Monday, 27 April 2015

ISU 1MDB ... BEKAS EXCO PEMUDA UMNO BELASAH TUN MAHATHIR KERANA CAKAP AUTA LEBIH DARI FAKTA.



1. Dulu Tun M kata dia tidak menuduh Datuk Seri Najib tetapi hanya bertanya. Tun M juga kata dia tidak menyuruh Najib meletak jawatan dan digantikan, tetapi hanya bertanya. Tun M terbukti berbohong apabila ada video yang mengesahkan dia tidak bertanya, sebaliknya membuat kenyataan mahu Najib digantikan kerana kononnya Najib mempunyai terlalu banyak skandal.

2. Dulu Tun M mendakwa duit 1MDB yang ‘lesap’ adalah RM42 bilion. Tun M bertanya ke mana wang ini pergi dan mempersoal sama ada 1MDB benar-benar mempunyai aset dan tanah? Sekarang ‘wahyu’ terbaru Tun M menyebut jumlah yang ‘lesap’ bukan RM 42 bilion tetapi hanya RM27 bilion. Tun M turut membantu menyenarai dan menganggar nilai aset 1MDB walaupun dulu didakwa kononnya 1MDB tiada aset.

3. Blogger dan cybertrooper pro Tun M pula sudah semakin keliru. Walaupun tidak faham kisah sebenar 1MDB mereka terpaksa mengubah skrip untuk disesuaikan dengan ‘wahyu’ terbaru Tun M.

4. Dalam blognya, Tun M mendakwa 1MDB sebagai syarikat dengan modal RM1 juta tidak boleh meminjam sehingga 42,000 kali nilai modalnya tanpa sandaran dan hanya boleh berbuat demikian dengan jaminan kerajaan. Tun M juga cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya.

5. Tun M nampaknya menyembunyikan fakta bahawa hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi. Tun M juga gagal menjelaskan bahawa 1MDB adalah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin kerajaan.

6. Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah dakwaan bahawa1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh 5 buah bank, iaitu Maybank (58.9 %), RHB (32.4 %), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%). Ada blogger pro Tun M yang cuba menyamakan kegagalan ini dengan kegagalan Renong-UEM (pada zaman Tun M) dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik. Hakikatnya 1MDB telah membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion telah ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

7. Dalam blognya, Tun M turut menyebut tentang isu komisen Goldman Sachs dan kadar faedah bon yang tinggi. 1MDB telah menjelaskan tentang perkara ini dan sejumlah perkara lain dalam FAQ 1MDB di laman web 1MDB. Mungkin Tun M belum berkesempatan membacanya.

8. Tun M bukan auditor yang dipertanggung jawabkan untuk mengaudit akaun 1MDB dan tidak mempunyai kuasa penyiasat seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) yang mendapat akses kepada dokumen dan transaksi 1MDB. Disebabkan itu dalam blognya Tun M sekadar mampu mencongak dan menganggar nilai pelaburan dan aset 1MDB.

9. Dalam blognya, mungkin Tun M terlepas pandang beberapa perkara seperti aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga, antaranya:-

i. pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

ii. pembinaan 3 lagi loji kuasa baru, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji Solar di Kedah

iii. pembelian 310 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga

10. Tun M juga mungkin tersalah anggar nilai aset dan pelaburan 1MDB dalam bidang hartanah, misalnya:

i. pembangunan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion dan dijangka dapat menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

ii. pembangunan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion yang dihubungi laluan Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur, salah satu stesennya dari TRX serta dapat menjadi pemangkin pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

iii. pembinaan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM bernilai RM2.7 bilion, termasuk dua lapangan terbang udara baru, iaitu 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

iv. pembelian tanah dan pembinaan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik khususnya di Pulau Pinang (9999 unit) dan di Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia)

11. Tulisan Tun M lebih banyak berbentuk dakwaan dan permainan persepsi, termasuk cubaan mengaitkan 1MDB dengan Jho Low dan Riza Aziz. Sehingga sekarang Tun M masih tidak dapat mengemukakan sebarang bukti yang kukuh tentang penggelapan wang yang dilakukan oleh kedua mereka.

12. Dalam hal ini, Petrosaudi telah menyatakan bahawa
pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan dan ia tercatat dalam akaun beraudit. 1MDB juga telah menyatakan pelaburan dalam syarikat usahasama dengan Petrosaudi ini telah ditukarkan ke dalam bentuk nota Murabaha dan dibayar sepenuhnya pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta pada tahun 2013.

13. Dakwaan tidak berasas dan permainan persepsi ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan hanya untuk menghakis keyakinan terhadap ekonomi dan kepimpinan negara. Didapati terdapat usaha berterusan memainkan persepsi negatif walaupun kerajaan telah memberi komitmen untuk melaksanakan audit forensik, siasatan oleh PAC, tidak akan melindungi pihak yang bersalah dan tidak akan mem’bail-out’ 1MDB.

14. Selain Tun M, portal pro-pembangkang juga turut berusaha menghakis keyakinan pelabur terhadap kepimpinan dan ekonomi negara. Artikel The Edge Review, yang turut disiarkan oleh Malaysian Insider menggunakan tajuk “Controversies raise Malaysia’s risk profile” menyiarkan berita bahawa agensi penarafan sedang berura-ura untuk menurunkan penarafan kewangan negara walaupun Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit bagi Institusi Agensi Penarafan Moody, Eugene Tarzimanov telah menyatakan bahawa hutang 1MDB tidak akan mengakibatkan kesan sistemik terhadap sistem kewangan dan perbankan negara kerana jaminan dan dedahan hutang 1MDB adalah terhad dan mempunyai sandaran. Kenyataan Moody ini konsisten dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar, CEO 1MDB Arul Kanda dan jawapan-jawapan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen.

15. Walaupun fundamental atau asas ekonomi negara adalah kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi negara sangat tinggi (terbukti apabila Sukuk Global Malaysia yang diterbitkan terlebih langganan sehingga RM32.8 bilion), namun ia masih boleh dirosakkan oleh khabar angin dan permainan persepsi yang negatif terhadap negara.

16. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini peranan menghakiskan keyakinan terhadap kepimpinan dan ekonomi negara dimainkan secara konsisten oleh pemimpin pembangkang dan portal pro pembangkang, tetapi kali ini nampaknya Tun M turut serta.

17. Tun M mahu batalkan GST? Adakah ini kerana auta atau fakta?

Oleh Tun Faisal Ismail Aziz

10 comments:

  1. Salam 1rasuah , 

    Pangkah BN bererti sokong GST dan disusuli dengan minyak turun secara mendadak. Percayalah sudah banyak kali terjadi bila BN menang prk esoknya minyak turun .Kalau tuan-tuan rasa kurang duit, tolong fikir orang bernasib baik dan orang kaya raya juga.bagaimana mereka nak berfoya foya, mereka nak berniaga tapi tapak berniaga dikawal puak DAPigs yang menyewakannya kepada bangsa mereka saja. Mereka nak buat kerja am tapi tempat mereka dirampas oleh Ahli Majlis dibawah kawalan pembangkang. Mereka pandai tapi tempat mereka dalam kerajaan dirampas geaduan CGPA 3.85. Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anak-anak Nurul Izzah dan cucu-cucu Wan Jihah.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1rasuah,

      heee, , terimakasih kerana tolong saya cut n paste dari blog lain masuk kesini.

      Delete
    2. jawab ia degree tak boleh pakai. isu 1mbd macai semua mana bukti kukuh buktikan nya ia. Bagi aku macai pkr hanya tak nak kerja ,hanya tahu berguling di jalah je

      Delete
  2. Copy paste dari utusan.mesia....kikikik..pakai gakk utusan kikiki....jho low tun dah kemukakan bukti dari sayu kes mahkah di london jho low mau beli 3 hotel mewah...apa yg nsk merapu lagi nih....

    ReplyDelete
  3. MEMANG SAH DAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN LAGI PEMINPIN PEMINPIN NEGARA MALAYSIA INI DARI ERA ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH YANG MEMERINTAH SELAM 22 TAHUN HINGGA KINI TELAH MELAKUKAN JENAYAH DAN DIBELA OLEH PENGUASA DIMALAYSIA TERUTAMANYE HAKIM DAN POLIS.SECARA TERANG TERANG ANAK HINDU PARIA LAKHANATULLAH YANG MEMERINTAH 22 TAHUN DALAM BANYAK CERAMAH NYE DALAM USAHA KEMPEN UNTUK MENJATUHKAN NAJIB HARAM JADAH BERSAMA MENTERI MENTERINYEH TELAH MEMBOCOR KAN RAHSIA JENAYAH YANG TELAH DIBUAT.MANA POLIS MANA PERUNDANGAN YANG ADIL DAN TERUS..ADAKAH MEREKA BACUL.KES JALIL IBRAHIM KES MEMALI KES ALTANTUYA.MALYSIA INI PEMERINTAH SAMA PENGUASA KERAJAAN SAMA MENGKHIANATI NEGAR DAN RAKYAT.KAMI SEBAGI YANG SUDAH BERUMUR KAMI DOAKAN AGAR KAMU SEMUA DILAKHANT DIAZAP DIBENCANA DIBALA DISIKSA DI DUNIA DAN AKHIRA DIATAS PERBUATAN PEMMGINAYAAN KAMU TERHADAP RAKYAT NEGARA INI.KAMI DOAKAN JUGA MOGA AKAN MUNCUL PEJUANG PEJUANG YANG BERANI MATI BAGI MENGHAPUS KAMU SEMUA .AMIN AMIN AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...semangat cam org giler,tp hrpkn org lain yg berani mati...hehehe kenapa tk lu je cai yg jd org pertama berani mati...

      Delete
    2. Apa yg kau merapu ni labu..

      Delete
  4. First kita kena faham...TDM gunakan sciece process skill dlm penghujahannya ttg isu 1MDB...so, penghujahan TDM merupakan statement inferential bukan conclusive..mungkin bekas exco tu tak begitu well verse dgn methodology berinfrens yg TDM gunapakai...itu sebab beliau agak keliru

    ReplyDelete
  5. Huru hara puak-puak ni. Macam orang bertarung dengan maut. Macam-macam cerita keluar dan macam-macam fitnah dan adu domba yang timbul. Oleh kerana yang sakit ni bela jin dan jembalang maka liat sikit nak mampus. Mata terbeliak, terbaring, nampak lemah tapi makan mak ooii seperiok habis. Itulah dia senario ameno sekarang. Macam-acam akan berlaku kerana doa orang teraniaya. Kesatuannya akan huru hara, lintang pukang dan kelam kabut. Sama-samalah kita lihat nyawanya sampai kemana. Shah Iran yang hebat bungkus!! Gadaffi yang kuat mati macam tikus, Anwar Sadat lama dah kojol. Saddam dah padam , Ceausescu mati kena tembak. PKI dah bungkus. Parti Komunis Albania dah hilang dah. Enver Hoxha yang melawan Allah swt. orang dah lupa. Giliran seterusnya akan tiba. Nasib baik LKY dah mati kalau ada mesti gelak punya. Minta-minta Othman Wok panjang umur untuk melihat punahnya satu parti yang mengamalkan dasar perkauman!!

    ReplyDelete
  6. ttg gst itu, ianya bergantung kpd tahap sosioekon....sebilangan besar masyarakt awam sosioekon bawahan & sederhana concern ttg perutism & poketism...penerangan berdasarkan banyaknya negara dah amalkan gst agak tidak begitu relevan kpd mereka,, penerangan & penjelasan pak menteri ada menjurus kpd concern ini..tetapi persepsi awal masyarakt ianya menjejaskan kedua-dua areas of concern berkenaan...dasar yg tidak compatible dgn aspirasi rakyat didahulukan memang hadapi kesukaran diterima masyarakt..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...