Sunday, 22 March 2015
KISAH POLIS SELANGOR BERTINDAK KEJAM KEATAS BALU SARJAN MEMECAH MASUK DAN MEMBUANG BARANGAN BALU BERKENAAN TERJAWAB.
Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
Beliau berkata atas dasar kebajikan dan belas ihsan, balu sarjan polis itu dan tiga anaknya telah dibenarkan mendiami kuarters selama kira-kira setahun tiga bulan sedangkan mengikut peraturan perlu mengosongkan kuarters dalam masa sebulan.
Beliau menjelaskan mengikut peraturan, sekiranya seseorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluarganya yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongkan perumahan itu dalam masa satu bulan.
"Atas dasar kebajikan dan belas ihsan, Pegawai Pemerintah boleh menggunakan kuasa dan budi bicara untuk membenarkan balu mendiami perumahan kerajaan sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh kematian suami.
"Dalam kes ini, Allahyarham yang tugas akhirnya di Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 24 Dis 2013 dan sejak tarikh tersebut, balu Allahyarham dan tiga anaknya terus mendiami rumah berkenaan sehingga Selasa lepas iaitu selama lebih kurang setahun tiga bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Samah berkata demikian susulan tersebarnya gambar-gambar dan maklumat tidak tepat dalam media sosial Facebook kononnya polis bertindak kejam apabila memecah masuk dan membuang barangan balu polis berkenaan di Perumahan Polis Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.
Katanya, pada Selasa lepas polis memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu Allahyarham dan ketika itu balu tersebut berada di Ipoh.
"Barang-barang dan peralatan masih berkeadaan baik seperti perabot, sofa, pendingin hawa, peralatan dapur, barangan elektrik dan sedikit pakaian telah diasingkan di mana polis telah menyediakan sebuah lori bagi tujuan pemindahan ke mana-mana lokasi," katanya.
Beliau menjelaskan, selepas kematian Allahyarham, kebajikan balu dan anak-anaknya telah diberi perhatian sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah telah menerima pelbagai bantuan dan imbuhan dari PDRM termasuk tabung-tabung yang diperuntukkan kepada seseorang anggota polis.
"Antara bantuan dan imbuhan yang diterima ialah pembayaran Gratuiti, Insurans Koperasi Polis, Insurans Kerajaan RM18,000 dan Tabung Khairat Kematian Kontinjen Selangor RM12,000 dengan jumlah keseluruhan bantuan dan imbuhan yang diterima balu Allahyarham adalah sebanyak RM147,000 tidak termasuk derma dan sumbangan peribadi daripada kalangan pegawai dan anggota.
"Di samping itu, beliau juga menikmati wang pencen bulanan Allahyarham sebanyak RM2,333. Allahyarham juga ada meninggalkan kepada balunya beberapa harta sepencarian yang antaranya sebuah rumah di Ipoh dan sebuah kenderaan.
"Dengan jumlah imbuhan, bantuan dan pencen bulanan yang diterima sedikit sebanyak tentunya dapat membantu balu Allahyarham dan anak-anaknya meneruskan kehidupan mereka,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah sedaya upaya cuba membantu balu Allahyarham termasuk membantu mencari rumah baharu dengan mencadangkannya tinggal di flat Kayu Ara, Damansara tetapi balu Allahyarham tetap enggan berpindah.
"Walaupun kita simpati dengan nasib balu Allahyarham bersama anak-anaknya ini tetapi kita juga perlu membantu anggota kita yang menyewa di luar termasuk menyewa di setinggan dan menyewa bilik. Kita telah bagi banyak kelonggaran kepadanya untuk minta dia berpindah," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi
ReplyDeleteKeadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan
Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.
Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?
Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?
Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?
Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?
Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.
Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.
Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.
Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
De Facto PKR harus memilih samada:
1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang
Jangan jadi kuih talam
Jangan mungkir janji.
Jangan malukan parti
TULANG BADAK
Murtabak Waves
Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati
ReplyDeleteTulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.
Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.
Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.
TULANG BADAK (TB)
MURTABAK WAVES
SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)
Artikel Terlatest Dari Tulang Badak
ReplyDeleteAnuar Beraheem, De Facto yang Syubhah
Sungguh misteri status posisi Anuar beraheem.
Misteri2 tersebut adalah:
1) Perlantikan beliau sebagai De Facto masih sah walaupun tidak diketahui oleh ramai orang. Pengumuman dibuat oleh media2 Blogger Pro PASMA-CHA yang Anuar masih De Facto PKR.
2) Pengumuman hanya di buat oleh Penolong Admin Blog Hampas Kunyit. Apakah SU PKR Pusat tidak mampu membuat pengisytiharan? Apakah Ketua2 PKR sendiri tidak mampu membuat pengumuman sedangkan dlm isu MB Selangor begitu galak mahu memecat TSKI
3) Mengapakah berkata jawatan De Facto masih sah sedangkan tuan punya body dlm penjara, walaupun memang betul Anuar Beraheem difitnah
4) Melantik De Facto baru adalah cadangan yang amat popular di kalangan ahli2 dan akar umbi
5) Anuar Beraheem tidak layak menjadi De Facto kerana beliaulah yang membawa najis Nepotism ke dalam PKR. Beliaulah punca utama perpecahan dalam PKR sekarang ini
Tulang Badak@ Murtabak Waves
Kasi Forward Sama MalaysiaWaves Okey
TULANG BADAK @ MURTABAKWAVES YANG DIILHAMKAN OLEH PASMA-CHA KEPADA SAYA DEMI MEMPERJUANGKAN PEMBODEKAN, KETAHYULAN DAN KESAKSAMAAN, SELARAS DENGAN BIHUN SOP PASMA-CHA
Ssh kl orang gila babi mcm 2 ekor atas tu komen yg x sngkut paut dgn tajuk.. boleh pergi mmpus...
ReplyDeleteTlg OK tapis komen2. Menyemak betul pengomen2 cam Tulang Badak, Martabak Basi, sakai2 dari Ulu Yam dan tah dari mana2 ulu. Nak baca posting OK pun tak ada mood bila ingatkan komen2 yg buat semak otak aja. OK jgn kerana mereka semua pembaca malas nak bukan blog OK...
ReplyDeleteTolonglah emakkau ,kalau nak benarkan ulasan biarlah bertepatan dengan tajuk.Tolong jangan benarkan ulasan merapu orang gila saperti diatas.
ReplyDeleteAnak puting beliung di lumut dikesan....sudah berlaku di lumut ade seorang pengikut tegar prloeat nrgara berkuasa.....ini semua pasal prngikut nsbi lut punya pasal....
ReplyDeletePatutnya dah lama balu tersebut berambus dan bagi peluang pasangan keluarga polis lain duduk di situ. Ingat kuaters polis tu harta pusaka bapak dia ker hapa?
ReplyDeleterasa dah mcm rumah sendiri.free lak tu.sewa kat luar mahal.tapidia kena ingat anggota polis yg masih bertugasramai menunggu giliran nak dpt kan kuarters
ReplyDeleterasa dah mcm rumah sendiri.free lak tu.sewa kat luar mahal.tapidia kena ingat anggota polis yg masih bertugasramai menunggu giliran nak dpt kan kuarters
ReplyDeleteDah bertahun tahun makan duit rakyat , darah daging pun macam tu jugak tu sebab nak makan hidup free.
ReplyDeletePolis tu kan.
Ini bukan baru , rata rata semua macam tu jugak.