Monday, 2 March 2015

HEBOH DILAMAN SOSIAL KERETA ALMARHUM TGNA DIIKLAN UNTUK DIJUAL??????



Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.

Sementara itu,Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.

“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya

UPDATE :

1. Jualan diberhentikan seketika. Kata Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz , sudah ada pembeli berpotensi.

2. Saya tidak berurusan dengan Ustaz Nik Abduh, saya berurusan dengan Ustaz Nik Ab Rahim.

3. Sebelum pantas memburuk-burukkan tuan guru, dan menidakkan ke-zuhud-an TGNA, baca sebuah komen daripada Truly Wan di salah sebuah 'share'.

"kereta ini dihadiahkan oleh Al-Sultan untuk aruah nii..x tau jgn cakap sembarangan .Aruah tak ada dosa pun dgn kamu malah butir mata mu pun tak pernah jumpa jauh sekali mung gi dengar kuliah dia."

4. Mafhum hadis, "Jika tidak dapat berkata yang baik, maka diamlah"


Wallahua'lam


Sunday, 1 March 2015

EDISI KANTOI ... ADA PENGGIAT SIBER PKR SANGGUP MEMFITNAH KONONNYA PROGRAM NEKAD 6.0 PAS PERINGKAT NEGERI PERAK HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.


Punyalah terdesak nak memburukkan program PAS yang kononnya tidak juga mendapat sambutan sampai sanggup muat naik gambar ketika program Nekad 6.0 peringkat Negeri Perak baru nak bermula.

Taktik yang sering digunakan oleh para penggiat siber UMNO suatu ketika dulu ketika bertempur dengan para penggita dan pejuang siber dari Pakatan Rakyat.

Bermula dengan rasa berang sebab dibongkarkan sejak kebelakangan ini himpunan dan program anjuran PKR secara solo jelas amat tiada mendapat sambutan, hambar dan lenggang.

Jika begini caranya segelintir penggiat siber PKR dalam membidas dan mengilas sesuatu isu mengenai PKR maka amat malang sekali, sebab parti yang dikutuk dan dicaci kerana menggunakan taktik fitnah dan tipu ini kini diaplikasi  dan dijadikan budaya .. Cukup memalukan sekali.

Hentikan segera cara kotor dan jijik ini sebab para pucuk pimpinan tertinggi parti pasti tidak merestui dan setuju dengan cara ini.

UMNO mulai buang budaya kotor ini,  ada pula yang tukang kutip.

ISU AMK PULAU PINANG BERSIKAP BIADAP TERHADAP PRESIDEN PAS ... PEMUDA PAS PERAK TEMPELAK AGAR TUMPUKAN UNTUK PERBAIKI PARTI SENDIRI TERLEBI DAHULU



Angkatan Muda Keadikan (AMK) Pulau Pinang telah dikecam dan diminta jangan menyibuk berikutan kenyataannya mempersoalkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kecaman itu dikeluarkan oleh Pemuda PAS Perak Dan Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin sudah keterlaluan dan mencampuri urusan dalaman.

Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, “AMK Pulau Pinang tidak berhak untuk campuri urusan dalaman PAS. Fokus kepada memperbaiki parti sendiri!”

“Masing-masing mempunyai peranan kepada parti sendiri. Mohon hormati presiden kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, lapor Sinar Harian.

Kelmarin, AMK Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan mendesak Abdul Hadi untuk menjelaskan pendirian PAS berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-Umno dalam tempoh 14 hari.

Dalam sidang medianya itu, beliau meminta Abdul Hadi supaya tidak berdolak dalih dalam memberikan penjelasan sebenar.

Gesaan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan mengenai satu rakaman video mengenai penerangan isu kerajaan campuran antara Pas dan Umno.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Shafirol Rozali berkata, AMK negeri tidak menjalankan kajian sebelum membuat kenyataan media.

“AMK negeri sepatutnya bertindak lebih matang iaitu bertanya dan berbincang dengan Pemuda Pas negeri terlebih dahulu, bukan terus menggunakan media dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara parti PR,” katanya.

Mohd Shafirol berkata, AMK negeri juga perlu lebih bijak menjaga hati pengundi, penyokong dan petugas Pas khususnya dalam menghadapi PRK Parlimen Permatang Pauh nanti.

“Adakah Timbalan Ketua AMK negeri sengaja bangkitkan kemarahan PAS agar PAS kurang memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh? Sekiranya undi merosot atau PR kalah, maka PAS akan dijadikan kambing hitam seperti kekalahan Kedah?,” soalnya.

SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG AGENDA MEMBANTU BUMIPUTERA ADALAH MENJADI KEUTAMAAN JANJI NAJIB RAZAK



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar bahawa pentadbirannya akan terus mengutamakan agenda membantu Bumiputera untuk berjaya "selagi ada bulan dan bintang".

Tegas Najib, azam itu adalah pembaharuan kepada ucapannya sewaktu membentangkan Agenda Ekonomi Bumiputera, dua tahun lalu.

"Sebagai perdana menteri, saya beri jaminan kerajaan pimpinan saya akan terus membantu orang Melayu Bumiputera untuk berjaya.

"Saya telah menzahirkan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional.

"Maka kita akan terus menggubal dasar, program dan tindakan yang sesuai dengan hakikat ini," kata Najib.

"Selagi ada bulan dan bintang, selagi darah Melayu ini mengalir, selagi itu wadah umat ini akan terus diperjuangkan," kata Najib lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Himpunan Melayu di Kuala Lumpur, malam ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Majlis Himpunan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad turut menyatakan taat setia bagi pihak hadirin untuk terus menyokong Najib.

"Kami berhimpun di sini dari segenap pelosok dan kelompok tanah air Datuk Seri - Melayu yang hebat, bermaruah dan berkat - untuk menyatakan sokongan kami kepada khalifah-khalifah Melayu yang Datuk Seri terajui," katanya.

Himpunan malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 orang hadirin terdiri daripada NGO, pelajar, pertubuhan silat, serta agensi kerajaan.

Ia bertemakan 'Gerakan Renaisan Melayu: Melayu Hebat, Bermaruah dan Berkat'.

Ia dianjurkan secara bersama oleh Majlis Himpunan Melayu, Universiti Teknologi Mara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Unit Peneraju Agenda Bumiputera(TERAJU) dan Biro Tatanegara (BTN).

Amanat untuk bangsa Melayu

Sementara itu Bernama melaporkan Najaib menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa itu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
          
Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
          
Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
          
Najib menegaskan jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
          
"Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua,” katanya.          

Najib mengambil kesempatan itu untuk menekankan pentingnya aspek perpaduan sesama bangsa dititikberatkan.
          
Menurutnya, perkara itu serta perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia menjadi anak kunci dan asas masa depan bangsa dan negara yang lebih cemerlang.
          
Najib seterusnya menarik perhatian hadirin bahawa bangsa Melayu telah berjalan jauh dan telah melakar pelbagai pencapaian.
Namun, ini tidak menghalang beliau daripada mengajak orang Melayu untuk terus bertanyakan soalan terhadap diri mereka sendiri; "Apa kita boleh buat atas nama orang Melayu? Apa kita boleh menyumbang?"
          
Menurutnya persoalan itu perlu difikirkan oleh bangsa Melayu kontemporari kerana mereka kini tidak boleh lagi bergantung harap kepada kerajaan semata-mata untuk lebih berjaya dan menjamin masa depan mereka.
          
"Kita tidak mahu lihat orang Melayu dihina, orang Melayu diperlekeh. Kita mahu orang Melayu menjadi bangsa disegani, dihormati dan bermaruah," katanya ketika menyampaikan ucapan yang diselangi tepukan dan sorakan tanda sokongan daripada hadirin yang membanjiri stadium itu.
          
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan akan sentiasa memainkan peranan sebagai fasilitator dalam menyediakan ruang untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera mencapai kejayaan.
          
Bagaimanapun, beliau berkata hanya mereka yang mempunyai komitmen, kebolehan dan merit sahaja akan berjaya.
          
Najib berkata ini dibuktikan dengan kehadiran pemimpin Melayu yang telah berjaya di perhimpunan ini termasuk golongan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peneraju institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
          
Bagaimanapun, Najib, yang juga Presiden UMNO, memberikan peringatan berikut: "Perjalanan orang Melayu masih jauh. Saya akui banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita perlu insaf dan sentiasa melakukan penambahbaikan."
          
Dalam pada itu, respons yang ditunjukkan peserta perhimpunan di dalam stadium sewaktu perdana menteri menyampaikan amanatnya nyata positif sejak awal hingga akhir acara.
          
Setiap kali Najib lontarkan persoalan yang mencabar minda atau kenyataan yang membakar semangat, mereka menyambut dengan sorakan padu sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bagi.
          
Majlis yang bermula secara rasmi dengan nyanyian penuh bersemangat lagu kebangsaan 'Negaraku' itu turut menyaksikan ribuan peserta menyahut seruan dan lafaz waad (janji luhur) yang dibacakan Pengerusi Sekretariat Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad, yang juga Setiausaha Agung MPM.
          
"Kami semua berhimpun di sini dari segenap kelompok seluruh pelusuk tanah air, terdiri dari Melayu yang hebat Melayu yang bermaruah, dan Melayu yang berkat.
          
"Kami berhimpun di sini untuk nyatakan sokongan kepada kepimpinan yang PM terajui. Kami semua bangsa Melayu hebat bermaruah dan berkat," laungnya.

Antara tetamu yang turut menghadiri perhimpunan itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.
          
Dalam perhimpunan itu, Najib turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman penubuhan Koperasi Majlis Perundingan Melayu Berhad oleh Amanie Corporate Advisor Sdn. Bhd., kepada MPM.
          
Beliau turut menerima memorandum cadangan bagi penubuhan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Islam daripada anggota jawatankuasa MPM, Tan Sri Mohamed Yusof Mohamed Noor.

Warkah Waad

Sementara itu, Najib mengetuai peserta Perhimpunan Perpaduan Melayu menandatangani Warkah Waad (Janji Luhur) Misi Melayu Abad ke-21 sebagai peringatan bagi memastikan negara dipimpin ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang adil dan saksama.
          
Kandungan dokumen itu antara lain menyebut bahawa dalam mendepani cabaran era globalisasi termasuk dari segi geopolitik dan ekonomi, pendekatan misi Melayu harus berpaksikan ciri-ciri Melayu global yang berfikiran futuristik dan bersikap kompetitif.
          
Mereka juga perlu menjadi golongan berilmu, menguasai teknologi dan mempunyai jati diri kental.
          
"Bangsa Melayu global juga perlu menghormati kelainan kaum, bangsa danmanusia sejagat," kata dokumen itu.
          
Ia turut berkata bahawa peradaban Islam dan peradaban bangsa Melayu bolehmenjadi landasan bagi segala bentuk pemerintahan negara dan pembangunan bangsa.
          
Menurut kandungan janji itu, keluhuran peradaban Melayu-Islam memberikelebihan dalam usaha memastikan kelangsungan warisan peradaban bangsa Melayu di masa hadapan selaras keagungannya di masa lampau.

ANGGOTA POLIS PUN TURUT SERTA HIMPUNAN KITA LAWAN DI DIDEPAN SOGO SEMALAM?????


Heboh, riuh rendah dan gegak gempita apabila gambar diatas tersebar dilaman sosial dengan ligatnya kononnya seorang anggota polis turut serta sebagai peserta demo Kita Lawan depan Sogo petang semalam.

Apakah ini benar atau sekadar seorang peserta memakai baju ada logo PDRM?????

Mohon pihak berwajib memberikan respon segera.

KOLEKSI GAMBAR YANG BUAT PARA PEMBENCI PAS DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMAK NAIK ANGIN SATU BADAN.




Lawatan Dewan Harian PAS Pusat ke negeri Johor pada 27dan 28 Februari 2015 ( semalam dan kelmarin) bersamaan hari Jumaat dan Sabtu berjalan lancar. Ia di atur oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat ke seluruh pelusuk negeri-negri  bagi menyantuni rakyat, bertemu kepimpinan negeri, ceramah,dialog dan ziarah tokoh masyarakat.

Alhamdulillah, kemuncaknya petang semalam, YB Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyempurnakan perasmian Bangunan baru PAS Johor bernilai RM1.5 juta yang dibina di Bandar Baru Uda, hanya beberapa kilometer dari Johor Bharu.

Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja di saksikan oleh pemimpin tertinggi PAS Pusat, tapi juga pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti YB Lim Kit Siang, YB Liew Chin Tong, YB Dr Boo Cheng Hau, Hassan Karim dan beberapa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain.

Kehadiran mereka membuktikan hubungan dalam Pakatan Rakyat masih utuh, mantap dan padu erat.

TERUS BERISTIQAMAH UNTUK BERUBAH

GAMBAR PUTUS KEPALA TIADA KAITAN DENGAN KEMALANGAN NGERI DI JALAN JENIANG-GURUN.

   (Gambar kiri) Gambar sebenar kemalangan di Gurun, kelmarin. (Gambar kanan), Gambar ngeri kanak-kanak yang cuba dikaitkan dengan kemalangan kelmarin.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan kaitan gambar seorang kanak-kanak perempuan yang tersebar di laman sosial ‘WhatsApp’ dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Jeniang-Gurun, kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, gambar berkenaan tidak ada kena mengena dengan kemalangan di Gurun.
Menurutnya, berdasarkan gambar itu, tempat dan situasi yang berlaku berbeza.

“Kita percaya gambar membabitkan kanak-kanak itu berlaku di luar negara namun ada yang cuba hebahkan benda tidak benar.

“Gambar diambil anggota JBPM dan gambar tersebar di laman sosial jelas berbeza seperti lokasi kejadian kemalangan petang itu berumput hijau tetapi gambar kanak-kanak berkenaan di jalan tanah merah,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, semalam.

Sementara itu, penyebaran gambar itu turut menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutama penduduk yang sering menggunakan jalan berkenaan.

Melalui pemerhatian di satu kumpulan ‘WhatsApp’, lokasi kemalangan yang lebih dikenali sebagai kawasan Jentayu berdekatan ladang kelapa sawit itu sering dikenali sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

Disebabkan penyebaran gambar ngeri kanak-kanak itu, ada antara mereka mula rasa bimbang untuk melalui kawasan berkenaan terutama pada lewat malam kerana masih terbayang kecederaan dialami mangsa.

Nur Hafizah berkata, kejadian kemalangan petang kelmarin di jalan itu melibatkan kematian dua lelaki tempatan bersaudara berumur 23 tahun dan bapa saudaranya berumur lingkungan 30-an yang menaiki kereta Proton Wira.

Manakala seorang wanita yang memandu Mitsubishi Triton dari arah bertentangan dipercayai terbabas sebelum merempuh kereta mangsa berjaya diselamatkan hasil bantuan orang ramai sebelum kenderaan itu terbakar. Dia mengalami cedera parah.

PEMBATALAN KIDEX BAGI MEMENUHI DESAKAN POLITIK BUKANNYA ATAS KEPENTINGAN RAKYAT?????



Amat nyata Lebuh raya Kidex (Kinrara-Damansara Expressway) di batalkan dua minggu lalu, adalah di atas kehendak parti-parti politik dari Pakatan Rakyat serta orang ramai yang dipengaruhi oleh parti-parti politik ini.

Keputusan politik ini akan memberikan kesan cukup mendalam kepada mereka yang mahukan jalan alternatif kerana kawasan yang terbabit sebenarnya memerlukan jalan dan laluan pilihan bagi menyelesaikan kesesakan dikawasan yang terlibat.

Sekarang kehendak parti-parti dan pemimpin dari Pakatan Rakyat sudah tercapai, jadi berilah penyelesaian kepada isu kesesakan lalulintas di kawasan yang terlibat. Puaslah kehendak hati mereka yang menentang pembinaan lebuhraya ini dan masing-masing bertanya kepada diri mereka sendiri, apakah keuntungan yang didapati oleh mereka dengan pembatalan ini.

Terutamanya kepada mereka yang berdemonstrasi menentang pembinaan lebuhraya ini dahulu, mereka sepatutnya memberikan jalan alternatif kepada Kidex ini kerana yang pasti ialah keperluan lebuhraya ini amat mendesak. Semakin hari semakin sesak kawasan itu dan nampaknya rakyat dikawasan ini tidak akan dapat keselesaan seperti rakyat kawasan lain, semata-mata kerana pertimbangan politik pemimpin kerajaan negeri Selangor dan pimpinan PR disetiap peringkat.

Sekarang kita mahu bertanya, apakah dengan pembatalan pembinaan lebuhraya ini di batalkan ia telah memberikan keuntungan kepada penduduk kawasan ini? Kita tidak nampak jalan penyelesaian yang di berikan dan di cadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah membatalkan pembinaan lebuhraya ini.

Tetapi untuk memberikan sedikit keadilan kepada pihak kerajaan negeri Selangor, penolakan lebuhraya ini bukannya kerana ia tidak diperlukan untuk membuat persediaan kesesakan lalu lintas di kawasan ini. Ia bersebab. Ramai yang berpendapat yang penolakan projek ini ialah kerana projek ini dipromosi oleh syarikat yang mempunyai kepentingan orang tertentu yang rapat dengan UMNO.

Di tambah pula dipihak PR juga menggunakan isu ini untuk menumbangkan Menteri Besar mereka sendiri. Berjayalah mereka menurunkan MB mereka tetapi yang rugi ialah pengguna lebuhraya yang menganggap Kidex ini akan menjadi salah satu dari tindakan bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan ini.

Ia adalah projek UMNO, kerana ia membabitkan nama-nama seorang peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara.

Kidex ini, kita nampak keputusan itu hanya didasarkan kepada pertimbangan politik dan bukannya untuk mendahulukan rakyat atau untuk kepentingan orang ramai. Bukannya memenuhi slogan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI.

Hari ini politik dimainkan tanpa mengira kepentingan ramai. Politik sekarang sarat dengan pemimpin yang lemah dan cara mereka untuk kekal samada diperingkat parti atau pun individu, jalan yang terbaik bagi mengekalkan diri dalam politik ialah mengambil jalan populis walaupun ia akan akhirnya merugikan rakyat.

Kini sudah kedengaran suara-suara Putrajaya mau ambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali dimana rujukan telah pun dibuat kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Pembatalan dibuat secara gelojoh demi desakan dan asakan politik bakal meledak sehinga mampu mengoyah kedudukan PR di Negeri Selangor.

Apabila politik memenuhi jiwa dan perasaan syok sendiri kalagan para pengikutnya diikuti akhirnya rakyat yang dahagakan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI akan jadi mangsa buli

Mau diangkat sebagai jaguh rakyat segelintir akhirnya dalam jangka masa panjang majoriti rakyat akan menjadi mangsa mainan politik murahan populis ini.

Saturday, 28 February 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN ... PETROL RON97, RON95 DAN DIESEL NAIK 25 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM 1 HB MAC 2015.


Bersyukur dan terima kasih banyak-banyak.

Mulai 12.01 tengah malam ini, harga runcit baru RON95, RON97 dan diesel sepanjang Mac masing-masing RM1.95, RM2.25 dan RM 1.95 seliter.

Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 2015,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan, katanya, akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun.

APABILA PAS TIDAK DIUNDANG TURUT SERTA AMAT NYATA HIMPUNAN KITA LAWAN KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.



Kurang daripada 180 orang hadir untuk perhimpunan ‘Kita Lawan’ yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo, petang tadi.

Kehadiran anggota polis berjaya mengawal suasana dan laluan trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perhimpunan berkenaan diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Pihak polis tidak mengeluarkan permit kepada penganjur.

Sekumpulan peserta bergerak ke KLCC selepas berhimpun di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum itu.

Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, dalam perhimpunan itu menekankan pihak Pembangkang akan meneruskan kempen walaupun dihalang oleh pihak berkuasa.

“Tiada siapa yang cedera atau diancam. Ini adalah kuasa dan hak rakyat. Kami akan melindungi hak kami seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

“Tiada siapa yang boleh beritahu kita bila dan di mana kita boleh berhimpun.”

Dalam ceramahnya, Tian Chua berkata polis perlu memahami mereka (rakyat) kerana polis juga sebahagian daripada rakyat.

Turut hadir adalah Ketua AMK Pusat, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tidak nampak kelibat Unit Amal Malaysia serta para pemimpin Pemuda PAS yang dikenali... Paling menyedihkan barisan Exco AMK yang baru seolah-olah meminggirkan dari mengambil bahagian termasuklah Ketua-ketua AMK Cabang sekitar Lembah Klang.

Macam ada suasana memboikot ditunjukkan.

Perhimpunan itu yang bermula jam 4 petang menyaksikan sekumpulan kecil peserta yang berjalan ke KLCC dari Sogo bersama kumpulan pancaragam yang menarik perhatian orang ramai.

INI APA KES!!!!! .. AZMIN KE SARAWAK ATAS KAPISITI KETUA KARTEL KEADILAN RAYA??????


Apakah KeADILan masih lagi berpuak-puak selepas pemilihan 2014 yang penuh dengan kontroversi dan perbalahan sehingga menggugat kestabilan dan keharmonian parti.

Mengapa perlu ada kain rentang menyambut kedatangan Timbalan Presiden KeADILan merangkap Ketua Gagasan Kartel Keadilan Raya dengan kata-kata  "HIDUP GAGASAN KEADILAN RAYA SARAWAK!"

Apakah beliau kesana atas kapisiti sebagai Ketua gagasan Keadilan Raya dan bukannya sebagai Timbalan Presiden PKR????

Inilah persoalannya yang berlegar-legar diminda para aanggota parti di akar umbi.

Masih berpuak-puak dan berkomplot serta tegar menjadi pengikut ikut kem tertentu.

Mohon respon dari pihak terbabit dan pimpinan parti juga wajar bertindak agar perpecahan tidak merebak menjadi lebih serius dan teruk.

DEWAN ULAMA TETAP PERTAHANKAN HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS.



Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas.

Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal.

Fuqaha bermaksud mereka yang menguasai ilmu fekah, faqih pula membawa erti golongan pakar berhubung nas-nas al-Quran, hadis serta budaya setempat manakala mujtahid ialah ulama yang berijtihad sehingga berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa.

“Ada segelintir pimpinan membuat kenyataan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama. Apakah tujuan kenyataan ini? Tentu bermaksud membuka gelanggang untuk menukar Presiden yang ada dalam kalangan ulama dan faqih kepada bukan ulama,” katanya.

Beliau berkata, “Sekiranya dilihat lebih jauh, ada pemimpin yang ingin memulakan gelanggang jawatan Presiden perlu ditandingi atau ingin berkempen bahawa terdapat individu yang lebih baik lagi untuk menjadi Presiden Pas berbanding Tuan Guru (Abdul Hadi).”

“Merujuk kepada Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa keutamaan untuk menjadi Presiden PAS mestilah dalam kalangan mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Kepemimpinan Abdul Hadi kini berada dalam keadaan goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan Anwarinas yang ingin menjatuhkannya sehingga ada dalam kalangan pemimpin PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mohamad untuk bertanding jawatan Presiden.

Abdul Hadi bagaimanapun masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, Abdul Hadi yang telah memimpin PAS sejak sekian lama mempunyai kemampuan untuk berijtihad dan sifat faqihnya juga diiktiraf masyarakat dunia apabila dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“PAS diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan PAS berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam,” katanya.

BETUL KE DATIN ROSMAH MANSOR BERKATA BELIAU BAYAR RM1,200 SETIAP KALI MENDANDAN RAMBUT????



Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Beliau selaku Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata,  ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Kebimbangan itu diluahkannya ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti pada 23 hb Februari yang lalu.

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.

"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya.

Susulan dari kenyataan beliau ini maka jadi riuh rendah dimedia terutamanya di laman sosial dan beberapa blog betapa Datin Seri Rosmah Mansor setiap kali dandan rambut bayar RM1,200.

Demi berlaku adil maka perlu kita lihat ucapan DS Rosmah secara keseluruhan bukannya diambil yang hujung pangkal hilang .. ambil yang pangkal hujung lesap.

Apa yang cuba mau disampaikan oleh beliau  pada pandangan Omak Kau ialah "Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

Maknanya beliau sekadar memberikan suatu contoh dimana baru sahaja mau menanyakan berapakah upahnya untuk jika beliau mahu cat rambutnya dilakukan dirumah  dan RM1,200 baginya adalah mahal sebab dilakukan dirumah bukannya dikedai.

Dia mengeluh dan merasakan tidak berbaloi dengan harga semahal itu, dan  bukannya setiap kali beliau mendandan rambut beliau terpaksa bayar RM1,200.

Fikirlah secara ikut akal logik .. siapa nak beritahu kepada dunia yang setiap kali mendandan rambut bayar RM1,200 lebih-lebih lagi dinegara ini yang cukup sensitif dengan cerita berbelanja secara boros.

Kalau nak menyerang sesiapa pun memanglah di izinkan dinegara yang mengamalkan demokrasi tetapi perlu ada batasan dalam memutar cerita sehingga mendatangkan aib.




Friday, 27 February 2015

CIKGU ISHAK SURIN SUDAH KANTOI????? ... KENYATAAN BELIAU SEMALAM BUKAN PUN MEWAKILI DAN MENDAPAT RESTU PAS KAWASAN BATU.




KENYATAAN ISHAK SURIN BUKAN PENDIRIAN PAS BATU, BERSIFAT PERIBADI & CELARU

1. Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu. Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau.


2. Dengan keupayaan Tuan Guru Presiden ‘menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa’, kami menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS sebagai Presiden.


3. Pemilihan sebagai Presiden PAS bukanlah soal ‘tokoh baharu’. Tetapi ia adalah soal menepati kriteria dan syarat yang ditentukan oleh syarak; memiliki karater al-Qawiyy dan mempunyai sifat al-Amin; mujtahid dan mujahid.


4. Tidak timbul juga soal menggantikan Mursyidul Am PAS kerana kita serahkan sepenuhnya untuk MSU untuk memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


5. Kami juga ingin membuat sedikit pembetulan fakta yang ditulis oleh Cikgu Ishak Surin. Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa bukanlah meletakkan jawatan Presiden kerana menjadi Mursyidul AM tetapi beliau menjadi Presiden dan Mursyidul Am serentak. Hanya pada hujung tahun 1988, beliau jatuh sakit dan melepaskan jawatan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, namun beliau kekal sbg Mursyidul AM.


6. Apa yang lebih munasabah ialah kami menyarankan agar Yang Berbahagia Cikgu Ishak Surin mengosongkan kerusi YDP PAS Kawasan Batu pada pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu pada April ini bagi memberi laluan kepada tokoh yang lebih berwibawa dan berkredibiliti untuk mengepalai PAS Kawasan Batu.


7. Saranan ini juga dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Ishak Surin, komitmen terhadap PAS Kawasan Batu semakin menurun, gagal mengadakan mesyuarat secara berkala dan konsisten, serta kehadiran ke mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang sangat lemah.


8. Sebagai orang lama yang berpengalaman, saranan ini tidak bermaksud kami mahu mengetepikan Cikgu Ishak Surin dalam PAS Kawasan Batu, sebaliknya mencadangkan tokoh Karismatik PAS Kawasan Batu ini diangkat lebih tinggi sebagai ‘penasihat’ kepada kami semua.


Sekian.


1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu


2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu


3. HAJAH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu


Tarikh : 27 Februari 2015 / 8 Jamadilawal 1436H


Kenyataan media diatas adalah susulan dari menyataan Ishak Surin dibawah semalam ....


KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.


2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.


3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.


4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.


5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.


6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.


7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.


HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966

26 Februari 2015

AMK PULAU PINANG DENGAN ANGKUH DAN BIADAP SERANG PRESIDEN PAS.



Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKP) menuntut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kenyataan rasmi berhubung isu ‘Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO’ yang didakwanya menjadi tanda tanya.

Timbalan ketua AMKPP, Khairil Kamarudin mendakwa Abdul Hadi sering berdolak-dalik dalam memberikan penjelasan sebenar berhubung isu itu sepatutnya memberi penjelasan.

Beliau menempelak Presiden PAS supaya “Jika terus komited bersama Pakatan Rakyat, maka berikan sepenuh komitmen kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama PKR dan DAP.”

Katanya, jika Abdul Hadi mahu mencuba nasib bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan, AMKPP mendesak agar ia dilaksanakan sesegera mungkin.

“Ia bagi membolehkan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perjuangan untuk menuntut keadilan, memulihkan kembali ekonomi negara seterusnya membela nasib rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi seharusnya sedar akan kegagalan kerajaan perpaduan pada tahun 1973 hingga 1977.

Khairil berkata bukan setakat itu sahaja malah Abdul Hadi juga perlu sedar akan kegagalannya mempertahankan Terengganu di bawah kepimpinan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 ketika menjawat jawatan sebagai menteri besar.

“Tidak lupa juga kegagalan mempertahankan Kedah pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu serta kegagalan beliau menghalang kewujudan pertandingan tiga penjuru seperti di Dewan Undangan Sungai Acheh.

Kesemua peristiwa malang ini berlaku pada era Abdul Hadi sebagai presiden PAS,” katanya.

Khairil berkata, sekiranya masalah kesihatan dijadikan faktor dan alasan, maka seharusnya pemimpin nombor satu PAS itu berundur dan memberi ruang kepada yang lain.

Thursday, 26 February 2015

ISU HUDUD ... DAP SERANG DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TERANG .. ITU DINAMAKAN POLITIK BUDIMAN.


Ini baru dinamakan politik matang .. politik budiman .. politik lestari .. politik pintar ... politik kepala dingin.

Walaupun diserang dengan ugutan mau diterajang keluar dari Pakatan Rakyat namun Dewan Pemuda PAS mengambil pendekatan bukan menyerang tetapi menerang.

Petang tadi Ketua Dewan Pemuda PAS telah mengetuai rombongan bersama-sama dengan beberapa Exco Pemuda PAS telah berkunjung ke pejabat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). Pemuda PAS menjelaskan kedudukan sebenar kanun yang akan dibentangkan  pada 18hb Mac 2015 di Dewang Undangan Kelantan.

Dalam pertemuan tersebut, Gobind Singh Deo setuju perbincangan selanjutnya akan dibawa ke pasukan teknikal undang-undang Pakatan Rakyat.




MASJID CYBERJAYA DIBUKA ESOK.




Setelah sekian lama umat Islam di Cyberjaya menunggu-nunggu untuk sebuah masjid ikonik dibuka di kawasan ini, akhirnya pembinaan masjid tersebut telahpun disempurnakan.

Kini umat Islam yang tinggal di sekitar Cyberjaya tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya kerana esok (27 Februari 2015), Masjid Cyberjaya bakal mula beroperasi.

Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula sejak April 2013 dan ia terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.

Masjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa dan ia juga merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADUN PALOH DATUK NOZULA MAT DIAH ... SEMOGA JODOH KEKAL SEHINGGA AKHIR HAYAT.




BETUL KE RON97, RON95, DAN DIESEL AKAN NAIK 20 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM 1HB MAC INI?????????



Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini.

ISU AUDIO NAK JATUHKAN PRESIDEN PAS ... MAT SABU AKAN HANYA JAWAB PADA HADI AWANG.



Selepas beberapa hari hilang daripada dicapai media, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akhirnya membuka mulut tentang isu rakaman suara yang didakwa mirip suaranya.

Beliau yang tidak mengulas lanjut tentang rakaman itu, memberitahu akan hanya memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengklasifikan isu itu sebagai masalah dalaman parti dan kenyataan media yang dihantar pagi tadi seolah-olah tidak mahu pihak lain mencampuri atau menyoal lanjut pendiriannya.

Pada 23 Februari lalu, sebuah laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ mendedahkan klip audio Mat Sabu memberikan taklimat untuk memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS.

Di samping itu, beliau turut mengulas mengenai isu desakan perwakilan semasa Multaqa Ulama Semalaysia baru-baru ini yang meminta beliau dipecat.

“Saya serahkan kepada Muktamar dan kebijaksanaan perwakilan parti itu untuk menentukannya,” katanya ringkas.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...