Mohon Menteri Pelajaran memberikan respon atas isu dwistandard dalam mengambil tindakan keatas guru yang melakukan kesalahan yang berbeza.
Seorang melakukan kesalahan jenayah serius mencabul bukan seorang tetapi tiga pelajar berusia 12 tahun disebuah sekolah di rancangan Felda di Bera pada bulan April 2014 lalu hanya ditukarkan tempat bertugas.
Manakala seorang lagi guru yang sekadar terlibat membuat bantahan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kena pecat.
Sebagai menyahut kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan gentar berkata benar walaupun pahit ... rakyat bertanya .. ADILKAH??????
BANDAR BERA 20 April 2014 - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul
membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar
yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat
sini.
Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan
pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain
bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin.
Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas
di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar
tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti
ini,” katanya kepada Sinar Harian.
PETALING JAYA 21 Mac 2015: Mohd Nor Izzat Mohd Johari, guru yang membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dipecat.
Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.
“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”
Surat berkenaan ditanda tangan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.
Berdasarkan tarikh serahan Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.
Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.
Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan telah membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Satu hari di hari pengambilan report card,
ReplyDeleteCikgu Yuzaidi: Azeman ni kak dia tak dengar cakap, suka kacau kawan, tak bawa buku, malas bla bla bla.. (lepas 1/2 jam menyalahkan murid ).. itu sebab dia banyak gagal... sebagai ibu bapa saya harap kakak (lepas 1/2 jam menyalahkan ibu bapa) kak ada apa-apa nak cakap?
Mak Azeman: boleh kak tengok result UPSR-SPM cikgu?
Cikgu Yuzaidi: err anu anu saya ada degree taw err
Mak Azeman: pigi dah.. macam akak ni kampung sangat. Itu degree kursus kan bukan pasal cemerlang SPM. Kalau cikgu sendiri pentas kecemerlangan pun tak kenal macamana nak ajar murid-murid?
Cikgu Yuzaidi: err anu, anu kalau makcik tak suka cara saya jangan hantar sekolah kerajaan.
...............
Hoi umnu macam ini punya kualiti nak ajak cina hantar sekolah kebangsaan?
Wahai sipenyambung fitnah dan sipengadu domba ...tiada seorangpun yg diangkat untuk menjadi guru melainkan setelah diuji melalui pencapaian akademiknya..kemudian dimulai terlebih dahulu oleh sibakal guru dengan menghantar permohonan dan disaring pula melalui temuduga yg mengambil kira faktor2 yg perlu memenuhi garis panduan ..dan sentiasa pula diadakan pelbagai kursus untuk memastikan siguru supaya tidak menyimpang dari tugas hakikinya ..dlm kitaran inilah akan muncul dari kalangan guru yg menurut pada syariat dan pasti juga ada guru yg melencong ..guru yg didakwa dimakamah atas kesalahan jenayah akan ditukarkan atau digantung tugas sementara menanti penghakiman atas apa yg didakwakan terhadapnya ..jika didapati bersalah akan diambil tindakan tatatertib termasuklah dibuang kerja ( kakitangan kerajaan akan dibuang kerja jika makamah mensabitkan sitertuduh ) ... kakitangan kerajaan juga boleh dibuang kerja oleh panel tatatertib tanpa perintah makamah .. maka guru yg membantah pada PBS dibuang atas keengkarannya .. dan guru yg dituduh mencabul akan ditentukan oleh sistem perundangan (bawa ke makamah) .. sjkc.. mengambil modul pembelajaran yg tidak diiktiraf di negara ini .. maka hanya sibodoh sahaja yg akan berkata sjkc merupakan sistem pembelajaran yg lebih baik dari sistem sekolah kebangsaan ..
DeleteKo tipu... mnta pibg usulkan guru2 pamer result upsr-spm dan gambar terbaru di ppn kenyataan sekolah agar memberi motivasi kpd murid-murid. Guru kencing berdiri murid kencing manis.
Deletewah hebat betul kau ni .. apa kata kau gantung kat leher sendiri terlebih dahulu segala pencapai akademik dan kokurikulum yg pernah kau raih... barulah anak2 kau dapat motivasi yg lebih hebat .. lepas tu masuk jadi ahli PIBG kat sekolah anak kau ..mintalah semua guru di sana pamerkan pencapaian akademik mereka ..
DeleteHuhuhu aku bukan terima duit rakyat utk jadi guru knp ak nk buat begitu, kau lah yg patut buat sbb gaji kau duit rakyat bayar :)
Deleteadapun hak sirakyat yg boleh dituntut kepada sipemerintah adalah jaminan pada keselamatan jiwanya..jaminan pada harta bendanya..jaminan pada pengisian segala macam ilmu untuknya (fardhu ain dan fardhu kifayah)..jaminan pada keperluan asasnya sebagai seorang yg merdeka(kesihatan,tempat tinggal,jaringan sosial dan masyarakat,peluang ekonomi) .. dan hak sipemerintah yg wajib si rakyat tunaikan hanyalah sekadar pada doa pengampunan dan kata2 yg baik lagi mulia sifatnya (terima kasih..semoga selamat dunia akhirat..dll ) dan ia termasuk didlm sifat syukur kepada Allahswt.. maka terbatalah fahaman yg dibawa oleh carlmax(fahaman komunis) yg "mengangkat rakyat lebih mulia darjatnya dari sipemerintah) bukan rakyat yg membayar gaji kakitangan, kerajaan ..kerana sikakitangan dan sipemerintah juga adalah rakyat.. dan segala apa jua sumber kekayaan yg terbit dari wilayah yg ditadbir oleh sipemerintah (sumber alam..ekonomi..dll) terdapat hak didlmnya buat sipemerintah dan golongan yg diperintah.. syariat mengajarkan sipemimpin adalah lebih mulia dari golongan yg dipimpin..dan hakikatnya setiap manusia adalah sipemimpin (paling kecil pemimpin kepada diri sendiri..) lihat dimana duduknya kamu sebagai pemimpin terlebih dahulu ..
DeleteKo tipu...tanggungjawab pemerintah bukan sekadar sediakan sekolah cantik-cantik tetapi tenaga pengajar yg berkelayakan...ini bangunan sekolah saja cantik...tenaga pengajarnya?...pentas kecemerlangan pun x kenal...xpecaya..mnta mereka pamer result di ppn kenyataan sekolah :)
DeletePKR PAHANG KEMARUK SINDIR PAS DI PERMATANG PAUH!!!
ReplyDelete
Huh!!! Tak pasti la kenapa puak - puak PKR ni kemaruk sangat nak menyindir PAS di Permatang Pauh kerana berani memberikan desakan dan kata dua kepada mereka sebelum ini.
Mungkin diorang terasa seperti dihina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS tu sendiri. Maka sebab itu mereka tampil membuat kenyataan menyindir seperti yang dilakukan oleh PKR Pahang ni.
Hakikatnya, keengganan PAS untuk tidak membantu PKR adalah disebabkan kebiadapan serta kesombongan yang ditonjolkan oleh parti itu terhadap perjuangan parti mereka sebelum ini.
PKR jelas memperlekehkan dasar perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan dan menghina Presiden PAS secara terang- terangan serta dianggap sebagai Pengkhianat.
Maka sebab itu diorang buat telah membuat keputusan dan menegaskan pendirian untuk tidak membantu jentera PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil di Parlimen Permatang Pauh.

Tapi, lain pulak bagi puak - puak PKR di Pahang ni. Diorang pulak memang kemaruk nak turun berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. Maka, nak tak nak terpaksa la diorang menempel dengan PAS.
Namun, dari satu sudut nampak sangat yang kenyataan dari wakil PKR Pahang ni menyindir puak - puak PAS di Permatang Pauh tu sendiri. Kiranya, diorang anggap tindakan PAS Permatang Pauh tu satu tindakan yang sia - sia belaka!!!
Hukuman guru membantah PBS dan hukuman ke atas guru mencabul 3 org murid bawah umur. Tak perlu dihairankan. Dah banyak kes tonggang terbalik dalam Kementerian berkenaan. Bukan setakat hukuman terhadap guru sahaja bahkan dasar pendidikan pun mcm main jongkang jongkit. Sekejap begitu sekejap begini.
ReplyDeleteBagi bukan warga pendidik, nama jabatan tu saja pun dah cukup bikin keliru dan pening kepala. 'Sekejap Pejabat Pelajaran - sekejap Pejabat Pendidikan - sekekap balik semula Pejabat Pelajaran - esok mungkin Pejabat Pengajian pulak kot'
Tak nak komen pasal alvin babi ke ? Asyik tanya keadilan orang sahaja, adakah omakkau telus dan "begitu" sempurna dan adil ?
ReplyDeleteHe..he.. bila mulut lebih dari satu...
Kerajaan haremjaddah ...mana peduli pasal keadilan.
ReplyDeleteGuru Kafa yang menuntut janji PR PRU 13 sudah diberhentikan kerja kan.
ReplyDeleteItu umno punya kerjakah....
Bukankah guru kafa itu orang kuat PR juga.
Bila UBN buat tidak adil, kejam, zalim.
Bila Dap dan PKR buat depan mata diam sahaja.
Jelas dan nyata terus kena buang kerja, sedangkan kes MOE dibawa ke SPG dibicarakan mengikut proses.
mana lagi zalim dan kejam.....
Hakikatnya PKR dan Dap amat kejam terhadap orang melayu dan Islam mereka cuma mempwrjuangkan agama kristian dan orang bukan melayu.
Guru KAFA belum dibuang kerja bhai, Noh Omar yang cabar kerajaan selangor pecat guru berkenaan tiada kena mengena dap dalam hal ini..buka sikit fikiran sempit anda bhai yang sentiasa menyalahkan kaum lain dalam semua perkara
Deletesoalan dimana keadilan.... cari kat nuar and family..hihihi.
ReplyDeleteNak buang penjawat awam bukan le mudah weh...banyok benor kerenahnya.
ReplyDeleteKawan, dlm dunia memang begitu. Jika di puncak adalah orang yg bukan ahlinya, maka, tak boleh lawan walaupun benar, kena taat walaupun salah. Kita mentimun saja.
ReplyDeleteNamun, berdirilah dgn gagah pd kebenaran walaupun berseorangan kerana ganjarannya tidak di dunia tetapi di akhieat nanti.