Monday, 22 April 2013

RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI MUHAMMAD TAIB BAKAL KENA PECAT DARI UMNO KERANA MENYOKONG CALON PR!!!!!


Rakaman gambar ini akan buat semua pemimpin tertinggi UMNO naik angin satu badan dan tidak mungkit dterbitkan di semua media arus perdana milik UMNO termasuk RTM dan TV3.

Rakaman gambar Muhammad Taib di satu ceramah Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor.

Pemandangan ini berlaku kepada seorang bekas pemimpin besar UMNO yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO, Ketua Penerangan UMNO, Menteri Besar Selangor dan Menteri Kabinet yang sudah pun mengisytiharkan sokongan kepada PAS.

Dan buktinya, kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Taib atau lebih di kenali gelaran 'Mat Tyson' pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar Selangor ini akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli PAS di ibu pejabat parti itu hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi DUN Batang Kali, Dr K Ramachandran. Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas ADUN Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Dalam laman sosial Facebooknya enam jam lalu, Khalid mengatakan:

    Jeng jeng jeng. Tan Sri Muhammad Taib tamu mengejut di jamuan rakyat Persatuan Bengkulu di Sungai Choh tengahari tadi lantas memberikan sokongan pada saya..

Menurut Khalid dalam laman sosial itu juga, Muhammad sangat terharu dapat berjumpa semula dengan bekas pengundinya yang sudah mengundi selama empat penggal hingga dilantik menjadi menteri besar pada 1986.

Apa yang menarik perhatian, penyokong Umno yang mengetahui majlis tersebut enggan bertemu dengan Muhammad malah mencemuhnya dengan kata-kata kesat hingga dilabelkan sebagai 'pengkhianat bangsa dan agama'.

Bagaimanapun, Muhammad hanya tersenyum melihatkan gelagat pemuda Umno yang seakan marah dengan keputusannya menyertai dan menyokong calon Pakatan Rakyat di bekas kerusi DUN yang dipegangnya selama empat penggal berturut-turut.

KALAU DAH PEMIMPIN BESAR UMNO PUN DAH MELUAT KEPADA UMNO.. JADI PARA PENYOKONG UMNO YANG BERTARAF AHLI BIASA NAK TUNGGU APA LAGI?


PERLU INGAT.. PENGARUH PERIBADI MUHAMMAD TAIB DI HULU SELANGOR CUKUP KUAT... TAK BANYAK SEDIKIT PARA PENYOKONG UMNO AKAN MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA CALON PR... ITU ADALAH KENYATAAN DAN BUKAN REKAAN.

15 comments:

  1. Pakatan kutip semua kumbahan UMNO ya. Ni mereka-mereka yg tidak boleh terima dah takde jawatan dan masih nak glamor sedangkan UMNO memberi peluang pada pemimpin2 baharu bukan jawatan seumur hidup macam Mursyidul Am PAS dah tak larat jalan masih nak bertanding dan nak pegang jawatan sampai mati. UMNO juga bukan parti anak beranak macam PKR. Muhammad Taib memalukan diri sendiri. Masa jadi MB pun lebih banyak liabiliti kepada UMNO, UMNO WEED OUT mana2 pemimpin yang menimbulkan masaalah. Muhammad Taib mungkin masih tidak boleh terima dah dibersarakan. Show the real person he is. Patut beliau malu pada diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang2nyer mat taib tu dah sedor....tak mahu lagi bersama dgn parti sarang penjenayah......

      Delete
  2. One more thing, Pakatan PAS n PKR kutip mereka2 yang UMNO buang sebab banyak liabiliti dan moral isu ie Anwar Ibrahim (penzina, peliwat, pengkhianat negara, ambik duit/tidak amanah dan bermacam2 lagi masaalah dia ni) dan Muhammad Taib (ambik duit/tidak amanah) dan UMNO serap pemimpin kamu yg ada quality ie Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin. GOOD for UMNO. Pakatan ambik sampah yg kami tak mahu dalam parti kami. GOOD RIDDANCE!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamilia mcmane pula,wanita ke 2 dalam umno?

      Delete
    2. ini beradik keza kut....DSAI nie salah seorang pengasas PRlah bukan PR kutip.....mana bukti DSAI peliwat dan penzina....yg ada byk bukti dan fakta adalah sebaliknyer...iaitu itu semua fitnah rekaan mahathir mursyidul am parti syaitan dikenali UMNO/BN....keputusan mahkamah menyatakan DSAI tak meliwat....pasai cina dol tu...pelakun yg terlibat nak dedah...ttp dihalau oleh bodyguard UMNO/BN(polis) pulang ke Thai......itu semua fakta2 terbaru......bukak MATAlah org sekarang dah naik ROKET ke BULAN....maklumat dihujung jari.....tapi korang masih pakai DACING senget lagi....sbb itu pertimbangan selalu tak betul.....asyik menyeleweng jer......kooo...sibuk nak ambik HASAN ALI dan NASHARUDDIN tu...ambik jer ler....ada kita org kisah.......

      Delete
    3. YA BETUL,ORANG UMNO MEMANG BANGANG.YANG CERDIK SEMUA DAH TAK ADA LAGI.

      Delete
  3. Dalam BN masih bersepah dan banyak liabiliti. Kesemua ketua2 sayap adalah laibiliti. Mcm2 skandal. Tak payah cerita dah jadi maklumat umum. Yang dah keluar pun bawak liabilitibkalu tak taubat. Rakyat tak bodoh dan dan mual. Ustaz muda dia pun masuk konon nak jadi CEO Dakwah. Akhir skali jadi calon. Politik juga cita2nya. Yang calon baru ramai yg akar umbi tak suka sbb bukan yg di sokong. Apa nak jadi pun x tau lah. Nampak gaya bungkus kali ni.

    ReplyDelete
  4. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  5. Teja kena jaga mulut.. Yg awak kata n hina tu seorg tokoh agama.. Jgn kerana nak sokong sgt umno n bn habis akidah awak gadaikan.. Ingat.. Rezeki n kesenangan kita bukan n bukan pas hukan pkr yg bg. Yg bg allah.. Semua ini ujian.. Kerajaan mentadbir perlu adil dan saksama mengikut lunas lunas islam.. Islam merangkum semua dari segi pemikiran ekonomi.pembelajaran dsbnya.. Semoga allah merahmati kita semua bukan dengan mendatangkan bala atas perbuatan kita sendiri

    ReplyDelete
  6. Bravo mat taib.anda telah keluar dari dunia bodohbiol milik hakiki umporno.

    ReplyDelete
  7. Anti-MikeTysonMelaya22 April 2013 at 21:28

    Terima kasih banyak pada PAS-piss-pussy sebab sanggup jadi Pak Sanggup untuk menerima Muhammad Mohd Taib @ Mike Tyson kedalam parti saudara. Kami amat-amat bersyukur kerana saudara telah menolong parti kami untuk membuang duri yang besar itu dari parti kami. Jasa baik tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai sampai bila-bila.....kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyamun akan mencari sarang penyamun....

      Delete
  8. Terima kasih lah pada juak-juak PAS-piss-pussy sebab sanggup ambik Mike Tyson ni. Ko orang tahu tak macammana punya susah kita orang nak sepak dia keluaq....alhamdulillah, duri tu dah tak ada....kahkahkah...

    ReplyDelete
  9. OMG! Bukankah anda salah seorang yang ditangkap dengan beg penuh dengan wang semasa di Australia? Bukankah anda yang dikutuk oleh pihak pembangkang oleh kerana persoalan dari mana asalnya wang yang begitu banyak pada ketika itu?
    Tolong lah wahai ahli-ahli politik Malaysia! Kita tidak perlu seorang lagi ahli politik yang tidak berprinsip untuk bertanding dalam PRU13 ini kerana areana politik Malaysia sudahpun bersesakan dengan orang-orang ynag tidak berpinsip dan bermaruah.
    Kalaulah betul kamu sudah bertaubat, keluarkanlah semua wang dan kekayaan yang telah kamu perolehi semasa anda masih berpangkat tinggi dengan kerajaan selangor.
    PULANGAN WANG RAKYAT DAHULU sebelum anda berkempen dan bercakap pasal agama, jiwa, ketelusan, kejujuran dan integriti.
    Ciiis!!!

    ReplyDelete
  10. Betul. Pulangkan semua wang yang engkau pulun, baru cakap pasal roh Islam. Kita boleh tahu gaji dan elaun sebulan Menteri Besar berapa? Kita boleh bandingkan dengan kekayaan sekarang. Di mana datangnya yang berlebih itu? Dari langit?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...