Sunday, 1 March 2015
SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG AGENDA MEMBANTU BUMIPUTERA ADALAH MENJADI KEUTAMAAN JANJI NAJIB RAZAK
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berikrar bahawa pentadbirannya akan terus mengutamakan agenda membantu Bumiputera untuk berjaya "selagi ada bulan dan bintang".
Tegas Najib, azam itu adalah pembaharuan kepada ucapannya sewaktu membentangkan Agenda Ekonomi Bumiputera, dua tahun lalu.
"Sebagai perdana menteri, saya beri jaminan kerajaan pimpinan saya akan terus membantu orang Melayu Bumiputera untuk berjaya.
"Saya telah menzahirkan bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional.
"Maka kita akan terus menggubal dasar, program dan tindakan yang sesuai dengan hakikat ini," kata Najib.
"Selagi ada bulan dan bintang, selagi darah Melayu ini mengalir, selagi itu wadah umat ini akan terus diperjuangkan," kata Najib lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Himpunan Melayu di Kuala Lumpur, malam ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Majlis Himpunan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad turut menyatakan taat setia bagi pihak hadirin untuk terus menyokong Najib.
"Kami berhimpun di sini dari segenap pelosok dan kelompok tanah air Datuk Seri - Melayu yang hebat, bermaruah dan berkat - untuk menyatakan sokongan kami kepada khalifah-khalifah Melayu yang Datuk Seri terajui," katanya.
Himpunan malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 orang hadirin terdiri daripada NGO, pelajar, pertubuhan silat, serta agensi kerajaan.
Ia bertemakan 'Gerakan Renaisan Melayu: Melayu Hebat, Bermaruah dan Berkat'.
Ia dianjurkan secara bersama oleh Majlis Himpunan Melayu, Universiti Teknologi Mara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Unit Peneraju Agenda Bumiputera(TERAJU) dan Biro Tatanegara (BTN).
Amanat untuk bangsa Melayu
Sementara itu Bernama melaporkan Najaib menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa itu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah.
Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.
Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.
Najib menegaskan jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.
"Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua,” katanya.
Najib mengambil kesempatan itu untuk menekankan pentingnya aspek perpaduan sesama bangsa dititikberatkan.
Menurutnya, perkara itu serta perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia menjadi anak kunci dan asas masa depan bangsa dan negara yang lebih cemerlang.
Najib seterusnya menarik perhatian hadirin bahawa bangsa Melayu telah berjalan jauh dan telah melakar pelbagai pencapaian.
Namun, ini tidak menghalang beliau daripada mengajak orang Melayu untuk terus bertanyakan soalan terhadap diri mereka sendiri; "Apa kita boleh buat atas nama orang Melayu? Apa kita boleh menyumbang?"
Menurutnya persoalan itu perlu difikirkan oleh bangsa Melayu kontemporari kerana mereka kini tidak boleh lagi bergantung harap kepada kerajaan semata-mata untuk lebih berjaya dan menjamin masa depan mereka.
"Kita tidak mahu lihat orang Melayu dihina, orang Melayu diperlekeh. Kita mahu orang Melayu menjadi bangsa disegani, dihormati dan bermaruah," katanya ketika menyampaikan ucapan yang diselangi tepukan dan sorakan tanda sokongan daripada hadirin yang membanjiri stadium itu.
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan akan sentiasa memainkan peranan sebagai fasilitator dalam menyediakan ruang untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera mencapai kejayaan.
Bagaimanapun, beliau berkata hanya mereka yang mempunyai komitmen, kebolehan dan merit sahaja akan berjaya.
Najib berkata ini dibuktikan dengan kehadiran pemimpin Melayu yang telah berjaya di perhimpunan ini termasuk golongan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peneraju institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Bagaimanapun, Najib, yang juga Presiden UMNO, memberikan peringatan berikut: "Perjalanan orang Melayu masih jauh. Saya akui banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita perlu insaf dan sentiasa melakukan penambahbaikan."
Dalam pada itu, respons yang ditunjukkan peserta perhimpunan di dalam stadium sewaktu perdana menteri menyampaikan amanatnya nyata positif sejak awal hingga akhir acara.
Setiap kali Najib lontarkan persoalan yang mencabar minda atau kenyataan yang membakar semangat, mereka menyambut dengan sorakan padu sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bagi.
Majlis yang bermula secara rasmi dengan nyanyian penuh bersemangat lagu kebangsaan 'Negaraku' itu turut menyaksikan ribuan peserta menyahut seruan dan lafaz waad (janji luhur) yang dibacakan Pengerusi Sekretariat Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad, yang juga Setiausaha Agung MPM.
"Kami semua berhimpun di sini dari segenap kelompok seluruh pelusuk tanah air, terdiri dari Melayu yang hebat Melayu yang bermaruah, dan Melayu yang berkat.
"Kami berhimpun di sini untuk nyatakan sokongan kepada kepimpinan yang PM terajui. Kami semua bangsa Melayu hebat bermaruah dan berkat," laungnya.
Antara tetamu yang turut menghadiri perhimpunan itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Awang Sariyan dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.
Dalam perhimpunan itu, Najib turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman penubuhan Koperasi Majlis Perundingan Melayu Berhad oleh Amanie Corporate Advisor Sdn. Bhd., kepada MPM.
Beliau turut menerima memorandum cadangan bagi penubuhan Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Islam daripada anggota jawatankuasa MPM, Tan Sri Mohamed Yusof Mohamed Noor.
Warkah Waad
Sementara itu, Najib mengetuai peserta Perhimpunan Perpaduan Melayu menandatangani Warkah Waad (Janji Luhur) Misi Melayu Abad ke-21 sebagai peringatan bagi memastikan negara dipimpin ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang adil dan saksama.
Kandungan dokumen itu antara lain menyebut bahawa dalam mendepani cabaran era globalisasi termasuk dari segi geopolitik dan ekonomi, pendekatan misi Melayu harus berpaksikan ciri-ciri Melayu global yang berfikiran futuristik dan bersikap kompetitif.
Mereka juga perlu menjadi golongan berilmu, menguasai teknologi dan mempunyai jati diri kental.
"Bangsa Melayu global juga perlu menghormati kelainan kaum, bangsa danmanusia sejagat," kata dokumen itu.
Ia turut berkata bahawa peradaban Islam dan peradaban bangsa Melayu bolehmenjadi landasan bagi segala bentuk pemerintahan negara dan pembangunan bangsa.
Menurut kandungan janji itu, keluhuran peradaban Melayu-Islam memberikelebihan dalam usaha memastikan kelangsungan warisan peradaban bangsa Melayu di masa hadapan selaras keagungannya di masa lampau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
La.... Program syok sendiri rupanya...
ReplyDeleteAbih tu kau ingat ape? Tak kan nak buat program syokkan orang lain!!
DeleteDapatlah bantuan buku teks ngan yuran anak sekolah.........
DeleteCina pun dapat jugak...heeee
kalau kita rajin buat perhimpunan macam ni, kita akan lebih kerap mendengar janji2 dari pemimpin atasan. Tapi jangan harap sangatlah sebab dapatnya belum tentu.
DeleteJanji selagi ada bulan dan bintang aku akan rembat harta negara.
DeleteMelayu blh buat semua tapi semua syarikat2 besar d malaysia d berikan pada bangsa asing seperti robert kuak, ananda krinand dll..
ReplyDeleteHassan Ali dengan Beraim Katak ada datang ke?
Deletekalau betul nak bantu melayu, bagilah projek kat hasan, brahem dan zul nodin.....
DeleteBila bertemu di MAHSYAR nanti adakah ajenda MELAYU atau bangsa dsoal selidik fikir2kan lah....Rasullah SAW pun xmengagongkan bangsa ARAB tapi ADEEN ISLAM menjadi agenda baginda....wallahualam
ReplyDeleteha.ha.ha mana ada bangsa arab pada zaman nabi muhamad s.w.a yg ada kaum kuraisy yg nabi banggakan dan juga bangsa kritik oleh nabi sendiri ,lupa pesan ia nabi ada bangga pada sikap orang syria dan orang yaman adakah dengan mengagong bangsa sendiri dan bangsa lain itu salah yg melakukan kebaikan adalah fikir2 kan ia kawan
DeleteBangsa arab memang ada pada zaman nabi kerana nabi sebut orang arab tiada kelebihan berbanding dengan orang bukan arab..kelebihan terletak pada takwa...bangsa arab pula mempunyai pelbagai kaum atau suku seperti badwi,jurhum,quraish,aus,khazraj dan lain lain
Deletekaum quraisy tu bangsa arab la ngok
DeleteSia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
Masih hidup lg tulang babi ni.
DeletePenyokong pkr atau umno tegar...
Deletejenis kaum macam tulang babi ni, ko bagi la apa tajuk pun, dia akan menyalak ikut tajuk dia sendiri. Jenis babi tak paham BM katakan...
DeleteHippies pun malas sokong Anuar. Buang masa Dan buanh bateri
ReplyDeletehippies sokong amno
DeletePR akan ada peluang menang PRU bila Anwar msmpus
ReplyDeleteSapa yg mampus dulu. Ajal maut siapa yg tentukan?
Deletesemoga kata2 kamu berbalik kepada diri kamu....
DeleteLaaaa Anwar tu Dah tua gayut. Bagi la jawatan kat Azmin. Takkan tua2 gila kuasa kot.
DeleteKepada Anuar cukup2lah kamu menganiaya TGNA dgn silap pluralism nepotism Dan liberalism kamu tu..
Alabgkah baik jika penyokong2 mat Matang ni pi masjid Dan tolong orang susah. Balik2 bakar lilin. Aku rasa kalau Anwar mampus Mau puak2 ni bakar mercun Dan colok.
Jgn Jadi macam tu bro. Dunia tak dapat. Akhirat pun miss.
Bagi aku Anuar ni orang terencat akal macam TuLang Besi, mso. Kedahlanie, Greenboc Dan adding saja yg suka. Orang gila memang disokong orang gila
Dah tua gayut tak semestinya mati lebih awal drp ko 1239. Mungkin esok lusa ko pergi dulu drp anwar. Kun fayakun, ingat tu!
Delete53 tahun UMNO melalak bela Melayu....yang kaya hanya tokey2 Cina dan India, raja2 dan kerabat, anak bini pemimpin..hari demi hari tanah semakinn habis dicuri mereka2 ini...adakah pemimpin UMNO hanya pandai bercakap...atau Melayu memang bebal.....percayakan UMNO sama lah percaya bahawa februari ada 30 hari...
ReplyDeleteSelama ini pkr sudah byk jual tanah rezab melayu. Singapura tergadai pun pkr punya pasal. Taukey genting..tauke gula dan tauke maxis pun pkr yg beri modal.
DeleteDalam Malaysia, bangsa cina akan salahkan pemimpin Cina bila berlaku sesuatu yang mengelapkan masa depan mereka. MCA pernah diberi kemenangan besar dan juga pernah dikuis dengan kaki dan dibakul sampahkan. Begitu juga dengan orang India tindakan mereka sama dengan orang Cina. Yang peliknya orang Melayu, satu kaum yang cacamarba. Ada hitam ada putih, ada sepet ada bundar, ada mancung ada pesek, ada kerinting halus macam obama dan ada jugalurus macam ekor kuda. Bangsa ni bila (yang sebenarnya selalu) bermasalah akan marah kat orang Cina kalau agenda besar marah pulak kat Yahudi. Sambil marah tu naik kereta Yahudi, hisap rokok Yahudi, hirup kopi Yahudi dan pakai pakaian jenama kepunyaan Yahudi. Pada hal Yahudi tak kacau pun. Lagi heran ketua-ketua Melayu tak pernah disalahkan walau pun yang sebenarnya mereka ni memang bodoh dan tak pandai jaga bangsa dan negara mereka. Asyik salahkan orang lain. Selagi orang Melayu tak berilmu, tidak membudayakan pencarian ilmu dan jadikan membaca sebagai satu agenda hidup selagi itulah orang Melayu akan mejadi kerbau kerbau dicucuk hidung. Ada otak tak berfungsi, nak berfikir tak boleh, tak mampu!! Baru-baru ini berita mengatakan 1.4 juta terlibat dengan dadah. Yang pastinya 1.39 juta ialah orang Melayu. Itulah pencapaian gemilang orang Melayu sejak memerintah sendiri dan itu pun tak akan lama kerana sedikit masa ramai Melayu akan jadi sampah masyarakat dinegara sendiri.
Deletemelayu ni bila politik dah lemah mulalah salahkan org cina.
DeleteBila melayu dah tak sokong politik melayu, mulalah kata melayu dah berpecah....pelik laa.
Tapi kan...kalu nak bersatu pun biarlah bersatu dalam satu parti yang perjuangkan Islam. Jangan la bersatu dalam parti yang berteraskan duit dan kroni
Saya suka bangat dengan Piem ni.
ReplyDeleteHarga minyak turun 21 sen lepas tu dia naik 25 sen.
Ni salah satu agenda kerajaan untuk menolong rakyat.
Tentu lepas ni harga barang akan beransur turun.
GST juga sedang menanti.
Sekian, terima kasih.
Ramai anak Melayu di ipt akn berhutang gara2 kerajaan melayu ini. Biasiswa ditiadakan. Ini kah rupanya pejuang Melayu?
DeleteDAPAT BRIM RM900 SETAHUN. UPAH SET RAMBUT RM1200 SEMINGGU. BAGUS KERAJAAN BN NI.
DeleteDulu2 semasa aku bersekolah selalu berita tv/radio sebut pelaburan2 asing yang bukan sedikit masuk melalui menterinya Rafidah Aziz tapi sekarang nak dengar sekali pun susah...tiada FDI ke sekarang ni.....kenapa pelabur global melarikan diri dari negara.....pelaburan dan pembinaan yang rancak dalam negara sekarang hampir semua dijana GLC dan konglemerat tempatan....pendapatan negara berkurangan maka gst di bebankan kepada rakyat yang sedia terbeban...wahai PM kos sara hidup makin meningkat, nilai ringit makin hari makin jatuh, barang2 keperluan dan perkhidmatan makin mahal, rasuah, jenayah makin tak terbendung, pendatang menguasai hak dan kemudahan asal milik rakyat tempatan....itu yang patut diambil tindakan bukan himpunan mengampu membodek semata yang hanya memberi keuntungan kepada beberapa kerat pengampu sahaja
ReplyDeleteJangan disebut tentang
Delete1. GST
2. Nilai ringgit jatuh.
3. Fdi
4. Indeks rasuah naik
5. Defisit.
6. Ketirisan.
7. Gadai bon negara.
Atau apa2 saja istilah ekonomi.
Tapi kalau sebut JUBOR, ha tu memang macai paham sangat.
Kito dapek nengok bulan bintang kek langit jo lah ...buek janji manih memang lh sodap jang ...hee
ReplyDeleteoi ah jib gor, hang tak payah cakap sampai berbuih mulut la, cakap saja tapi tak bikin. istihar saja nilai sekarang 1 unit asb rm4.00. apa macam, boleh ka?
ReplyDeleteLaaaa Anwar tu Dah tua gayut. Bagi la jawatan kat Azmin. Takkan tua2 gila kuasa kot.
ReplyDeleteKepada Anuar cukup2lah kamu menganiaya TGNA dgn silap pluralism nepotism Dan liberalism kamu tu..
Alabgkah baik jika penyokong2 mat Matang ni pi masjid Dan tolong orang susah. Balik2 bakar lilin. Aku rasa kalau Anwar mampus Mau puak2 ni bakar mercun Dan colok.
Jgn Jadi macam tu bro. Dunia tak dapat. Akhirat pun miss.
Bagi aku Anuar ni orang terencat akal macam TuLang Besi, mso. Kedahlanie, Greenboc Dan adding saja yg suka. Orang gila memang disokong orang gila
balik2 kalung bunga kat batu caves
Deletebalik2 main golf
Monyet sorang ni tak boleh fikir benda lain selain Anwar. Dah sah pesakit mental.ni. Pergi la berubat woooi.
ReplyDeleteTakut pada bayang2 anuar dari tuannya hinggalah penyokong2 nya..
DeleteKau sakit hati dgn nuar pe hal? Kami tgh sibuk cerita nasib melayu. 57 thn umno/ bn perintah. Apa yg umno dah buat. Nuar masuk umno thn 1982 kemudian ditendang keluar. Umno terus oerintah dan nasib melayu ttp sama. Kroni pemimpin umno makin kaya tp umat melayu msh menjadi peminta sedekah.
ReplyDeleteHanya melayu yg x berakal saja akn pilih umno.
Spt kata Mahathir...hanya melayu yg bodoh shj pilih umno.
cerita katun umno ni bila nak habis ha...orang melayu sekarang tak mampu beli rumah. Najib ni biol ke.
ReplyDeleteAku suka tengok Melayu duduk dalam kotak kasut berhimpit-himpit lepas tu pakai baju gambar dacing. Aku suka tengok budak rempit kerja dispac hantar spare part kereta, hamtar, surat, hantar bunga, itu satu kemajuan. Aku suka tengok kereta proton yang kununnya kereta orang Malaysia yang yang terlibatnya orang Melayu. Bila nak servis antar kat woksyop Cina. Itulah kemajuan dibawa oleh ameno. Ramai orang asing belajar di Malaysia, kununnya ade kualiti. Yang ramai belajar tu pak hitam dan orang asia saje. Kalau mat saleh pun mereka masuk universiti private milik orang asing dan Cina Malaysia. Tapi yang best orang asing tidak akan berani kacau ialah sektor sekutiti dan geng lalok. Kedua-dua ni adalah monopoli orang Melayu dulu, kini dan selamanya.
DeleteBukan nak sombong la....aku kalu repair aircond kereta atau ganti timing belt memang aku pergi kat woksop cina. Bukan apa...aku dah kena, 3 hari pakai dah masuk woksop balik. Tapi kalu pam tayar, aku bawak kat woksop melayu....
Delete58 tahun lama beb!! Lama sangat. Lepas tu bergerak pun mengensot. Indonesia dijangka melonjak lagi kehadapan. Thailand dan Vietnam pun begitu juga. Singapore yang memerintah sendiri lewat sedikit dari kita pun dah meluncur ke depan. Jauh sangat. Apa kata kalau orang Melayu yang hendak sangat menbangun , nak maju sangat macam negara barat, jepun dan korea, Pada PRU akan datang kita jangan undi orang bodoh (yang ramainya melayulah termasuk cikgu-cikgu yang aktif dalam parti!!). Kita undi orang Cina. Bagi mereka jadi ketua. Amacam? Ada berani ke? Kalau tidak pun selama ni mereka juga yang memerintah macam pemain wayang kulit. Yang menggerakan patung -patung. Yang kat skrin tulah pemimpin melayu!!
ReplyDeleteSepatutnya di perkayakan Institusi Tertentu untuk bsntuan pada orang Melayu. Tabung Haji ke. ASNB ke dan yang lain2 untuk jamin ekonomimasa depan Melayu. Kalau inst. ini kuat ada lah dahan tempat kita bergantung. Ini tidak. Terus membuncitkan perut kroni kroni saje. Depa ni kalau roboh ekonomi pasti cabut punya. Boleh harap ke jadi penyelamat bangsa? Wallahualam.
ReplyDeleteanon 13:29 awak patut sedar bahawa 60 peratus nilai ASNB di miliki 20 peratus pemegang saham yang kaya. yang milik saham bernilai ribuan dan jutaan rm. hanya 30 peratus nilai ASNB di milik 60 pemegang saham yang hanya ada nilai "rm 600" ke bawah seorang.
Deletewang2 simpanan tu boleh ambik dulu untuk bantu kawan2
DeleteSelagi ada bintang dan bulan itu lah janji saya. Pandai jiban buat lawak. Tapi dia tak fikir adakan boleh tunggu kita selagi ada bintang dan bulan lama lamanya janji jiban. Percapian jiban sangat bagus - pee eem yang ulong pada masa PETRONAS pertama kali rugi rm 7.7 ribu juta...... teng! teng! teng!
ReplyDeleteMana ada syarikat minyak dunia tak rugi sekarang, itu lah bila minyak naik korang mintak minyak turun sekarang bila syarikat minyak rugi korang tak ada bising itu sikap macai anwar itu 'pesan pada rafizi jangan jadi bodoh bagi semua hasil petronas pada rakyat dan beli jalan tol guna duit petronas itu rancangan rafizi dalam buku jingay, lupa ia syarikat bp dah buang perkerja di england, dan shell dah umun rugi , itu jangan terlalu bangga minyak turun sebab kita ada syarikat minyak proses minyak dan semua subsidi petronas Pun dah dibuat untuk bagi korang subsidi makanan,eletirik, tol itu pun pkr tak tahu bersyukur
DeleteMahkluk 14:28 macam ni yang saya suka.
ReplyDeleteTak tahu ekonomi tapi nak bercerita ekonomi.
Spesis ini lah yang membuatkan kami memeritah selagi ada bulan dan matahari.
Boy Putra.
JKK Kg Bintang.
Makhluk yg macam ni lah che det cakap yg bodo masuk ameno.
DeleteSpecies jenis ni tali hayatnya Isu menyalahkan Anwar saje. Benda2 lain tak mampu dah nak fikir. Pemimpin mereka maksum buat apa pun betul. Memang lingkup negara kalau berpanjangan di perintah begini dengan sikap tak mengaku kelemahan dan tak boleh terima teguran macam perangai depa ni.
ReplyDeleteSejak nuar masuk dlm .. Perangai kuat temberang dah berpindah pd najib.
ReplyDeleteSuasana meriah di luar penjara Sungai Buloh malam tadi ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok untuk hari ke-19 di balik tirai besi.
ReplyDeleteTarian singa dipersembahkan bersama paluan gendang Tahun Baru Cina di samping orang ramai bersorak.
Malah kelihatan pegawai penjara turut memerhatikannnya daripada perkarangan kawasan itu.
“Singa yang sebenar di dalam (penjara),” kata seorang penyokong Anwar yang hanya mahu dikenali sebagai Hafizan.
Seorang lagi penyokong ketua umum PKR itu, yang mahu dikenali sebagai Dineswari berkata beliau datang daripada Johor untuk ke acara nyalaan lilin tanda setiakawan dengan Anwar.
“Saya terharu dengan sokongan berterusan pada Anwar walaupun sudah lebih dua minggu beliau dipenjara,” katanya.
Sambutan Tahun Baru Cina dalam acara nyalaan lilin itu semalam dianjurkan oleh PKR Shah Alam dan Wangsa Maju.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut hadir.
“Saya tidak tahu sama ada papa dengar atau tidak semua ini.
“Kamu harus lalunya 13 pintu besi untuk ke tempat papa ditahan,” katanya.
Sudah lah pkr, anwar itu orang islam ke? atau orang kapir , dengan menyalakan lilin seoleh dia bukan islam sudah itu pkr budaya menyalakan lilin itu adalah budaya orang2 gereja
DeleteYang kalung bunga kat leher di batu caves tu pulak?
DeleteAparaaaaaaa buat tarian gerudi dangdut for Anuar sambil bakar lilin. Kah kah kah
ReplyDeletetambah dgn goyang kpop sambil kalung bunga kat depan batu caves
DeleteWooooiiii Peliwat Macai Semua...
ReplyDeleteSuka benor dengan citer LIWAT JUBOR NIEEHH...
Anak zina Melayu paling ramai di msia.
ReplyDeleteAnak Melayu paling ramai tagih dadah.
Anak Melayu paling ramai merempit.
Dah 57 thn merdeka. Hidup bangsa Melayu tak terjaga. Ni Najib bising nak tabur janji yg baru..ha..ha..ha.. kelakar...
Dan kita akan percaya se penuh hati. Bangsa kita dah selamat la tu. Jom kita tengok pergi enjoy tengok Maharaja Lawak. Dah ok la nasib bangsa Melayu tu. Penyebab utama kemunduran Melayu dah masuk kedalam. Segala2 nya di sebabkan dia. Kita maksum. Kata Mat Jenin.
Deletesebab terleka terlena dek tergelak tengok maharaja lawak la melayu jadi layu....yang kedalam tu tiada harta berbilion yang kat luar ni merembat dan merembat yang menyokong merempat
Deletelalu "sebahagian" dari bangsaku menyambut ikrar..niat dan usaha dlm mempertahankan dan membela hak yg berhak kepada bangsanya sendiri dengan celaan..fitnah..adu domba..dan prasangka buruk ... dibawakan segala "pembuktian" sejak dari merdeka tanah airnya segala macam kerosakan yg diperbuat oleh sipemerintah ... Maha Suci Allahswt ... "sebahagian" lagi dari kalangan bangsaku menyambut ikrar..niat dan usaha dari sipemerintah dengan doa kepada Allahswt disertai niat dan usaha untuk bersama2 sipemerintah dlm usaha yg baik itu ... maka aku dengan dibekalkan akal dan ilmu memilih untuk turut berdoa kepada Allahswt Tuhan Semesta Alam dengan disertai niat dan usaha mengikut kemampuan diri sendiri untuk bersama2 sipemerintah dlm membela dan mempertahankan hak yg berhak ke atas bangsaku di tanah keturunanku ini...marilah bersama dlm usaha yg direhdai Allah swt
ReplyDeleteMelayu ni bodoh dan dibodohkan berkurun-kurun. Nak maju bukannya susah sangat sampai kena bodek, jual maruah, mengemis dan mengharap bantuan orang. Pertama cari ilmu ugama dan ilmu akhirat , kedua selalu solat berjemaah, iktikad dalam hati dan perbuatan yang berkuasa ialah Allah swt bukan pas apatah lagi ameno. Jujur dalam tindakan, kepentingan ugama. Contoh, dah dekat waktu asar berentilah program apa pun solat dulu. kepentingan rakyat di jalankan kerana rakyat adalah kambing biribiri yang perlu dibagi makan diambil susu, daging dan kulit bukan disembelih sahaja.Semua disebutkan tidak ada dalam agenda melayu yang ada , aku ada kuasa aku mesti kaya, orang lain boleh mampus, boleh hisap dadah, boleh lahir anak luar nikah, boleh berjudi, boleh minum arak, boleh membodek ....aku peduli ape!!!l
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888