Monday, 27 April 2015

ISU 1MDB ... BEKAS EXCO PEMUDA UMNO BELASAH TUN MAHATHIR KERANA CAKAP AUTA LEBIH DARI FAKTA.



1. Dulu Tun M kata dia tidak menuduh Datuk Seri Najib tetapi hanya bertanya. Tun M juga kata dia tidak menyuruh Najib meletak jawatan dan digantikan, tetapi hanya bertanya. Tun M terbukti berbohong apabila ada video yang mengesahkan dia tidak bertanya, sebaliknya membuat kenyataan mahu Najib digantikan kerana kononnya Najib mempunyai terlalu banyak skandal.

2. Dulu Tun M mendakwa duit 1MDB yang ‘lesap’ adalah RM42 bilion. Tun M bertanya ke mana wang ini pergi dan mempersoal sama ada 1MDB benar-benar mempunyai aset dan tanah? Sekarang ‘wahyu’ terbaru Tun M menyebut jumlah yang ‘lesap’ bukan RM 42 bilion tetapi hanya RM27 bilion. Tun M turut membantu menyenarai dan menganggar nilai aset 1MDB walaupun dulu didakwa kononnya 1MDB tiada aset.

3. Blogger dan cybertrooper pro Tun M pula sudah semakin keliru. Walaupun tidak faham kisah sebenar 1MDB mereka terpaksa mengubah skrip untuk disesuaikan dengan ‘wahyu’ terbaru Tun M.

4. Dalam blognya, Tun M mendakwa 1MDB sebagai syarikat dengan modal RM1 juta tidak boleh meminjam sehingga 42,000 kali nilai modalnya tanpa sandaran dan hanya boleh berbuat demikian dengan jaminan kerajaan. Tun M juga cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya.

5. Tun M nampaknya menyembunyikan fakta bahawa hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi. Tun M juga gagal menjelaskan bahawa 1MDB adalah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin kerajaan.

6. Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah dakwaan bahawa1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh 5 buah bank, iaitu Maybank (58.9 %), RHB (32.4 %), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%). Ada blogger pro Tun M yang cuba menyamakan kegagalan ini dengan kegagalan Renong-UEM (pada zaman Tun M) dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik. Hakikatnya 1MDB telah membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion telah ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.

7. Dalam blognya, Tun M turut menyebut tentang isu komisen Goldman Sachs dan kadar faedah bon yang tinggi. 1MDB telah menjelaskan tentang perkara ini dan sejumlah perkara lain dalam FAQ 1MDB di laman web 1MDB. Mungkin Tun M belum berkesempatan membacanya.

8. Tun M bukan auditor yang dipertanggung jawabkan untuk mengaudit akaun 1MDB dan tidak mempunyai kuasa penyiasat seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Parlimen (PAC) yang mendapat akses kepada dokumen dan transaksi 1MDB. Disebabkan itu dalam blognya Tun M sekadar mampu mencongak dan menganggar nilai pelaburan dan aset 1MDB.

9. Dalam blognya, mungkin Tun M terlepas pandang beberapa perkara seperti aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga, antaranya:-

i. pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

ii. pembinaan 3 lagi loji kuasa baru, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji Solar di Kedah

iii. pembelian 310 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga

10. Tun M juga mungkin tersalah anggar nilai aset dan pelaburan 1MDB dalam bidang hartanah, misalnya:

i. pembangunan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion dan dijangka dapat menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

ii. pembangunan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion yang dihubungi laluan Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur, salah satu stesennya dari TRX serta dapat menjadi pemangkin pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

iii. pembinaan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM bernilai RM2.7 bilion, termasuk dua lapangan terbang udara baru, iaitu 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

iv. pembelian tanah dan pembinaan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik khususnya di Pulau Pinang (9999 unit) dan di Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia)

11. Tulisan Tun M lebih banyak berbentuk dakwaan dan permainan persepsi, termasuk cubaan mengaitkan 1MDB dengan Jho Low dan Riza Aziz. Sehingga sekarang Tun M masih tidak dapat mengemukakan sebarang bukti yang kukuh tentang penggelapan wang yang dilakukan oleh kedua mereka.

12. Dalam hal ini, Petrosaudi telah menyatakan bahawa
pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan dan ia tercatat dalam akaun beraudit. 1MDB juga telah menyatakan pelaburan dalam syarikat usahasama dengan Petrosaudi ini telah ditukarkan ke dalam bentuk nota Murabaha dan dibayar sepenuhnya pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta pada tahun 2013.

13. Dakwaan tidak berasas dan permainan persepsi ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan hanya untuk menghakis keyakinan terhadap ekonomi dan kepimpinan negara. Didapati terdapat usaha berterusan memainkan persepsi negatif walaupun kerajaan telah memberi komitmen untuk melaksanakan audit forensik, siasatan oleh PAC, tidak akan melindungi pihak yang bersalah dan tidak akan mem’bail-out’ 1MDB.

14. Selain Tun M, portal pro-pembangkang juga turut berusaha menghakis keyakinan pelabur terhadap kepimpinan dan ekonomi negara. Artikel The Edge Review, yang turut disiarkan oleh Malaysian Insider menggunakan tajuk “Controversies raise Malaysia’s risk profile” menyiarkan berita bahawa agensi penarafan sedang berura-ura untuk menurunkan penarafan kewangan negara walaupun Naib Presiden dan Pegawai Kanan Kredit bagi Institusi Agensi Penarafan Moody, Eugene Tarzimanov telah menyatakan bahawa hutang 1MDB tidak akan mengakibatkan kesan sistemik terhadap sistem kewangan dan perbankan negara kerana jaminan dan dedahan hutang 1MDB adalah terhad dan mempunyai sandaran. Kenyataan Moody ini konsisten dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar, CEO 1MDB Arul Kanda dan jawapan-jawapan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Husni Hanadzlah di Parlimen.

15. Walaupun fundamental atau asas ekonomi negara adalah kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi negara sangat tinggi (terbukti apabila Sukuk Global Malaysia yang diterbitkan terlebih langganan sehingga RM32.8 bilion), namun ia masih boleh dirosakkan oleh khabar angin dan permainan persepsi yang negatif terhadap negara.

16. Sepanjang tempoh beberapa tahun ini peranan menghakiskan keyakinan terhadap kepimpinan dan ekonomi negara dimainkan secara konsisten oleh pemimpin pembangkang dan portal pro pembangkang, tetapi kali ini nampaknya Tun M turut serta.

17. Tun M mahu batalkan GST? Adakah ini kerana auta atau fakta?

Oleh Tun Faisal Ismail Aziz

DULU BILA KERAJAAN PUSAT NAIKKAN HARGA GULA ADA MENTERI BERI ALASAN UNTUK ELAK RAKYAT KENA DIABETES DIKUTUK SEBAB HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT BERFIKIR ... YANG INI APA KESNYA????????

Masih segar bugar dalam ingatan apabila setiap kali kerajaan menaikkan harga gula akan mengguna pakai alasan sama dan serupa iaitu demi menggelakkan rakyat kena kencing manis.

Sudah pasti respon dan reaksi datang dari pemimpin PR juga konsisten iaitu jangan beri alasan yang cuba nak menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan rakyat yang berfikiran waras ... ada dikalangannya yang berkata kalau begitu alasan diberi mengapa tidak naikkan sahaja harga daging dan mentega sebab itu adalah antara punca utama penyakit serangan jantung.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng ini benar seperti diberitakan, apakah respon dari pemimpin PR?????.

Jangan pula nanti melenting, hiruk pikuk satu dunia jika kerajaan pusat naikkan tarif eletrik dengan beri alasan para pengguna dapat kurangkan penggunaan elektrik.



Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan tarif air sebanyak 16.7% mulai 1 April lepas diharap dapat mengurangkan penggunaan air, kata Lim Guan Eng

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata pihaknya memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengelak berlakunya catuan air di negeri ini.

"Kita naik (tarif air) sebab kita harap pengguna dapat mengurangkan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2015 di Empangan Air Itam, di George Town hari ini.

Pada 19 Mac lepas, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan tarif baharu air dengan kenaikan sebanyak 16.7% berkuatkuasa 1 April.

Pengurus besarnya, Jaseni Maidinsi berkata objektif utama semakan tarif air ialah bagi memudahkan pengurusan air yang lebih baik dengan mengurangkan penggunaan air bagi mengelakkan catuan.

PBAPP sebelum ini mengumumkan kenaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa 1 Sept 2013.

AZWAN ALI HINA DAN MAKI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI KERANA KALAH PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN KOLEJ BERKENAAN



Azwan Ali menghina pensyarah Kolej Komuniti Selayang dengan kata-kata kesat menjadi kecoh dimedia sosial.  Baru-baru ini Azwan Ali yang juga digelar Diva AA, telah mencetuskan kontroversi dengan menghina seorang pensyarah di Kolej Komuniti Selayang.

Menerusi laman Twitter Azwan Ali di @Azwanhjali, dia menghina pensyarah di kolej tersebut kerana telah gagal di satu program pertandingan memasak yang dianjurkan kolej tersebut, selain itu Azwan Ali menghina seorang Pensyarah dengan mengatakan yang mereka itu najis!, bukan di tahap aku(not my level), kolej jamban, berniat busuk, pensyarah melayu yang biadap, jijik, bangsat, pergi jahanam(go to hell).

Apa yang anda baca diatas bukan rekaan, ianya ditulis oleh Azwan Ali sendiri di laman Twitternya, bermacam-macam kata makian ada, seakan-akan dia sudah menghabiskan kata makian ‘terpedas’ yang terdapat di dalam Buku Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buat masa ini laman Twitter Azwan Ali telahpun dihadkan kepada follower yang telah diapprove sahaja, jadi untuk menyenangkan anda, diatas adalah beberapa keping screenshot Azwan Ali hina pensyarah.

Pedas dan berbisa ayat yang dilemparkan Azwan Ali, ada yang berpendapat tidak layak pensyarah tersebut dihina dan dimaki sedemikian, apatah lagi memalukan sebuah Institusi Pendidikan di mata umum hanya disebabkan dia kalah di dalam satu pertandingan.


Adik siapalah dia ni ek??????

PATUTKAH INI JADI ULASAN SEORANG TIMBALAN MENTERI YANG MEMILIKI SARJANA CGPA 3.85 ?????



Sungguh sukar dipercaya yang pemimpin kita berjawatan timbalan menteri boleh bercakap dan membuat cadangan sedangkal ini untuk melepaskan diri. Lepas satu satu dan satu lagi dan lagi kenyataan 'kangkung' seperti ini keluar dari mulut timbalan menteri ini.

Bagi majoriti rakyat, memang wajar sangat GST ditangguhkan, jika orang yang pernah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun seperti Tun Mahathir pun tak mampu memahami GST. Inikan pula peniaga kampung, penduduk rancangan FELDA,warga emas dan rakyat marhaen yang miskin lagi papa kedana.


Mengeluarkan kenyataan mendabik dada, angkuh lagi sombong  "SAYA BUKAN BODOH... CGPA SAYA 3.85" BERULANG KALI, ATAU MENGATAKAN ORANG LAIN "TIDAK FAHAM", TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENAMPAKKAN KITA "LEBIH CERDIK".


 Ramai para peniaga yang pening kepala dengan sistem GST. Akhirnya mereka buat keputusan serap saja GST dan angkat harga jadi tinggi.


Ada peniaga yang siap tanya... mahu "resit GST" atau "resit biasa" untuk item yang sama. Kalau resit GST harga tinggi. Tanpa GST harga rendah. Bolehkah Datuk Ahmad Maslan CGPA 3.85 terangkan di mana untung ruginya muslihat begini kepada peniaga.. juga kepada kerajaan dan pengguna???


Jangan bercakap di kerusi empuk saja. Pakai kain pelekat, naik teksi atau berbuallah dengan rakyat yang tidak tahu kita ini timbalan menteri di kedai runcit dan warung kopi.

Tanya pada rakyat tanpa iringan wartawan dan kamera TV. Tidakpun hantar wakil-wakil peninjau yang bersahaja untuk bertanya. Jangan datang pakai uniform sebagai penguatkuasa.

.
Janganlah suka mengejek-ngejek atau mempersenda rakyat yang hatinya sedang tidak selesa dan tenteram. Takut nanti masing-masing akan bertindakbalas dengan perangai 'budak-budak' macam masa kita kecil dahulu. Kau pijak kepala bapak aku, aku pijak kepala bapak engkau...

Omak Kau cadangkan agar beberapa menteri dan timbalan menteri seperti Hasan Malek, Ismail Sabri, Shahidan Kassim dan sudah pastinya Ahmad Maslan yang selalu dan kerap  mengeluarkan kenyataan 'kurang bijak' (bukannya bodoh) sebegini, bercuti dan berehat seketika dari bercakap.

Kasihan dengan  YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang turut mendapat tempias dan tempelaknya dengan kenyataan menteri dan timbalan menteri sebegini.


Sementara itu carilah ilmu, cari idea yang segar lagi membina agar kenyataan kita itu dilihat lebih 'bertenaga' bagi mengatasi masalah yang telah 'kalian cipta'.


Sesungguhnya gaya lontaran kata-kata serta bahasa badan dan wajah kalian selama ini terlalu banyak yang menguris dan menyakitkan hati rakyat.

Rakyat kini benar-benar merasa dipermainkan dan dipersenda.

Sunday, 26 April 2015

INILAH KESUDAHANNYA JIKA DUA LOT PARKIR DIKEBAS OLEH SATU KERETA


Dua-dua salah ... tuan punya kereta ini pun salah mangkuk ayun .. tukang simbah cat merah lagi salah akibat ikut perasaan amarah dan melakukan kesalahan jenayah.

Melakukan perkara yang salah demi mengajar pesalah tidak menjadikan ianya betul.

AZMIN KINI DALAM KEPANASAN ???????



Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali boleh menafikan khabar angin bahawa kemungkinan besar suatu rampasan kuasa bakal berlaku terhadapnya dari dalam partinya sendiri, tetapi realitinya ancaman itu dilihat benar dan jelas.

Azmin Ali telah menjadi anggota penting dalam PKR sejak ditubuhkan dan adalah merupakan salah seorang yang boleh dikategorikan rapat Anwar Ibrahim untuk sebahagian besar kerjaya politiknya. Hubungan yang mungkin diuji untuk sekian kali semasa krisis Menteri Besar Selangor pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, untuk sepanjang masa dia berada sebagai ahli politik pembangkang, Azmin seperti pernah yang diucapkan oleh Hishamuddin Rais @ blogger Tukar Tiub masih lagi produk hasil politik UMNO, dan kita boleh lihat ini dalam muslihat dan pencak silat gerak politiknya.

Kata-kata yang beliau mula dan sudah berjumpa,berbincang secara senyap dengan UMNO sudah mula kedengaran dihebahkan oleh corong-corong radio karat sama ada dilaman sosial maupun portal-portal tertentu menyebabkan watak dan gelagatnya mutakahir ini sudah mulai dipersoalkan oleh anggota parti.

Para pendokong dan penyokongnya melihat beliau bermula dengan sangat baik sebagai MB Selangor, dengan mengambil contoh teladan daripada Presiden Indonesia Joko Widodo mengenai cara untuk berhubung dengan orang ramai di peringkat bawah.

Maka berlakulah adegan-adegan terjah tempat pelupusan sampah, cuci dan gali longkang tersumbat, membuat semburan racun makhluk perosak dibendang, sembur Ridsect dalam bas sekolah, terjah tempat pembiakan nyamuk aedes, cuci kain batik mangsa banjir, mengecat rumah pangsa, makan nasi bungkus dan berkongsi dalam satu talam.

Kesungguhan dan keikhlasannya dalam menyelesaikan sampah tidak dikutip diteruskan dengan menghebahkan no telefon bimbitnya dengan memberi jaminan bahawa arahan khusus telah diberikan kepada semua Yang Di Pertua PBT agar masalah itu tidak lagi berlaku dengan memberi tempuh sehingga hujung tahun 2014 untuk diakur dan dipatuhi.

Sudah pasti cara dan gelagat yang dibawanya ini didepan umum mampu memikat dan memukau rakyat yang perlukan pembelaan secara langsung dengan membuang kerenah birokrasi yang merimas dan membosankan.

Tiba-tiba sejak sebulan dua ini kesemua watak-watak tersebut terus berhenti tanpa notis .. Rakyat dibawah sudah mulai mempersoalkannya.

Ketika mengambil alih jawatan MB Selangor beliau membawa bersamanya beban perjanjian air Selangor dan lebuh raya KIDEX.

Rakyat Selangor kini masih berada dalam dalam kegelapan mengenai kedua isu besar kecuali beberapa kenyataan kencang untuk menyalakan sentimen populis.

Rakyat masih tidak tahu perkembangan status semasa KIDEX, kerana projek tersebut tidak dibatalkan walaupun keengganan Selangor untuk memberi kelulusan kepada pemaju untuk meneruskan.

Perjanjian air Selangor masih diperingkat saling tuduh menuduh dan menunding jari antara Kerajaan Pusat dan Negeri, tanpa penyelesaian ada keyakinan kukuh iannya mampu diselesaikan dalam tempuh terdekat ini.

Peranan beliau dalam menewaskan bekas MB Selangor Khalid Ibrahim terperosok dalam kontroversi juga, kerana ia menjadi pengetahuan dan rahsia umum bahawa Azmin sentiasa mahu dilantik menjadi MB Selangor selepas PRU 13.

Dengan menggunakan isu Perjanjian Air dan Lebuhraya Kidex untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim akhirnya menghantui dirinya sehingga kini dan tidak nampak secara jelas yang dirinya mampu dan berkebolehan lebih baik dari Khalid Ibrahim dalam menangani dua isu besar ini.

Yang menjadi perbualan diakar umbi kini ialah sudah wujud 2 kem dalam Parti KeADILan Rakyat antara kem yang diketuai Kak Wan dan Nurul Izzah dengan Kem yang diketuai Azmin sendiri.

Kesetiaan sudah mula dipertikaikan .. kepentingan diri dan menjaga kroni serta penyokong kuat dilihat sudah mula berlaku dan berkembang dan membiak dengan pantas sekali.

Sudah nampak beberapa pemimpin yang dari dulu cukup setia dan kagum dengan DSAI sudah mula mendapat tempat dan diberikan jawatan tertentu dalam pentadbiran Azmin.

Ini membuahkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan pendokong dalam KeADILan. Kesetiaan dan kesungguhan berjuang boleh disenyapkan dengan pemberian jawatan.

Ini berlaku semakin parah sebaik sahaja DSAI disumbat kedalam penjara untuk kali kedua.

Kini secara terbuka sudah ada anggota parti tidak mahu melihat seorang lelaki yang bercita-cita tinggi seperti Azmin sebagai peneraju parti keramat ini yang dibina atas darah, keringat dan air mata rakyat.

Ianya bertambah parah apabila sudah terbentuk suatu persepsi betapa Azmin dilihat terlalu mesra dengan parti musuh dalam keadaan kesepakatan dan kemesraan Pakatan Rakyat semakin rapuh. Ini bagi pandangan mereka merupakan suatu ancaman dan akan membantutkan dalam misi dan visi tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti.

Dengan itu, mana-mana jua ahli politik yang menyimpan cita-cita terlalu tinggi yang tidak sepatutnya, sudah pasti menjadi sasaran.

Untuk memulihkan kepercayaan anggota parti sekali gus merapatkan semua pendokong dan penyokong termasuk anggota parti yang sudah berpecah belah Azmin perlu suatu masa yang agak lama .. suatu tugas bukan mustahil untuk dicapai tetapi terlalu sukar untuk berjaya.

Mudah-mudahan, walaupun ini masalah dalaman parti, tidak bermakna berakhirnya PKR seperti yang kita idamkan.

Semua anggota parti dari kelompok mana pun harus bersatu hati sejiwa sekata untuk memulihkan kembali kekuatan parti seperti sebelum berlakunya krisis dan kemelut MB Selangor.

Lontarkan jauh-jauh sifat sombong, bongkak, angkuh, besar kepala,dendam kesumat dan berpuak-puak .. Dengan kekuatan parti yang sedia ada, perlu akui, untuk mempertahankan Selangor dikira sukar apa tah lagi mau tawan Putrajaya.

KEDEGILAN AMK PULAU PINANG ENGGAN MOHON MAAF KERANA MEMFITNAH DAN MENGHINA HADI AWANG ... PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG TUTUP SEMUA BILIK GERAKAN SEPANJANG PRK PERMATANG PAUH.



Kecewa dengan sikap membisu Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Dewan Pemuda PAS negeri menutup semua bilik gerakan sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah dalam satu kenyataan berkata semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang kempen berlangsung.

“Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali.

“Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini,” katanya.

Tindakan tersebut dilakukan selepas desakan permohonan maaf yang disuarakan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang berhubung kenyataan AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dihiraukan.

Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April untuk menyatakan permohonan maaf juga telah pun tamat.

Pemuda PAS kecewa atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Selain itu jelas Mohd. Yusni, Pemuda PAS Pulau Pinang turut membatalkan semua gerak kerja kempen yang telah disusun sebelum ini.

“Kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

“Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh,” tegasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei.

KEMPEN PRK ROMPIN CARA BARU OLEH PENYOKONG PAS DENGAN MEMBUAT FLASHMOB.


Lazimnya kaedah flashmob digunakan untuk meluahkan bantahan dan rasa tidak puashati kepada sesuatu isu.

Kini kaedah dan cara itu diguna pakai secara bijak dan pintar oleh para sukarelawan, penyokong, pendokong dan ahli PAS di PRK Parlimen Rompin di Tanjung Gemuk semalam.

Cara dan kaedah ini dilihat jauh lebih berkesan dari kempen ceramah kelompok dan kempen dari rumah kerumah. Balohe tahu akan respon dan sambutan rakyat diberikan dengan mengambil kira lambaian dan bunyin hon yang dilakukan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang.

GELAGAT HISHAMUDDIN KETIKA TURUN PADANG BERKEMPEN BANTU CALON BN PRK ROMPIN


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menaiki motor bersama Jentera BN, berkempen rumah ke rumah di Kg Bukit Ibam.

HASAN MALEK SEMBANG KENCANG NAK HAPUSKAN CAJ PERKHIDMATAN ... BILA DAH KANTOI KSU KPDNKK PULA BERSUARA NAK TUTUP MALU?????




KUALA LUMPUR: 13 APRIL 2015 :- Kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang masih dikenakan di beberapa premis perniagaan termasuk di hotel dan lokasi pelancongan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, semua pihak kini dilihat berada dalam sedikit tekanan kerana berhadapan pelbagai cukai yang mungkin membebankan semua yang berkenaan.

"Saya bercadang untuk mencari jalan menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan di kebanyakan premis perniagaan. Saya akan panggil badan bukan kerajaan (NGO), pengusaha industri pelancongan, Kementerian Kewangan untuk mengkaji implikasinya.

"Saya lihat sekarang ada terlalu banyak cukai, saya hendak mansuhkan caj perkhidmatan itu dan mahu peniaga, pengguna serta pekerja mendapat keuntungan daripadanya. Saya mahu situasi menang menang nanti.

"Saya sedang melihat beberapa faktor termasuk dari segi undang-undang dan reaksi semua pihak berhubung isu ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Hasan mengulas situasi terkini selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu.


PUTRAJAYA, 22 April 2015 -- Kerajaan memutuskan industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan seperti amalan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, hanya premis yang mempunyai perjanjian bersama (CA) dengan pihak kesatuan pekerja atau termaktub dalam kontrak pekerja, boleh mengenakan caj berkenaan.

Mereka juga diwajibkan untuk mempamerkan notis makluman bahawa mereka mengenakan caj perkhidmatan di premis masing-masing agar pengguna boleh membuat pilihan, katanya.

"KPDNKK juga akan keluarkan notis standard untuk diguna pakai oleh premis tetapi buat sementara ini premis boleh pamerkan notis mengikut cara sendiri," katanya dalam sidang media mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu merupakan antara kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat bersama agensi dan jabatan kerajaan, persatuan hotel dan restoran, kesatuan pekerja serta persatuan pengguna, Isnin lepas.

Alias berkata satu peraturan standard mengenai caj perkhidmatan juga sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan kelulusan dan dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Katanya satu kajian lanjut juga akan dibuat untuk mencadangkan satu perundangan baharu bagi mengawal selia kutipan caj perkhidmatan pada masa akan datang terutama dari aspek kepenggunaan.

Menurutnya, KPDNKK juga tidak menetapkan kadar caj yang boleh dikenakan dan terpulang kepada pihak hotel dan restoran untuk menetapkan kadar caj masing-masing dengan kadar maksimum 10 peratus.

"Ketika ini purata caj yang dikenakan di negara ini adalah 10 peratus dan CBP turut dikenakan ke atas caj itu," katanya.

Alias berkata mesyuarat itu mengambil maklum bahawa pekerja industri perhotelan dan restoran mengutip caj perkhidmatan bagi menampung gaji asas pekerja yang serendah RM350 walaupun selepas pelaksanaan gaji minimum.

Mengulas mengenai Ops Catut yang dijalankan sejak pelaksanaan CBP, Alias berkata KPDNKK akan membuat strategi baharu dengan turun ke pekan kecil dan kawasan luar bandar mulai hujung minggu ini.

"Kita akan fokus kepada penjaja seperti di pasar malam sebab ada yang menaikkan harga sesuka hari," katanya.

Beliau berkata, sejak 1 April lepas, sebanyak 139,425 premis telah diperiksa dan 30 kertas siasatan sedang dalam peringkat akhir sebelum dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan.

-- BERNAMA

Saturday, 25 April 2015

AKHIRNYA TERBONGKAR JUA ... MAHATHIR SERANG NAJIB SEBAB MAU NAJIB BALAS BUDI LANTIK DIA SEBAGAI PM ??????




Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak mengatakan beliau berhempas pulas menjadikannya perdana menteri kerana mengenang jasa ayahnya Tun Abdul Razak Hussein.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mendedahkan bertindak menghantar sendiri surat kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya memilih Najib sebagai timbalan perdana menteri semasa meletakkan jawatan pada 2003.

"Saya terhutang budi kepada Tun Abdul Razak, bila kita terkenang budi maka kita kena membalasnya kepada anaknya dan cucu cicitnya.

"Saya berhempas-pulas letaknya sebagai perdana menteri sampai bergaduh dengan Pak Lah (Abdullah Badawi). Saya tulis surat kepada Pak Lah supaya letak anak Razak ini sebagai timbalannya," kata Dr Mahathir semasa forum “Bicara Negarawan” di Kelab K, Taman Melawati, Selangor pagi ini.

Dr Mahathir menafikan berniat untuk menganiaya Najib yang juga adalah pilihannya sendiri, bagaimanapun kebenaran perlu disuarakan walaupun ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan.


ULASAN OMAK KAU:-

Omak Kau melihat dari yang tersirat dari yang tersurat akan kata-kata Tun Dr Mahathir dalam forum "Bicara Negarawan" ini lebih kepada masalah peribadi.

Ungkit peranannya yang dikatakan berhempas pulas mau memastikan Tun Abdullah Badawi lantik Dato' Seri Najib Razak sebagai Timblan Perdana Menteri sebagai mau membalas budi Almarhum Tun Rzak Hussein yang ambil dirinya sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet dulu setelah dipecat dari UMNO oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman sedangkan dia lupa ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah Naib Presiden terkanan dan sudah pasti mengikut tradisi setelah Timbalan Presiden diangkat menjadi Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi terpaksa akur akan amalan tradisi dan suara akar umbi ahli-ahli UMNO .. kalau dia tidak tulis surat kepada Pak Lah pun, Pak Lah akan tetap lantik Najib Razak sebagai Timbalannya .. lagi pun ketika itu Najib adalah pemimpin yang paling popular dalam UMNO malahan lebih popular dari Pak Lah sendiri.

Jadi jelaslah apa yang berlegar diminda rakyat bahawa Tun Dr Mahathir terguris hati sangat apabila semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO baru-baru ini Najib Razak mengambil sikap tidak memihak dan memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli UMNO tanpa sebarang gangguan dan arahan tertentu untuk pilih Naib-Naib Presiden UMNO dimana anaknya Mukhriz Mahathir turut serta bertanding.

Keputusannya seperti sedia maklum Mukhriz tumpas dan status qou kekal.

Telah diketahui umum kelemahan Tun Mahathir ialah jangan sentuh kepentingan anak-anaknya .. ini apa yang terjadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997 yang enggan bantu anaknya Mirzan yang menghadapi masalah mengenai perniagaan perkapalannya .. begitu juga Daim Zainuddin yang dipecat sebagai Menteri Kewangan serta merta sebab bermasalah dengan anaknya Mokhzani melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang .. Najib pula sebab enggan sokong dan endorse Mukhriz sebagai calon pilihannya untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Sebab itu rakyat berkata jika Mukhriz dipilih menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO taubat lahom siri serangan ini tidak akan berlaku .. semuanya cantik, manis dan murni belaka.

Bottom line of the story nya ialah .. "AKU TOLONG KAMU JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI SETERUSNYA MENJADI PERDANA MENTERI MAKA MESTI BALAS BUDI TOLONG JADIKAN ANAK AKU SALAH SEORANG NAIB PRESIDEN UMNO"

PRK PARLIMEN P 044 PERMATANG PAUH AKAN DI MENANGI KAK WAN TETAPI DENGAN UNDI DAN MAJORITI YANG MEROSOT.,



Walau pun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P 044 Permatang Pauh pada 7 Mei depan, tetapi dengan undi dan majoriti yang merosot berbanding PRU ke-13 lalu yang di perolehi Ketua Umum KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemorosotan undi dan majoriti disumbang oleh faktor utama iaitu pemilihan calon Barisan Nasional (BN) dan PKR sendiri.

Perlu akui walau pun pahit betapa pemilihan Kak Wan yang juga merupakan ADUN Kajang akan memberikan kesan kepada pengundi di Permatang Pauh.

Sekiranya mereka mahukan pemimpin yang boleh berada di kawasan dan memberikan perkhidmatan serta dalam masa yang sama membangunkan Permatang Pauh, maka ia mungkin sukar untuk dilakukan oleh Kak Wan disebabkan komitmen dan tugas beliau di Kajang.

Calon BN yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda dan kini Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin pula adalah calon muda dan merupakan anak tempatan sekaligus sedikit sebanyak mampu untuk menawarkan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Kak Wan secara mata kasar.

Tapi melihatkan isu berimbang yang wujud pada hari ini iaitu melibatkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) dan isu hudud maka PKR masih mempunyai peluang amat cerah untuk menang tetapi akan mendapat undi dan majoriti yang jauh lebih kecil berbanding pilihan raya umum ke 13 sebelum ini.

PKR juga mungkin terpaksa berhadapan dengan tindakan segelintir ahli, pendokong dan penyokong PAS yang akan memboikot atau membuat undi protes dengan mengundi calon BN atau Bebas pada PRK kali ini.

Kegagalan PKR untuk menyatakan sokongan ke atas usaha PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan sudah pasti mengguris hati ahli PAS terutamanya di kubu kuat mereka di Permatang Pasir.

Jadi mungkin undi ahli PAS akan berpecah tiga iaitu kepada Wan Azizah, calon BN dan juga calon bebas yang mana akan menyebabkan majoriti kepada PKR akan berkurangan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru pada 7 Mei ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar calon UMNO, Suhaimi Sabudin dan dua calon lain dalam pertempuran untuk mengekalkan kerusi parlimen.

Dua calon tersebut adalah calon Bebas, Salleh Ishak, 53, dan calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman, 50.

RAKAMAN VIDEO WANITA TAYANG DADA YANG MENJADI VIRAL DILAMAN SOSIAL ADALAH WARGA NEGERA IRAN?????



Polis sahkan wanita yang menanggalkan pakaian sehingga separuh bogel dalam insiden pertengkaran di ibu negara adalah warga Iran.

Dalam laporannya, ia memaklumkan kejadian berlaku pada 23 April 2015, jam sekitar 4.30 petang di Restoran Kam Lian Kee No 49 Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai identiti dan status wanita berkenaan.

Berdasarkan maklumat orang ramai warga Iran berkenaan telah makan dan minum di restoran tersebut dan enggan membuat sebarang pembayaran selepas dia selesai berbuat demikian.

Dia dikatakan berada dalam keadaan mabuk kemudiannya cuba meninggakan premis berkenaan.

Percubaan itu berjaya dihalang dan berlaku pergelutan yang kemudian disudahi dengan aksi separuh bogel apabila dia bertindak menanggalkan satu persatu bajunya.

Rakamannya kemudian dimuat naik di lama sosial dan kemudiannya menjadi viral
.

BEKAS KETUA PENERANGAN UMNO PERLIS MINTA AHMAD MASLAN DAN HASAN MALEK TUTUP MULUT.



Datuk Ahmad Maslan terus menerima kritikan hebat kerana beberapa kenyataan kontroversinya berhubung rasional kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Terbaru, bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh yang menasihatkan Timbalan Menteri Kewangan itu supaya ‘zip’ mulut daripada membuat sebarang kenyataan.

Turut dikritik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu berkata, kenyataan kedua-dua menteri itu adakalanya merimaskan rimas dan boleh membuatkan perut memulas (sakit perut).

“Ahmad Maslan dan Hasan Malek pula tak habis-habis mengulas (GST). Bila depa (mereka) mengulas , kita naik lemas. Perut rasa memulas. Ada ketikanya lebih baik zipp mulut,” tulisnya di Facebook.

Hashim turut mengkritik kempen GST di televisyen yang menggunakan pelakon Abu Bakar Omar.

Katanya, kempen seperti itu tidak perlu diadakan kerana GST dilaksanakan atas persetujuan kerajaan.

“Pada saya laa yang tak berapa pandai ini untuk GST tak payah nak kempen-kempen. Sudah kerajaan putuskan begitu, laksanakan saja .

“Ini siap dengan teaser Abu Bakar Omar yang duduk puji GST lagi kat televisyen. Puak-puak UMNO pula siap angkat sepanduk sokong GST lagi,” tulisnya.

Hashim pernah mencetuskan kontroversi dan mengugut untuk keluar UMNO dan menyertai pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelbagai isu termasuk pelantikan Menteri Besar Perlis.

Beliau merupakan penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

APAKAH DEMI MENGHALANG AZMIN MENJADI KETUA PEMBANGKANG, MAKA SAIFUDDIN TERPAKSA DUA KALI BERPUTIH MATA?????



Apakah PKR sudah ketandusan pemimpin untuk menjadi calon PRK Permatang Pauh???? ... Apakah Permatang Pauh semacam sudah menjadi hak mutlak kerabat DSAI???? .. Susah sangat ke PKR nak calonkan anak muda??? .... Pencalonan semula Kak Wan mengesahkan bahawa politik dinasti sudah mula bertapak dan berakar umbi dalam PKR.

Begitulah antara luahan dan cetusan hati akar umbi apabila nama Kak Wan diumumkan sebagai calon PKR untuk PRK Parlimen P044 Permatang Pauh oleh Azmin Ali didepan lebih kurang 1,000 orang malam tadi.

Walaupun para penganalisis dan pemerhati politik dalam dan luar negara meramalkan calon dari PKR untuk PRK Permatang Pauh kalau tidak Kak Wan adalah anaknya Nurul Nuha, namun ada jua desakan kuat dari akar umbi agar diberi peluang kepada calon lain mewakili PKR dalam PRK Permatang Pauh dan sekali gus membawa suatu suara akar umbi yang inginkan perubahan agar stigma kononnya Permatang Pauh kalau tidak kerabat DSAI jangan nak mimpi dapat menjadi calon wakil PKR dalam setiap PRU dan PRK dikikis.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai layak, berkebolehan dan mampu untuk dicalonkan ialah bekas Setiausaha Agung PKR Dato' Hj Saifuddin Nasution Ismail lulusan Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia. Pernah menjadi ADUN Lunas dan Ahli Parlimen Machang.

Sebelum ini namanya turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi PRK DUN Kajang ketika DSAI hilang kelayakan setelah Mahkamah Rayuan sabitkan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya tetapi Kak Wan dipilih atas alasan sebab mau ambil alih kerusi Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim yang menjadi punca berlakunya kemelut dan kecelaruan dalam Pakatan Rakyat meleret sehingga sekarang.

Kini lagi sekali Saifuddin Nasution diketepikan yang dilihat lebih kepada suatu rancangan untuk menghalang Azmin Ali dari menjadi Ketua Pembangkang .. jika di takdirkan Kak Wan menang maka ianya dilihat sebagai proses permulaan untuk dirinya diangkat sebagai ketua pembangkang parlimen dengan syarat mendapat restu dan persetujuan rakan-rakan DAP/PAS dalam Pakatan Rakyat.

Memang nasib dunia politik sejak kebelakangan ini dilihat sudah tidak menyebelahi Saifuddin Nasution .... bermula dengan kalah di Parlimen Kulim Bandar Bahru ditangan Calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 1,871 undi PRU 13 yang lalu, diikuti tumpas sebagai Timbalan Presiden KeADILan dan  kini hanya memegang jawatan lantikan sebagai Pengarah Bersama Pilihanraya PKR.

Petah berpidato, hebat dalam merancang,tinggi lulusan akademik dan kesetiaan kepada parti dan pemimpin tidak sesiapa boleh pertikaikan tetapi malangnya masih tidak dianggap layak sebagai calon PRK Permatang Pauh.

Selama 5 hari bermula 18 hingga 22 Mei 2015 beliau bersama-sama dengan Rafizi Ramli akan berdepan pula dengan perbicaraan tindakan saman fitnah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pandangan Omak Kau walaupun pernah terguris dengan langkah politiknya namun dengan tidak memberi peluang kali kedua kepada Dato' Hj Saifuddin Nasution Ismail sebagai calon PKR memperlihatkan dirinya sudah menjadi mangsa kepada politik rakus.



SEPERTI DIRAMALKAN KAK WAN LAGI SEKALI MENJADI CALON PKR PRK PERMATANG PAUH.



Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam ini.

Dalam ucapannya di acara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau membawa amanat Anwar yang mahu "perjuangan diteruskan".

Katanya, itulah pesan Anwar kepadanya ketika beliau melawat ketua umum PKR itu di Penjara Sungai Buloh petang ini.

Katanya, Anwar juga menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Permatang Pauh dan memintanya supaya sentiasa kuat.

"Dia suruh saya balik (Permatang Pauh) dan kuat kerana ada perjuangan yang perlu diteruskan," katanya.

Semasa berucap, Wan Azizah kemudian dengan nada sebak memohon supaya diberi kekuatan dan merayu supaya rakyat di kawasan itu memberi undi kepadanya.

"Saya pegang tanggungjawab. Bukan saya main-main hendak berseronok tapi saya mohon Allah beri kekuatan dan keredhaan dan segala petunjuk, pertolongan dan mohon dibuka hati rakyat Permatang Pauh beri undi," katanya.

Dengan pengumumuman Wan Azizah sebagai calon PKR, pilihan raya kecil kali ini dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

BN bakal mempertaruhkan calon mereka, Suhaimi Sabudin, 44, manakala seorang lagi pencabar ialah Dr Abdullah Zawawi Samsudin, 47.

Abdullah sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

Pengamal perubatan itu, yang menggunakan simbol payung pada PRU ke-13 lepas, tewas kepada calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BN Dr Mazlan Ismail dengan hanya mendapat 201 undi dan hilang deposit.

Friday, 24 April 2015

HASIL KUTIPAN GST RM42 JUTA SEHARI ... SETAKAT INI DALAM TEMPUH TIGA MINGGU SAHAJA HAMPIR RM1 BILLION BERJAYA DI KUTIP.




PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam mengumumkan telah mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta ke atas barang yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari sejak 1 April lalu.

Secara purata, pihak kastam membuat kutipan GST sebanyak RM42 juta sehari di semua pintu masuk ke negara ini.

Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam berkata, cukai itu dikutip di semua pintu masuk utama negara ini namun, ia tidak termasuk GST yang akan dikutip daripada 373,668 syarikat berdaftar.

“Syarikat berdaftar itu tidak bayar (GST) pada setiap hari.

“Cukai itu hanya dibayar oleh pihak yang mengimport. Sebahagian jumlah cukai yang dikutip itu akan ditebus semula oleh pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini semalam.

PROTES ANTI SALIB TAMAN MEDAN ... MUKA-MUKA INI SEDANG DI TELITI OLEH IBU PEJABAT AGUNG UMNO



UMNO sedang meneliti nama peserta protes antisalib di Petaling Jaya bagi menentukan jika terdapat anggota parti itu mengambil bahagian.

“Kita sedang siasat,” kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Tengku Adnan Mansor.

Katanya penelitian itu dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat UMNO.

Ku Nan, berkata tindakan akan diambil selepas polis melengkapkan siasatan dalam kes bawah Akta Hasutan 1948 itu.

Beliau juga berkata anggota UMNO yang bersalah akan dihukum berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Umno.

Setakat ini hanya dua peserta perhimpunan itu dicam media sebagai ahli UMNO, iaitu abang kepada Ketua Polis Negara Datuk Abdullah Abu Bakar dan bekas calon BN Taman Medan Munaliza Hamzah.

PEMIMPIN DAP SELAR PKR SEBAGAI PARTI OPORTUNIS ... INI SUDAH LEBIH BEB !!!!!!!!


Setelah PAS diserang bertubi-tubi kini PKR pula menerima giliran.
Pemimpin DAP menyatakan kekesalannya terhadap tindakan Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan parti itu sebagai “populis”.

Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy juga berkata Chua jatuh ke dalam perangkap Umno dan mempolitikkan isu hudud.

Ramasamy juga berkata sekarang juga bukan masanya untuk kenyataan “tidak bertanggungjawab dan tidak matang” dikeluarkan, memandangkan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lagi.

“Tetapi jika Tian Chua mahu jawab Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang , beliau boleh berkata demikian bagi pihak PKR, tetapi beliau tiada hak untuk mengulas bagi pihak DAP,” kata timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu.

“Ini bukan masanya untuk buat komen sebegitu, lebih-lebih lagi apabila DAP berdiri teguh di belakang PKR, tidak ketika kita berdepan seluruh jentera BN di Permatang Pauh,” katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan berlangsung pada 7 Mei. Undi awal pula dijadual pada 3 Mei.

Ramasamy mengulas komen Chua dalam Malay Mail Online yang memetiknya sebagai berkata PAS dan DAP “sama-sama bersalah mempopularkan isu hudud dengan menggunakan agama dan ketakutan untuk menarik penyokong”.

Chua juga dilaporkan berkata PKR sebaliknya mahu membantu umat Islam faham bahawa terdapat alternatif berdepan tanggungjawab dalam al-Quran dalam isu jenayah syariah.

PKR juga, kata Tian Chua, memberitahu bukan Islam supaya tidak takut dan menyerang kembali orang Islam yang benar-benar percaya bahawa hudud bersifat adil dan diperintahkan.

Beliau juga dilapor memberitahu harian itu bahawa anggota PKR “demokrat dan bukan populis” serta golongan populis mengikut sentimen popular, bukan prinsip.

Ramasamy berkata Chua gagal faham pada perjuangan DAP, walaupun dengan segala kekurangan, sentiasa menentang hudud.

Pada 2001, DAP keluar daripada Barisan Alternatif, gabungan pembangkang ketika itu, kerana tidak puas hari dengan perjuangan negara Islam PAS.

Tindakan itu berlaku menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

“Jika DAP populis, maka PKR oportunis.

“Mereka kata mahu mendidik orang Islam berkaitan alternatif kepada hudud, jadi apa programnya?” soalnya.

MACGYVER DULU DAN KINI


Penerampilannya dalam siri televisyen pada tahun 80an memberi impak besar kepada penonton.

Ketangkasan dan kehebatan agen rahsia Angus MacGyver yang dilakonkan Richard Dean Anderson menyelesaikan masalah dengan kemahiran diri menjadi fenomena.

Kini selepas 30 tahun, penerampilannya tidak lagi seperti dahulu dan hampir tidak dikenali.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang disiarkan dailymail.co.uk, ia menunjukkan hero itu amat berbeza berbanding di zaman kemuncaknya.

Gambar Anderson yang kini berusia 62 tahun, kelihatan berisi dan beruban.

Ia dirakamkan ketika dia keluar membeli belah barang keperluan di sebuah pasar raya dekat Malibu, California.

Dia yang berasal dari Minneapolis menetap di bandar berkenaan selepas tidak lagi aktif sepenuh masa sebagai aktor, pengarah dan komposer.

Anderson yang juga seorang bapa tunggal kini banyak menghabiskan dengan perempuannya, Wylie Anderson, 16 tahun.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...