Tuesday, 15 May 2012
Ceramah isu isu semasa yang menyentuh denyutan nadi rakyat marhean di Taman Klang Utama mendapat sambutan amat menggalakan dari penduduk tempatan...benarlah ramalan Tun Ling Liong Sik.. JANGAN UMNO NAK BERMIMPI RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI TANGAN PAKATAN RAKYAT..
Satu ceramah yang menyentuh isu-isu semasa anjuran PKR Cabang Kapar yang diketuai Ketua Cabangnya sendiri, Sdr Azizi Ayob dengan kerjasama semua AJKnya, telah diadakan di Padang Bola Sepak, Taman Klang Utama Klang malam tadi....
Para penceramah termasuklah Sdr Azizi sendiri, Chegu Bard, YB Dr Siti Mariah, YB Tian Chua dan YB Manikavasagam...
Isi pati ceramah berkisar mengenai apa yang sedang, telah dan bakal terjadi dinegara kita termasuk isu Bersih 3.0, pemerintahan Selangor dibawah PKR/PR dengan membuat perbandingan semasa Selangor dibawah rejim UMNO, kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang menjerut leher rakyat, pemansuhan PTPTN, penghapusan Tol lebuh Raya, lembu fidlot, gaji minima dan tak lupa juga menyentuh tentang Himpunan UMNO ke 66 di Stadium Bukit Jalil..
Alhamdulillah... sambutan dari penduduk tempatan amat menggalakkan...ceramah kali ini sasaran utamanya ialah penduduk tempatan...dari situ pihak parti boleh membuat analisa tentang sambutan dan penerimaan rakyat tempatan tentang perjuangan yang mau dibawa oleh Parti KeADILan Rakyat khasnya dan Pakatan Rakyat amnya..
Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami... rakyat tempatan sudah tidak lagi mampu ditipu dengan cerita yang muluk-muluk yang dihambur keluar dari mulut para pemimpin UMNO/BN..
Rata-rata yang datang mendengar ialah penerima BR1M... memberi mesej yang amat jelas sekali bahawasanya BR1M tidak mampu menambat maupun memikat jiwa dan minda rakyat... mereka sedar pemberian itu tidak ikhlas dan jujur... pemberian sekadar mau memancing undi..pemberian yang datang dari dana rakyat dan bukan dari tabung UMNO....beri mereka rembat... undi tetap pergi kepada Pakatan Rakyat...itu sudah muktamad..
KESIMPULANNYA... PAKATAN RAKYAT MENANG... RAKYAT HIDUP SENANG...UMNO MENANG RAKYAT HIDUP TUNGGANG LANGGANG...PAKATAN RAKYAT KALAH RAKYAT HIDUP SUSAH... UMNO KALAH RAKYAT HIDUP MEWAH..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment