan cepat jika mereka mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.

Sesungguhnya inilah dilemma yang jelas di kalangan rakyat sekarang.

DAP tidak akan mampu meyakinkan rakyat yang parti itu tidak akan berbuat bising dan menjadi buas jika ada kuasa selepas pilihanraya nanti.

Begitu baik PAS melayan kerenah dan kemahuan nafsu serakah politiknya , akhirnya PAS dianggap sebagai parti musuhnya semata-mata kerana mahukan gulungan yang kalah teruk dalam pemilihan parti PAS Muktamar ke-61 lalu untuk menjadi rakannya.

Tidak ada salahnya kumpulan ini menubuhkan apa-apa parti pun tetapi ia ditubuhkan selepas penajanya adalah dikalangan mereka yang tewas teruk dalam pemilihan parti PAS dan ditambah pula semasa DAP sedang menghimpit PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Asas waktu penubuhan parti ini tidak dapat memberikan nilai tambah kepada kewujudannya dan sebab kenapa parti itu wujud.

Harapan Lim Kit Siang itu rakyat anggapkan sebagai pungguk rindukan bulan sahaja atau bermimpi di siang hari. Walaupun DAP segar dan kuat mendaftarkan pengundi-pengundi di kawasan Shah Alam misalnya tetapi itu merupakan kawasan yang dipegang oleh rakan kongsinya Khalid Samad. Itu juga sudah menjadi persoalan oleh banyak pihak. Mengapa perlu menunjukkan kehadiran dikawasan yang kini diwakili rakan karib dalam Pakatan Harapan????

Bagi sesiapa yang mempunyai stamina, tenaga dan dana untuk dibazirkan sememangnya bolehlah meneruskan membina PAN ini .... tetapi bagi mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tenaga lagi dan dana pun tidak seberapa sangat maka elok fikirkan kembali niat untuk membina parti itu yang majoriti besar rakyat anggap sebagai tindakan yang membuang waktu, tenaga, stamina, dana dan masa kehidupan kita sahaja.

Akhirnya nanti PAN akan hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP.

Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan dan digula-gulakan sahaja semata-mata.

Jika umur kita panjang, sama-samalah kita lihat apa kesudahannya nanti.

Inilah realiti yang harus kesemua para pendokong dan penyokong Pakatan Harapan kena terima dan hadapi nanti.

Friday, 8 January 2016

NEELOFA UCAP TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA CIMB ATAS MUTU PERKHIDMATAN YANG MENGECEWAKAN.



Kebiasaannya jarang sekali kita perlu berhadapan dengan masalah-masalah yang melibatkan bank. Sekiranya timbul masalah sekalipun, perkara itu biasanya dapat diselesaikan dengan sekelip mata.

Tapi tidak dalam kes yang baru sahaja terjadi kepada pelakon dan juga ahli perniagaan, Neelofa.

Menerusi Facebooknya, Neelofa memuat naik satu status yang dimulakan denga ayat "Tahniah! Syabas CIMB!".

Di dalam posting tersebut, difahamkan Neelofa menghadapi masalah untuk men'clear'kan transaksinya.

Menurut Neelofa, kerana masalah yang timbul dia terpaksa menunggu sehingga 4 jam di sebuah kedai sehinggalah masalah itu selesai.

Neelofa turut menambah biarpun dia telah membuat 6 panggilan, masalahnya tidak dapat diselesaikan.

Selain itu Neelofa juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku biarpun sudah bertahun-tahun dia menggunakan khidmat CIMB.

"Saya sangat kecewa dengan servis kamu dan perkara ini menyebabkan saya berfikir dua kali untuk menggunakan khidmat kamu @cimbmalaysia.

"Kamu sepatutnya memudahkan perjalanan saya tapi sebaliknya kamu membuatkan saya menghadapi masalah-masalah yang tidak perlu", tulis Neelofa.

KEJAYAAN PAN PEROLEH LAPAN KERUSI AHLI MAJLIS PBT SELANGOR MEMBUKTIKAN PAN CUBA NAK BULI PAS DAN UJI PKR.



Kejayaan Parti Amanah Negara (PAN) mendapat kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bukti kejayaan mereka cuba nak membuli PAS dan uji PKR dikira menjadi.

Hakikatnya PAN tidak berhak mendapat kuota kerusi tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang jasa pun kepada rakyat Selangor.

Kemenangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAN Selangor iaitu Shaari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) atas tiket PAS.

Rakyat waras lihat memang PAN cuba nak buli PAS dan nak uji PKR. Apa kayu ukur PAN mendapat lapan kerusi PBT sedangkan parti ini baru berapa bulan ditubuhkan dan belum ada apa-apa jasa di Selangor?

Nak katakan ada pengaruh buat ceramah tiada yang hadir .. buat demo tiada yang sokong turun.

Mereka hanya ada dua kerusi itupun bukan yang mereka menang atas tiket parti PAN tetapi atas tiket PAS , tiba-tiba nak buli PAS dan uji PKR  minta macam-macam.

Omak Kau tidak menolak kemungkinan PAN selepas ini akan membuat tuntutan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memberi sekurang-kurang satu kerusi EXCO kepada parti itu alasanya atas semangat Pakatan Harapan.

Sebab itu selepas ini jangan terkeut beruk jika PAN akan tuntut kerusi EXCO pula kerana mereka ada hak untuk dapat jawatan tersebut.

Rakyat sudah pasti menyeru kepada Kerajaan Selangor supaya tidak terlalu bermain politik sehingga mengabaikan isu rakyat.

Tindakan DAP tidak menyerahkan kuotanya kepada PAN bukti parti itu tamak dan gilakan kuasa untuk mentadbir Kerajaan Selangor.

DAP tidak seharusnya besar kepala dalam hal pemberian kerusi PBT ini pada PAN, ini jelas menunjukkan DAP ini hendak menjadi parti yang dominan serta ingin menjadi diktator dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

Tindakan DAP untuk tidak menyerahkan sebahagian kerusinya kepada PAN dilihat sebagai sutau cara memberikan tekanan supaya PAS keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Tiada sebab untuk PAS bagi kerusi kepada PAN kerana mereka diiktiraf oleh Azmin bahawa parti itu satu komponen dalam pentadbiran kerajaan negeri. Apa rasionalnya PAS nak beri kerusi mereka kepada PAN yang dianggap mereka sebagai pengkhianat????

Tindakan DAP tidak memberi kerusi dan laluan kepada PAN juga satu tekanan yang dibuat kepada PAS untuk keluar daripada gabungan Pakatan dengan membuat desakan-desakan sedemikian, bagi Omak Kau PAS tidak harus tunduk dengan desakan DAP itu.

Tindakan PKR mengorbankan kerusinya PBT yang dimilikinya menunjukkan parti itu sudah hilang kredibiliti dan sengat.

PKR tiada pilihan, kalau PKR korbankan kerusinya untuk PAN bermakna parti itu sudah hilang kredibiliti dan sengat kerana gagal mempertahankan kedudukannya dalam PBT.

Thursday, 7 January 2016

LELAKI UMUR 20AN KANTOI KENA CEKUP OLEH PENDUDUK KAMPONG KERANA CURI COLI WANITA



SUNGAI PETANI: Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita yang menghantui penduduk sekitar Kampung Sungai Muda, dekat Kota Kuala Muda, di sini, terjawab apabila seorang lelaki dicekup bersama baldi mengandungi sejumlah pakaian dalam wanita.

Aktiviti keji lelaki berusia lingkungan 20-an itu terbongkar apabila penduduk kampung melihat dia mencuri pakaian dalam wanita di beberapa rumah pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40, berkata penduduk yang menyedari perkara itu kemudian berpakat dan berjaya menangkap lelaki terbabit, sebelum menemui satu baldi berisi coli dan seluar dalam yang baru dicuri.

"Memang kami hairan kerana coli dan seluar dalam yang dijemur di ampaian sering hilang, namun tidak menyangka lelaki yang dilihat muncul di kawasan kampung sejak beberapa hari lalu adalah pencurinya," katanya.

Ahmad Kamil berkata, penduduk kampung menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, foto lelaki terbabit yang dikatakan dari Semeling, dekat sini, yang diikat pada batang pokok bersama beberapa pakaian dalam yang dicuri tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

AZMIN DI CABAR HERET CHEGUBARD KE MAHKAMAH BUKANNYA SEKADAR MELABEL DAN MENJERIT DIMEDIA.



Kenyataan terbuka

7 Januari 2016


CABAR AZMIN BAWA CHEGUBARD KE MAHKAMAH

1. Saya selaku Exco MPP AMK dengan ini mendesak agar pertembungan Azmin dan chegubard ditamatkan segera. Ia menggusarkan ramai anggota parti kerana memberikan imej buruk bukan sahaja kepada pentadbiran kerajaan selangor tetapi kepada parti secara keseluruhanya.

2. Presiden atau Pengerusi Disiplin parti harus bertindak segera memanggil kedua dua watak ini bagi diberi ruang memberikan penjelasan dan hujah masing - masing dan dicari jalan penyelesaian. Jika dakwaan cheGubard dia telah menulis aduan kepada parti benar maka ia satu tidak wajar berlaku. kenapa aduan beliau dibakul sampahkan?

3. Azmin harus lebih tenang bukan melakukan penafian di hadapan media dengan serangan perkataan kasar kepada pengkritik. Cabaran membuat laporan SPRM itu sendiri nampak sangat lucu apabila disedari ia bukan bidang kuasa SPRM. Ia berkaitan janji ketelusan yang kita bawa.

4. Isunya mudah dan ringkas Azmin kata ada tender terbuka dalam pemberian kawasan balak kepada dua syarikat yang dimaksudkan. Chegubard sebut dia ada bukti yang tiada tender terbuka cuma buktinya kertas MMKN yang tertaluk dalam akta rahsia rasmi kerajaan. Pilihan yang ada dalam isu ini parti panggil keduanya dan adakan siasatan dan perbicaraan dalaman atau Azmin bawa chegubard ke mahkamah kerana menfitnah dan biar chegubard dedah dokumen rahsia itu di dalam mahkamah jika benar. Ini perlu ditangani dengan hati - hati kerana kita tidak mahu terlihat sama seperti Umno Bn sama ada dari aspek tidak mendengar rungutan dan kritikan atau dari hal menghukum pengkritik.

5. Dari isu zakat, DEIG, gerbang dan kini balak kelihatan pertembungan cheGubard dan Azmin mampu beri kesan yang besar kepada parti jika tidak ditangani segera.

Saya petik kenyataan chegubard semalam untuj kita renungkan bersama ;

"Isunya ialah dia sebut melalui tender terbuka dan ternyata ia tidak. Ia bukan kes SPRM.

11. Kepada semua saya pertegaskan ini bukan persoalan politik atau perbezaan pendapat dalamn parti tapi ini soal reformasi dalam kaedah tataurus atau pengurusan kerajaan negeri.

12. Persoalan tuntutan reformasi bukan sekadar merubah kerajaan tetapi kaedah pengurusan yang lebih telus, efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberikan amanah dan pengharapan kepada KeADILan dalam melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh.

13. Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yang digagaskan oleh DSAI menegaskan tentang prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (efficiency) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yang inginkan perubahan.

Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip-prinsip reformasi."

Umum sedang perhatikan kita, bersediakan parti menangani isu ini secara progresif atau beranikah azmin seret chegubard ke mahkamah ?

sekian

Halimah Nasoha
EXCO AMK
Halimahnasoha@gmail

PELAKSANAAN TOL SISTEM KAD PRABAYAR SECARA TOTAL MENJERUT RAKYAT.


Melangkah sahaja tahun baharu 2016 bererti sebuah bala lagi melanda rakyat sebagai pengguna aktif lebuhraya apabila hampir semua plaza tol menutup kaunter tunai dan menggantikan sepenuhnya semua kaunter dengan sistem kad prabayar ‘Touch N Go’.

Sebelum itu suku tahun terakhir 2015 menyaksikan kenaikan kadar tol ‘menggila’ sehingga mencapai 80%.

Alasan biasa sebab tutupnya kaunter tunai adalah untuk menambahkan lagi kecekapan operasi dan melalui sistem kad prabayar sepenuhnya pasti akan berjaya mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Ternyata alasan ini gagal malah masalah kesesakan jalanraya makin bertambah parah terutamanya di plaza tol itu sendiri.

Sebenarnya sistem kad prabayar ini adalah satu bentuk paksaan dan tekanan yang dikenakan ke atas pengguna lebuhraya. Secara tidak sedar kita khususnya pengguna lebuhraya telah membuka buku ‘akaun hutang’ dengan syarikat-syarikat konsesi tol ini.

Bayangkan sejuta pengguna lebuhraya membeli kad prabayar dengan kadar RM10 untuk minggu pertama, sudah tentu RM10 juta sudah berada di dalam akaun syarikat konsesi. Dan setiap minggu pengguna lebuhraya ini akan membuat tambahnilai.

Sistem ini secara psikologinya mengikat mentaliti pengguna lebuhraya untuk tidak mencari jalan alternatif kerana mereka berfikir yang mereka sudah ada akaun dengan lebuhraya berbayar. Jadi hendak tak hendak mesti guna kerana wang sudah dibayar.

Paling malang adalah pengguna lebuhraya di luar Lembah Klang. Contohnya pemandu dari Pahang yang mempunyai urusan sehari di Kuala Lumpur terpaksa membeli kad Touch N Go di Lebuhraya Karak dengan kadar tertentu. Setelah selesai urusan dan pulang semula ke Pahang dia memiliki sekeping kad yang menjadi liabiliti kepadanya dengan baki yang masih ada di dalam dan tidak digunakan.

Ada pandangan mengesyorkan kita melakukan tambahnilai menggunakan kad pengenalan kerana kad pengenalan kita menyediakan akses Touch N Go. Apakah sampai begitu sekali kita mesti ‘Check In’ menggunakan kad pengenalan apabila melekapkannya di mesin imbas kaunter tol? Selesakah kita merakamkan identiti kita ke mana-mana destinasi?

Kenaikan tol dan penutupan kaunter tunai ini sangat jelas merupakan suatu peraturan yang berbentuk paksaan. Sedihnya isu ini tidak disuarakan dengan bersungguh oleh ahli Parlimen kita di Dewan Rakyat.

Pakatan Rakyat pernah mengambil sikap akan menghapuskan semua tol jika mereka berjaya memerintah. Kerajaan Barisan Nasional pula tidak bersetuju kerana jika tol ditutup ramai pekerja hilang mata pencarian.

Hari ini apa yang dipertahankan kedua pihak telah berlaku. Tol makin naik dan tenaga pekerja di kaunter tunai tol telah diambilalih oleh robot dan mesin.

Mungkin kenaikan gaji serta elaun ahli Parlimen yang cukup banyak pada tahun 2016 ini membuat mereka selesa dan tidak sedar beban yang ditanggungi oleh rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya umum yang lalu semakin berat.

Rakyat semakin terhimpit dan kebebasan memilih sudah semakin tertutup.

Jika ada kebaikan pada sistem kad prabayar di plaza tol ini sekalipun, adalah amat tidak wajar ditutup terus kaunter tunai. Mungkin ada maksud baik di sebalik penukaran sistem ini tetapi seperti kata Allahyarham WS Rendra melalui bait puisinya, “Saudara punya maksud baik tetapi maksud baik saudara untuk siapa?”

Dalam membuat keuntungan sesebuah perniagaan, janganlah terlalu menekan. Berilah kemudahan dan juga hak kepada rakyat untuk membuat pilihan. .... RONASINA

@ronasina merupakan pelukis/ penulis/ aktivis dan pengasas kempen Hope2Walk kesedaran tentang Cerebral Palsy.

JAWAPAN TIAN CHUA MENGAPA DEMO SHUTDOWN SUNGAI BESI YANG DI DUKUNGI PAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DARI DAP DAN PKR.


Isu berhubung tunjuk perasaan
#ShutdownSungaiBesi yang didukungi Parti Amanah Negara (PAN) tetapi tidak mendapat sambutan daripada ahli PKR dan DAP bukan suatu masalah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata ini kerana setiap parti mahu menunjukkan kebimbangan mereka berhubung sesuatu isu.

“Kadangkala PAN pun memerlukan publisiti untuk menunjukkan mereka membawakan sesuatu isu supaya orang tak nampak PAN bantai PAS sahaja.

“Bagi saya, tidak ada perkara pelik mengenai perkara itu. Adakala Keadilan bersendirian untuk mengadakan demostrasi..adakalanya PAS bersendirian..apa-apa la..saya rasa tidak ada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jumlah peserta yang kurang memberangsangkan khususnya ahli DAP dan PKR semasa tunjuk perasaan #ShutdownSungaiBesi pada ambang tahun baru meskipun isu yang dibawa rapat dengan rakyat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemberian lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), Tian Chua mengesahkan partinya membuat tawaran kepada PAN.

Katanya, penawaran itu atas dasar persahabatan dan PKR menganggap PAN sebahagian daripada Kerajaan Selangor.

Beliau turut diminta mengulas adakah PAS ada memberi kerusi miliknya kepada PAN.

“Saya ragu-ragu la. Saya tak fikir begitu. Susah la. Kita pun faham kalau you nak PAS beri, PAS mestilah menentang..then DAP pun tak nak bagi. Semua orang tak mahu bagi. At the end, thanks to Keadilan,” tegasnya.

Sebenarnya lebih kepada penilaian dan pandangan PKR dan DAP terhadap PAN.

Cuba PAN itu parti kuat gagah perkasa yang mendapat sokongan dan dokongan sebiji macam PAS .. rasanya mau dikerah semua ahli dan penyokong mereka seramai mungkin untuk turut turun sama.

Masalah besarnya ialah tiada langsung kelibat pemimpin-pemimpin hebat PKR dan DAP turun ... DAP sekadar ada wakil perempuan yang kalah dalam pemilihan DAP Selangor dulu .. sepatutnta paling sengkek pun kenalah Pengerusi DAP Selangor turun atau paling tidak Ahli Parlimen Sungai Besi atau Serdang atau Puchong sebab lokasi demo diadakan berhampiran dengan kawasan yang mereka wakili.

Ini suatu mesej dan isyarat kuat lagi jelas kepada PAN agar sedar diri dimana kedudukan partinya dalam lubuk hati dan mata PKR dan DAP.

PKR dan DAP seolah-olah mau melihat sendiri kemampuan PAN menarik anak-anak muda turun kejalanraya tanpa penglibatan aktif dari PKR dan DAP ... ternyata cukup menghampakan dan memalukan sekali parti yang mendabik dada berkata sudah berjaya melumpuhkan PAS dalam sekelip mata.

Wednesday, 6 January 2016

MANA MARUAH PAN SEKARANG APABILA SEKADAR DAPAT 8 KERUSI AHLI MAJLIS PBT WALAUPUN DESAK MAU SEKURANG-KURANGNYA 24.


Sebelum ini bukan main kencang dia punya sembang dan ugutan beri kata dua betapa PAN tetap mau 24 kerusi Ahli Majlis PBT, dua disetiap PBT Selangor.

Alasan kata dua diberikan kepada kerajaan Selangor pimpinan Dato' Seri Hj Mohamad Azmin Ali ialah PAN ada maruah dan harga diri.

Nah!!! ... sekarang dimana maruah PAN apabila sekadar mendapat 8 kerusi Ahli Majlis PBT sahaja .. kira-kira sekadar memperolehi 35% dari apa yang didesak dan diugut sebelum ini.

Memberi mesej dan isyarat paling jelas dan kuat nyaring kepada PAN betapa Kerajaan Selangor terutamanya PKR dan DAP bila tiba bab jawatan mereka tidak akan berkompromi selain memandang yang PAN ini sebenarnya sebuah parti yang langsung tidak ada kekuatan dan pengaruh kalangan rakyat terutamanya dari masyarakat Melayu/Islam.

Ikut hukum akal logik ... kalau kerusi Ahli Majlis PBT pun agak liat dan perit PAN nak dapat ... apa jaminan untuk kerusi dan kawasan DUN dan Parlimen semasa tiba PRU ke-14 nanti.

Suatu yang jelas pendirian tegas dan keras PAS tidak akan berikan suatu kerusi pun kepada PAN membuktikan PAS tidak akan berganjak walaupun suatu inci semata-mata mau memberi laluan kepada PAN yang dianggap PAS sebuah parti pengkhianat.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai kerusi-kerusi yang dikorbankan untuk beri tempat dan lalu kepada PAN ialah dari PKR dan DAP .... berapa nisbahnya tidaklah diketahui.




Kontroversi pembahagian kuota kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kini berakhir dengan 8 kerusi dipersetujui akan diberikan kepada wakil Parti Amanah Negara (PAN).

Memetik Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, Sinar Harian Online melaporkan, PKR, PAS dan DAP mencapai kata putus itu pada mesyuarat hari ini.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk PAN tapi perkara ini diputuskan kerajaan negeri.

"Penggal baharu 2016-2017 akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi, namun baki 2 lagi kerusi milik PKR dan DAP, belum diputuskan nama ahli majlis, di Petaling Jaya dan Kuala Langat," Ean Yong dipetik berkata.

Terdahulu mereka mengadakan perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Shah Alam.

Ean dilaporkan berkata, buat masa ini 5 kerusi sah milik PAN iaitu Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Untuk ahli majlis MBPJ dan MDKL, kita (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) masih belum muktamad nama ahli majlis.

"286 kerusi sudah dimuktamadkan. Bagaimanapun, sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," beliau dipetik berkata.

PAN difahamkan mengemukakan permohonan 34 kerusi sebelum ini, dengan 2 ahli majlis bagi setiap PBT, namun diluluskan hanya 8 kerusi sahaja.

Ahad lalu, Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir, mengingatkan rakan komponen Pakatan Harapan di Selangor yang perjuangan memerlukan pengorbanan, ketika bibit keretakan mula kelihatan di negeri itu berhubung pengagihan semula kerusi itu.

"Kita tahu kepentingan peribadi ahli yang sudah memegang jawatan itu mahu kekal. Tetapi apakah kepentingan peribadi lebih penting berbanding kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Portal The Malay Mail Online sebelum ini melaporkan PAN sukar mendapatkan kerusi PBT memandangkan tiada parti yang sanggup melepaskan kerusi mereka selepas semakan semula.

(VIDEO) .... KANAK-KANAK TERKUNCI HAMPIR 1 JAM DALAM KERETA.


Seorang kanak-kanak lelaki berumur kira-kira setahun enam bulan telah terperangkap di dalam sebuah kereta milik ibunya selepas kereta berkenaan terkunci dari dalam di sini.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Bertam Indah kira-kira jam 7.40 pagi itu apabila dikatakan ibu kanak-kanak tersebut menghantar seorang lagi anaknya ke taska sebelum meninggalkannya di dalam kereta dan diberikan kunci untuk bermain.

Namun, tidak disangka anak kecil berkenaan tertekan butang 'lock' pada alat kawalan pada kunci kereta berkenaan.

Selepas tidak berjaya membuka pintu, orang ramai telah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Kepala Batas kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepasukan 4 anggota JPAM telah tiba di lokasi kira-kira 5 minit kemudian. Pihak JPAM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu kereta tersebut dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak akhirnya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibunya.

Kami telah menghubungi JPAM Kepala Batas, Pulau Pinang dan mengesahkan kejadian ini

Sila klik video dibawah.



INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...