Tuesday 2 April 2013

IMPIAN RAKYAT MAU MELIHAT PERTEMBUNGAN ANTARA KETUA PEMUDA PAS USTAZ NASRUDIN HASSAN LAWAN DATO' SAIFUDDIN ABDULLAH DIPARLIMEN TEMERLOH MUNGKIN BERKECAI!!!!


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Temerloh,  Dato' Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Razak.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi UMNO seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada Umno untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh.

Saifuddin dalam mesej di Twitter sebentar tadi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon PAS/Pakatan Rakyat, Nasrudin Hassan yang sah bertanding kerusi Temerloh dalam satu sidang media oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur pagi tadi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi UMNO, namun oleh kerana UMNO mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu.

Ahli majlis tertinggi UMNO itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Razak selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012).

Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi penduduk Temerloh.

The Star melaporkan dua minggu lalu bahawa kerusi Kuantan akan diwakili UMNO dan sebagai ganti kerusi Temerloh diserahkan kepada parti perkauman Cina itu.

Nampaknya bukan setakat calon Melayu hilang lagi satu kerusi malah suara Melayu di parlimen akan turut berkurangan, sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, perikatan itu akan menambah senarai calon berbangsa Melayu lebih ramai berikutan PAS ditambah kuota kerusi mereka dari 66 kepada 76 dalam pilihanraya umum kali ini.

NAH!!!!  SEKARANG SIAPA PENGKHIANAT MELAYU KALAU BUKAN UMNO.

9 comments:

  1. http://dukeofumno.blogspot.com/2013/04/pedasss-takkan-la-pas-nak-marah-sangat.html

    Jgn marah aaa.. nnti kena jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat benda2 mcm ni seluruh malaysia ada... awk gi le bandar kota kinabalu area kg air negeri d bwah bn..sawal jm 9.00 pgi ada do.sya dtwar dlm rm 50 sekali ari tu ..kita dpt maklum dri temuramah budk baju merah tu kta gji kerja shopping cntre dn restoran dlm rm4++..jdi mana jnji kerajaan gji minimam dkt semenanjung rm900???haripn malam..

      Delete
  2. keza@kera komen la sikit.ooooooo ok. ok.tiada artikel seks tak minat.ok ok. keza@kera........keza@kera terserlah nafsu serakah hang yang hina dina tu.

    ReplyDelete
  3. Dalam persidangan umno duk kata:kalau umno kalah,siapa nak jaga melayu?ditambah pula dengan tangisan tatkala lagu anak kecil main api didendangkan.sedih.tapi apa sudah jadi lani?awal2 umno dah kalah sbb bagi kat cina mca.bukan kalah dgn pakatan.CINA MCA.CINA MCA.CINA MCA.tu la,duk main isu perkauman sangat.

    ReplyDelete
  4. Silap besar umno buang saifudin ni. Dan lgi silap besar PAS letak Nasharuddin sebagai calon parlimen temerloh.

    ReplyDelete
  5. la ni sya x nk pique apa2..korang fitnah le tipu le bohong le...bagi le brim sbnyk mane...bila tiba mngundi nnti arah tngn knan sya x kn dpt d ubah tuk pangkah PR..hidup PR..selamanya PR..

    ReplyDelete
  6. Paling silap besar,orang umno pejuang melayu pangkah cina mca.cina(mca bn) vs melayu islam(pas).tak tau nk sorok muka kat mana.pejuang melayu ke camtu.paling malang,geng perkasa,jati pangkah sekali.adoi,malu oo

    ReplyDelete
  7. Datuk saifuddin Abdullah keluar umno sertai PKR? Lihat sini

    ReplyDelete
  8. Budak sekarsng tak main api depa main ipad.budak umgok je main api.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...