Tuesday, 2 April 2013

SAMSENG-SAMSENG UMNO GANGGU KACAU CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI KG DATO' SULAIMAN MENTERI, JOHOR BAHRU.


Inilah perangai buruk lagi hina para penyangak upahan UMNO yang membuat ganggu kacau ceramah Jelajah Merdeka di Kg Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru, Johor selain buat konsert sambil menguatkan bunyi kearah ribuan para hadirin.

Apa punya haprak lagi brengsek UMNO bila dah tak mampu nak berdepan secara berhujah maka cara UMNO mampu buat ialah guna khidmat penyangak buat ganggu kacau.

KUBUR KUBUR KUBUR UMNO!!!!!... HANCUR HANCUR HANCUR UMNO!!!!!!...KO KO KO UMNO!!!!!.

BERITA TERNOW!!!!... BEKAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DARAT JEN (B) TAN SRI MOHD HASHIM HUSSEIN DIUMUMKKAN SEBAGAI CALON PARLIMEN P160 JOHOR BAHRU!!!!!


Malam ini dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru, Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein telah diumumkan sebagai calon PKR/PR Parlimen P160 Johor Bahru.

Ceramah malam ini 2hb April 2013 telah diganggu kacau oleh konsert anjuran UMNO Johor Bahru namun langsung tidak diambil kisah oleh para ribuan yang hadir.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH... LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI PUTRAJAYA PAKATAN RAKYAT TAWAN.

RANCANGAN FELDA JENGKA BERGEGAR DENGAN KEHADIRAN RIBUAN RAKYAT KE CERAMAH PAKATAN RAKYAT DIBANDAR JENGKA, PAHANG!!!!!


Kalau Najib dan UMNO kata tidak pening, kepala berpinau biji mata dan berasap telinga memang osah pembongak (penipu).

Maunya tidak beb!!!!.. Ini kubu kuek (kuat) UMNO...kalau dah macam ini punyo sambutan diboghikan (diberikan) oleh oghang Felda kepado PR nampak eh osah mampuih UMNO kali ni.

Tak dapek beghogap (bernafas) UMNO lai dah....Mencugap-mencugap tarik napeh...Dah kiro somput.

Sobab itu Najib masih mengelat nak bubarkan parlimen.

Rakyat dari segenap lapisan sudah bangkit mau melakukan perubahan.

Beri duit rakyat ambil.. beri kain pelikat pakai.. beri gula kacau tapi undi tetap kepada Pakatan Rakyat.

IMPIAN RAKYAT MAU MELIHAT PERTEMBUNGAN ANTARA KETUA PEMUDA PAS USTAZ NASRUDIN HASSAN LAWAN DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH DIPARLIMEN TEMERLOH MUNGKIN BERKECAI!!!!


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Temerloh,  Dato' Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Razak.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi UMNO seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS/Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur pagi tadi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi UMNO, namun oleh kerana UMNO mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.

Ahli majlis tertinggi UMNO itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Razak selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh.

The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili UMNO dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu.

Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini.

NAH!!!!  SEKARANG SIAPA PENGKHIANAT MELAYU KALAU BUKAN UMNO.

BERITA TERLATEST!!!!!... KETUA PEMUDA PAS CALON PAS/PR DIPARLIMEN TEMERLOH... BRIG. JEN (B) NAJMI AHMAD CALON PAS/PR DIPARLIMEN BALING DAN SDR ZAMRI KHUZAIMI CALON PAS/PR PARLIMEN TITIWANGSA!!!


Baru sebentar tadi Dato' Seri Presiden PAS dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, telah mengumumkan 1)  Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nastudin Hasan Tantawi sebagai calon PAS/PR di Parlimen P88 Temerloh Pahang.   2)  Brig Jen (B) Najmi Ahmad Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) juga merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS Dato' Nakhie Ahmad sebagai calon PAS/PR Parlimen Baling menggantikan bekas Imam Besar Masjid Negara Taib Azamudden Md Taib yang uzur diserang penyakit angin ahmar yang memerlukan rawatan lanjut dan  3)  Sdr Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Penyelaras Parlimen Titiwangsa seorang peguam muda sebagai calon PAS/PR Parlimen P118 Titiwangsa.

Dalam sidang media tersebut Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang juga memaklumkan yang PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen dan 237 kerusi DUN..Ada pertambahan dalam pembahagian kerusi parlimen dan DUN antara komponen Pakatan Rakyat.


Lain-lain calon akan diumumkan dari masa kesemasa.

TAKBIR!!!!!!!... ALLAHUAKHBAR!!!

MEDIA BERITA HARIAN CABAR KEWIBAWAAN PDRM DENGAN MENERBITKAN DIMUKA DEPAN PEMBUBARAN PARLIMEN BAKAL BERLAKU SEAWAL ESOK HARI!!!!!


Polis DiRaja Malaysia melalui T/KPN baru-baru ini telah mengeluarkan amaran keras lagi tegas agar tiada rakyat yang menerbitkan cerita tentang pembubaran parlimen yang belum tentu benar dan sahihnya.

PDRM akan bertindak jika sesiapa jua tidak mengira darjat dan fahaman yang melakukan perkara penyebaran khabar angin ini.

Nampaknya Berita Harian terbitan hari ini dimuka depan menyiarkan parlimen akan bubar esok pagi.

Jika tidak berlaku pembubaran parlimen adakah pihak PDRM akan bertindak keatas Berita harian salah satu media lidah biawak rasmi UMNO?

Bukankah Berita Harian dilihat sebagai mencabar kewibawaan PDRM dalam melaksanakan undang-undang dinegara ini?

TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.


SARAWAK SUDAH GOYANG BAKAL TUMBANG!!!!!!...RAKAMAN GAMBAR PROGRAM BN DILAWAS, LIMBANG SEBAGAI BUKTI..

Apakah Sarawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud boleh mendabik dada yang Sarawak langsung tidak tergugat pada PRU 13 nanti?

Boleh pemimpin-pemimpin BN Sarawak menyatakan yang rakyat Sarawak berdiri teguh dibelakang BN pimpinan Taib Mahmud?

Rakyat Sarawak tidak akan lupa janji Najib Razak yang Taib Mahmud akan bersara dalam masa terdekat semasa berkempen Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lepas.

Rakyat Sarawak kini sudah bangkit mau melakukan perubahan lebih-lebih apabila video klips perlakuan rasuah secara mega oleh Taib Mahmud dideahkan kepada umum baru-baru ini.

RIBUAN PENDUDUK BENTONG SAMBUT CERAMAH DAP!!!!!!!


Apakah UMNO/BN masih mau anggap yang Pahang negeri deposit tetap UMNO/BN pada PRU 13 nanti?

Jika dilihat dari sambutan yang diberikan penduduk tempatan dalam satu ceramah anjuran DAP di Bentong malam tadi, jawapannya ialah Pahang bukan lagi boleh dianggap negeri selamat bagi UMNO/BN.

Mood rakyat kini ialah mood perubahan...Rakyat mau melakukan perubahan....Rakyat sudah tidak gentar dan takut mau melakukan perubahan... Rakyat sedar paling lama mandat diberikan kepada Pakatan Rakyat jika gagal melaksanakan amanah untuk melakukan perubahan ialah 5 tahun..

Perubahan jua adalah cara terbaik untuk menjadikan UMNO parti yang baik agar sedar diri yang kuasa mutlak bukan lagi cara politik zaman ini.

Janganlah kita menjadi pemerhati tepian...Ayuh!!!! bersama dengan rakyat melakukan perubahan.

JOM UBAH....INI KALILAH TUKAR....SELAMATKAN MALAYSIA.

Monday, 1 April 2013

EDISI GAMBAR BERBICARA!!!!... PERBANDINGAN ANTARA NAJIB DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT!!!!!!

Sekadar mengajak rakyat cuitkan minda dan tanya akal sambil melihat, berfikir dan menilai.

Antara pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat mana yang bukan saja berjiwa rakyat tetapi paling penting dilihat berjiwa rakyat.

Tak mau tipu tau.. nanti berdosa!!!!!

Sebab itu kalau anak bangsawan cuba nak berlakon sebagai rakyat biasa tidak mungkin menjadi punya...Lakunlah cara mana pun, akhir dalam celah-celah lakunan ini terserlah dan terbukti  ianya satu lakunan.

RIBUAN PENDUDUK TEMPATAN HADIR CERAMAH JELAJAH TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN DIBANDAR JERANTUT, PAHANG !!!!!!!....KINI PAHANG PULA SUDAH GOYANG HAMPIR TUMBANG!!!!!


Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh penduduk Jerantut pada siri Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan malam ini di Bandar Jerantut Pahang, sudah pasti para pemimpin UMNO terutamanya Najib Razak dan Adnan Yaakob tak lena tidur.

Terbayang dikepala mereka yang Pahang bukan lagi negeri deposit tetap UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.

Ceramah Jelejah Treler Negara Berkebajikan kali ini cukup istimewa apabila disambut dengan tarian singa sebelum ceramah dimulakan.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

SAH DAP PARTI CAUVANIS PEKAT CINA!!!!!.....LIM GUAN ENG TELAH MAKLUMKAN BEKAS KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PEKAN, DATO' MOHD ARIFF SABRI SEBAGAI CALON DAP/PR DIPARLIMEN RAUB LAWAN CALON MCA/BN!!!!!



Pergh!!!!!!  Memang dahsyat sungguh fahaman cauvanis Cina DAP ini beb!!!!

Adakah patut DAP mencalonkan Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Pahang merangkap mantan ADUN Pulau Manis Dato' Mohd Ariff Sabri kini berblog atas nama Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP/PR di Parlimen P080 Raub melawan Barisan Nasional yang meletakkan calon dari MCA.
Sementara itu, Lim Guan Eng juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Apa punya pekatlah rasis DAP ni..Dah tahu DAP parti cauvanis Cina mengapa yang kamu calonkan seorang Melayu beb!!!

Bikin kacau betulah DAP ni...Apa modal lagi UMNO nak burukkan DAP.

Nak tanya sikit ahli UMNO,PERKASA,JATI yang berbangsa Melayu yang berikrar janji sumpah sampai mati akan pertahankan "Ketuanan Melayu"....Nanti antara calon Melayu DAP dengan calon Cina UMNO/BN.. kamu nak undi siapa ek?

SEKARANG SUDAH TERBUKTI PARTI MANA YANG CAUVANIS...UMNO IS DEAD....MCA IS GONE FOREVER!!!!!!

ADA NAMPAK PEMIMPIN MCA ATAU GERAKAN MACAM INI?


Rakaman gambar Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng dah Ahli Parlimen Rasah dan ADUN Lobak YB Anthony Loke yang sedang makan ditepi jalan disebuah gerai di Bentong, Pahang sebelum ke tempat ceramah UBAH anjuran DAP Pahang.

Tanpa protokol dan bodyguard cukup selamber, sempoi dan cool saja mereka menikmati juadah.

Ini baru dinamakan pemimpin berjiwa dan berperangai rakyat..Nak jumpa pemimpin MCA atau Gerakan berlagak macam ini memang payah sangatlah.

DARI RAKYAT MEREKA DATANG KEPADA RAKYAT MEREKA MENYUMBANG.

OPS DAULAT....RAKAMAN GAMBAR "DATUK SERI" SERAH DIRI DIBALAI POLIS AMPANG DAN KINI DITAHAN DIBAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (SOSMA) 2012!!!!


Rakaman gambar terbaru orang yang paing dikehendaki polis mengenai pencerobohan Lahad Datu semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor pagi tadi.

Satu dunia tahu dia mengetuai satu NGO yang mesra ketat UMNO Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan dan sering dilihat bergambar dengan pemimpin-pemimpin tinggi UMNO.

Kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas ) SOSMA 2012...Mengikut pengetahuan Omak kau, sesiapa yang ditahan dibawah akta ini tiada sebarang jaminan diizinkan.

Serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis menjalankan siasatan.





KOLEKSI GAMBAR YANG BUAT NAJIB KALAU BOLEH TAK NAK BUBARKAN PARLIMEN!!!!!!


Macam manalah Najib tak takut, gentar gementar, cuak menggigil satu badan nak bubarkan parlimen.

MIC cakap besar berdegar-degar kata sokongan kaum India sudah beralih ke BN semenjak Najib Razak menjadi PM dengan slogan 1M'sia ternyata satu pembohongan yang besar!!!!.

Kaum India dinegara ini bukan saja sudah mendakap perjuangan yang dibawa PAS/PR malahan sanggup jadi sukarelawan memasang bendera PAS disekitar kawasan perumahan yang didiami mereka.

Nampaknya fitnah dan tohmahan yang dijaja UMNO/MIC/BN mengenai hukum hudud langsung tidak ada kesan dan impak langsung.

Lagi difitnah dan ditomah, lebih ramai warga bukan Melayu/Islam menyokong PAS/PR.

AGAK-AGAKNYA KALAU ADA UNDANG-UNDANG YANG BERI KUASA KEPADA PERDANA MENTERI TANGGUH PILIHANRAYA SELAMA 18 BULAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ATAS BUDI BICARANYA.. OMAK KAU YAKIN NAJIB AKAN CEKUP KESEMPATAN ITU UNTUK TANGGUHKAN PRU  SELAMA 18 BULAN.

BERPINAU MATA, BERASAP KEPALA BEB!!!!!.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA.

PERGH!!!!... TERBAIK!!!!!.. AKHBAR CHINA PRESS SIARKAN RAKAMAN GAMBAR SUASANA DI FLET KERINCHI, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR!!!!!!


AKHBAR UTUSAN SOROK MEDIA CINA SIARKAN!!!!!

Akhbar harian arus perdana bahasa Cina, China Press terbitan hari ini telah memaparkan suasana sebenar di PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dimana hampir kesemua penghuninya mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.

Mau berpinau mata dan berasap kepala UMNO terutamanya Raja Nong Chik, bakal calon UMNO/BN Parlimen Lembah Pantai yang akan berdepan dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai kini YB Nurul Izaah pada PRU 13 akan datang.

Masih ada harapan ke UMNO/BN nak rampas kembali Lembah Pantai dari Pakatan Rakyat kerana majoriti pengundi Lembah Pantai ialah mereka yang berpendapatan rendah tinggal di PPR sekitar Kerinchi.

KEKALKAN LEMBAH PANTAI TAWAN PUTRAJAYA.

OPS DAULAT...."DATUK SERI" YANG DIKEHENDAKI POLIS DILIHAT BERSAMA NAJIB TELAH SERAH DIRI DIBALAI POLIS AMPANG, SELANGOR PAGI TADI DAN DITAHAN DIBAWAH AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) (SOSMA) 2012!!!!


Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
  
Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.
  
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
  
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
  
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
  
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
  
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.....BERNAMA
Datuk Seri Muhamad Ridzwan ditahan mengikut SOSMA

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Iaib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Beliau ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, jam 11 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes pencerobohan di Lahat Datu......BERITA HARIAN.

    

OPS DAULAT!!!!.... BENARKAH RAKAMAN GAMBAR NAJIB DENGAN ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI POLIS KERANA DIKAITKAN DENGAN TERORIS SULU ADALAH EDIT??????

Betulkah ini gambar edit?....Mohon pencerahan dengan bukti yang nyata bukannya sekadar membuat andaian dan tuduhan kata ini gambar edit.

Perlunya rakyat mendapatkan kebenaran demi pencerahan minda.

Sehingga kini ramai juak-juak UMNO kata ini adalah gambar edit dan superimpose...

Omak kau mengambil jalan berlapang dada dan berdingin kepala.

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN DIUTUSAN,BERITA HARIAN, KOSMO, HARIAN METRO, NSTP, THE STAR, RTM DAN TV3.....MAHASISWI BANGKIT DEMO DEPAN KEDIAMAN NAJIB RAZAK TOLAK UMNO PADA PRU 13!!!!!!


UMNO dan Najib bertambah pening kepala...Hebohkan kepada dunia kononnya anak-anak muda bersama dan pilih UMNO/BN tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Lihat rakaman gambar diatas....Mahasiswi bangkit dan mau melakukan perubahan dengan berdemo depan kediaman rasmi Najib Razak di Sri Perdana Putrajaya semalam.

Dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera tulis ayat ' TOLAK UMNO/BN" sudah pasti UMNO kini berasa cuak gementar, panik dan gelabah untuk menghadapi PRU 13 yang sudah mata dekat tarikhnya kini.

Bila mahasiswi dengan berani bangkit tolak UMNO memberi erti UMNO akan sakit dan rebah.

Para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Amnya Mahathir dan Najib Razak tanya pada diri sendiri mengapa mahasiswi  yang dikategorikan sebagai anak muda yang cerdik pandai, berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN secara total dan mutlak.

PRU 13 ialah PRU anak-anak muda.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

OPS DAULAT...RAKAMAN GAMBAR LELAKI YANG PALING DIKEHENDAKI POLIS KERANA MEMBANTU TERORIS SULU DENGAN ANAK MAHATHIR, TERSEBAR LUAS DIINTERNET!!!!!



Mohon anak Mursyidul Am UMNO/BN Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir bantu pihak polis untuk jejak dan tangkap individu yang paling dikhendaki kerana dipercayai menyalur bantuan dana kepada teroris Sulu yang menyerang dan menceroboh Lahad Datu.

Kerjasama anda amatlah rakyat alu-alukan...

Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.


"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.


BURUNG SEBULU AKAN TERBANG SEKUTU..

MISI TAWAN KEDAH!!!!!....UMNO/BN BOLEH TERUS DIBUAI MIMPI!!!!!!


LOKASI :- Mini Stadium Insaniah, Alor Setar, Kedah

ACARA:  Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Bersama DSAI

TARIKH:  31hb Mac 2013

Apakah hasrat dan niat UMNO/BN mau merampas kembali Kedah dari PAS/PR akan menjadi realiti atau akan terus dibuai mimpi.

Jika dilihat pada sambutan ceramah malam tadi di Stadium Mini Insaniah, Alor Setar, Kedah, ternyata misi UMNO akan menjadi mimpi dan cita-cita akan berakhir menjadi angan-angan Mat Jenin.

Walaupun sejak akhir-akhir ini Mursyidul Am UMNO/BN Tun Dr Mahathir Mohamad cukup kerap turun ke Kedah bagi membantu UMNO merampas kembali Kedah dari PR dengan tujuan agar anaknya boleh dilantik menjadi MB nampaknya sedikit pun tidak mengoyah sokongan rakyat kepada PAS/PR.

Kisah seks video lucah fitnah tidak langsung memberi kesan dan impak sokongan....Lagi difitnah lagi ramai rakyat datang turun keceramah Pakatan Rakyat.

Rakyat kini tidak mau ketinggalan dalam sama-sama menyertai melakukan perubahan.

BRIM,BLIM, Kedai Rakyat 1M'sia, Klinik 1M'sia, dll nampaknya tidak menambah sangat sokongan rakyat kepada UMNO..Rakyat tahu jika bukan kerana Pakatan Rakyat kuat dan UMNO hayatnya sudah hampir tamat, tidak mungkin segalanya ini akan rakyat dapat.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

KANTOI TERBURAI TERBARAI!!!!!...ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI POLIS KERANA MEMBANTU TERORIS SULU MENCEROBOH LAHAD DATU, PERNAH KELIHATAN BERSAMA DENGAN NAJIB RAZAK!!!!!!


JENG...JENG...JENGGGGGGG.....Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestine.

Tidak mau berburuk sangka tetapi sekadar mengajak rakyat mencuit minda dan tanya akal logik saja.


Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'

Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.


"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.


TUDUH DSAI SEBAGAI DALANG.... TETAPI DALANG SEBENAR YANG DIBURU DAN DIKEHENDAKI POLIS JUGA KELIHATAN BERSAMA DENGAN NAJIB RAZAK.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...