Wednesday, 29 April 2015

AKHIRNYA PEMUDA PAS PULAU PINANG AKUR ARAHAN PAS PUSAT ... TIADA BOIKOT DAN BANTU CALON PKR PRK PERMATANG PAUH.



Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini menukar pendirian mereka untuk tidak berkempen memenangkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata mereka memutuskan untuk mematuhi pendirian yang ditetapkan pemimpin PAS Pusat dan akan membantu Pakatan Rakyat (PR) memenangkan PKR dalam kempen PRK itu.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kerusi Parlimen itu, kubu kuat PKR yang sebelum ini disandang bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

SELURUH KABINET NAJIB MESTI BERTANGGUNG JAWAB BERSAMA MENGHADAPI SERANGAN TUN MAHATHIR JIKA TIDAK SILA LETAK JAWATAN.



Apabila Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman tidak bersetuju dengan keputusan Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai pelbagai isu, beliau bertindak letak jawatan daripada kerajaan.

Tan Sri Shahrir Samad pernah mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dengan dua Perdana Menteri, akhirnya beliau meletakkan jawatan apabila beliau tidak lagi boleh bersetuju dengan Perdana Menteri dan juga enggan menyertai Kabinet apabila ditawarkan jawatan.

Dato' Zaid Ibrahim meletakkan jawatan daripada Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau tidak bersetuju penggunaan ISA untuk menahan  pengkritik kepada kerajaan termasuk wartawan yang melaporkan kenyataan rasis seorang Ketua UMNO Bahagian .

Di Malaysia budaya sebegitu amat jarang kedengaran di amalkan, tetapi di negara-negara lain terutamanya Jepun dan Korea Selatan, sangat biasa bagi seseorang untuk meletakkan jawatan jika kita tidak boleh bersetuju dengan dasar-dasar atau tindakan Perdana Menteri negara mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini di bawah serangan agar meletakkan jawatan dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atas pertuduhan-pertuduhan yang melibatkan salah urus negara terutamanya 1MDB.

Sudah tiba masanya bahawa Kabinet mesti mengambil pendirian  tegas dan jelas mengenai desakan Tun Mahathir ini.perkara ini. Kabinet dilantik oleh Perdana Menteri dan berfungsi mengikut kehendak Perdana Menteri. Perdana Menteri mempunyai hak untuk merombak Kabinetnya, menggugurkan sesetengah ahli Kabinet, dan melantik ahli-ahli Kabinet baru. Oleh itu adalah wajar bahawa ahli-ahli Kabinet yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri meletak jawatan supaya Perdana Menteri adalah bebas untuk melantik ahli-ahli baru yang berkongsi visi dan misinya.

Ini adalah semangat sistem Westminster kerajaan di mana Kabinet bekerja dengan Perdana Menteri atau letak jawatan. Mereka tidak boleh kekal dan pada masa bertentangan dan bersongsang dengan Perdana Menteri.

Ahli-ahli Kabinet berkongsi tanggungjawab bersama ke atas semua keputusan yang dibuat atas semangat keputusan bersama (collective decision) kerana penubuhan 1MDB pun dibawa kemesyuarat kabinet untuk dibincang terlebih dahulu sebelum dirancang.

Dengan itu mereka tidak boleh kemudiannya cuba melepasdkan diri dari serangan dan tanggung jawab bersama dengan  mengatakan bahawa ini adalah keputusan Perdana Menteri secara bersendirian dan mereka tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Mereka perlu menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan meletak jawatan, bukan dengan berdiam diri dan kemudian menafikan semua liabiliti yang dilontarkan.

Tun Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun tahu akan perjalanan gaya pentadbiran yang diamalkan selama ini.

Beliau pernah beberapa kali ketika diasak mengenai sesuatu salah urus yang melibatkan pentadbirannya dahulu berkata segala keputusan dibuat ialah keputusan bersama setelah dibawa ke-kabinet untuk dibincang barulah sesuatu keputusan diambil. Sekirang ada kepincangan maka semua ahli jemaah menteri mau tidak mau mesti memikul tanggung jawab bersama.

Peliknya .. mengapa Najib seorang sahaja dia beriya-iya desak letak jawatan .. mengapa menteri-menteri lain termasuk Muhyiddin dia tidak desak????

Bangkitlah wahai para laskar kabinet Najib ketika Jeneral kamu diasak dan digasak secara ganas .. jangan bertindak main selamat demi kepentingan diri sendiri kerana takut kehilangan jawatan dan kuasa dengan sanggup membisu sambil memerhatikan dari jauh ketua kamu dihentam tanpa belas ehsan.

Pemimpin yang baik ialah sentiasa setia tenggelam timbul bersama dengan pemimpin yang angkat kamu memegang amanah dengan diberi jawatan yang mempunyai kuasa dan pengaruh.

ENGGAN NAIKKAN ELAUN GURU KAFA AZMIN DI CABAR TURUN PADANG



Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) hmelahirkan rasa kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bahawa permintaan menaikkan elaun KAFA perlu dikaji kerana wujud keadaan guru hanya mengajar antara dua hingga tiga jam sehari.

Sambil menepis dakwaan itu, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berkata kenyataan itu seolah-olah menghina guru-guru KAFA yang terpaksa bekerja lebih masa untuk berkhidmat bagi sekolah mereka.

Seperti kenyataan saya sebelum ini, guru KAFA yag mengajar sesi pagi akan masuk pukul 7.30 pagi dan mengajar hingga 12.30 tengah hari dan untuk sesi petang, 1 petang hingga 6 petang. Dari mana Azmin Ali dapat maklumat yang mengatakan kami mengajar dua, tiga jam sehari?

“Saya cabar beliau turun ke sekolah-sekolah dan berdialog dengan guru-guru KAFA,” katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Mohamed Azmin bahawa elaun KAFA tidak akan dinaikkan di Selangor tahun ini dan sekiranya ada keperluan, elaun itu akan dinaikkan tahun depan.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri buat masa ini sedang mengkaji keperluan menaikkan elaun itu agar bersesuaian dengan bebanan tugas yang dipikul guru berkenaan.

Dalam pada itu, Ekhsan menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk menaikkan elaun itu dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanya ‘gula-gula’ untuk meraih undi rakyat.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, PAS dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Betul juga cabaran guru KAFA ini ... bukankah Azmin dah beritahu satu dunia bahawa masa dia diperuntukan 80% turun padang hanya 20% sahaja duduk dalam pejabat berhawa dingin.

Tahan lori sampah sudah .. terjah tempat pelupusan sampah haram sudah ... terjun longkang tersumbat sudah ... terjah tempat pembiakan nyamuk aedes sudah ... cuci dan bersihkan longkang besar secara solo sudah ... cat rumah pangsa sudah .. sembur racuk perosak makhluk dibendang sudah .. sembur ridsect dalam bas sekolah sudah ... basuh kain batik mangsa banjir sudah .. baiki rumah mangsa banjir pun sudah  ...

Tak kanlah nak terjah tempat sekolah KAFA pun payah sangat ... terjah dan terus mengajar ..

Hanya suatu sahaja nak ingatkan .. jangan lupa bawa jurukamera dan pastikan pegawai-pegawai yang jadi tukang iring mainkan watak sekadar tengok dan jadi pak pacak seperti terjahan-terjahan yang lalu .. baru nampak real dan rakyat percaya serta kagum dan terpukau.

Tuesday, 28 April 2015

BERITA BURUK UNTUK MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCUNYA .... NAJIB TIDAK AKAN MENYERAH KALAH DENGAN MUDAH DAN AKAN LAWAN HABIS-HABISAN



Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak malam ini menegaskan beliau tidak akan menyerah kalah, malah akan mempertahankan pentadbirannya, walau diasak dan diserang dengan pelbagai kritikan daripada banyak pihak.

Berdepan cabaran paling getir sejak mengambil alih tampuk kerajaan, Najib mempertahankan pentadbirannya, dan berkata ia mendapat sokongan penuh ahli Kabinet dan mengamalkan ketelusan dalam semua perkara.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014, malam ini.

Najib ketika ini dilemparkan dengan pelbagai kritikan, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mempersoalkan pelbagai skandal yang menyelubungi Putrajaya.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN .. MELANGKAH SETAPAK KEBELAKANG TIDAK SAMA SEKALI ... NO RETREAT NO SURRENDER .. STAY FOOT AND FIGHT TOGETHER TILL THE LAST BREATH.

KEMALANGAN JALANRAYA YANG MELIBATKAN 7 KENDERAAN


Kejadian berlaku di Shah Alam .. tiada kemalangan jiwa .. punca kejadian masih disiasat .. kemalangan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

SURAT TULISAN SENDIRI ANWAR IBRAHIM MOHON SOKONGAN WARGA PERMATANG PAUH KEPADA KAK WAN.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh mengutus warkah untuk pengundi di Permatang Pauh.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis warkah itu pada 27 April lalu ketika hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan menarik diri Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Khir Johari dalam kes qazaf.

Dalam warkah itu, Anwar menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.

“Saya mohon sokongan saudara-saudari memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat,” tulisnya.

Anwar berkata, negara kini bergelut dengan pelbagai tindakan kezaliman dan mendera rakyat dengan beban cukai termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau turut menyatakan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang sering mendokong perjuangan dan usaha kerasnya menentang kerajaan.

“Saya amat hargai dukungan dan doa selama ini. InsyaAllah saya akan terus bersabar dan perkuat tekad berjuang,” tulisnya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

RESTORAN SUP KEPALA IKAN SIAKAP RM150 SEMANGKUK KENA SERBU SEBAB JUAL HARGA TERLALU MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL




Sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan, dekat sini diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Kelantan kerana menjual sup kepala ikan siakap pada harga terlalu mahal dan tidak masuk akal hingga mencecah RM150.

Serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang semalam selepas PPDNKK negeri menerima aduan orang ramai berhubung harga masakan tersebut.

PPDNKK negeri Kelantan menerima dua aduan daripada pelanggan pada 19 April lalu yang mengatakan harga sup kepala ikan siakap dijual mencecah harga RM150.

Pada 22 April (Rabu) lalu beberapa pegawai PPDNKK Kelantan telah pergi ke-restoran berkenaan untuk mencuba makanan yang dijual di situ. Seketul kepala ikan didapati dijual pada harga RM130 hingga RM150.

Sehubungan itu, PPDNKK Kelantan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada premis tersebut keesokannya.

Bagaimanapun tiada jawapan balas selepas tempoh diberikan iaitu tiga hari bekerja berakhir.

Restoran berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan diusahakan seorang lelaki tempatan berusia 50-an.

Berikutan gagal membalas notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 57 akta sama.

Mengikut seksyen itu, jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Setakat ini hanya sup itu yang dijual mahal manakala makanan lain masih pada harga berpatutan.

Siasatan dibuat dengan menilai bil serta penjualan makanan di premis ini dan hasilnya mendapati memang berlaku penjualan sehingga mencapai harga RM150.

Ini merupakan kes pertama melibatkan kepala ikan dan siasatan kes akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

PERGESERAN NAJIB/MAHATHIR ... JIKA UMNO TERSUNGKUR PAS AKAN MENJADI LEBIH SUBUR



PAS adalah parti Melayu kedua terbesar di Malaysia, dan sekiranya UMNO semakin terbabit dan tersepit dengan konflik dalaman sendiri, ekoran pergeseran antara Najib/Mahathir,  tidak mustahil PAS akan ambil peluang dan kesempatan keemasan ini campur tangan untuk menambah kekuatan dengan meramaikan penyokong dan ahlinya.

PAS secara sejarahnya yang perlu di akui oleh semua pihak ialah kehebatan luar biasanya yang amat berkesan dalam berkomunikasi dengan masyarakat kawasan tengah, ditambah pula dengan mempunyai rangkaian yang kuat dan jitu di seluruh tempat di seluruh negara. Maka sudah pasti amat  bersedia untuk mengambil peluang ini dan mahkotakan dirinya sebagai juara baru Melayu Islam yang kini gelaran tersebut disandang oleh UMNO untuk sekian lama.

Nilai-nilai tradisional PAS juga mampu memikat dan menawan hati dan jiwa raga masyarakat, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar. Mungkin ada yang berhujah bahawa PKR boleh mengisi lompang yang ditanggalkan UMNO, tetapi parti kosmopolitan itu tidak dilihat sebagai parti yang dapat memujuk warga luar bandar dimana majoriti masyarakat Melayu penjadi penghuninya dimana politik agama dan kaum masih mencengkam pemikiran mereka dari isu-isu global dan nasional seperti hak asasi manusia dan kesaksamaan. Parti KeADILan lebih diterima dan didakap oleh masyarakat bandar yang mengutamakan tatakelola kerajaan yang baik, bersih dan cekap.

Keberanian PAS mencabar status quo dengan membentangkan pindaan enakmen undang-undang syriah di DUN Kelantan baru-baru ini sebenarnya telah menaikkan imej dan integriti parti berkenaan disudut mata dan hati masyarakat Melayu/Islam secara keseluruhannya sebagai pembela sebenar Melayu/Islam.

Suatu tindakan yang dilihat betapa PAS bukanlah parti yang ikut membuta tuli kehendak dan kemahuan rakan-rakannya dalam gagasan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya mempunyai prinsip yang jelas dan konsisten dalam perjuangan.

Kita juga perlu mengambil kira bahawa antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, jentera PAS di kalangan akar umbi mungkin paling hebat dan kukuh. Untuk berperanan dalam menyampaikan mesej kepada kampung-kampung dan bandar-bandar yang lebih kecil ianya sedikit pun tidak menjadi masalah.

Sudah tentu, ini sebagai andaian sahaja kesan dan impak hasil kemungkinan kesudahan konflik yang sedang melanda UMNO kini jika tidak dibendung dan ditangani secara berhemah dan bijaksana.

Walau bagaimanapun, ia tidak mustahil PAS akan bingkas dengan pantas rebut  pada peluang ini untuk sambar bekas-bekas pengundi, penyokong, pendokong dan ahli UMNO yang terumbang ambing diperingkat akar umbi lebih-lebih lagi apabila melihat gaya kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang amat tegas dan tiada kompromi dalam mempertahan dan memperjuangkan Islam.  Dan tidak secara langsung politik Melayu yang sekian lama didakap oleh para pengkagum UMNO akan mendapat tempias dari ketegasan dan keberanian beliau. Suatu kualiti dan gelagat yang patut ada pada pemimpin.

Bila UMNO rebah tersungkur gara-gara serangan bertali arus Tun Mahathir, akhirnya PAS akan muncul sebagai pemenang.

PAS tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menggunakan apa jua kaedah dan cara untuk mencapai cita-cita hebat ini iaitu sebagai parti dominasi kaum Melayu/Islam dinegara ini.

UMNO TERSUNGKUR PAS SEMAKIN SUBUR.

BIAR GAMBAR BERBICARA ... CALON BN PRK PERMATANG PAUH YANG SENTIASA PATUH DAN HORMAT UNDANG-UNDANG NEGARA TIDAK KIRA LOKASI DAN SITUASI?????


Suatu permulaan yang cukup "baik" untuk calon BN PRK Permatang Pauh yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh Sdr Suhaimi Sabudin.

Dirakam bersama-sama dengan para petugas dengan menunggang motosikal berkempen dari ruma kerumah dengan mempamirkan teladan yang cukup dikagumi.

Sentiasa patuh, akur dan hormat kepada undang-undang negara walaupun dimana berada dan dalam situasi macam mana pun sepertimana kehendak dan seruan Rukun Negara ke-empat iaitu KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

Tahniah BN kerana bertindak bijak pilih calon yang tepat  bagi wakil BN dalam PRK Permatang Pauh kali ini.

Bila rakyat Permatang Pauh yang berfikiran waras lihat sahaja gambar diatas ini pasti mereka kagum, tersilau dan terpukau dengan calon BN yang sentiasa patuh dan hormat kepada undang-undang negara tidak kira lokasi dan situasi.

PRK ROMPIN ... BIAR GAMBAR BERBICARA .... ANAK-ANAK MUDA DAKAP PERJUANGAN UMNO/BN?????


"Bukti" jelas dengan gambar sebagai saksi berbicara betapa anak-anak muda kini berduyun-duyun dan berbondong-bondong memberikan sokongan padu jitu kepada perjuangan UMNO/BN.

Mereka walaupun masih belum layak mengundi sebab tidak cukup umur namun berasa "megah" dan "bangga" menjadikan baju T ada lambang BN sebagai pakaian harian mereka.

Bila memakai baju T ini jiwa mereka rasa tenang, tenteram dan sejuk sehingga nak pergi ke- masjid pun pakai. Punyalah mereka berasa megah dan bangga. Tidak menampakkan yang mereka dipaksa menyarungkan Baju T yang berlambangkan dacing itu.

Gelagat mereka dirakam disebuah masjid di Bukit Ibam, Rompin ketika sedang asyik dan kusyuk mendengar kata-kata nasihat dan semangat dari ikon pujaan mereka Hishamuddin Hussein.

Awal-awal mereka terdedah dengan politik .. ini dinamakan melentur buluh dari rebung .... TAHNIAH LAH BN!!!!

Monday, 27 April 2015

Jangan ketawa kuat sangat .. Samy Vellu Yang Kalah Dalam PRU 2009 lalu memberi petua macam mana BN nak menang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

SUDAH KANTOI!!! ...RUPA-RUPANYA RUMAH YANG DILAWATI HISHAMUDDIN SEMPENA KEMPEN PRK ROMPIN SUDAH LAMA TERBAKAR TETAPI TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN


Cara ianya diolah seolah-seolah paling lama baru seminggu rumah tersebut terbakar ... rupa-rupanya dah lama.

Nasib baik ada PRK kalau tidak haram ada pemimpin nak turun jengok.

Bantuan dan pembangunan perlu berterusan dan konsisten bukannya bermusim dan berpilih-pilih.

"Hishammuddin Hussein menenangkan seorang penduduk kampung apabila sebak rumahnya yang terbakar dikunjung oleh beliau di Kg. Aur Rompin." ... Friends of BN- Barisan Nasional

Aamir Otai Aur
"Admin: untuk pengetahuan itu rumah abg ipar saya. Dh lama dh terbakarnya tp tak ada pn menteri dtg lawat. Adun bkt ibam pn dtg sekali je ziarah lpas terbakar ari tu, tak ada pn bantuan rumah baru. Dorang dh lama tido rumah beratapkn langit tp kenapa sekarang br nk dtg lawat? Ohhh....dulu sebuk! Tp sekarang bila ada PRK ada masa plak nk lawat, berlambak lg isu tertunggak sejak PRU13. Kami org2 kg aur dan kawasan mukim keratong lebih tau cerita sebenar drp admin, jd tak pyh nk kaburi mata org luar dgn gmbar2 mcm ni."

BEKAS EXCO KERAJAAN PERAK DATO' HAMIDAH OSMAN DI PERINTAH OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM150,000 KEPADA KHALID SAMAD SEBAB KALAH SAMAN FITNAH.



Bekas Exco kerajaan negeri Perak Dato' Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan tersebut diberikan Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini di kamar beliau setelah mendengar hujah yang diberikan oleh peguam kedua-dua pihak.

Pada 10 Disember 2013, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan Khalid bagi mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah beliau ke atas Hamidah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat.

Di dalam keputusannya, Mahkamah Rayuan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan tiada bukti Hamidah menerbitkan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang Paderi.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hamidah memadam posting beliau itu dan cuba menafikan menerbitkannya, namun Mahkamah Rayuan memutuskan memang beliau yang menerbitkan artikel berunsur fitnah tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan taksiran ganti rugi dibuat di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam yang kemudiannya memutuskan jumlah tersebut hari ini.

Khalid diwakili Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili Tetuan Hafarizam, Wan & Aisyah Mubarak
.

EDISI KEMBANG TEKAK ... SIAPA SANGKA KILANG YANG MENYERUPAI KILANG MEMPROSES GETAH SKRAP INI ADALAH KILANG MEMBUAT FUCUK TAUHU.




Jika tidak diperhatikan betul-betul, sekali imbas gambar diatas pasti menyangka ianya sebuah kilang memproses getah skrap.

Rupa-rupa sebuah kilang memproses dan membuat fucuk tauhu yang amat menjijikkan sekali.

Kalau dilihat pada rakaman gambar-gambar diatas kilang ini pasti sudah beroperasi untuk sekian lama juga.

Lokasi di Lot 190 B, Lorong 4D, Kg Baru Subang, Shah Alam, Selangor.

Notis perintah tutup telah pun dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

RUPA RUPANYA DUA SUSPEK YANG DITAHAN POLIS KERANA SERANG DAN GANGGU KACAU PETUGAS BILIK GERAKAN PAS PRK ROMPIN UJIAN KENCING DISAHKAN POSITIF GANJA.



Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan Pas di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.

"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.

Sharifuddin berkata motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

Menyentuh mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, beliau berkata pihaknya telah memberi kelonggaran dengan membenarkan parti-parti politik memohon permit ceramah dengan notis kurang 48 jam.

Justeru, polis telah memberi kelonggaran dengan meluluskan 23 permohonan ceramah malam ini iiatu lapan permohonan oleh UMNO dan dan 15 oleh Pas, katanya.

"Sepatutnya mana-mana parti politik perlu mengemukakan permohonan 48 jam lebih awal untuk mendapatkan permit ceramah namun kita telah memberi kelonggaran bagi 23 permohonan itu yang dibuat kurang daripada tempoh sepatutnya," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 54 permit ceramah daripada kedua-dua parti politik telah mendapat kelulusan iaitu 38 permohonan oleh PAS, manakala selebihnya UMNO.

Beliau turut mengingatkan parti politik yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan program atau ceramah, kerana ceramah tanpa permit adalah menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 24b(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menjalankan ceramah tanpa permit boleh dihukum tidak lebih satu tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

BETUL KE HARGA RON97,RON95 AKAN NAIK MULAI 1 MEI INI?????



Radio karat sudah mula bercakap dan angin sudah mula bertiup kencang betapa mulai awal bulan depan harga RON97, RON95 dan diesel akan naik sekitar 15 sen seliter.

Seperti sedia maklum, harga bagi ketiga bahan bakar tersebut kini bergantung kepada pasaran dunia semasa dan ditentukan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa selepas pukul 8.00 malam Khamis 30 April 2015.

Harga Terkini RON97 RON95 dan Diesel

RON97: RM 2.25 Sen Seliter
RON95: RM 1.95 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

Harga Terbaru RON97 RON95 dan Diesel Mulai 1 Mei 2015 ( Jika benar)

RON97: RM2.40 Sen/ liter
RON95: RM 2.10 Sen/ liter
Diesel: RM2.10 Sen/ liter

Mohon respon pihak berwajib demi pencerahan dan kebenaran sebab jika ditanya Omak Kau macam tidak kena gaya dan waktunya sebab kini negara kita aada dua Pilihanraya Kecil parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin.

Sudah pasti akan ada tindak balas dengan rakyat membalasnya dipeti undi nanti rasa tidak puas hati mereka.

INILAH WAJAH PENGAWAL KESELAMATAN YANG DI HERET KEMAHKAMAH ATAS TUDUHAN MEMBUNUH SEORANG PEGAWAI BANK DI JOHOR BAHRU 2 MINGGU LALU


Seorang pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas tuduhan membunuh seorang pegawai bank di sini, dua minggu lepas.

Rosly Mohd Ismail, 44, didakwa membunuh Ho Chin Tau, 33, di tingkat 1, Bank HSBC, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, Johor Bahru kira-kira 3.40 petang, 17 April lepas.

Rosly yang berasal dari Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berbaju T putih mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Mohd Azlan Shah menetapkan 28 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Rosly mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan pisau terhadap seorang pegawai bank, R. Vasantha Devi, 54.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di alamat, waktu dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Ab Aziz menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

PERLUKAH PASMA DARI NGO BERUBAH MENJADI PARTI POLITIK BARU?????


Dalam negara demokrasi, tiada halangan dan sekatan mana-mana individu jika merasakan ada pengaruh dan sokongan untuk menubuh sebuah parti baru termasuklah Pasma tidak ada pengecualian.

Tapi bagi Omak Kau, sejarah menunjukkan sukar bagi mana-mana parti serpihan untuk bertahan. Dalam PAS kita pernah ada BERJASA dan HAMIM. Dalam UMNO kita pernah ada SEMANGAT 46.

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 ketika beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional. Ketika itu, PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini. Akhirnya PAS menarik diri daripada Barisan Nasional dan hilang penguasaan negeri Kelantan ketika Berjasa membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

BERJASA lalu menyertai Barisan Nasional, namun sokongan bagi BERJASA hilang dalam pilihan raya seterusnya. Pada 1989, ia menyertai Angkatan Perpaduan Ummah di bawah pimpinan Parti Melayu Semangat 46 hinggalah APU dibubarkan pada 1996 apabila Tengku Razaleigh mengambil keputusan menyertai UMNO semula. Sejak itu, BERJASA hanya berada di pinggir politik Malaysia serta disihkan rakyat.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, Ikatan Muslimin Malaysia menggunakan tiket parti BERJASA untuk bertanding. Pada keputusan PRU ke-13 lalu, semua calon BERJASA kalah dan ramai hilang wang deposit.

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) merupakan parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam

Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982.

Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional sehingga meninggalkannya pada 1989 untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.

Selepas Tan Sri Hj Asri Muda dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan Parti Hamim dalam muktamar Khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya telah meletak jawatan dan keluar daripada Hamim pada 17 Nov 1988.Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Hj Asri itu maka,jawatan Presiden Hamim di pangku oleh Tuan Hj Abd Wahab Yunus (Mantan MP Dungun)dari Terengganu manakala jawatan Timbalan.Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung)dari Kedah.

Dalam Muktamar Hamim pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP,dimana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin B.Wahab dan jawatan Timbalan.Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man B.Nik Mohamad dari Kelantan.

Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden Hamim maka Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada Parti Hamim dan seterusnya menubuhkan parti baru iaitu Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia(IKATAN)dimana pada akhirnya daripada parti inilah ditukar menjadi Parti Keadilan Nasional pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia tahun 1999.

Sebelum Pilihanraya Umum 1990 kepimpinan baru Hamim mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan seterusnya menyertai Angkatan Perpaduan Ummah(APU).

Tahun 1990 dan 1995 sertai Pilhanraya Umum dan kesemua calonnya tumpas dan tewas ditangan calon-calon UMNO/BN.

Kini parti itu yang logonya sebiji seketul macam PasMa diibaratkan mati tanpa kubur dan batu nisan.

Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi.

Selepas itu beberapa pengikut setia Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.

Selepas ini, Tengku Razaleigh (Ku Li) menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Tan Sri Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Tun Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.

Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.

Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.

Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Rais Yatim menyertai UMNO Baru.


Parti-parti serpihan ini tidak bertahan lama walaupun pun ditubuh dan diasaskan oleh pemimpin-pemimpin besar dan ternama.

HAMIM umpamanya ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS yang cukup sinonim dengan PAS dikala itu, sehinggakan sebut nama PAS terbayang wajah Asri Muda begitu juga sebaliknya sebut nama Asri Muda terbayang lambang PAS.

BERJASA oleh pemimpin besar PAS peringkat negeri Kelantan. Begitu juga Semangat 46.

Jika difikirkan secara logik bukan tujuan nak perleceh dan pandang rendah tetapi ini adalah kenyataan yang terang dan jelas ... apalah sangat yang menjadi peneraju PasMa ini dalam politik arus perdana negara

Justeru, jika pun Pasma tidak bersetuju dengan kepemimpinan PAS, menubuhkan parti baru untuk tujuan menyertai pilihan raya bukanlah pilihan yang baik.


Pilihan yang terbaik ialah terus berjuang dalam PAS. Jika masih tidak bersetuju dengan kepemimpinan PAS, sertai UMNO atau PKR atau pun terus berjuang sebagai NGO.

INILAH WAJAH PENGUNDI TERTUA PARLIMEN PERMATANG PAUH BERUSIA 102 TAHUN YANG AKAN KEKAL UNDI CALON PKR PRK PERMATANG PAUH NANTI




“La ni banyak jadi keliru.”

Itulah tanggapan seorang pengundi ‘super emas’ apabila ditanya mengenai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Ismail Md Aris atau lebih dikenali sebagai Chu Eh berkata, pengundi di kawasan ini ramai yang masih keliru namun yakin Parti Keadilan Rakyat dapat mengekalkan kerusi di parlimen itu.

Kekeliruan ini mungkin timbul akibat permasalahan yang timbul di antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat serta perselisihan faham mengenai isu hudud.

“Payah nak berubah, biarlah PKR menang,” katanya ketika di temui di Mengkuang di sini.

Dia yang berumur 102 tahun kini tinggal bersama anaknya dan mempunyai masalah kesihatan dan kurang daya pendengaran.

Menurutnya, rakyat di Permatang Pauh dilihat gembira dengan kekuatan lama iaitu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perkhidmatannya kepada penduduk tempatan sebagai ahli Parlimen.

“Fikir tengok la bila orang dah gembira dengan kekuatan lama,” katanya.

Ismail berkata, keperibadian Anwar yang disifatkan bermurah hati dan sering memberikan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan menjadikan Ketua Pembangkang itu disayangi.


Dia yang tinggal di Mengkuang Titi sejak tahun 1939 itu berkata, setiap kali Pilihan Raya, kawasan tersebut sering menjadi tumpun namun tiada kekecohan besar yang berlaku kecuali perbalahan kecil untuk memeriahkan keadaan.

“Dahulu saya bersama 30 rakan lain akan berbasikal untuk keluar mengundi tetapi kini semua rakan sudah meninggal dunia tetapi saya.

“Saya akan keluar mengundi dengan menaiki basikal nanti,” katanya yang pernah menerima sumbangan sebuah basikal daripada Anwar Ibrahim sebelum ini.

Walaupun pandangan mata yang kabur dan pendengaran yang kurang baik, Ismail dilihat masih kuat untuk menjalankan rutin harian dan bersemangat apabila ditanya tanggungjawabnya untuk keluar mengundi nanti.

Kerusi PRK Parlimen Permatang Pauh kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau pada 16 Mac lalu bersabit hukuman penjara yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh ialah pada 25 April, manakala pengundian 7 Mei.

Pertandingan PRK Permatang Pauh membabitkan empat calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR, Suhaimi Sabudin dari BN dan dua calon bebas iaitu Salleh Isahak dan Azman Shah Othman.

PERBEZAAN ANTARA FLASHMOB PENYOKONG PAS DENGAN PENYOKONG BN.


Cukup ketara cara dan keberanian serta keterampilan para pendokong dan penyokong PAS dan BN apabila melakukan flashmob tunjuk bantahan dalam sesuatu isu.

Penyokong dan pendokong PAS membuat flashmob sempena PRK Rompin di Tg Gemok, Rompin, Pahang bantah isu GST yang dikatakan membebankan rakyat .. berani dan selamber batu mempamirkan wajah-wajah mereka termasuk peserta warga mas.

Sebaliknya para penyokong dan pendokong UMNO/BN yang terdiri 100% anak-anak muda kecut perut, cuak dan ketar kepala lutut terpaksa menutup wajah-wajah mereka ketika melakukan flashmob bantah kenaikkan tarif air oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng di bulatan Seberangan Jaya semalam.

Sepatutnya sebagai anak muda, mesti ada darah panas berani tanggung risiko demi perjuangan ... peliknya mengapa perlu sorokkan wajah untuk buat bantahan??? Takut dikenali ke??? Sepatutnya berasa megah dan bangga sebab memperjuangkan sesuatu isu yang dekat dihati rakyat.

Inilah kumpulan anak muda yang bukan dimaksudkan oleh Allahyarham Presiden Sukarno agar berikan 10 anak muda kepada dirinya akan dia goncangkan satu dunia ... ini anak-anak muda langsung tak boleh pakai punya ... 10 juta anak muda macam ini punya kualiti menyemak dan satu sen tidak berguna sebab nak cabut rumput pun tidak mampu dilakukan.

Cukup memalukan sekali.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...