Saturday, 28 March 2015
LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP TINDAKAN MELAMPAU SEORANG GURU MENGAIBKAN ENAM MURID DENGAN DIARAH MEMBUKA SELUAR KETIKA MENGIKUTI SESI PEMBELAJARAN KERANA TIDAK MEMAKAI SELUAR SUKAN.
Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.
Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaan tidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.
Dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.
Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.
Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.
“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.
“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.
“Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.
Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.
“Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.
“Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya.
Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.
“Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.
“Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.
Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajaran anak saya pada masa depan,” katanya.
Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut.
“Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.
“Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakan yang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.
“Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya.
Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang,” katanya. Katanya, pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ini semua hasil didikan pkr Ketika bersih dulu sebab suka sangat tunjuk jubur ,itu jadinya
ReplyDeleteIngat kes sjkc juga murid2 di suruh makan rumput di hasil didikan dap supuya besar nanti jadi lembu
murid2 mckk pula hasil didikan anwar sebab suka menipu dan suka meliwat itulah hasil didikan anwar.
Sokong,
DeleteSebelum lahir PKR , sebelum 1998 dulu, kes seperti ini tak pernah berlaku.
Kementerian Pendidikan perlu mengambil tindakan tegas terhadap guru ini.
Mungkin ini satu sabotage untuk memalukan kerajaan.
Guru sukan tu nk tgok jubo je sebenarnya yg mana ada iras2 jubo saiful abes la..
ReplyDeleteSatu hari di kelas 6C
ReplyDeleteC. Suhaimie: woi azman esok hang nak keja apa ni dah la bodo belajaq malas, keja main, main, main?
Azeman: keja cikgulah, buat apa belajaq rajin2 buat rugi kena bayaq ptptn, susah nak cari kerja, baik belajaq main2 pahtu masuk maktab jadi guru.
Usop: btul akak sye 3 kredit je die masuk KU.. grad trus dpt KPM. Bdk U betul pun susah dpt so watpe belajar rajin2.
budak2 lain: btoi jugak kepimpinan melalui teladan, cikgu mengajar la sorg2. Jom main kawan2.
c. Suhaimie: grr bengang (btoi juga aku jgn kata SPM cabok, UPSR taik pun tak mampu dapat semua A!) kui kui kui
...
“Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Lesson1
ReplyDeleteSeseorg bertindak mengikut tahap ilmu...so boleh kita buat inferens jika guru berkenaan bertindak sedemikian, maka
(i) ia kekurangan ilmu dlm bidang psychologi kanak-kanak.
(ii) ia tidak baca kandungan Akta Kanak-Kanak
(iii) pengurusan sekolah kurang beri panduan & bimbingan nasihat ttg selok-belok mengawal emosi bila berhadapan dgn kerenah kanak-kanak.
Lesson 2
Ibubapa berkenaan wajar buat laporan rasmi jika tindakan guru sekolah bertentangan dgn semangat Akta Kank-Kanak.
Ni klu anwar nampak murid2 tgh bogel...naya. Tambah lg 10 tahun dlm penjara...
ReplyDeleteoi pukimak kau ingat kelakar ke apa. Ni mesti anak pelacur sundal.
Delete