Thursday, 19 March 2015
SYUKUR DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI SPAD ATAS PENGUMUMAN INI .. TAMBANG KOMUTER NAIK SEHINGGA RM7.10 MULAI MEI
KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.
KTM dalam satu kenyataan berkata, perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada 1 stesen ke stesen yang lain.
Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20% bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18% hingga 26% kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19% hingga 35% bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.
Sementara itu, pengguna warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun pula akan terus menikmati tambang konsesi pada kadar 50% daripada tambang tunai yang baharu.
"Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan KTM Komuter menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek ketepatan masa perjalanan dan tahap keselesaan penumpang sejak penggunaan tren baharu enam koc mulai tahun 2012.
"Penggunaan tren baharu 6 koc yang sangat konsisten prestasinya melonjak ketepatan masa perkhidmatan KTM Komuter dari hanya 17% pada 2011 kepada 97% pada 2014," kata KTM.
Ia berkata, pelarasan tambang itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kadar baharunya turut dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kali terakhir KTM melaksanakan pelarasan tambang ialah pada Februari 2003.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini turut mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala pada mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6%.
Kenaikan tambang dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga kos termasuk kos penyelenggaraan serta demi kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.
Bermula 1 April, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar tambang baharu di semua stesen KTM Komuter, laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau mengubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Pencapaian Beban Negara yang hebat ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dari dulu, kini dan selamanya dan pertambahan kemiskinan rakyat! Hanya lembu menyokong Beban Negara !
ReplyDeleteOmak kau lagi cerdik dari rafizi. Orang perjuangkan half Rakyat macam kenaikan harga. Rafizi berok bodoh ni plak menjerit2 kutuk PAS. Duly dia fitnah TSKI.
ReplyDeleteThank you Omak Kau
Jeff Ulu Bernam
Reformist yg Originel
Penyokong tegar umno bernama jeff ulu yam @ bernam tauke babi ...diutuskan utk memecahbelahkn PR.
ReplyDeleteFuhhhh...seronok betul puak2 biru karat meraikan kenaikan tambang bas dan teksi
ReplyDeleteHadiah kerana taat setia dulu kini dan selamanya.
DeletePertama kali dalam sejarah negara setiap rakyat oku ke, budak kecik ke, ahli umno ke, pembangkang ke dll akan menerima kesan terus dari kenaikan harga oleh GST haru ni. Perlu ingat belum pernah terjadi dalam sejarah ye. Pulak tu cukai dimasa rakyat tengah menderita di himpit oleh kenaikan harga barangan sebelum GST lagi. Apa la yang kerajaan fikirkan ni. Giller sungguh. Agaknya memang sengaja nak kalah kut. Atau pun yakin sangat Melayu akan masih menyokong walau pun perut kosong. Yakin sangat ke tu.
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888