Wednesday, 8 August 2012
RUMAH DATO' HJ ROSOL WAHID, ADUN AJIL, TERBAKAR..
Malam tadi selepas waktu berbuka puasa, rumah ADUN AJIL, Dato' Hj Rosol Wahid terbakar.
Dipercayai habis ranap rumahnya..
Syukur Alhamdulillah, semua kaum keluarganya selamat.
Ucapkan semoga YB Dato' tabah menghadapi suasana begini.
Tuesday, 7 August 2012
SUDAH MENJADI PERBUALAN UMUM .... KERAJAAN UMNO/BN PERAK PIMPINAN ZAMBRY KADIR BELI KERETA RASMI BARU UNTUK SUK, PEGAWAI KEWANGAN NEGERI DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI...RM350,000 SEBUAH!!!!
Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.
Persoalan yang timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?
Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?
Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?
Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?
Rakyat mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.
Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?
Pembelian 3 buah ini sebagai menguji pasaran sentimen rakyat..Jika rakyat senyap membisu seribu bahasa, admin yakin sebanyak 13 buah lagi akan dibeli untuk kegunaan Menteri Besar dan semua Ahli Exco Kerajaan.
Pembelian 3 buah ini sebagai menguji pasaran sentimen rakyat..Jika rakyat senyap membisu seribu bahasa, admin yakin sebanyak 13 buah lagi akan dibeli untuk kegunaan Menteri Besar dan semua Ahli Exco Kerajaan.
KALAU IANYA PERCUMA.. SANGGUP BERATUR PANJANG BERJAM-JAM LAMANYA..
Suasana disalah sebuah Restoran Nasi Kandar Kayu yang memberikan makanan percuma.
Punyalah sanggup beratur panjang.
Mahasiswa Malaysia diberi Penghormatan Mengimami Solat Jumaat Raja Jordan
- Share

AMMAN-JORDAN, Raja Abdullah II telah mendirikan solat jumaat bersama-sama rakyat jelata di Masjid Naji Al-Hamsyari dan merasmikan pembukaan masjid ini yang terletak di kawasan Khalda Amman.
Keluasan masjid ini boleh memuatkan seramai 4 ribu Jemaah dalam satu masa tertentu. Raja Abdullah dan para Jemaah yang hadir khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid iaitu DR Rabi’ AL-A’idi.
Turut diberi penghormatan kepada Mahasiswa Malaysia, Muhammad Nawawi Bin Abdul Raof dari Universiti Al al-Bayt, Mafraq untuk mengimami solat Jumaat Raja Abdullah II pada hari perasmian tersebut dan sekaligus dilantik menjadi imam kepada masjid yang baru dirasmikan itu.
Dalam khutbahnya beliau menerangkan tentang makna yang agung terhadap islam yang datang atas tujuan kebenaran dan memakmurkan muka bumi ini dengan kebaikan dan taqwa kepada Allah.
Dan beliau berkata lagi,sesungguhnya Allah meletakan satu contoh kebenaran dan kebatilan.kerana yang dikehendaki daripada manusia di dunia ini mereka mengetahui kebenaran maka mereka ikut,dan mengetahui kebatilan maka mereka menjauhkannya.
Di dalam khubahnya, beliau menerangkan bahawa kalau kita mahu mengenali islam maka hendaklah kita jauh daripada kehendak nafsu dan syahwat. Sepertimana yang dikehendaki oleh Allah tanpa sebarang pencemaran terhadap diri manusia’.
Berhubung dengan masjid itu, yang bentuknya mempunya ciri-ciri senibina islam moden. Masjid ini dibina di atas satu kawasan tanah yang luasnya 4,2 ekar, keluasan ini mampu menampung seramai 3200 jemaah lelaki didalam masjid dan 400 jemaah lelaki di kawasan luar masjid, dan 400 jemaah wanita di dalam masjid. Kos pembinaan masjid ini hamper 4 juta dan 500 ribu dinar.
Menurut penderma, IR Hassan Naji AL-Hamsyari, masjid ini dibina atas dasar agama dan ingin menjadi pahala yang berterusan kepada kami,corak moden dalam bangunan masjid ini telah dibina khas bagi serasi dengan alam sekitar khususnya permaidani, batu-bata dan tiang-tiang.
Masjid yang menempatkan hiasan Islam pada dinding dalaman dan luaran, dan menggunakan dibina dalam ukiran batu marmar dan kayu.
Ia terdiri daripada tiga tingkat yang menempatkan tempat sembahyang bagi lelaki dan lorong khas bagi orang kurang upaya (OKU).
Dan tingkat bawah tanah menempatkan tempat sembahyang lelaki dan tempat sembahyang perempuan yang dipisahkan laluannya dan bilik menghafal alquran dan perpustakaan dan tempat wuduk. Manakala tingkat satu merupakan tempat sembahyang utama masjid dan terdapat koridor yang khususnya yang mempunyai keperluan khas. – sumber : ALRAI (Surat Khabar Jordan, http://www.alrai.com/article/530984.html)
ADUN DAP KOTA ALAM SHAH, YANG KUTUK DATUK LEE CHONG WEI SUDAH MOHON MAAF ATAS KECELUPARANNYA!!!
Dulu ADUN KOTA ALAM SHAH ni juga yang buat kecoh pasal nak tukar bendera jalur gemilang jika Pakatan rakyat memerintah negara kita.
Beliau berkata ikut sedap mulut tanpa memperolehi restu dari pucuk pimpinan DAP.
Selepas kena belasah kaw-kaw sampaikan nak pecat dari parti, akhirnya dia mohon maaf.
Kini dia buat hal lagi. Mengeluarkan kata-kata melalui twitter kawalannya yang menguris hati mengenai kegagalan Datuk Lee Chong Wei menumpaskan Lin Dan dipertandingan akhir badminton sukan Olimpik 2012.
Lagi sekali semua pucuk pimpinan parti dari gagasan Pakatan Rakyat menegur beliau.
Akhirnya terpaksa akur dan mohon maaf.
ADMIN HARAP JIKA LAGI SEKALI DIA BERPERANGAI SEBEGINI MAKA JALAN YANG PALING BAIK IALAH PECAT SAJA.. TAPI YANG PASTI PADA PRU 13 NANTI NAMANYA SUDAH TIDAK DICALONKAN LAGI UNTUK MEMPERTAHANKAN DUN KOTA ALAM SHAH YANG DIKUASAINYA SEKARANG.
KERANA PULUT SANTAN BINASA.....KERANA MULUT PADA PRU 13 NANTI NAK PERTAHANKAN KERUSI DUN YANG DISANDANG KINI, LANGSUNG TIDAK MERASA
TEMA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN NEGERI KEDAH MENGIKUT RENTAK TEMA KERAJAAN PUSAT TAPI BERLAINAN AYAT DAN BAHASA????
Itulah ungkapan yang dapat admin luahkan apabila kerajaan Kedah akan mengguna pakai tema sendiri. Lain dari yang diguna semua kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat yang lain.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa' untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah - akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.
Sinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa
Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.
Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.
Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN.
Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa tiga negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat - Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan - akan menggunakan tema alternatif mereka 'Sebangsa Senegara, Sejiwa' untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Bagaimanapun, sebuah lagi negeri Pakatan - Kedah - akan menggunakan tema yang berbeza, iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.
Sinar Harian melaporkan Salahuddin berkata, jawatankuasa Pakatan mengenai tema Merdeka telah membuat keputusan tiga hari lalu untuk menggunakan tema alternatif tersebut.
Anggota exco publisiti Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco baru-baru ini.
Pakatan memutuskan untuk menggunakan tema alternatif selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim enggan menukar tema 'Janji Ditepati' yang juga merupakan tema kempen politik BN.
Tema alternatif telah dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada 250 penyertaan yang diterima daripada orang ramai.
PEMIMPIN PR BUKAN BERAGAMA ISLAM PIJAK KAKI DALAM MASJID TAK BOLEH.. DIKIRA MENGHINA KESUCIAN ISLAM... KALAU PEMIMPIN MCA KIRA OK SEBAB ITU TANDANYA ISLAM AGAMA MENGAJAR KESEDERHANAAN...
JOHOR BAHARU, 6 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menikmati juadah berbuka bersama parti kompenan Barisan Nasional yang dihadiri Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (dua kanan) selepas majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran serta berbuka puasa di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid,Taman Universiti, Skudai di sini, hari ini.
---fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA Dulu riuh rendah gegak gempita apabila ada pemimpin PR memijak kakinya di surau atau masjid kerana nak sampaikan bantuan...
Juak-juak UMNO termasuk media miliknya cukup rancak mainkan isu ini sebagai mahu membangkitkan rasa marah dan benci orang Melayu/Islam kepada PR, sehingga beberapa NGO berjiwa pekat UMNO seperti Perkasa/Pekida/GAPS membuat demo termasuk Pemuda UMNO.
Tapi bila Presiden MCA Chua Soi Lek yang terpalit dengan video seks berbuka puasa dalam Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Sukudai, Johor, selepas majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bersama-sama dengan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin serta MB Johor, tak kedengaran pun NGO-NGO ini melalak terlolong naik angin?
Monday, 6 August 2012
GEMPAR!!!!... NAMEWEE DIBELASAH OLEH INDIVIDU TIDAK DIKENALI SEMASA SATU SIDANG MEDIA!!!!!
Dapat info yang Namewee kena belasah oleh individu yang tidak dikenali ketika beliau sedang mengadakan sidang media.
Laporan polis sudah pun dibuat.
CARA PEMIMPIN UMNO MERAYU UNDI PENGUNDI BARU....BUKTI YANG UMNO KINI DALAM KEADAAN NAZAK DAN TERPAKSA BUAT KERJA TERDESAK.
SILA KLIK PADA FOTO JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS.
UMNO kini jelas dalam keadaan sudah nazak...kini terpaksa buat kerja terdesak.
Pemimpinnya sudah merayu kepada para pengundi baru maukan undi mereka dengan mengutus surat.
Bukti bahawa Johor bukan lagi tempat selamat dan deposit tetap UMNO.
Jika UMNO itu kuat dan hebat dia tak buat kerja seteruk ini.
UMNO kini jelas dalam keadaan sudah nazak...kini terpaksa buat kerja terdesak.
Pemimpinnya sudah merayu kepada para pengundi baru maukan undi mereka dengan mengutus surat.
Bukti bahawa Johor bukan lagi tempat selamat dan deposit tetap UMNO.
Jika UMNO itu kuat dan hebat dia tak buat kerja seteruk ini.
HANYA UMNO DIBENARKAN GUNAKAN SEKOLAH UNTUK BERPOLITIK.....PARTI LAIN DIHARAMKAN...AJARAN ISLAM WASSATIYAH 1M'SIA.
Hanya parti UMNO/BN saja dibenarkan berpolitik dengan menggunakan premis sekolah..
Kalau parti lain terutamanya PAS langsung tidak diizinkan. Jika didapati ianya digunakan, taubat lahom Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut akan diambil tindakan disiplin. Paling kokak ditukar serta merta dan namanya disenarai hitamkan untuk kenaikkan pangkat.
Kalau parti lain terutamanya PAS langsung tidak diizinkan. Jika didapati ianya digunakan, taubat lahom Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut akan diambil tindakan disiplin. Paling kokak ditukar serta merta dan namanya disenarai hitamkan untuk kenaikkan pangkat.
ISLAM WASSATIYAH!!!... PROMOSI HARI RAYA AIDIL FITRI...3 RAGA TIGER BEER HANYA RM99...
Sebelum ini rakyat digemparkan sebuah pasaraya membuat jualan murah minuman keras jenama Carlsberg sempena Ramadhan.
Kini sebuah pusat Karaoke Ruby Music Box di Seremban, tidak mau ketinggalan, juga membuat promosi khas sempena Hari Raya Aidil Fitri dengan menawarkan harga istimewa beer jenama Tiger dengan harga RM99 untuk 3 raga.
SATUUUUUU... YAMSENG.... SATUUUUUU.. YAMSENG.... SATUUUUUU... YAMSENG!!!
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT - Kebajikan rakyat perlu diutamakan dan bukannya publisiti murah seperti yang didakwa..
Dengan mengunakan pakai tag line DARI RAKYAT SAYA DATANG... KEPADA RAKYAT SAYA MENYUMBANG, DR NEDUNCHELIAN VENGU akhirnya mengenepikan segala tohmahan demi membantu rakyat tanpa mengira had dan sempadan.
Program Gotong-Royong & Membasmi Nyamuk Aedes, anjuran Dr Neduchelian Vengu, Ketua Komuniti Selangor dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Klang dan PKR Cabang Kapar telah berjaya dilaksanakan dengan suasana yang cukup harmoni yang dihadiri oleh penduduk-penduduk sekitar kawasan melebihi 50 orang.
Dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Azizi Bin Ayob Ketua Cabang Kapar, beliau menyelar mereka yang membuat provokasi supaya menghentikan segala tohmahan dengan membangkitkan isu remeh temeh, objektif utama adalah membantu dan menyelesaikan permasalahan penduduk-penduduk di Lot berkenaan dengan kadar segera dan efektif, kerana itu adalah agenda utama.
Admin mengucapkan syabas kepada pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama jitu terhadap program ini, juga penghargaan buat pemilik figura anak tempatan yang bersemangat tinggi iaitu Dr Neduchelian Vengu yang tetungkus lumus memastikan program berjalan lancar dari mula sehingga habis.
Sunday, 5 August 2012
SOKONG MEMBAWA REBAH DAN MENYUMBANG PADAH!!!!
Kalau diukur dengan prestasi semasa, nampak gayanya Datuk Lee Chong Wei bakal menumbangkan Lin Dan dengan mudah untuk merangkul pingat emas pertama olimpik negara dalam sejarah...apabila dimaklumkan yang Rosmah Mansor sudah pun berada di London untuk memberikan sokongan moral maka ramalan admin sudah berubah...SOKONG MEMBAWA REBAH DAN MENYUMBANG PADAH!!!
Saturday, 4 August 2012
BEKAS KETUA HAKIM NEGARA, TUN SALLEH ABAS, BERJANJI AKAN MEMBANTU RAFIZI RAMLI DALAM KES BAFIA....NAJIB TUDUH TUN SALLEH ABAS BELA..
Dalam twitter Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, beliau menyatakan telah menerima panggilan talipon dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bahawa beliau berhasrat mau membantu dirinya dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau.
Petanda, jika diri kita secara jelas dianiaya dan dizalimi hanya mendedahkan penyelewengan sudah pasti ada yang datang membantu secara sukarela.
Friday, 3 August 2012
DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN INI... SDR RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI PARTI KEADILAN RAKYAT, AKAN BERDEPAN DENGAN PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA RAHSIA RASMI.....
Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.
Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.
Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:
1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan
2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak
3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal
Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh
Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.
Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:
Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;
Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (Prasarana – Summary of Evaluation) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;
Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.
Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.
Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.
Lebih merunsingkan, ia membayangkan ‘lesen besar’ yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula
George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.
Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato’ Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 OGOS 2012
SEMPENA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 DENGAN TEMA JANJI DITEPATI...JOM KITA KENALI PRODUK-PRODUK JENAMA 1M'SIA..
Apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara dari Tun Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau telah memperkenalkan slogan 1M'sia yang diilhamkan dari 1Israel sebagai tag line pentadbirannya.
Sejak dari itu maka segala program maupun produk yang mau mengambil hati beliau atau lebih tepat membodek ampu beliau, telah menggunakan jenama 1M'sia.
Bermula dengan Kedai Rakyat 1M'sia diikuti dengan Kedai Rakyat Ikan 1M'sia , keKedai kain Rakyat 1M'sia sampailah ke Tyre 1M'sia.
Bagi merebut peluang membodek Najib Razak kini terbuka luas, maka ada pencacai UMNO mengambil kesempatan untuk menjual produk mereka dengan menggunakan logo 1M'sia.
1Pad 1M'sia barang yang rebranding dari jenama keluaran negara China menjadi perintisnya.
Terkini produk Kopiah atau Ketayap 1M'sia.
Sudah menjadi rahsia umum yang UMNO sejak Tun Mahathir menjadi PM, kopiah dianggap fobia kepada UMNO. Kopiah @ ketayap disinonimkan oleh mereka kepada PAS.
Kini demi kepentingan politik dan mau memujuk dan memikat undi umat Islam dinegara ini, sudah ada kopiah 1M'sia dipasaran. Ada yang siap dengan tanda tangan Najib dan Muhyiddin Yassin lagi.
Sebab itu ada pengeluar pakaian dalam lelaki sudah pun menggeluarkan produk seluar dalam jenama 1M'sia.
Mungkin selepas ini baju dalam 1M'sia juga akan dikeluarkan.
TAK KENAL TAK CINTA.. DAH KENAL MELOYA PULA TEKAK RASANYA.
HASRAT PRESIDEN MIC DATUK SERI G. PALANIVEL MAU MELETAKKAN " ANAK EMAS" NYA RAVINDRAN DIVAGUNAM, PENGARAH PEMANDU DI JABATAN PERDANA MENTERI, SEBAGAI CALON MIC/BN DIPARLIMEN P109 KAPAR MENDAPAT TENTANGAN KERAS DARI AHLI-AHLI MIC SENDIRI TERUTAMANYA DIKALANGAN BAHAGIAN KAPAR!!!
Niat Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel mau meletakkan "anak emasnya" seorang Pengarah PEMANDU di JPM yang menjaga perlaksanaan NKRA dan NKEA, Ravindran Devagunam sebagai calon MIC/BN di Parlimen P109 Kapar pada PRU 13 nanti, telah menerima tentangan keras dikalangan pegawai-pegawai MIC sendiri. Itu adalah reaksi pertama yang admin dapat maklumat.
Mereka mempertikaikan kewajaran Presiden MIC itu atas alasan:-
1) Bukan anak tempatan
2) Tidak dikenali langsung oleh penduduk tempatan.
3) Tidak pernah membuat aktiviti sosial maupun kerja-kerja parti di kawasan Parlimen berkenaan.
4) Difahamkan bukan pun ahli MIC yang berdaftar.
Sebelum ini pernah admin mengisahkan betapa penduduk Parlimen P109 Kapar, rata-rata bila ditemubual sudah bertekad maukan seorang anak watan tempatan sebagai wakil rakyat mereka. Mereka merasakan sudah tiba masa dan ketikanya anak tempatan yang berkelayakan dari segi akademik, peramah, mesra rakyat, humble dan sanggup menjadi kuli kepada rakyat diangkat sebagai Ahli Parlimen mereka.
Zaman pemimpin parti menunjukkan kepada rakyat siapa yang patut dipilih mereka sudah berlalu. Kini zaman rakyat yang menentukan siapa wakil rakyat pilihan mereka.
Sebab itu, dalam artikel sebelum ini admin secara ikhlas dan jujur memberikan pandangan hasil dari risikan dibuat betapa bukan mudah mana-mana parti sama ada PR maupun BN untuk memenangi parlimen P109 Kapar.
Untuk meletakkan calon boleh menang atau winnable candidate setiap parti perlu melayani kehendak rakyat tempatan. Mereka sudah pasti maukan seorang wakil rakyat yang faham dan merasai denyutan nadi mereka.
Calon payung terjung yang diimpot, walaupun setinggi mana kelayakan akademiknya sudah tidak diterima pakai lagi. Itu adalah trend terkini. Mau tidak mau.. suka tidak suka. kedua-dua parti kena terima hakikat ini.
Bagi mewakili PKR/PR di Parlimen P109 Kapar, admin sudah pun kenal pasti calon yang amat sesuai. Calon yang admin yakin dapat mempertahankan parlimen Kapar dengan majoriti yang lebih besar.
Calon tersebut ialah DR NEDUNCHELIAN VENGU.
Calon yang mempunyai package yang lengkap dan sesuai sebagai Ahli Parlimen. Calon yang mengunapakai tag line DARI RAKYAT SAYA DATANG... KEPADA RAKYAT SAYA MENYUMBANG.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...









































