Friday, 27 March 2015
EDISI BILA DAH TERDESAK KANTOI ... SELEPAS SETAHUN BAHARU AHMAD MASLAN KATA UTUSAN PUTAR BELIT KENYATAANNYA MENGENAI PELAKSANAAN GST HANYA UNTUK ORANG KAYA SAHAJA.
Diperturunkan apa yang Utusan Malaysia cetak setahun lalu mengenai kenyataan Ahmad Maslan CGPA 3.85 ini.
KOTA KINABALU 27 Mac 2014 - Golongan berpendapatan rendah tidak perlu bimbang berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kebanyakan cukai dikenakan hanya melibatkan perniagaan yang mempunyai nilai jualan melebihi RM500,000.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai berskala biasa.
"Jadi apa yang hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST.
"Malah, pelbagai manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya ketika berucap dalam majlis taklimat GST dan isu-isu semasa kepada pemimpin pembangunan masyarakat di sini hari ini.
Ahmad berkata, GST merupakan langkah kerajaan menyusun semula struktur pencukaian negara supaya lebih cekap dan telus sekali gus mampu mengurangkan kerenah birokrasi, selain mengelak kejadian individu yang suka 'lari cukai'.
Tambahnya, pelaksanaan itu juga mampu memberi hasil atau pulangan lebih baik kepada negara, seterusnya dapat disalurkan kepada usaha menjana pembangunan negara dan membantu golongan yang memerlukan.
Selain itu katanya, GST dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam merancakkan sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara apabila pelancong ketika ini membeli barangan di negara ini dengan kadar lebih murah.
"Tiga bulan sebelum GST dilaksanakan, kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu," katanya. ... UTUSAN MALAYSIA
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140328/dn_23/Orang-kaya-sahaja-kena-GST---Ahmad
PERGH!!!!! .... nampak sangat pembelitnya si Timbalan Menteri CGPA 3.85 ini ... bila dah tercerut leher sampai tidak boleh bernafas terkantoi apabila diasak dan digasak mengenai kenyataannya setahun yang lalu, tetiba sanggup dan tergamak tuduh media rasmi UMNO,Utusan Malaysia salah lapor .. kira-kira tuduh Utusan ni memutar belit kenyataan beliau.
Punyalah sengkek cara dia nak menyelematkan diri. .. Lagi hampir mau dilaksanakan GST lagi tertekan jiwa Ahmad Maslan CGPA 3.85 ini.
Kalau Utusan dia boleh tuduh begitu .. secara ikut hukum akal logik, apa benda yang si Mamat Maslan 3.85 ini tidak sanggup lakukan.
Lagi satu, mamat 3.85 ini berjanji sebelum 3 bulan GST dilaksanakan kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu ... Tak sampai lagi satu minggu rakyat akan didera dengan GST adakah janji-janji itu ditunaikan?????
Jadi siapa yang pembelit??????
Jika dihalusi apa yang tersirat akan kenyataan Ahmad Maslan 3.85 ini jelas yang beliau menuduh Utusan sebagai media kaki putar belit yang tidak boleh dipercayai kerana kenyataan seorang pemimpin UMNO berjawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat selain Timbalan Menteri Kewangan I sanggup diputar belitnya apa jaminan kenyataan rakyat biasa tidak akan dipelakukan seperti itu malahan lebih teruk.
Ini sudah suatu persepsi yang amat buruk terbentuk sudah.
Di pihak Ahmad Maslan CGPA 3.85 beliau perlu ambil tindakan tegas keatas Utusan kerana memutar belitkan kenyataannya sehingga dianggap sebagai pembohong ... jika tidak apa yang dicetak oleh Utusan dianggap sahih dan betul.
Rakyat menunggu akan perkembangan yang amat menarik ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kita orang dah tau pun..... dua2 tu auta la.....
ReplyDeletesama je.....2x5.....
Siakap, senohong gelama ikan duri, bercakap bohong syarat jadi timbalan menteri.
ReplyDeleteYang lari cukai tetap lepas lari. No problem, rakyat boleh tolong bayarkan. Bagus betul
ReplyDeletepasaraya juga penguna juga, jadi ambil barang dari dari kilang juga kena tax 6% setiap, kilang juga penguna ambil barang mana kena supalyer juga ken tax 6% gst. ,
DeleteAku tengok dregee pkr semua bodoh belak mana tak nya belajar dari mckk
apa ko merapu ni bhai???
DeleteBesok tiada program di tempat mana2 ke , nak turun pi?
ReplyDeleteAbis.. Aku dh kena potong Cukai berjadual.. Gst pun kena lg.. Knp mamat seko ni ckp org kaya je yg kena gst.. Gaji dh la ciput.. Bengong punyer mentri cap dacing ni..
ReplyDeleteAKU PALING MENYAMPAH KAKI BODEK
ReplyDeleteAHMAD MASLAN NI DAH LA BODOH
JANGAN JADI KAKI BODEK SUDAH
NTI ORG PANGGIL AHMAD MASLAN 'BOBO'
Dato' Jib. Hang tukar la menteri ni. Dah teruk sangat ni.
ReplyDeleteKalau gst untuk orang kaya kenapa sardin kena gst tapi udang lobster tak kena pula, siapa makan sardin dan siapa makan udang lobster yg jauh lebih mahal?
ReplyDeleteGst tahap 1 = 6%
ReplyDeleteGst tahap 2 = ?%
Get tahap 3 = ?% pula agaknya? Sampai bila get 6% ini akan berterusan? Bila agaknya % ini akan naik lagi?
Petrol RON95 sampai bilakah agaknya akan dikecualikan gst? 1 thn? 2 thn? 5 thn? 10 thn?
Syarikat yg daftar gst boleh tuntut semula gst barang yg dibeli dr swasta. Kalau beli dgn kerajaan yg tidak berGST, boleh tuntut ker? Tak boleh kan? Terpaksa pulak kena naikkan harga kpd pengguna kan?
Kedai baju kecil..beli kena gst tapi tak boleh tuntut sbb bukan 500 ribu. Habis tu klu kedai kecil tak boleh tuntut gst, terpaksa naikkan harga kpd pengguna kan? Takkan kedai baju kecik nak jual rendah ikut harga asal walaupun kena gst? Kena naikkan harga kan kalau tak nak rugi?
Sorong tarik sorong tarik, paling cikai pun pengguna besar kemungkinan kena bayar sampai 18%.
Itu yang aku dapat semasa mewakili syarikat aku dlm taklimat GST drp seorang akauntan.
Kalau menteri mempunyai IQ yg tak seberapa nak cerdik tak boleh nak di bayangkan rakyat yg menyokong dan mengundi dia ni dan big boss yg bagi jawatan ni pun sama lah macam kaldai bodoh macam telor.
ReplyDeleteLps kita kutip cukai byk2 nx year ,kita shopping sakan around the world ye bang.....kata dia
ReplyDeleteMenteri ni pun kaki putar alam ...apa nak heran? Memang ahli sama dgn Abu Lahab la jawab nya....
ReplyDelete