Tuesday 28 April 2015
RESTORAN SUP KEPALA IKAN SIAKAP RM150 SEMANGKUK KENA SERBU SEBAB JUAL HARGA TERLALU MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL
Sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan, dekat sini diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Kelantan kerana menjual sup kepala ikan siakap pada harga terlalu mahal dan tidak masuk akal hingga mencecah RM150.
Serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang semalam selepas PPDNKK negeri menerima aduan orang ramai berhubung harga masakan tersebut.
PPDNKK negeri Kelantan menerima dua aduan daripada pelanggan pada 19 April lalu yang mengatakan harga sup kepala ikan siakap dijual mencecah harga RM150.
Pada 22 April (Rabu) lalu beberapa pegawai PPDNKK Kelantan telah pergi ke-restoran berkenaan untuk mencuba makanan yang dijual di situ. Seketul kepala ikan didapati dijual pada harga RM130 hingga RM150.
Sehubungan itu, PPDNKK Kelantan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada premis tersebut keesokannya.
Bagaimanapun tiada jawapan balas selepas tempoh diberikan iaitu tiga hari bekerja berakhir.
Restoran berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan diusahakan seorang lelaki tempatan berusia 50-an.
Berikutan gagal membalas notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 57 akta sama.
Mengikut seksyen itu, jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Setakat ini hanya sup itu yang dijual mahal manakala makanan lain masih pada harga berpatutan.
Siasatan dibuat dengan menilai bil serta penjualan makanan di premis ini dan hasilnya mendapati memang berlaku penjualan sehingga mencapai harga RM150.
Ini merupakan kes pertama melibatkan kepala ikan dan siasatan kes akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Betullah cakap org tua2,
ReplyDeleteSiakap senohong gelama ikan duri,
Becalap bohong lama2 buka restoran siakapa dan caj mahal2
Yang percuma bihon sop PASMA yg dihidangkan di shah alam pada satu majlis di shah salam
DeleteBihon sop inilah yg terbaik untuk orang gila macam tulang besi malaysiawaves
apa hal ko ni??
Deleteapa hal ko ni??
Deleteyeaa...
Deleteapa hal ko ni??
Hahaha......mahal jgn mkn sdr beli sdr msk kan murah.....!
ReplyDeletenak masak.. xpandai...
Deleteheheh !!
Janganlah cekek darah orang......sedap sangst ke.....kalau sedap sekali pun taklah sampai bagitu mahal....
ReplyDeletesetuju !!
Deletekalu sedap..
tentunya para pembesar negara /VVIP antar pengawainya beli bungkus !!
akan disoal di akhirat nanti....maka jawablah manusia itu...
ReplyDeleteAhmad mazlan cakap kalau sup kepala ikan mahal makan sup kepala ayam..
ReplyDeleteMakan kepala ikan laa banyak-banyak, dah benda tu di tegah, makan jugak. Tu sebab yang makan semua bengong-bengong. Towkay yang untung dan boleh sembelih lagi pelanggan. Asal masak kari ke atau sup kepala ikan, melayu ramai masuk. Tu sebab melayu ramai tak cerdik. Siap sedut lagi otak ikan. Towkay restoran tu cerdik, kepala bagi pelanggan, badan aku makan. Padan muka korang.
ReplyDeleteBAGI AKU HADIS SAHIH N AYAT AL-QURAN YG MENERANGKAN MAKAN KEPALA IKAN DITEGAH??? YANG AKU TAU ORGAN DALAMAN BADAN JER...
DeleteMungkin tokey kedai tu masak ala hotel 5 star kot??? Tengok seni buih teh ais sampai melimpah2!!!!heheheh
ReplyDeleteYang percuma bihon sop PASMA yg dihidangkan di shah alam apada satu majlis di shah salam
ReplyDeleteBihon sop inilah yg terbaik untuk orang gila macam tulang besi malaysiawaves
apa hal ko ni??
Deleteapa hal ko ni??
DeleteKumpul duit haram kemudian pergi buat umrah /haji 1st class (pakej hotel mewah / privasi ) berulang kali - jawab saja lah nanti.
ReplyDeleteKepala orang di Kajang dan Permatang Pauh cuma nilai RM 2.00 jer.. tak heboh puuun? (Nilai RM 2 itu macam cerita mat despatch dalam majalah gila-gila dulu ) he..he..
Memang melampau sebab jawapan peniaga ini gerenti GST !!! Salah umnu / ameno juga... rakyat susah sebab umnu / ameno songlap ! rakyat senang dengan cukai berganda sebab guang eng dan azmin bijak memerintah ! air di Selangor sentiasa tergendala / tercemar sebab kerajaan pusat cuba hendak kelentong pkr ! Kajang banjir sebab kakwan sibuk sang at dengan cucu..ulangalik sg. buluh, la ni kena jaga permatang pauh lak...semua kena kipas ! PasDap = PasPasma = ~®
Kena lelong RM 150 !
MAT DESPATCH UJAN LA BRO..:p
DeleteOrg first time terkena mungkin x nak dtg makan lg kut ....tp kalu dh makan sekali lepas tu dtg lg makan lepas tu komplen mahal tu bodoh lh namanye ...kahkahkah...kedai ni x de tanda harga ke? ...peniaga ni ambil kesempatan ke atas kebodohon mat maslan dgn hasan malik ke ape? ...kahkahkah..
ReplyDeletecamna...?
Deleteboikot...?
saman..?
gantung lesen..?
eehhh...
warung tu ada lesen ke...?
Bila nak serbu pizza hut, Mac Donald, TGI Friday, dsb. Adakah harga dia orang berpatutan? Atau makanan barat boleh letak harga mahal tapi makanan melayu atau mamak tak boleh mahal? Ppdnkk tolong buka tudung mata.
ReplyDeleteADE KE PIZA N BEGER SEKETUL RM 150..NAK KOMEN TUH REALISTIK LA SKIT BRO...
DeletePantai Cahaya Bulan tu destinasi pelancong. Pasang bubu nak pekena pelanconglah tu.
ReplyDeleteMakanan kat kelantan rata rata murah sangat. Tak penah jumpa lagi yg macam ni kat kelantan.
Kalau kat Temerloh pahang jangan heranlah. Makan ikan patin tak tanya harga dulu, kenalah korang. Ikan patin liar sungai konon. Ikan sangkar bagi makan taik, dia boh harga RM35 sepotong. Kalau makan anak beranak, mau 200-300 kena keluar.
Mahal Betul, Paling koman pun letaklah RM 55.00, aku sanggup bayar, takkan kerana GST letak sampai RM 150.00, memang melampau!
ReplyDeleteMakan sup lain2 kepala....
ReplyDelete