Sunday, 22 March 2015
PEGUAM ERIC PAULSEN DITAHAN POLIS KERANA DIKATAKAN PERSENDA HUDUD MELALUI AKAUN TWITTERNYA.
Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen ditangkap di Kuala Lumpur hari ini, menurut peguamnya Melissa Sasidaran dalam satu posting di akaun Twitter.
Beliau berkata, polis merampas telefon Paulsen dan akan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.
"Polis berada di sini di #ArtForGrabs untuk menangkap @EricPaulsen101 dan merampas telefonnya," tulisnya dalam tweetnya merujuk kepada satu program yang melibatkan hasil karya seni.
Ia diikuti tweet berikutnya: "@EricPaulsen101 akan dibawa ke Dang Wangi tidak lama lagi untuk disiasat kerana didakwa menghasut berhubung tweet #MansuhAktaHasutan."
Sasidaran berkata, Paulsen ditangkap di kawasan bawah tanah Dataran Merdeka pada jam 4.50 petang ini ketika beliau menghadiri program Arts For Grab itu.
"Dia ditangkap kerana melanggar Akta Hasutan tetapi butirannya masih tidak lengkap," katanya.
Beliau berkata polis tidak akan merekodkan kenyataan Paulsen hari ini dan mungkin akan menahannya dalam lokap polis sementara menunggu perintah reman esok pagi.
Tangkapan itu dipercayai dibuat selepas satu siri tweet oleh peguam hak asasi manusia itu, mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberitahu portal berita The Rakyat Post, Paulsen perlu "berhati-hati menjaga tabiatnya dan mulutnya" ketika membuat komen berhubung isu sensitif seperti agama.
"Siapa Eric Paulsen untuk mempersoalkan sama ada undang-undang hudud itu adil atau tidak? Ia satu isu sensitif, kenapa hendak mempersoalkannya?
"Saya akan mengkaji semula tweet yang ditulisnya dan pihak polis akan mengambil tindakan," beliau dipetik berkata.
Menurut laporan itu, tweet Paulsen berbunyi: “Do not simply believe that everything will be okay with hudud implementation – no basis that hudud will run smoothly in Malaysia” (Jangan dengan mudah percaya segala-galanya akan okay dengan pelaksanaan hudud - tiada asas mengatakan hudud akan berjalan lancar di Malaysia), mengundang kemarahan pengguna laman sosial Twitter.
Ada antara mereka yang meletakkan tag nama Khalid di akaun Twitter beliau @KBAB51 pada komen mereka.
Menurut laporan itu, Khalid kemudiannya menjawab mengatakan: "PDRM melihat dengan serius komen mengenai agama oleh mereka yang bukan pakar mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
Dah la nepotism, penghasut plak tu
ReplyDeleteKpd Wan jijah kipas satay, baik kao berhenti sbg president PKR kerana kao sudah menghina Rakyat Kelantan.
Don Gua Musang
Reformist Kelantan
Semua orang pantai Timur Dari Bangkok sampai mersing menyampah dgn Wan Jijah Kipas Satay Kajang d Bini mat matang.
ReplyDeleteWan jijah menentang aspirasi Rakyat kelantan
Melayu bodoh si aishah yg menunjukkan jalan kepada org bukan islam utk menghina hudud.
ReplyDelete