Thursday, 17 May 2012

BERITA BAIK UNTUK PARA PENGEMAR THOSAI!!!...Jamuan thosai percuma didepan rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Bukit Teratai Ampang pada hari Ahad 20hb Mei 2012!!!....


NONEMengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid
Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.

AMALKAN CARA PEMAKANAN YANG SIHAT....KALAU IANYA PERCUMA SUDAH PASTI LAGI HEBAT!!!

Pemandu peribadi membuat pengakuan terbuka, beliau nampak dengan matanya sendiri Zahida Rafik masukkan wang RM1juta pemberian DS Shafie Apdal didalam bank...PERGH!!....

Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi (gambar atas, kedudukan di tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. -mk



Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'

Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik mendakwa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya. -mk


SPRM Harus Siasat Shafie Dan Zahida Atas Pemberian Wang Yang Besar!!!!



PETALING JAYA,16 MEI : Pemimpin PKR mendesak Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Afdal untuk menjelaskan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.

PKR juga menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap Shafie yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah berkata ini bukan persoalan tentang hal peribadi antara Shafie, yang juga Naib Persiden Umno, dan Zahida.

“Kita bangkitkan isu ini kerana ia melibatkan pembayaran wang tunai yang bukan melibatkan RM1 atau RM2.

“Tetapi melibatkan ratusan ribu Ringgit Malaysia, di mana jumlahnya amat besar dan apakah puncanya wang ini,” kata Sivarasa yang juga MP Subang, di dalam satu sidang media Ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam sidang media sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mempersoalkan bagaimana Shafie memperolehi wang itu dan tujuan beliau memberikan kepada artis tersebut.

“Kita masih menunggu jawapan daripada Shafie Afdal mengenai penjelasan tentang daripada wang yang dia dapat untuk setiap kali pertemuan.

“Kita masih tidak memperolehi apa-apa jawapan lagi daripada Shafie Afdal selepas kita mendedahkan pada bulan lepas.

“Beliau kena tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan samada menafikan ataupun tidak,” kata Zuraida.

Dalam sidang media itu, bekas pemandu Zahida mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk membawa duit berjumlah RM 1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Noor Azman Azemi, yang bekerja selama tiga tahun untuk Zahida,
mendakwa wang tersebut merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida pada tahun lalu.

Beliau mendakwa menteri itu menemui pelakon itu seminggu sekali di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.

“Yang paling rendah sebanyak RM100,000, manakala RM200,000 itu biasa.

“Saya pernah sekali saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac selepas Zahida menuduh beliau melarikan diri dengan wang sebanyak RM 200,000.

Selepas laporan Noor Azman, Zuraida mendedahkan di dalam kenyataan media bahawa transaksi wang itu berlaku antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Pada Oktober, sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Manakala pada November 2011 sebanyak RM112,000 dimasukkan dalam akaun.

Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

Polis menahan Noor Azman selama tiga hari daripada 13 – 16 Mac untuk siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Zahida.

Laporan polis itu didedahkan oleh Zuraida pada 18 April lepas. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Zahida pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuraida.

Turut hadir dalam sidang media itu ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai “Dayangku Intan” (ibu saudara), Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguamnya, Lateefa Koya.

Tengku Intan, yang juga seorang artis terkenal era 80-an, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu yang tidak dikenali menunggu depan rumah beliau sejak Noor Azman dibebaskan.

“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya.

“Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Tengku Intan.

Menurut Tengku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah mereka kerana ia juga membabitkan maruah pihak kerabat DiRaja Kedah. -selangorku

Wednesday, 16 May 2012

BUKTI KUKUH...BUKTI VIDEO KLIP BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI....UMNO GUNA BONTOT BILA BERPOLITIK....NAK TUNJUK SAMSENG TAPI SETAKAT BERANI HEMPAS BATU ATAS JALAN DAN BELASAH TIANG BENDERA LEPAS ITU CABUT,,,KHAAAKKK... PTUIHHHH!!!!!!

PANAS.. PANAS.. PANAS MENDIDIH!!!!.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI BEB!!!...KETUA SKUAD MUJAHIDIN UMNO, SENAMAN BONTOT, MENGAKU BELIAU PENIPU DAN BELI DATUKSHIP UNTUK DIRINYA DAN JUGA KAWANNYA..KELUAR DUIT RM250,000 LAGI BEB!!!...ORANG MACAM INI MENJADI KEBANGGAAN DAN KEPERCAYAAN UMNO!!!

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan. Akhbar lidak biawak rasmi UMNO, Utuseks Meloya  pernah menyiarkan berita "Datuk" palsu itu di keluarannya pada 13/01/2011 (sila rujuk keratan akhbar di bawah)

Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga. 

'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. 

Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno). 

Tuesday, 15 May 2012

PASCA BERSIH 3.0... KINI NEGERI MELAKA PULA TOLAK DSAI...CERAMAHNYA DI KG PAKU, MASJID TANAH MELAKA, LENGANG KOSONG, SUNYI SEPI, HAMBAR DAN DIPENUHI DENGAN MAKHLUK-MAKHLUK HALUS....SEDANGKAN CERAMAH UMNO YANG BERDEKATAN RIBUAN MANUSIA HADIR BEB!!!.. PADAN MUKA DSAI DAN SELURUH PENYOKONG PKR/PR...

Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap bakal Perdana Menteri ke-7 YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud gangguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO/BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat. 

Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik.

Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka. 

Ini membuktikan mood rakyat yang ingin kan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung .Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim.




Ceramah Umno.. wah ramainya

Sudahlah buat perangai bangang siap keluar "fatwa" baru dimana 100 plus adalah haram dan bukan halal untuk orang-orang Islam.. hanya air suam saja orang Melayu/Islam minum...SEPATUTNYA MAKIN TUA MAKIN MATANG TETAPI JUAK-JUAK UMNO MAKIN TUA MAKIN BERSIFAT BINATANG...BETUL-BETUL MALU UMNO MEMPUNYAI PENYOKONG DAN PENDOKONG ORANG-ORANG TUA MACAM BINATANG!!!!.. PELIKNYA NAJIB RAZAK CUKUP BANGGA ...

KOLEKSI FOTO ARTIS TERKENAL INDONESIA SYAHRINI SEDANG DILAMUN CINTA DENGAN KERABAT DIRAJA SELANGOR.


Dari dulu lagi memang OHBULAN! suka ikuti perkembangan pelakon seksi dari Indonesia ini.

Kalau di Indonesia, Syahrini memang terkenal dengan gosip-gosip panasnya. Tapi secara tiba-tiba Syahrini bertambah lagi ‘panas’ di Malaysia apabila khabar angin telah tersebar mengatakan dia bercinta dengan seorang kerabat diraja dari Malaysia.

Dalam artikel OHBULAN! bertarikh 8 Mei 2012, “Penyanyi Indonesia, Syahrini Pilih Teman Lelaki Dari Malaysia“, pengurus Syahrini telah mengesahkan bahawa Syahrini sememangnya bercinta dengan seorang jejaka dari Malaysia. Namun khabar angin ini terus menjadi tanda tanya apabila para peminat mula mempersoalkan siapakah jejaka bernama “Bubu” yang dimaksudkan Syahrini.

Terbaru dari Detikhot.com, Syahrini telah mendedahkan identiti teman lelakinya yang bernama Raja Mohammad Syazni (Bubu). Jejaka ini dipercayai dari keturunan kerabat Diraja Selangor dan mereka berdua sudah bercinta hampir 2 tahun. Menurut Syahrini, dia bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada tahun 2010 dan mula bercinta pada bulan Februari 2011.

Beberapa keping foto dibawah menunjukkan kemesraan antara Syahrini dan “Bubu”. Untunglah.
 http://s3.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/05/Mesra-6.jpg
 http://s3.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/05/JumPers-1.jpg

Ceramah isu isu semasa yang menyentuh denyutan nadi rakyat marhean di Taman Klang Utama mendapat sambutan amat menggalakan dari penduduk tempatan...benarlah ramalan Tun Ling Liong Sik.. JANGAN UMNO NAK BERMIMPI RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI TANGAN PAKATAN RAKYAT..


Satu ceramah yang menyentuh isu-isu semasa anjuran PKR Cabang Kapar yang diketuai Ketua Cabangnya sendiri, Sdr Azizi Ayob dengan kerjasama semua AJKnya, telah diadakan di Padang Bola Sepak, Taman Klang Utama Klang malam tadi....

Para penceramah termasuklah Sdr Azizi sendiri, Chegu Bard, YB Dr Siti Mariah, YB Tian Chua dan YB Manikavasagam...

Isi pati ceramah berkisar mengenai apa yang sedang, telah dan bakal terjadi dinegara kita termasuk isu Bersih 3.0, pemerintahan Selangor dibawah PKR/PR dengan membuat perbandingan semasa Selangor dibawah rejim UMNO, kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang menjerut leher rakyat, pemansuhan PTPTN, penghapusan Tol lebuh Raya, lembu fidlot, gaji minima dan tak lupa juga menyentuh tentang Himpunan UMNO ke 66 di Stadium Bukit Jalil..

Alhamdulillah... sambutan dari penduduk tempatan amat menggalakkan...ceramah kali ini sasaran utamanya ialah penduduk tempatan...dari situ pihak parti boleh membuat analisa tentang sambutan dan penerimaan rakyat tempatan tentang perjuangan yang mau dibawa oleh Parti KeADILan Rakyat khasnya dan Pakatan Rakyat amnya..

Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami... rakyat tempatan sudah tidak lagi mampu ditipu dengan cerita yang muluk-muluk yang dihambur keluar dari mulut para pemimpin UMNO/BN..

Rata-rata yang datang mendengar ialah penerima BR1M... memberi mesej yang amat jelas sekali bahawasanya BR1M tidak mampu menambat maupun memikat jiwa dan minda rakyat... mereka sedar pemberian itu tidak ikhlas dan jujur... pemberian sekadar mau memancing undi..pemberian yang datang dari dana rakyat dan bukan dari tabung UMNO....beri mereka rembat... undi tetap pergi kepada Pakatan Rakyat...itu sudah muktamad..


KESIMPULANNYA... PAKATAN RAKYAT MENANG... RAKYAT HIDUP SENANG...UMNO MENANG RAKYAT HIDUP TUNGGANG LANGGANG...PAKATAN RAKYAT KALAH RAKYAT HIDUP SUSAH... UMNO KALAH RAKYAT HIDUP MEWAH..

PENGIKUT TOTOK UMNO LAKNATULLAH SANGGUP MEMFITNAH DS IR NIZAR JAMALUDDIN DENGAN MENGELUARKAN VIDEO KLIP MEMFITNAH BELIAU KONONNYA YB NIZAR BERBOHONG !!!!!!....

Video Nizar di ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' ..


Ramai yang bertanya samada ada atau tidak video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang tu..

Bagi tidak menghampakan pembaca yang bertanya itu samada melalui e-mail, Facebook ataupun Blog ini di SINI aku usahakan untuk mencarinya..

Hasil penjelajahan aku kebeberapa buah blog pro UMNO akhirnya aku jumpa juga video yang dicari itu dalam blog pencacai UMNO..

Oleh kerana yang merakam video ini ialah pencacai UMNO, sudah pasti mereka tidak akan upload versi original sebelum di edit bagi menunjukkan Nizar telah menipu bahawa ketika beliau datang penceramah yang tah apa namanya tu dah mati kutu..

Korang tengok video ni..



Kenapa aku kata video ini telah diedit?

Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya.




Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan..

Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada..




Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah.




Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top Dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga...


 




  


Aku malas dah nak ulas panjang-panjang... korang tengoklah sekali lagi video kat atas tu, lepas tu apa yang tak betul korang tinggalkan komen kat bawah tu...

Macammanalah pencacai UMNO ni edit video tu.. jalan cerita tak lancar langsung.. Nampak sangat dah dieditnya.. EKHSAN BLOG GREENBOC BLOGSPOT

Konsert UMNO 66 Tahun, Pembela Rakyat - Bukit Jalil 12 May 2012...Langsung tidak mendapat sambutan.. Stadium kosong walaupun masuk percuma...artis sedang menghiburkan mahkluk-makhluk halus yang menyokong UMNO...

UMNO SANGGUP MEMFITNAH DENGAN MEMBUAT EDITAN KEPADA VIDEO KONONNYA YB IR NIZAR YANG TERKEDU DAN MENIPU....KALAU DAH UMNO TU UMNO JUGA...MENIPU DAN MEMFITNAH SUDAH MENJADI DARAH DAGING SEBATI SAMPAI KE TULANG SONSOM..

DATUK SERI MOHD NAJIB RAZAK DIMALUKAN DI UK DENGAN LAUNGAN BERSEMANGAT " BERSIH 3.0"....

Monday, 14 May 2012

SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI BEB!!!!.....Patutlah "ramai anak-anak muda" turun di Stadium Bukit Jalil sempena UMNO berumur 66 tahun....pelajar-pelajar UiTM diminta hadir untuk meramaikannya...pengangkutan, makan minum dan Baju T disediakan secara percuma.....Siap janji nak beri sijil lagi beb!!!...SIAPA BERANI NAK NAFIKAN SEGALA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PARA PEJUANG PR SELAMA INI ADALAH BENAR BELAKA?..

                  SILA KLIK PADA FOTO UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS

Tun Ling Liong Sik bakal dipanggil HARAMJADAH oleh Najib Razak sebab berkata benar dan tak bodek dirinya....CAKAP UMNO SELANGOR JANGAN NAK MIMPI RAMPAS KEMBALI SELANGOR!!!!!

BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

PSTTT.....YANG PARA PEMIMPIN UMNO DOK KOKOK NYARING JANTAN KONONNYA NAK RAMPAS BALIK SELANGOR DARI PR KERJA AMAT MUDAH.. SAP SAP SUEY....YANG INI APA KE CERITA BEB!!!...ALAMATNYA KENA PANGGIL HARAMJADAH LAH DARI NAJIB RAZAK NANTI....

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA MENGESAHKAN TIDAK MENJADI KESALAHAN MENJUAL BURGER SAMBIL MEMBUAT BISING DAN PROTES DEPAN RUMAH DATUK AMBIGA... POLIS TIDAK AKAN AMBIL SEBARANG TINDAKAN TERHADAP PENJAJA-PENJAJA YANG SAKIT OTAK ITU....PERGH!!! SUDAH DAPAT LESEN BESAR NI!!!.. BOLEHLAH KITA JUAL BURGER DEPAN RUMAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PULA BEB!!!!



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiada menjadi kesalahan ciput pun menjual burger sambil buat bising dan protes depan rumah Datuk Ambiga tempoh hari...

Wah!!!....Ini sudah berita baik kepada para peniaga burger, kecil dan sederhana ni.....kita boleh saja menjaja sambil buat hiruk pikuk didepan rumah sesiapa pun .....sudah beri lampu hijau dan lesar besar....

Lepas ini kalau ada penjaja yang menjaja depan rumah tanpa lesen dari PBT atau DBKL jangan diambil sebarang tindakan sebab Timbalan Ketua Polis Negara sudah memberi restu dan mewartakan tindakkan ini..


PSTTT... APA TUNGGU LAGI....ANGKUTLAH CEPAT PERALATAN PERNIAGAAN ANDA DAN BERNIAGALAH DENGAN TANPA RASA TAKUT DIMANA-MANA DEPAN RUMAH PARA PEMIMPIN UMNO... KALAU BOLEH RUMAH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA SENDIRI... TAKKAN BELIAU NAK LUDAH BALIK HUKUMAN YANG DIBERIKANNYA SENDIRI...

Betul ke apa yang diberitahu ini... Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dah masuk UMNO malam tadi setelah ditawarkan jawatan MB Perak jika UMNO/BN dapat perintah Perak pada PRU 13 nanti?????


BERITA TERGEMPAR CAMPUR PANAS MENDIDIH!!!!
........Dato' Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin telah menyertai UMNO malam tadi,..... ini satu tamparan maut buat PAS/PR Perak khasnya..

Woit!!!!... bukan tamparan maut kepada PAS/PR tapi pada UMNO/BN lah beb!!!!

Macam mana kisah yang sebenar ni?.... Sebenarnya ceritanya begini..... sedang UMNO seronok dan syok sendiri  'hentam dan belasah' DS Nizar, membuat fitnah dan  tuduhan kononnya beliau seorang  "Pembohong Bersiri" tiba-tiba.... tiba-tiba, DS Nizar hadir dan duduk di meja utama sebagai tetamu kehormat.

Apa lagi pucat lesilah, panik dan gundah gelana dan takutlah penceramah UMNO tu....secara ikut hukum akal logik, jika tuduhan UMNO tu benar, tak perlulah nak risaukan DS Nizar yang hadir tu... buktikan saja biar DS Nizar malu sendiri, tapi tak, lidah jadi kelu tersimpul mati, keberanian anak jantan terus melayang terbang untuk terus berucap... Ketika itu Hanafiah Man sedang berucap berapi-rapi hentam kaw-kaw gila kata YB DS Ir Nizar kaki penipu bersiri...tup tup terus ubah isi ceramah hentam DSAI dan Datuk Ambiga pula...langsung tak senang duduk para pemimpin UMNO ketika itu...

Kesian UMNO , fitnahnya tak menjadi lagi...Sebab rakyat tempatan kenal siapa DS Nizar sebenar termasuklah kaum keluarganya sendiri..

Lain kali kalau UMNO nak cabar dan membuat fitnah terhadap para pemimpin PR kena fikir berjuta kali....sebabnya mereka bukannya sama baka dengan para pemimpin UMNO yang terkenal sebagai baka paling penakut, bacul dan dayus dalam dunia..


PSTTTT... BILA MATA BERTEMU MATA... LIDAH KU KELU HENDAK BERKATA....MUAHAHAHAHAHAHAHAHA

Utuseks Meloya lidah biawak rasmi UMNO kata 120,000 hadir himpunan rasaksa UMNO ke -66..tapi Setiausaha Agung UMNO Tengku "Fraud" Adnan Mansor, kata 250,000.. 70% adalah anak-anak muda...mana satu betul ni beb!!!..jom kita lihat koleksi foto-foto..


Betul ke 250,000 penyokong UMNO yang hadir di Stadium Bukit Jalil pada 11hb Mei 2012 yang lalu....bilangan 2 kali ganda yang diberikan oleh Utuseks Meloya lidah biawak rasmi UMNO, 3 kali ganda angka yang dihebohkan oleh Berita Hairan dan berkali-kali ganda yang dilaporkan oleh portal-portal bebas..

Lagi seronok tu dia boleh bilang,  dari bilangan kehadiran lebih 70% adalah anak-anak muda....pergh!!!...biar betul apa yang didengar ni beb!!!....

Jika semua kerusi Stadium Bukit Jalil dipenuhi pun angkanya sekadar 85,000 orang...penuh manusia duduk atas padang dengan buang pentas boleh muat lagi 20,000....macam mana datang angka 250,000 sedangkan angka yang dilaporkan Utuseks Meloya pun tak padan?....Adakah makhluk halus termasuk bayang-bayang diambil kira sekali?

Ini kata-kata syok sendiri atau realiti?.....sebab para pemimpin UMNO tau bahawa penentu kemenangan mana-mana parti dalam PRU 13 adalah dari kelompok anak-anak muda.....

Anak-anak muda macam mana tu?...bawah umur atau pelatih PLKN?....

Nampaknya perangai totok para pemimpin UMNO dari dulu sampai kiamat tidak akan berubah... jenis cakap syok sendiri dan tidak mau menerima realiti...

PSSST... TOK KU "FRAUD" NAN MANSOR....DESAKLAH NAJIB RAZAK BUBARKAN PARLIMEN CEPAT...70% ANAK-ANAK MUDA SUDAH SOKONG UMNO....NAK TUNGGU APA LAGI.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...