Thursday, 26 March 2015
APAKAH WAJAR AZMIN BERKATA DAN BERSIKAP SOMBONG LAGI ANGKUH KEPADA ANGGOTA AKAR UMBI KEADILAN YANG MENYOKONG HUDUD??????
'Saya pun tak kenal siapa (Naib Ketua PKR Rasah). Entah siapalah'. Demikian reaksi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika ditanya soal pengumuman Naib Ketua Cabang Rasah, Norizam Yassin yang sebulat suara menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, pendirian parti sudah jelas apabila PKR mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan hukum hudud.
"Ini bukan soal individu. Parti sudah buat keputusan. Kalau 'you' nak tanya, kita ada 500,000 anggota...jadi susahlah. Parti punya pendirian jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Norizam Yassin memberitahu walaupun mereka sedar keputusan menyokong enakmen Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membelakangkan partinya namun ia dibuat kerana kesedaran sebagai seorang Islam.
Beginikah cara seorang pemimpin bertaraf Timbalan Presiden merangkap Menteri Besar negeri termaju dan terkaya berbicara dan menjawab soalan yang diajukan wartawan????
Tidakkah ianya berbunyi macam pemimpin sombong, angkuh, besar kepala dan berlagak gayanya????
Sebelum ini pun Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali pernah meluahkan kata-kata yang serupa kepada bekas Setiausaha Politik dan Mantan CEO MBI Selangor Puan Faekah Hussin.
Jadi kalau dengan Faekah yang mustahil beliau tidak kenal sanggup berkata dia tidak kenal, apa lah sangat pemimpin Keadilan peringkat Cabang, sudah pasti sebelah mata pun dia tidak pandang.
Bab ini sikap dan cara Dato' Seri Anwar Ibrahim bila berdepan dengan wartawan, wajar diberikan pujian .. amat savvy dan cukup berhati-hati ketika mau mengeluarkan kata-kata, tidak mau sedaya bolehnya menguris perasaan anggota parti, kerana dia tahu sumbangan anggota parti diakar umbi cukup besar dalam memperkukuhkan tiang seri parti.
Cara Azmin menjawap isu ini dikatakan amat melampau, tidak mencerminkan ianya datang dari pemimpin sebuah parti yang cukup kuat berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara demi kebenaran dan keadilan.
Walau setinggi mana pun tidak bersetuju dan meluat dengan anggota parti bawahan kerana tidak menyokong kepimpinannya, rasanya tidak perlu diberucap sedemikian secara terbuka untuk hebahan satu dunia.
Ikut hukum akal logik .. siapa jua yang bertentang pandangan dan bersongsang pendirian dengan dirinya sudah pasti akan ditempelak dengan kasar dan sombong .. itu adalah persepsi yang kini sudah terpasak dalam minda dan jiwa rakyat terutamanya kepada anggota-anggota Parti KeADILan Rakyat .. Tidak mencerminkan sebagai seorang pemimpin yang memiliki kepimpinan yang disegani dan dikagumi .. bersifat baran dan pandang hina anggota bawahan yang menegur pemikiran dan pendapatnya.
Oleh itu jangan cuba nak berbicara dan bersuara lantang dan kencang bahawa perjuangan yang dibawa oleh Parti KeADILan Rakyat adalah demi kebenaran, kebebasan dan keadilan kalau suara-suara anggota akar umbi diperlekeh dan dicemuh sebegitu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
what to expect with someone with that personality
ReplyDeleteGua kenal Ron Jeremy. Hero tahun 80an. Gagah tu.
ReplyDeleteYg lain Gua tak kenal.
Ass Mink Ollie
Deputy President
Persatuan Stunt Man Hindustan (Dusyum bunyi)