Beginilah suasana pemandangan ceramah PR di Parlimen P100 Pandan Selangor malam tadi yang diadakan di Teratai, Ampang.
Kehadiran dianggarkan melebehi 20,000 orang...Penceramah undangan ialah Setiausaha Agung DAP, Sdr Lim Guan Eng... Cuaca agak baik...Harapan rakyat mau hasrat dan impiannya menjadi realiti juga bertambah baik.
Lihat saja mood kebangkitan rakyat mau melakukan satu perubahan besar dalam pentadbiran negara..Angkat PR jadi pemerintah dan letakkan UMNO/BN jadi pembangkang.
Jika pemandangan dan mood rakyat ini tidak mengusarkan UMNO/BN sudah pasti mereka menipu besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Oh tidak katakan bahawa itu semua adalah kepalsuan belaka,tiada seramai dan sebanyak itu melainkan akan kalahlah akan BN dlm PRU 13.
ReplyDeleteorg bn tk nak tengok gambar ni terutama pemimpin nya takut pengsan terkejut yg dia kata pengundi akan tolak pembangkang tpi dlm hati " mampos aku "
ReplyDeletewa ha ha ha ha ha ha...yaaaa betul.... :D
Deletekalau mcm ni la punya ramai orang.. ada harapan pakatan memerintah malaysia.. ini kalilah.. amin..
ReplyDeleteAmeinnnn.......
DeleteHari ni kerja, semalam +-20k, mesti ada yang tidur di pejabat tengahari ni..... tak pa syakali syakali
ReplyDeleteTAKBIRRRRRRRRRRRR
Woaaaaahhhhh....caya laaaaaaaa......HIDUP PAKATAN RAKYAT.....
ReplyDeletetahniah. ini kalilah..tapi PR kena dan rakyat kena kerje lebih kuat utk hapuskan pengundi hantu dan penipuan pilihanraya. sebarkan maklumat sebeberapa segera jika temui. Blogger diharapkan utk mengempur SPR dan BN sekuat2nye. jgn kasi mereka ruang utk bernafas.
ReplyDeletepercaya lah.perjuangan dan kerja keras akan jd sia sia.bunga bunga penipuan sudah ujud.SPR mengatakan undi awal pada 30/4.tapi ada yg dah mengundi tanpa kehadiran wakil parti.puak malaysia meriah sudah sibuk bertanyakan tentang kawasan mengundi.siap minta baju parti.dimaklumkan sendiri oleh puak malaysia meriah iaitu bangla.pengundian atas dasar telus pasti umporno telah tersungkur pada pru 12 lagi.undi kemenangan umporno akan datang dr undi pos,undi hantu dan undi puak malaysia meriah.mohon dilakukan solat hajat mohon pada Allah supaya merencanakan perancangan Nya yang maha hebat.pada rakaat akhir bila bersembahyang 5 waktu lakukan Qunut Nazilah.insyallah Allah akan besama sama yang haq dan menolak yg bathil.
ReplyDeleteAdmin tipu itu gambar orang ramai menghadiri majlis ceramah PANAU (Persatuan Anak-anak Ahli Umno) di Pekan Pahang tahun lepas!!! Haa nak tipu ye!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
ReplyDeleteTolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!
UMNO DAH LAMA MAMPOS. YANG ADA UMNO BARU CIPTAAN MAHATHIR. TAK LAMA LAGI JADI UMNO BARU MAMPOS.
ReplyDeletehaha....ini kalilah Ubah
DeleteMemang satu kebanggaan bagi ahli umno menyokong parti politik yg mengamalkan politik wang dan korupsi. Ini bukan satu fitnah tetapi adalah satu kenyataan. Media perdana pun mengatakan begitu, mahathir pun berkata benda yg sama dan tak lupa juga Ku Li dan ramai lagi. Tahniah memang mantap sekali.
ReplyDeleteIni belem lagi penderhakaan kepada sultan yg dilakukan olih umno sejak 1993 lagi/ Ingat tak macam mana pihak umno menyuruh Sultan Kelantan turun tahkta untuk ditabalkan Tengku Ibrahim Petra. Ingat tak? Begitu juga perlucutan immuniti Raja-raja, siapa yg buat? PAS ke? PKR? DAP?..tengok muka kat cermin.
HIDUP MELAYU!
ReplyDeleteKami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.
Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?
Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?
Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?
Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.
Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.
Setelah 50 tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin UMNO telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.
POLEMIK KAUM
Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.
Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"
Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.
Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.
Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.
Buktinya jelas; UMNO sendiri mengakui bahawa 30 tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.
HIDUP MEWAH
Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.
Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.
Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi UMNO yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.
Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.
Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.
Pada PRU ke-12, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.
Di bawah pimpinan UMNO, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.